Assalammualaikum gais. Ya Allah lama giler aku tinggal kan dunia blogging. Masih aku ingat dulu masa aku rajin ber-blog, jejalan ke blog kawan2 and dah berapa tahun aku tinggalkan blogspot.
Sejak laptop mini aku rosak, aku dah tak aktif lagi untuk membaca and mengarang. Kadang aku rasa ayat y terbina pun tak seindah seperti dulu. Well aku sekarang dah 29 tahun. Status dari bujang kini dah menjadi seorang isteri dan seorang mama kepada dua insan yang paling indah pernah aku temui. Alhamdulillah dikurniakan Mr.M yang penyayang dan sangat baik. Dikurniakan seorang hero yang hensem and comel seperti aku. Hahahaha. Ni nama nya angkat bakul sendiri.
Aku masih bekerja di company lama sebagai jawatan yang sama cume work load je yang makin bertambah. Makin penat tapi bukan dengan kerja. Penat dengan orang sekeliling. Tahu tak nape aku nak aktif blog semula? Sebab kat sini je aku boleh tulis apa aku nak. Semua orang akan follow facebook & Insta. So, kene berhati-hati dalam penulisan ayat dalam social media. Cuma dalam blog, tak ada siapa tahu aku punya blog. Ini pon aku nak rahsiakan. Aku nak bebas berkata-kata tanpa batasan.
Almaklumlah, bos2 kecik dan besar semua aktif facebook,IG and wassup. Hahahaha. Aku lebih selesa menjadi seorang silent reader. Kebanyakan orang suka share perkara peribadi dalam media social, so perkara2 inilah yang selalu menjadi bualan orang di ofis. Well, better bercerita benda yang indah la. Kalau perkara yang sedih kadang keliru, orang nak simpati ke atau orang ketawakan.
Sikit la pasal update aku sekarang, aku dah berkahwin setahun lebih dan alhamdulillah dikurniakan seorang anak lelaki. Namanya Baby Kaka. Setiap hari adalah hari baru untuk aku. Masih muda bergelar seorang Mama. Banyak perkara parenting yang aku masih mentah dan dalam proses pembelajaran. Yang penting apa yang aku belajar selepas menjadi seorang Mama dan Puan Isteri ni adalah 'Sabar'. Kalau tak sabar, banyak perkara buruk boleh terjadi. Tipu la kalau aku cakap, aku tak pernah terlepas marah or tinggi suara dengan anak and suami aku. Tapi cepat2 istighfar, minta maaf. Bukan semua orang sempurna dan kami pon masih belajar untuk menerima salah dan silap satu sama lain. Pengalaman setahun lebih as A mother and A wife belum cukup matang lagi tuk aku. Masih mentah. Semoga kuat lah semangat ni.Hahahaha. But the best part as a mother, seronok tengok anak membesar. Dari baby lemah hanya tahu nanges dan melalak, now dah makin nakal dan lasak dan berat. Adoi, umah aku tingkat 3, kalau sampai atas tu anak aku dah melurut dah sampai lutut. Berat ya amaaatttt... Muka nya makin hari makin bulat. Terima kasih juga kepada aku sebab masih rajin masak bubur tuk Kaka setiap hari tuk dibekalkan kat rumah pengasuh.
Ok lah nak masuk tidur ni. Tidur nyenyak2. Jumpe lain hari ye.
Assalammualaikum...
Sunday, August 4, 2019
Berdiari Semula
Friday, January 17, 2014
Berjimba di Pasar Kemboja, Sungai Buluh
Labels: Pasar Kemboja, Public Holiday, Seksyen 7, Shah Alam, Sunway Pyramid
Hari ni cuti sempena dengan Thaipusam. So, Happy Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu yang menyambutnya. So, dalam kesempatan yang ada ni, aku g Pasar Kemboja yang terletak di Sungai Buluh. Pagi-pagi buta pukul 1 lebih pagi kawan aku mesej ajak temankan dia tengok tudung kat sana. Lagipun hari ni aku memang tak ada pe nak buat, aku pun follow-her je la.
Kitorang g sana memang pakai taram je hanya dengan tunjuk arah dari kawan yang lain dan apa yang best sekali kitorang sampai tanpa sesat wei! Haha. Giler amazed aku kan g situ tanpa pakai GPS. Bangga kejap. Ok, dah.
Pagi tu sampai memang giler ramai punya manusia and banyak giler kereta. Kitorang parking nun jauh depan umah orang and exercise jalan kaki g pasar tu. Tapi tak de lah jauh bebenor pon. Huhu. Pastu bermulalah sesi menerjah kedai tudung. Memang banyak giler la pakaian, tudung yang shantek-shantek kat situ. Mulalah aku rambang mata and rajin je tangan aku ni sentuh and pegang semua pakaian kat situ. Harga jangan cakap la. Aku rasa memang murah and berbaloi-baloi kalau beli. Penjual kat situ siap cakap lagi, 'Kalo online ni kami jual mahal tau.Tapi kat sini kami jual murah je.Sebab sewa tapak pon murah je'. Hambek kau..Penjual pon leh jadi kawan-kawan ko je. Kalau ada bakat mulut power, leh lagi tawar menawar dapat harga lagi murah.
