Hi geng. Harini hari jumaat bersamaan dengan 11/10/13, ada health sreening kat company aku. Aku tau benda ni awal gak la dalam dua hari sebelum jumaat ni. Masa tu baru aku tersedar yang aku banyak makan gula2 je sepanjang minggu ni. So disebabkan aku takut kandungan glucose tinggi dalam badan aku ni, aku pon macam berpuasalah daripada makanan yang mengandungi glucose ni. Aku tak amek nasi, stop makan gula2, banyakkan minum air kosong and tido yang secukup2 nye. So pe result kuar arini???
Alhamdulillah...sume normal. Aku terkejut giler sebab berat badan aku dah turun 5kg!!!Hahaha. Happy sesangat2 tau. Penat I wat diet yang tak elok tu. Tak makan, tak makan and tak makan.Hahaha. Ok, ni namanya diet tak sihat. So, jangan diamalkan. Tapi saya amek nasi juga kalau waktu weekend and hari jumaat je sebab jumaat rehat panjang sikit. Aku suke makan nasi hari jumaat je sebab aku tak payah nak rushing2 tuk solat zohor and makan. Tapi waktu rehat aku banyak minum air kosong and makan roti.
Health screening ni 1st time dibuat dalam company ni. Aku rasa baguslah kalau tiap2 tahun dibuat benda ni. Sekurang-kurangnya setiap orang dari kami mempunyai kesedaran untuk menjalani kehidupan and lifestyle yang sihat. Berjalan kaki ke lab memang banyak membantu jugak la. Aku harap this year aku dapat turunkan berat badan idaman aku iaitu 55kg. InsyaAllah~ Antara test yang dibuat ialah, BMI, blood test, heart pressure and breast screening. Untuk breast screening hanya selected person je yang dapat buat.Contohnya, yang dah berkahwin, umur diantara 30-lebih. So, aku tak buatlah sebab tak ada dalam senarai.Huhu.
Ok,minggu ni memang banyak keje. Sampel datang memang berduyun2. Aku akan try lah siapkan semua sampel walaupun mengambil masa berhari2. Kerja kene ikhlas and jujur!
Ok, nak g menjahit! Da da da~
0 comments
Post a Comment