Assalamualaikum
Saya mohon kerjasama dari pihak tuan utk membantu saya dalam hukum bagi soalan yang saya kemukakan. Kerjasama tuan saya ucapkan berbanyak terima kasih.
1. Apa kah hukumnya menggunakan bahan dari binatang yang halal dimakan untuk digunakan sebagai perhiasan atau pun pakaian. Contoh nya kulit dijadikan ikat pinggang atau kasut, atau tulang diukir untuk menjadi sudu atau penumbuk lesung dan sebagai nya.
Apa beza nya kalau menggunakan bahan dari binatang yang halal dimakan tapi tidak disembelih.
Boleh kah meggunakan bahan yang sama dari binatang yang tidak boleh dimakan selain dari anjing dan babi, contoh nya gading gajah (di buat senduk) atau taring monyet (di buat subang telingga).
2. Adakah cara yang tertentu untuk 'menyamak' bahan tersebut untuk membolehkan kegunaannya.
Sekian
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Soalan: Apakah hukumnya menggunakan bahan dari binatang yang halal dimakan untuk digunakan sebagai perhiasan atau pun pakaian. Contoh nya kulit dijadikan ikat pinggang atau kasut, atau tulang diukir untuk menjadi sudu atau penumbuk lesung dan sebagainya.
Jawab: Binatang yang halal dimakan, jika mati dengan sebab sembelihan maka seluruh bahagian dari tubuh badannya adalah suci. Antara bahagian dari tubuhnya ialah daging, bulu, tulang, gigi, tanduk dsbnya.
Ia dapat dimanfaatkan untuk dibuat pakaian, perhiasan dan sebagainya.
Soal: Apa beza nya kalau menggunakan bahan dari binatang yang halal dimakan tapi tidak disembelih?
Jawab: Perbezaannya menurut mazhab Syafi’i:
1. Binatang yang halal dagingnya yang mati kerana sembelihan menurut syarak seluruh bahagian dari tubuh badannya dihukumkan suci, termasuk daging, tulang, lemak, bulu, tulang dan kulitnya.
2. Binatang yang halal dagingnya tetapi mati tidak dengan sembelihan secara syarak:
Seluruh bahagian dari tubuh badannya adalah najis kecuali kulitnya sahaja yang akan menjadi suci dengan cara menyamaknya.
Soal: Boleh kah meggunakan bahan yang sama dari binatang yang tidak boleh dimakan selain dari anjing dan babi, contohnya gading gajah (di buat senduk) atau taring monyet (di buat subang telingga).
Jawab: Menurut mazhab Syafi’I tidak boleh, kerana anggota binatang berkenaan samada di ambil semasa hidupnya atupun setelah mati dihukumkan sebagai najis. Walaubagaimanapun menurut mazhab Hanafi ia dibolehkan kerana mereka berpendapat binatang selain anjing, babi dan keturunannya – anggotanya yang tidak dialiri darah seperti tulang, rambut, gigi dsbnya adalah suci. Samada ia diambil semasa binatang itu masih hidup ataupun setelah mati.
Soal: Adakah cara yang tertentu untuk 'menyamak' bahan tersebut untuk membolehkan kegunaannya.
Jawab: Mana-mana benda yang memang pada asalnya adalah najis tidak dapat disucikan dengan apa cara sekalipun, kecuali kulit binatang selain dari babi dan anjing. Ia dapat disucikan dengan cara menyamak. Begitu juga dengan arak, ia dapat disucikan dengan berubah menjadi cuka.
Seperti tulang binatang yang tidak halal dagingnya adalah najis (menurut Syafi’I). Ia bukan terkena najis seperti baju kita yang terkena air kencing, di mana baju itu dapat disucikan dengan membasuhnya. Tulang ini bukan terkena najis, tetapi ain dirinya yang najis (tulang itu sendiri yang najis). Ia tidak dapat disucikan, samada dengan cara membasuhnya dengan air, menyamak atau sebagainya.
Wallhu a’lam
--------------
Rujukan
1. Fathul Wahab, vol 1, Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari
2. Kifayatul Akhyar, vol 1, Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhamad al-Husaini
3. Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuhu, vol 1, Dr Wahbah al-Zuhaili
0 comments:
Post a Comment