Aku sempatlah beli 2 helai selendang. Satu yang selendang two tone and satu lagi half moon. Ni first time la nak try half moon. Tengok macam senang je nak pakai. Tu yang aku beli satu dulu. Kalau betol2 selesa and suka, I datang lagi!!Suke2!! Aku malas nak upload pic. T kalo aku dah pakai, aku upload.
Lepas berpeluh2 jalan kat situ, almaklumlah Malaysia ni, start pukul 9 memang dah start panas. Tu belom lagi kalo start jalan pukul 11,tapi bahangnya macam pukul 1 tengahari. Panas dowh. Dah la berbulan nak cerahkan kulit, then sehari je kulit gelap balik. Giler kan puteri lilin aku ni. Bukan pe, salah pakai produk muka, terus nipis kulit muka aku. Kesian2.. Nasib baik dapat pekene bakso and air nescafe ice, terase sejuk balik badan ni. Heee.. sempat je makan kan!
Habis tengok tudung, kitorang sambung g Seksyen 7, Shah Alam pulak. Syurga pakaian muslimah! Memang heaven giler masuk satu2 kedai then panjat tangga lagi. Hahaha! Aku suke! Shantek2 gak design baju2 kat sume kedai kat situ. Ni nak citer sedih la kan. Aku memang teringin giler nak pakai baju dress yang labuh tu. Tapi bile carik mesti tak ada saiz.Sedihhh...Ala badan ni...Bukan gemuk sangat pon. Nyampah tau asik design baju tuk orang kurus jek..Kita orang berisi pon nak berfesyen jugak!!!Sob..Sob..Sob..Jahat tau...
Pas dah cuci mata, sambil makan keropok lekor and air jambu, uish, makan lagi kan. Huhu. Pastu kitorang g Sunway Pyramid pulop. Uish, penat berjalan tau. Kalau tak kurus lagi, tak taulah nak cakap pe. Kitorang masuk sume kedai pakaian kat situ sebab member nak carik blouse dan setiap kali kalo ada je baju yang aku minat mesti TAK ADE SAIZ AKU!!! Kenapa ini semua terjadi kat aku....Sob...Aku menangis lagi.. Eh, aku nak bagitau ni. BUNNY JELLY buat sale tau. Sale bapak punye sale. Pergilah beli kasut yang comel2 macam jelly tu. Aku terpaksa menahan nafsu sebab aku dah shopping kasut baru aritu.Huhu. Nak bunny gak...Please la...
Pas cuci mata and cuci hati (solat zohor jangan lupe) kami pon makan ais krim pe nama ntah yang pakai liquid nitrogen tu. Kawan aku beria betol nak tengok proses ais krim tu. Aku tengok cool je la sebab dulu masa belajar aku memang penah bekerja ngan nitrogen tu. Sonok aku tengok member aku tu. Macam budak kicik dapat gula2 kapas. Ngeh2. Pe2 pon TQ kat member aku tu sebab sudi bawak aku kuar and aku sesangat2 enjoy arini. TQ alotz beb~
So korang wat pe arini?Huhu...
P/S: Esok aku kene keje. Sekian,terima kasih.
readmore »»
Sunday, November 10, 2013
o0ohhh...
O0h.
Hensem dah budak ni membesar.
Dulu kecik je aku tengok.
Sekarang dah besar dah.
Makin hensem.
Alamak.
Dah berpunya.
Melepas aku.
O0oh.
readmore »»
aku mahu...
Posted by
+qasih nadira+
at
12:45 AM
.
2
comments
Ayah.
Aku mahu kawin.
Carikan aku jodoh yang baik-baik.
Sebab aku dah penat melihat lelaki yang berada disekeliling aku.
Mereka tidak baik.
Ummi.
Aku mahu kawin.
Pilihkan aku jodoh yang alim.
Sebab aku perempuan berdosa.
Moga ada lelaki alim akan membimbing aku.
Sampai syurga.
Ayah.
Aku mahu bahagia.
Belum aku jumpa lelaki yang boleh beri aku tawa.
Yang ada hanya kecewa.
Aku penat dengan mereka.
Ummi.
Aku mahu bahagia.
Hati aku selalu disakiti.
Sehingga aku dah tak tahan lagi.
Aku dah penat untuk mencari.
Kerana takkan ku jumpa dia yang sejati.
Ayah.
Lepaskan aku kepada lelaki yang setia.
Yang akan hidup dan mati,susah dan senang denganku.
Sehingga hujung nyawa dalam nafasku.
Yang akan pegang erat tanganku.
Ummi.
Lepaskan aku kepada lelaki yang penyayang.
Menyayangi ku selamanya.
Takkan berkurang atau menghilang.
Malah bertambah dan kekal adanya.
Ayah & Ummi.
Doakan aku berjaya.
Dunia dan akhirat.
Moga akan ku jumpa.
Jodoh sepanjang hayat.
Umpama cinta Allah pada hamba-Nya.
Umpama cinta Nabi pada umatnya.
Begitulah jua.
Seperti cinta Adam dan Hawa.
Seperti kasih Laila dan Majnun.
Seperti setia sayang Ayah dan Ummi kepadaku..
