Hai semua.Hope korang sumer sihat-sihat disamping insan-insan tersayang.Em,sebut pasal sayang tak semestinya kita akan ingat pada seseorang je kan.Ramai lagi insan tersayang yang sering ambil berat tentang kita dan selalu sayang pada kita walau dimana dan apa jua yang kita lakukan.Sapa insan-insan tu??Of course our parent,sisters/brothers,friends etc.
Aku sekarang nak cakap pasal perasaan kita dan apa yang perlu kita buat kalau orang yang kita sayangi seperti balak,tinggalkan kita.Aku sebenarnya telah ditanya oleh seorang kawan,apa yang menyebabkan her ex-boyfriend left her.Okay,straight to the point aku jawab yang laki tu dah tak sayang pun kat dia.Hati dia dah berubah kepada girl yang lain.Bukannya laki tu tak pernah sayang dia,tapi sayangnya adalah dulu.Masa dulu-dulu kala yang dah lama berlalu.Hati manusia ni sering berubah.Bila nampak yang lebih baik,mesti nak kejar dulu dan tinggalkan yang kurang sempurna.Bukan lelaki je,malahan girl pon sama je.Tak payah la nak salahkan sapa-sapa kan.Itulah jawapan yang aku berikan pada kawan aku ni.Tak ade nak jaga hati de.Aku main cakap je sebab aku memang benci giler manusia yang mainkan hati dan perasaan orang lain.Tinggalkan macam kita tak ada perasaan.Kawan aku tu memang tak dapat nak terima pandangan aku lantas dia telefon ex dia dan tanya balik sama ada lelaki tu sayang atau tak pada dia.Laki tu jawab,YE,MEMANG DIA SAYANG.
Aku tak dapat nak huraikan padanya kenapa aku bagi pandangan negatif kepada soalan tersebut and aku pun taknak ungkit balik benda ni padanya.Sebab aku tahu sekarang ni hatinya masih lagi sedih.So,aku tuliskan disini sebagai doa aku semoga hatinya menemui ketenangan jiwa dangan rahmat dari-Nya...
Kawanku,
Kalau betul lelaki tu sayang dan kasih pada kita,kenapa tergamak dia lukakan hati kita yang rapuh ni dengan memutuskan hubungan korang dan membawa kau berjumpa dengan pengganti hatinya yang lain??Kalau kau sayang pada seseorang,tergamak ke kau nak buat macam tu pada insan yang kau sayang???Fikirkan kawan..Jangan butakan pemikiran kita kerana sayang yang palsu.
Kawanku,
Bukan salahmu untuk menyintai dan menyayangi sesiapa pun di dunia ini.Tapi apabila hatimu telah terluka,jangan dirobekkan lagi lukanya.Kelak akan memakan diri kita sendiri.Dunia ni luas dan masih panjang lagi perjalanan kita.Buka langkahmu,terus pandang kehadapan.Apa yang telah terjadi anggaplah ia hanya mimpi ngeri yang akan kamu lupakan buat selama-lamanya.Tak ada apa yang boleh kita lakukan untuk merawat hati yang duka.Hanya dekatkan hati kita sepenuhnya pada Illahi.Merenung salah dan silap kita.Memperbaiki kekurangan diri dan yakinlah Allah telah berjanji untuk menghadiahkan kita insan dan teman yang istimewa jika kita selalu ingat kepada-Nya.Berpeganglah pada janjinya kerana Dia adalah BENAR.
Kawanku,
Bukan kataku untuk melemahkan hatimu.Bukan jua untuk memusnahkan anganmu tapi ini adalah kata hati ikhlas dari seorang teman.Aku pernah rasa sepertimu dan aku juga pernah menangis seesakmu tapi aku matikan perasaan sedih itu disitu.Tak pernah aku bawaknya ke dalam hidupku kembali.Binalah rasa benci kepadanya.Bukan kerana dendam atau sakit hati.Cuma inginkan dirimu menjadi sekukuh gunung yang tak akan rebah dengan pukulan angin.Kawan,benci itu boleh memberimu ketenangan.Latihlah dirimu lupakan segalanya tentang dirinya.Jangan biarkan angan dan mimpi membawamu ke alam yang tidak nyata.Sedangkan ada disekelilingmu teman yang sentiasa ada denganmu.Mendengar keluhmu,menangis bersamamu,marah atas kesilapanmu.Sampai bila lagi mahu dibiarkan air matamu mengalir.
Kawanku,
Usah bersedih.Allah telah jadikan sesuatu takdir itu untuk sesuatu yang baik...
readmore »»