26 December 2008

Wuduk Ekspress

Salam

Sekiranya berwuduk dengan hanya mengalirkan air ke serata anggota wuduk, sahkah wuduk itu?

----------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mie dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kaifiat wudhu' datang dari firman Allah swt didalam surah al-Maa'idah ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْن

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali"

Mazhab Syafie menyatakan bahawa surah al-Mai'dah ini merupakan syarat minima sahnya wudhu' seseorang. Kaifiatnya (Rukunnya) adalah :-

a. Niat
b. Membasuh muka - wajib meratakan keseluruh kawasan muka
c. Membasuh tangan - wajib meratakan basuhan kesemua bulu & juga kulit.
d. Menyapu sebahagian dari kepala.
e. Membasuh kaki - wajib meratakan basuhan kedua2 kaki.
f. Tertib.

Disini kita dapat lihat, bukan sahaja melaluikan air sahaja dibahagian wudhu', akan tetapi adalah wajib meratakan air tersebut pada muka, tangan dan kaki, dan menyapu kepala. WA.

Rujuk : Dr Mustafa al-Khin. al-Fiqh al-Manhaji - 1, cet. 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000. ms. 53-55.

0 comments:

Post a Comment