Doakan.
readmore »»
Sunday, November 3, 2013
Oh, kucing!
Labels: bad habit, perangai buruk, personal life
Aku ingat, aku boleh jaga anak kucing. Tapi, aku silap. Aku tak boleh pon nak belai2 si kucing tu. Aku penah cakap kat kawan aku sebelum ni yang aku nak jaga anak kucing and tak sangka plak begitu cepat aku dapat anak kucing. Dua ekor anak kucing terbiar kami kutip kat kedai makan yang selalu kitorang datang.
Mulanya memang rasa diorang tu comel sangat sebab muka diorang memang comel la. Tapi lepas diorang asyik berak and kencing merata, aku tak leh tahan. Aku memang tak suke bau rumah pun bau diorang. Mula memang jahat giler sebab ada niat nak buang balik diorang tapi hati aku tak sampai sebab kucing kan haiwan kesayangan nabi kita. Nanti apa yang aku buat dipersoalkan diakhirat nanti. Takut aku.
Aku pon dah buat pengakuan jujur dengan kawan aku yang aku tak boleh nak jaga diorang. Memang diorang tak kisah pon sebab diorang memang sayang kucing. Cuma aku je la yang tak best nye. Kawan aku pun carilah orang lain untuk kucing ni and katanya ada orang yang nak jaga. Bagus la kan. Sorrylah kucing, aku memang tak dapat nak belai2 kamu. Huhu...
readmore »»
Sunday, October 27, 2013
Kematangan perangai selari dengan kematangan usia
Labels: annoying, bad habit, kawan2, pandangan aku
Berat sikit tajuk yang aku nak tulis ni. Ini berkaitan tentang kematangan perangai kita selari dengan kematangan usia atau umur. Sebenarnya tak salah pon kalau nak berlagak comel ke, berlagak manje ke dengan sesiapa pon tapi haruslah tahu, ada batasnya.
Aku ni pon manja jugak dengan kawan-kawan sekeliling aku. Kadang2 aku rasa seronok bila bermanja2 ngan diorang tapi seperti yang aku katakan tadi, mesti ada batasnya. Bukannya kene berperangai kebudak2kan sampai bila2. Setahu aku lah, sepanjang pengajian aku dalam kehidupan ni, ramai orang lagi selesa kalau berkawan atau nak bina kehidupan dengan seseorang yang berfikiran matang. Aku tulis ni mengikut apa yang aku lalui dan bukan apa yang terlintas difikiran aku.
Kita tak selalunya bertuah untuk berjumpa dengan seseorang yang selesa dengan kita. Kadang2 bila kita sambung belajar atau dapat kerja baru, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Bertuah lah kita kalau kawan yang kita jumpa tu, sekepala, seperangai sama dengan kita. Kalau kita jumpa yang jauh beza, macam mana???Takkan nak tukar rumate or housemate??Atau paling teruk sekali, tukar tempat keje???
Contoh situasi, dalam rumah, kita tak menolong antara satu sama lain. Kita bersikap sendiri2 je. Yang kita tau, dah ada orang yang akan sediakan macam2 tuk kita and kita pon tak amek pon nak menolong. Sebab sifat kita yang dah selalu dimanja. Jangan sesekali bawak perangai tu dalam pergaulan harian. Sebab orang yang selalu manjakan kita dah berjauhan dah. Diorang pon dah tak amek peduli dah what happen in your life now.
Situasi kedua, taknak berdikari. Semuanya nak mengharapkan orang lain. Nak balik kampung pon kena nak berjemput. Kalau tak ada orang nak teman balik, bising ajak2 orang temankan. Sedangkan orang lain pon nak jugak masa tuk personal matter. Belajarlah berdikari. Aku takpe kalau nak balik mintak tolong akak aku sebab akak aku dok dekat je. Hehehe.
Situasi ketiga, bajet comel dengan perangai yang annoying kan orang lain. Ni kes tahap gaban. Kalau orang kata, aku tak suka ko wat camtu. So, terus mind setkan otak, jangan buat lagi. Ni tak, ari2 ko buat benda yang orang tak suke. Kalau dapat kawan yang penyabar, alhamdulillah beb. Bersyukur giler ko. Tapi kalau dapat kawan yang panas baran, hadaplah la ko nak tahan ngan dia. Berfikir dulu wei sebelom bertindak. Just be matured.
Situasi keempat, tolonglah hormat masa and waktu tuk orang lain. Ni tak, ko akan bercakap sampai dah tak ada orang dah nak layan ko. Bukan pe, kadang2 ada cerita yang orang taknak tahu pon pasal pe. Diorang cume nak ko diam je and wat keje sendiri. Ni tak, waktu rehat orang pon ko nak amek dengan melepak and borak ntah pe2. Respect la masa orang lain. Diorang pon manusia biasa, yang nak rehat and tenangkan fikiran dari benda2 yang buat huru hara dalam hidup ni.
So, sebagai kesimpulannya, jadilah manusia yang matang mengikut persekitaran kita. Jangan pentingkan diri and ikotkan perasaan kita dalam pergaulan. Berfikir jugak untuk diri orang lain sebab kita bukannya keseorangan dalam hidup bermasyarakat. Ok, ayat aku mungkin ada yang korang tak paham sebab aku dah lama tinggalkan penulisan blog ni. Jadi, macam kekok plak kadang2. Huarhuar..
