As salam semua.
Aku rasa pelik dengan sesetengah manusia yang kadang2 rasa yang kesunyian yang amat sangat,tak taulah kerana dia x ada teman hidup ataupun sebab lain la.Kesunyian ni memang besar maknanya tapi aku tak setuju bila kita labelkan diri kita dengan kesunyian.
Bagi aku kehidupan ni kalau dipandang dari sudut keduniaan ada dua definasi yang korang kene temui sendiri dalam hidup.Kebosanan ataupun keseronokan.Aku nak kita pandang dari sudut positif dan bukannya negatif.Keseronokan boleh mendefinasikan banyak perkara.Jadi sebagai manusia yang ada akal,sendiri pikir mana yang baik dan mana yang buruk.Banyak benda korang boleh buat selain labelkan diri korang tu sunyi.Aku tergerak nak tulis pasal post ni pun sebab aku terbaca satu post kat fb pasal dia tulis yang dia tu kesunyian.Bila ada komen orang lain yang wat dia sentap mulalah nak kecoh2.Sedangkan dia tayang satu dunia boleh baca kot.Ni tak ada kene mengena ngan sapa2 k.Aku just nak kongsi pendapat je.
Hidup atas bumi ni tak lama wei.Pergilah cari keseronokan dunia yang baik dan jadikan masa kita yang sunyi ni terisi dengan kenangan2 indah dalam hidup korang.Hidup atas dunia ni tak panjang pun.Kalau dipandang dari sudut akhirat,sekejap je hidup ni.Antara perkara korang leh isi kesunyian korang tu:
1)Beriadah:Bukan susah pun.Bentang tikar,bawak roti sebungkus,duk lepak2 tengok alam ni.Kalau bosan,ajak member2.Ni,dok 24jam dalam bilik tatap fb then bengkek je tengok orang bermesra2 kan.So,keluar la dari alam maya tu.Tak syok pun.
2)Masuk aktiviti kebajikan:ni gerenti korang akan sibuk giler gaban la.Nak makan pun kadang2 tak sempat sebab memang korang kene selesaikan banyak benda dalam hidup orang lain.Selain dapat kebaikan tolong orang lain,korang pun mesti akan rasa tenang je sebab kebaikan korang telah dibalas dengan seribu satu kebaikan.Amin...
3)Cipta hobi yang berlainan:Kalau minggu ni korang suka masak,then next week try plak benda lain.Menjahit ke,basuh baju gune tangan ke,hias bilik ke,buat kad ke,jalan2 kat perpustakaan ke,tawaf shopping mall ke etc!Banyak benda.Korang pikir la,aku penat taip.
4)G balik umah:kalo dah sunyi tahap cipan,g la balik umah.Tatap wajah parent korang.Gerenti2 dapat pahala.Kalau yang dah tak ada ibubapa,ni bukan kekurangan.G la melawat kubur arwah.Doakan mereka.Sedekahkan surah2 suci Al-Quran sebab kadang2 apa yang berlaku dalam hidup korang ni ada kaitan dengan insan2 ini..
5)Pelihara haiwan:Popular la aktiviti ni dalam kalangan manusia kan.Adik aku bela arnab.Balik sekolah,main dengan arnab,makan dengan arnab.gurau dengan arnab,tido pon dengan arnab.Korang yang kesunyian tu try la bela haiwan apa2 yang patut dengan personaliti korang tu.Kalau tak tau sangat,aku leh tolong pilihkan pet tuk korang.Selain dapat isi masa korang yang banyak terluang tu,dapat gak la pahala sebab berbaik2 dengan haiwan.Banyak kebaikan nye..
6)Elakkan korang keseorangan:carilah kawan2 sejantinan yang memahami jiwa korang.Jangan dok tunggu macam tunggul and pasif.Ingat ada ke orang volunteer nak jadi kawan baik korang kalo korang bersifat pasif?Mungkin ada,tapi apa salah nye kalo ceriakan muka korang dengan senyuman dan sapaan yang baik pada orang yang kita kenal ataupun yang tak kenal.Tapi berwaspada la.Jangan ter-over ceria plak.Tu hyperactive namanya.Selain kwn sejantina,leh je nak cari y lain jantina.Tak kisah la jantina pe pun.Asalkan korang pandai jage diri and tahu batas2 yang telah Islam gariskan.Insyaallah..
Ok,aku nak cakap banyak lagi sebebnarnya tapi aku kene masuk lab pagi ni.Nanti aku sambung k.Bye2 sume.
readmore »»