15 January 2009

Teknikal Mandi Wajib

Salam

1) Dalam pelbagai buku fiqh, saya dapati sunnah dalam mandi wajib adalah mengambil wudhu sebelum mula menjirus air ke kepala dan badan untuk diratakan. Dalam masa yang sama, ada dinyatakan jika tangan tersentuh kemaluan ketika proses meratakan air, maka wudhu dikira btal dan kita mesti mengulang wudhu setelah selesai mandi untuk mengharuskan bersolat. Soalan saya, apa rasionalnya wudhu pada awal mandi sedangkan sudah pasti kita akan menyentuh kemaluan untuk memastikan air rata? Dan mengapa perlu dikatakan “ulang wudhu JIKA menyentuh kemaluan” ?

2) Soalan kedua, dalam mandi wajib kita ada memasukkan jari ke rongga2 untuk tujuan meratakan air seperti lubang telinga. Pada bulan puasa, adakah perbuatan ini (meratakan air ke rongga) dikira mambatalkan puasa?

Mungkin soalan ini sedikit rumit dan remeh, tapi saya yakin ia masih penting.
Terima kasih

****************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Pertama: Membasuh bahagian kemaluan boleh dilakukan sebelum mengambil wudhu' sebagaimana sabit dalam Hadis Maimunah Binti Al-Harith yang tersebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Dalam hadis itu Rasulullah SAW memulakan mandi janabah dengan membasuh tangan, membasuh kemaluan, dan berwudhu'. Jadi, waktu meratakan air, tidak perlu menyentuh kemaluan.

Kedua: Jika tidak membasuh kemaluan sebelum wudhu', tidak semestinya semasa meratakan air ke seluruh badan, tapak tangan akan menyentuh kemaluan. Boleh meratakan tanpa meyentuhnya.

Ketiga: Batal wudhuk dengan menyentuh kemaluan juga ada khilaf di kalangan ulama. Ada yang mengatakan tidak batal, dan ada yang mengatakan tidak batal kecuali dengan syahwat. Jadi, ia buakn kesepakatan.

2) Lubang-lubang seperti telinga dan lubang hidung adalah anggota zahir. Tidak batal wudhu' dengan memasukkan air ke dalamnya ketika wudhu', kecuali jika air itu sampai ke bahagian rongga dalam. Maka, memasukkan jari ke kawasan telinga dan dalam lubang hidung tidak membatalkan puasa.

Wallahu A'lam.

3 comments:

Anonymous said...

"Tidak batal wudhu' dengan memasukkan air ke dalamnya ketika wudhu', kecuali jika air itu sampai ke bahagian rongga dalam."


mungkin sepatutnye

Tidak batal PUASA dengan memasukkan air ke dalamnya ketika wudhu', kecuali jika air itu sampai ke bahagian rongga dalam.

Anonymous said...

saya nak tanye jika kt niat puasa nazar tp selepas azan subuh baru mandi junub.. adakah sah niat puasa itu?

Admin said...

sah puasa nazar itu jika lewat mandi hadath... dalam hadath besar tidak boleh solat, tidak boleh tawaf, puasa diterima... Wa

Post a Comment