Ok la, nak tido dah. Bye..Salam.
readmore »»
Sunday, October 20, 2013
Ahad y menyibukkan~
Labels: lesen kereta, personal life
Pagi tadi aku bangun terlewat sikit, pukul 6.30am. Pagi tu aku kena melapor diri kat sekolah memandu pukul 7.30 pagi. Disebabkan aku tak ada kenderaan nak ke sana, aku booked teksi pukul 7am. Uncle tu ingatkan aku supaya telefon semula pada pukul 6.45am tuk ingatkan dia kembali. Selepas mandi and subuh, aku pon confirmkan semula dengan uncle tu. Nasib baik uncle tu tak sesat and selamat aku sampai sebelum pukul 7.30am.
Sampai sana ada beberapa lagi anak muda yang akan pergi ke kursus memandu seperti aku. Dapat jugak berkenalan dengan seorang perempuan, bekerja sebagai seorang nurse home care. Sorang tu je la yang aku sempat berkenalan and tak sangka pulak dia satu apartment dengan aku. Inilah yang dikatakan sebagai kebetulan dalam kehidupan.
Pagi tu kelas bermula agak lewat sikit sebab kami tak diberi waktu yang tepat bila kursus akan bermula. So, ada yang dah menjadi cacing kepanasan dan ada jugak yang sedang berfikir untuk balik ke rumah sahaja. Tidur lagi baik dari menunggu. Aku memilih untuk duduk dibarisan kedua dari depan. Confirm sapa yang like duduk belakang tu mesti kene halau duduk depan. So, sebelum kene halau, baik aku duduk depan dulu.Lagipun malas nak tukar tempat banyak kali. Kang terkawen lebih plak.
Tepat pukul 9.30am, bunyi derapan kaki menggegarkan kelas sebab kelas hanya dibina diatas kotak besi yang macam umah sementara indon kat tapak pembangunan tu. Ala, kotak kayu plus besi tu la. Cuma kotak ni memanjang and ada aircond la beza nya. Selesa sikit. Cikgu yang masuk tu sediakan peralatan untuk mengajar and dia jalan ke belakang. Terus dia beersuara kuat halau budak kat belakang duduk depan. Hu, aku dah agak dah.
Tempat sebelah aku kosong masa tu and lepas budak belakang berubah tempat kedepan, tempat sebelah aku diisi oleh seorang jantina yang aku tak pasti apa jantinanya. Muka nya ditutupi dengan rambutnya yang lurus pendek. Telinganya ada subang and suaranya garau2 lembut. Tangan and leher nya bertatu. Em, laki ke pompuan. Konfius2.. Kadang2 terlaga sikunya dengan tangan aku. Terdengar word sori darinya. Lembut je suara, macam pompuan tapi gayanya macam laki. Still wondering...
Kelas pon berjalan seperti biasa. Bab paling aku benci bila dia tanya pasal enjin la, minyak kete la, satu benda pon aku xtau. Yang aku tau kereta jalan guna petrol. Ada mintak brek, bateri and minyak enjin or minyak itam bahasa bapak aku. Yang lain2, wiring ke, apa ke, memang zero aku xtau. Bila aku main jawab je, ada je yang tukang gelakkan kat belakang aku. Cis...Benci enjin.
5 minit cikgu tu bagi rehat. Dia tekankan kat kitorang, MASUK SEMULA SELEPAS 5 MINIT BEREHAT. Aku waktu tu malas nak rehat. 5 minit je bai, bukan rehat nama nye tu. Kebanyakkan laki semua kuar. Jadi naga kat luar. Lepas 5 minit berlalu, ramai2 masuk semula dalam kelas. Paling tak suke, manusia sebelah aku kemain kuat bau rokok nya. Nak hamun gak rasa, tapi sabar je la. 3 jam kelas, bukan nya lama. Sabar2..separuh dari iman... Tapi ada 2 orang lagi tak masuk lagi. Bila sorang masuk, alasan nya sakit perot, buang air beso. Yang akhir ni orang pakistan, masuk lambat giler. Bila ditanye, dia kata dia g jumpa kawan. Terus kena halau duduk luar dengan segala hormatnya. Em, garang kan cikgu tu. Mood dia swing kot pagi tu. Kelas pon berjalan tanpa orang pakistan tu and berakhir sudah slot tuk pagi.
Abes kelas, aku nak buang air plak rasa. Sejuk giler dalam kelas tadi. Bila sampai toilet, aku x sure ni toilet ke apa. Dah macam toilet zaman dulu2. Bantai je la, dah xtahan, kang kena batu karang kang lagi susah. Bila dah selesai urusan, aku lepak je depan kelas. Malas nak makan waktu tu sebab arini aku puasa nasik. Aku rasa nak makan western je arini. Lapar jangan cakap la. Tapi aku memang manusia macam ni. Perlu berlapar dulu untuk makan.
