Showing posts with label pie. Show all posts
Showing posts with label pie. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Chicken Pie with Hashbrown Topping


Assalamualaikummm :D

Alhamdulillah.. arini berjaya akhirnya duduk mengadap blog kesayangan.. minggu lepas bizi dgn planning mukhayyam, then gi mukhayyam kat sibu 3 hari.. isnin balik mmg kepengsanan.. sakit badan ooo.... tp alhamdulillah, sgt2 gembira jumpa akhwat2 semua. tema ukhwah, mmg by the end of mukhayyam terasa rapat dgn semua peserta walaupun ada yg baru 1st time jumpa time mukhayyam.. insyaAllah next program kita jumpa lagi ye /XD

xde resepi yg blh di update.. sbb masak biasa2 je. lauk pun ulang2 n byk masak lauk campak2 je. hihi.. sbb nk jugak update blog, jd teringat pula kat resepi yg tun hntr ke majalah Jelita beberapa bln lepas.. resepi ni blom update lg kat blog.. so, tepek je la gmbr lama nih..




dh biasa wat chicken pie kan.. kali ni sbb mk guna product simplot, jd topping dia tun guna hashbrown. senang, cepat dan sedap :D selamat mencuba ^^

Chicken Pie with Hashbrown Topping

Resepi: tun telani

Bahan-bahan
  • 200 g Hash brown
  • 2 sudu kecil mentega
  • 2 keping dada ayam- di dadu
  • 1 paket serbuk mushroom soup
  • 1 biji bawang besar- dadu
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 batang lobak merah- di sagat
  • 2 btg saleri- di dadu
  • ½ cawan corn kernel
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara
  • Goreng hash brown sampai masak, hancurkan kasar menggunakan garfu dan gaul dengan 2 sudu kecil mentega. Ketepikan.
  • Panaskan mentega dan tumis bawang sekejap. Masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam hampir masak.
  • masukkan serbuk mushroom roup, lobak merah, saleri dan jagung. Gaulkan dan masukkan air sedikit. Biarkan mendidih.
  • Masukkan tepung gandum yang di larutkan dalam sedikit air. Masak hingga pekat.
  • Perasakan garam dan lada hitam.
  • Sejukkan sebentar dan masukkan dalam bekas ramekin dan letakkan hash brown di atas setiap pie.
  • Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit atau hingga keperangan.


Saturday, September 22, 2012

Chicken Pie


Assalamualaikummmmm~~~~~~ /XD

alhamdulillah.. alhamdulillah.. masih lg berkesempatan mengapdate walaupun seminggu sekali.. huhu... ok la, at least habuk2 x berkumpul kan. kui kui.. insyaAllah next week laju sket ngadap blog sbb dh stat study week. jd xde la membizikan diri study tiap2 hari. cuma settlekan kerja2 yg tertunggak b4 focus kat silibus sem baru. moga2 dipermudahkan, aminn...

owh.. lupa, terima kasih pd mereka2 yg x jemu mengunjung dapur tun walaupun tuan rumah mcm chipsmore, kunjungan amat dihargai, nnti tun BW ye :D pastu kan, tun dpt hobi baru skrg, selain memasak ni.. arini nk gi kedai jahit2 beli riben, nnti tun share hasil dia (kalau jd la.. hihi ) ^^


ok laa.. berbalik pd menu. menu ulangan ni. last week ada jugak masak few menu yg menarik, tp amik gmbr ntah ape2 xcantik lgsg :l  nasib baik laa ada gambo chicken pie (wat last week jugak). walaupun xcantik sgt, tp at least ada laa mende yg nk ngapdate kan...

ok.. cnp resepi dr n3 lepas. cuma kali ni tun tmbah jagung :)

Chicken Pie
adapted from: The Complete Book of Main Courses
sumber: tun telani


Bahan2:

Pastry
  • 2 c tepung gandum
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 c @ 115g butter
  • 50g shortening
  • 4-8 sb air sejuk (tambah ais)

Filling
  • 2 keping dada ayam- dadu
  • 1 paket serbuk mushroom soup
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 1 sb butter
  • 1/2 batang carrot- sagat
  • 2 btg saleri- dadu
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 c air
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar jagung dlm tin

Cara2:

Utk Pastry:
  • Campur kan semua bahan kecuali air dan ramas2 hingga nampak mcm breadcrumbs. blh guna food processor. 
  • masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil gaulkan. balut doh dalam plastik dan chill at least 30minit.

utk filling:
  • panaskan butter dan tumis bawang sekejap. masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam hampir masak. 
  • masukkan soup mix, carrot dan btg saleri. gaulkan dan masukkan air sedikit. biarkan mendidih. 
  • masukkan tepung gandum yg dh larutkan dalam baki air. masak sampai filling pekat.
  • perasakan garam dan lada hitam. 
  • sejukkan sebentar.

  • roll kan pastry yg dh disejukkan lebih kurang 3mm tebal. masukkan dlm pie dish. letakkan filling, dan cover dgn baki pastry. sapukan kuning telur kt atas.
bakar 180 C, 30minit atau hinggan keperangan.

Wednesday, February 22, 2012

Shepherd Pie


Assalamualaikumm ^^

baru balik dr dapur kak yatie, tgk dia tunjuk shepherd pie... terus teringat yg tun blom letak lg shepherd pie ni kat blog.. hehe... buat 2 hari lepas. sbb tun x makan daging, so guna ayam.. sedap sgt!! tp.. tgk laa rupa dia yg buruk tuu.. uuu uuuuu.... sbb xde masher, tun mash kan dgn garpu je potato tu. pastu bila nk paipkan cantik2, dia tersumbat :( uhuk uhuk... xleh nk paipkan sbb x smooth. terpaksa la drop2 n penyet2 je atas tu. 


rupa xde, tp rasa 2 thumbs up!

resepi asal dr chef hanieliza, tp di guda oleh kak ummi cayang.. tq buat dua2 chef yg hebat! /XD nmpk je panjang ni, nk buat senang je ^^

SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar - tun guna dada ayam, diced
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  • Garam secukup rasa


Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Tuesday, January 31, 2012

Chicken Pie


Assalamualaikum~~

arini nk tunjuk my 1st ever chicken pie. hehe... simple dish, tp x pernah tergerak ati nk buat sendiri. the main reason is i'm not very good in making pastry. kalau ada food processor senang je kan, tp ni nk uli2 ngan tangan. utk pie pastry, kalau terlebih uli dh xjd rangup. so, kene minimizekan proses uli2.

buat chicken pie ni pun sbb ada 1 paket instant mushroom soup powder. beli masa kt KK aritu. saje2 beli sbb kalau tiba2 terasa mcm nk mkn buleh tambah air panas dlm gelas je. convenient, but not as good as the homemade one, of course.

ada byk cara nk buat chicken pie. even dlm buku resepi tun pun ada few difference chicken pie. yg ni paling simple sbb guna soup mix.



Chicken Pie
adapted from: The Complete Book of Main Courses
sumber: tun telani


Bahan2:

Pastry
  • 2 c tepung gandum
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 c @ 115g butter
  • 50g shortening
  • 4-8 sb air sejuk (tambah ais)

Filling
  • 2 keping dada ayam- dadu
  • 1 paket serbuk mushroom soup - tun guna jenama Vono
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 1 sb butter
  • 1/2 batang carrot- sagat
  • 2 btg saleri- dadu
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 c air
  • garam
  • serbuk lada hitam

Cara2:

Utk Pastry:
  • Campur kan semua bahan kecuali air dan ramas2 hingga nampak mcm breadcrumbs. blh guna food processor. 
  • masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil gaulkan. balut doh dalam plastik dan chill at least 30minit.

utk filling:
  • panaskan butter dan tumis bawang sekejap. masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam hampir masak. 
  • masukkan soup mix, carrot dan btg saleri. gaulkan dan masukkan air sedikit. biarkan mendidih. 
  • masukkan tepung gandum yg dh larutkan dalam baki air. masak sampai filling pekat.
  • perasakan garam dan lada hitam. 
  • sejukkan sebentar.

roll kan pastry yg dh disejukkan lebih kurang 3mm tebal. masukkan dlm pie dish. letakkan filling, dan cover dgn baki pastry. sapukan kuning telur kt atas.
bakar 180 C, 30minit atau hinggan keperangan.