Sunday, November 10, 2013
aku mahu...
Ayah.
Aku mahu kawin.
Carikan aku jodoh yang baik-baik.
Sebab aku dah penat melihat lelaki yang berada disekeliling aku.
Mereka tidak baik.
Ummi.
Aku mahu kawin.
Pilihkan aku jodoh yang alim.
Sebab aku perempuan berdosa.
Moga ada lelaki alim akan membimbing aku.
Sampai syurga.
Ayah.
Aku mahu bahagia.
Belum aku jumpa lelaki yang boleh beri aku tawa.
Yang ada hanya kecewa.
Aku penat dengan mereka.
Ummi.
Aku mahu bahagia.
Hati aku selalu disakiti.
Sehingga aku dah tak tahan lagi.
Aku dah penat untuk mencari.
Kerana takkan ku jumpa dia yang sejati.
Ayah.
Lepaskan aku kepada lelaki yang setia.
Yang akan hidup dan mati,susah dan senang denganku.
Sehingga hujung nyawa dalam nafasku.
Yang akan pegang erat tanganku.
Ummi.
Lepaskan aku kepada lelaki yang penyayang.
Menyayangi ku selamanya.
Takkan berkurang atau menghilang.
Malah bertambah dan kekal adanya.
Ayah & Ummi.
Doakan aku berjaya.
Dunia dan akhirat.
Moga akan ku jumpa.
Jodoh sepanjang hayat.
Umpama cinta Allah pada hamba-Nya.
Umpama cinta Nabi pada umatnya.
Begitulah jua.
Seperti cinta Adam dan Hawa.
Seperti kasih Laila dan Majnun.
Seperti setia sayang Ayah dan Ummi kepadaku..
Doakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments
Like!
aku juga mahu.
Post a Comment