Masuk kelas kedua pulak. Cikgu nye memang kelakar and banyak merapu. Mungkin tuk jadikan kelas tak bosan. Bagus la kan. Dia panggil aku Miss World. Tersipu2 aku macam penyapu kat meja tu. Ala, cikgu ni. Tak payah la panggil aku macam tu. Malu dol...
Abes kelas, kitorang pon naik la van balik ke TTDI. Aku masa tu memang lapa, terus amek teksi ke space U8. Makan kat foodcourt. Aku kan nak western, so dapat la makan.
Makan kat food court je. Tak payah macam retis sangat nak makan kat restaurant 3+4+5 star. Asal kenyang, berpatutan dengan kemampuan diri, alhamdulillah~
Ni la view space u8 di hujung minggu. Tak ramai pon orang ke sini. Tu yang aku suke sebab tak payah nak bersesak. Huhu.
Permainan yang disediakan tuk kanak2 pon ada. Ramai je aku tengok yang bawak anak2 berehat hujung minggu kat sini.Huhu. Sonok!
Inilah ilmu yang aku kene tuntut pasni sebelom masuk ujian komputer.Banyak dowh...
Oklah, dah larut malam ni. Aku pon dah ngantuk and penat dengan aktiviti seharian hari ni. So, good nite semua~
p/s: manusia yang duduk sebelah aku dalam kelas pagi tadi pompuan india or singh rupenye....o0o..pompuan~
readmore »»
Friday, October 18, 2013
satu pemergian~
Labels: job, kawan2, personal life
Sedih aku bila tau ada kawan baik aku nak pergi tinggalkan aku sebab dia dapat better offer and job kat tempat lain. Susah bila kita dah senang and suka pada personaliti seseorang then terpaksa pulak berpisah sebagai seorang kawan. YES, oneday kita boleh jumpa lagi BUT dah tak sama rasanya kalau bukan lagi teman sekerja. Huhu. Tak apalah, yang patah akan tumbuh and yang hilang pastikan berganti.
Minggu ni lab rasa sunyi je sebab masih ada lagi kawan-kawan yang bercuti sempena eiduladha. Dalam lab tu memang sikit je pekerjanya, bila sorang yang tak datang, memang terasa kesunyiaannya. Bila semua orang datang, memang terasa meriahnya. Hahaha. Minggu ni ada budak baru yang masuk. Aku tak sempat pon nak berkenalan sebab kerja aku masih banyak lagi yang tak siap. Esok aku pergi keje sorang2 sebab housemate aku tak keje and ada yang nak g interview esok. Berseoranganlah aku berjalan kaki esok.Huhu. Ada yang nak teman kan???
Minggu ni agak stress tuk aku sebab aku banyak bermain dengan perasaan aku sendiri. Malas giler nak pikirkan benda yang remeh temeh. Dah la masa ni cepat je berlalu pergi. Takkan lah aku nak semakkan otak dengan benda yang tak berfaedah. So, aku banyak motivate diri aku sendiri tuk terus maju ke depan tanpa fikirkan benda yang boleh mengganggu pemikiran aku. Bagus!Aku kene maju!
Pada kawan aku yang nak blah tu, g keje kat tempat baru elok2 la na. Jangan wat perangai huduh yang selalu u buat kat i. Kang kene penerajang kang i tak tau~Huhu. Mamat ni dia suka terkejut2 kan aku masa aku buat keje kat lab. Sebab lab aku, aku sorang yang handle. So, aku memang banyak bersendirian kat lab aku sendiri sambil buat test. Bila dia tak ada nanti, mesti lab aku akan sunyi and tak ada dah orang nak bergurau senda ngan aku. Hahaha. Then, aku rasa, aku yang patut kacau orang lain kan. Yela, dah tak ada orang nak kacau kita, baik kita kacau orang lain kan. Banyak faedahnya.Huhu.
Ok, esok aku keje kan. So, nak tido dah ni. Rase macam nak lepak ngan yot je sok sambil beli kasut baru. Kasut aku tapaknya dah hancur sebab selalu jalan kaki berulang alik ke lab kan. Nak kasut baru....Huuuuuuu.. Ok,nyte bebe~
readmore »»
Tuesday, October 15, 2013
Salam Eiduladha buat semua muslimin & muslimat
Labels: eiduladha, personal life
Salam eiduladha buat semua!
Hari ni aku busy giler dengan persiapan tuk menyambut raya korban. Pagi2 dah bangun, sediakan makanan dan bekalan tuk dibawa ke kampung. Alhamdulillah dapat gak aku melihat orang menyembelih lembu. Semuanya berjalan dengan lancar and aku pon sempat tolong maklang and family menyediakan juadah makanan.
Esok dah start keje pulop. Aku ngah mencungkil and mengorek semangat tuk keje sok. Haha!
readmore »»
Friday, October 11, 2013
Health screening!
Labels: job
Hi geng. Harini hari jumaat bersamaan dengan 11/10/13, ada health sreening kat company aku. Aku tau benda ni awal gak la dalam dua hari sebelum jumaat ni. Masa tu baru aku tersedar yang aku banyak makan gula2 je sepanjang minggu ni. So disebabkan aku takut kandungan glucose tinggi dalam badan aku ni, aku pon macam berpuasalah daripada makanan yang mengandungi glucose ni. Aku tak amek nasi, stop makan gula2, banyakkan minum air kosong and tido yang secukup2 nye. So pe result kuar arini???
Alhamdulillah...sume normal. Aku terkejut giler sebab berat badan aku dah turun 5kg!!!Hahaha. Happy sesangat2 tau. Penat I wat diet yang tak elok tu. Tak makan, tak makan and tak makan.Hahaha. Ok, ni namanya diet tak sihat. So, jangan diamalkan. Tapi saya amek nasi juga kalau waktu weekend and hari jumaat je sebab jumaat rehat panjang sikit. Aku suke makan nasi hari jumaat je sebab aku tak payah nak rushing2 tuk solat zohor and makan. Tapi waktu rehat aku banyak minum air kosong and makan roti.
Health screening ni 1st time dibuat dalam company ni. Aku rasa baguslah kalau tiap2 tahun dibuat benda ni. Sekurang-kurangnya setiap orang dari kami mempunyai kesedaran untuk menjalani kehidupan and lifestyle yang sihat. Berjalan kaki ke lab memang banyak membantu jugak la. Aku harap this year aku dapat turunkan berat badan idaman aku iaitu 55kg. InsyaAllah~ Antara test yang dibuat ialah, BMI, blood test, heart pressure and breast screening. Untuk breast screening hanya selected person je yang dapat buat.Contohnya, yang dah berkahwin, umur diantara 30-lebih. So, aku tak buatlah sebab tak ada dalam senarai.Huhu.
Ok,minggu ni memang banyak keje. Sampel datang memang berduyun2. Aku akan try lah siapkan semua sampel walaupun mengambil masa berhari2. Kerja kene ikhlas and jujur!
Ok, nak g menjahit! Da da da~
readmore »»
Monday, October 7, 2013
amek lesen!
Labels: dear diary, lesen kereta, personal life
Apa khabar semua. Lama dah tak meng-update post disini. Almaklumlah aku pon baru bawa laptop dari umah selepas lappy kesayangan aku tak mau idop2 lagi sampai sekarang. Aku ada cerita ni, cerita yang aku baru je daftar lesen kete semalam.Hahaha. Semua aku tau mesti dah amek lesen time muda2 dlu kan. Aku je yang lambat tapi masih belum terlewat lagi kan. Perasaan aku teruja campur takut2 sket. Almaklumlah benda baru kan. So kadang2 rasa excited terlebih and kadang2 rasa kalut plak. Tapi its okay, just take a deep breath, and everything will gonna be okay. Aku amek ni sebagai salah satu cabaran la dalam hidup aku. Lagipun aku dah bosan dok jalan kaki je g keje kan, bosan gak dowh, walaupon aku tak mengalami jammed pagi yang teruk but aku tak suke bila aku kuar keje je, ada gak foreigners yang follow nak g keje sama. Lagi2 kalo aku terpaksa balik sorang2. Ada je diorang ni merata-rata kat sini. Kadang aku terfikir hebat gak diorang ni tau leh duduk kat apartment sama macam aku. Hahaha. Macam dah sama taraf dah rasenye.
Semalam aku g giant je. Beli barang dapur and barang peribadi. Aku stress la bila kuar ngan member2 aku. Aku pelik, nape resit pembayaran aku lagi mahal berbanding diorang. Aku pun pompuan macam diorang tapi kalau kuar beli barang je mesti duit aku yang paling banyak kuar. Hah!Stress! Hahaha! Tak pandai la aku nak control pengeluaran duit aku macam diorang. Aku ni boros ke tapi sejujurnya aku dah sedaya upaya mengawal nafsu and keinginan aku tuk membeli walaupon kadang2 aku terbabas gak. Tapi bila difikir balik, ala, biasalah, pompuan kan...Macam2 nak membelinye. Aku rasa aku kene masuk kelas menabung la. Fikirkan cara yang terbaik tuk masa depan aku.
Hari ni dok umah je. Masak, surf internet and sekali lagi aku terbeli online lagi.Argh!Terbabas lagi manusia bernama Nadira ni. Dok dalam mall salah, dok dalam bilik pon salah. Mana aku nak duduk ni???Yes, kalau kat umah mak aku, aku suka dok depan TV sebab ada astro. Jadi, ble tgk astro, aku xkan tengok laptop. Sini umah sewa aku tak ada astro. Tu pasal aku selalu dok dalam bilik je. Tengok laptop.Huhu..
Aku still menjahit kraf lagi and sekarang aku ngah tunggu tokey online layan msg aku. Dah 3 hari rasanya aku mesej dia di facebook untuk order barang kraf but till now dia xlayan lagi. Aku pon pelik sebab selalunya layanan yang dia kasi memang tiptop. But, aku kene paham la kan, tokey pon busy gak nak loading barang and layan permintaan customer sebelum2 aku. Maybe ramai. Its okay, selalunya sabar akan memberi balasan yang baik. Tapi, alamak! Aku terbabas lagi beli online. Hahaha.. Wanita oh Wanita..
Sok keje...keje banyak and malas nak keje. Ish, cakap pe tu kan. Tak baik 2x... Kerja kene ikhlas and buat dengan penuh tanggungjawab and sejujur2nya. Itu yang selalu aku sematkan dalam hati aku. Kalau ada masalah, just direct pada bos. Biarlah kene marah or kene hambur pon. Asalkan kita keje dengan baik, Allah suke, and orang pon akan suke kita. InsyaAllah and amin~
Bila dah keje lama ni, baru lah aku tau kenapa orang cakap, masa studi dulu lagi best berbanding keje. Bagi yang dah keje, mesti sesetengahnya paham maksud aku kan. Bagi yang sedang studi lagi, just studi betol2, dapatkan gred yang terbaik, pointer yang cemerlang then cari kerja yang elok, pastu korang paham lah maksud aku t. Hehehehe. Sebab pengalaman ni memang senang untuk kita share and dengar but bila korang rasa betol2, baru korang akan kata, YES, inilah pengalaman yang orang selalu share tu. Hahaha. Sabar ye yang masih studi tu~
Semalam masa bersihkan toilet, aku terhempaskan baldi owner. Takpe, baldi tu dah buruk pon. Mesti owner tak marah kan. Sebab kat stor ada 3 baldi milik owner lagi and aku dah amek 1 tuk gantikan baldi yang dah pecah tadi. Huu.. Nasib baik umah ni banyak baldi. Heeeeee...
Minggu depan raya haji. Aku nak balik umah. Isnin tu aku nak mintak unpaid leave sebab aku belom confirm lagi. InsyaAllah,pertengahan bulan november t aku akan di-confirmkan sebagai staf kat ALS. Tak sangka, dah nak masuk bulan ke-5 aku ni keje kat sini. Macam2 telatah and perangai yang aku jumpa. Tak sabar rasa nya nak confirm and beli kete. Heeeeeeee...Ayah kata nak bayarkan downpayment tuk kete aku. Betol ke 2x??? Aku nak amek kete apa ek....emmm...Tapi bila difikir kan balik, aku memang teringin giler nak pakai kete oversea tapi dengan gaji aku yang ckup2 makan ni, aku tak mampulah...kene jugak lah aku amek kete Malaysia..Huuuu...Tak pe lah,wat permulaan je kan. InsyaAllah kalo ada rezeki kat tempat lain, environment yang lain, gaji yang lain, ada rezeki aku t. Allah tu kan lagi Maha Mengetahui. Just chill and enjoy apa yang kita dah ada sekarang ni. ^___^
Ok, jam dah pukul 12am. Masa tuk tidur sebab esok nak bangun awal tuk subuh prayer and g keje. Jumpa lagi and salam!
Sunday, September 8, 2013
.:Alam dewasa:.
Tak sangka ye dah masuk alam dewasa alu ni. Alhamdulillah dah hampir 4 bulan aku keje kat Shah Alam. Walaupun ramai kawan aku yang dah sambung belajar amek master, tapi dah rezeki aku untuk melalui zaman pekerjaan dulu. Memang niat dihati nak sangat sambung studi sampai phd and jadi doctor pakar dalam mikrobe. Insyaallah kalau diberi kesempatan masa dan waktu serta kelapangan, aku memang nak mengejar cita-cita aku tu. Andai suatu hari t aku masih lagi tak mampu sambung studi, aku akan paksa anak-anak aku plak untuk menjadikan angan-angan itu sebagai angan-angan yang realiti.Hahaha.
Aku dah kerja dah as Junior Microbiologist and kerja aku ni agak mencabar la bagi aku sebab aku yang dipertanggungjawabkan menjalankan test ke atas bahan-bahan medical device daripada kilang-kilang. Tapi alhamdulillah aku masih ada 'GURU' untuk membimbing aku dalam bidang baru ni. Biasalah, dalam pekerjaan mestilah ada dugaan nye kan. Manalah ada kerja yang senang dalam dunia ni. Jadi perdana menteri pun susah gak. Jadilah apa-apa sahaja dalam dunia ni. Memang akan ada cabarannya. Begitu jugak la keje aku ni. ^_^
Banyak aku nak ceritakan pasal kehidupan aku ni tapi nantilah aku akan sambung sikit-sikit. Hehehe.
Bye-bye.
readmore »»
Wednesday, April 3, 2013
.:The Croods!:.
Best giler wei cerita The Croods ni tapi malangnye aku tak dapat tengok 3D la sebab malam tu hanya ada 2D je.Tapi tak kisah la berapa D pon,cerita ni memang best giler!Dia cerita memang kekeluargaan giler.Anak perempuan yang memberontak-rontak untuk keluar.Seorang bapa yang masih berpegang pada prinsip nenek moyang dan masih ditakuk yang lama.Seorang nenek yang tidak berapa baik hubunganya dengan menantu lelakinya.Adik lelaki and perempuan yang giler-giler.Dan seorang emak yang mempunyai rasa percaya dan sayang pada anak-anak dan suaminya.
Bila nak last cerita ni,bergenang la air mata aku teringatkan my bapak kat umah.Huhu.Sedih kan bila kita sayang ibubapa kita tapi tak sempat untuk melafazkan sayang tu hari-hari.Andailah suatu hari nanti,dia pergi tanpa kita sempat ucapkan sayang tu,mesti kita akan rasa bersalah and sedih sepanjang hayat kita.
Tapi air mata aku just bertakung je.Tak sempat nak merembes kuar sebab HAPPY ENDING!Hahaha.Nasib baik dia dapat jumpa balik ayah dia and bagitau yang dia sayang ayah dia.Huu..Memang best.Siapa yang tengok lagi,leh la bawak satu family g tengok cerita ni.Memang tak rugi tau!
Kawan umah and kawan Gems dulu.
Kat poster besar The Croods.Ramzy memang dah ada gaya nak jadi bapak.Huuu..Masa ni kat Paradigm Mall.
Sebelum movie start,kitorang jejalan and nampak booth colgate.Yeah,amek gambar barbie dlu.Comel x aku?Lalala..
Ok,nak sambung wat keje dlu.Bubbye~
readmore »»
Monday, March 25, 2013
.:Pertunangan Ameera, MY BESTFRIEND:.
Labels: friend
Best nye tengok orang bertunang kan.Huhu. 23-3-2013 jatuhnya hari ameera bertunang dengan tunangnya encik capit.Aku doakan korang berbahagia sampai ke syurga.InsyaAllah.Ok,betapa special nya majlis pertunangan diorang sebab encik tunang tak dapat menghadirkan diri jadi diorang wat webcam masa sesi sarung cincin. Kesian encik tunang sebab dia masih di Lahad Datu dengan kemalangan lagi.Walaupun terdapat kesulitan dari pihak encik tunang, majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran mak2 and pak2 saudara dari pihak ameera and capit. Jadi,kami kawan-kawan datang dengan senyuman bermakna (dengan perut lapar) ke majlis tersebut. Tahniah meera,pasni tak dapatlah nak tido-tido ngan ko.Huhu.Aku tetap sayang kamu!
Ameera and barang hantaran daripada pihak lelaki.
Barang hantaran daripada pihak perempuan.
Itu aku sebelah meera.Ni antara kawan-kawan yang datang.Cuma yang depan aku tu dua orang,kawan intern aku kat sini.Diorang datang sebab teman aku.Thank you geng.
Itu ameera and encik tunang beliau dalam webcam.Nampak comel je kan.
Thank you meera for your invitation. Thank you too for sharing this meaningful moment. I wish and pray for your happiness. May Allah bless you...FOREVER, friend!
p/s:Dah lepas dua orang kawan aku jadi tunangan orang.Aku bila lagi?Hahaha!
readmore »»
Tuesday, March 19, 2013
.:hei,mari kita ke sekolah 1:.
Labels: FMC 2013, internship gems, personal life
Hi all. Pagi ni aku memang busy. Pukul 8am aku dah kuar dari umah. Selalunya kitorang kuar dari umah pukul 8.30am. Aku tumpang kete kawan ke Sunway pyramid. Kat situ office mate aku amik and kitorang amik barang dulu kat office then baru bertolak ke Shah Alam. Mula pergi memang sesat nak cari sekolah kebangsaan bandar anggerik. Tapi berpandukan pada peta yang dilukis oleh office mate aku, baim, akhirnya kami sampai ke sk bandar anggerik. Mula kitorang parking keta kat belakang sekolah. Murid-murid yang kelas nya kat belakang dok pandang je kitorang. Giler kiut diorang ni.Hahaha. Lama dah umah aku tak ada budak kecik and bila nampak diorang, aku rasa geram-geram jek.Hukhuk. Memang rasa nak cubit-cubitan walaupun diorang tak wat pe pun ngan aku.Huuu...
Sampai pejabat aku terus tepon cikgusafura. Macam nama akak kandung aku plak. Cikgu ni kecik je orang nya. Baik sangat sebab dia sudi nak jawab soalan aku. Tak lama pun kitorang kat situ. Lepas abes sesi soal jawab, kitorang pergi ke sekolah jenis kebangsaan tamil midland. Disebabkan kita duduk 1 malaysia kat tanah malaysia ni, jadi kami memang nak golongan 1 malaysia dalam klinik matematik kali ni. Sekolah midland ni sangat besar wei. Sekolah baru rupenya. Aku masuk je sekolah ni and dah disapa dengan budak-budak sekolah. 'Selamat pagi'...Wah..Aku tacing giler wei. Bagus giler budak-budak kat sini. Memang diajar menyapa orang luar.Bagus3..5 bintang tuk attitude!
Sebenarnya memang budak ni perlu diajar sejak diorang kecik macam ni lagi. Bukan masa diorang dah tua, dah tak leh nak dengar cakap kita. Nak mendidik diorang pon satu cabaran buat kita kan sebab satu hari nanti kita akan jadi seorang ayah/ibu/penjaga kepada seorang anak. So,carilah ilmu yang betul and tepat untuk didik diorang supaya suatu hari nanti diorang akan jadi anak yang berguna kepada agama, bangsa and negara.
Hari ni kemain sesak idea aku kena buat surat rasmi kepada sekolah. Lepas ni aku kena buat soalan and edit game untuk modul yang akan datang. Berdebar gak aku nak tunggu hari klinik matematik ni akan dijalankan. Doakan kejayaan aku.
Bye...Wsalam~
readmore »»
Subscribe to:
Posts (Atom)