sy mempunyai kemusykilan mengenai wudhu'.
Soalan sy, adakah membasuh pergelangan tangan dan memasukkan air ke dlm hidung merupakan perkara sunat dlm berwudhu'?
Jika ya, diharapkan dpt disertakan dalil mengenainya.
terima kasih.
---------
Bismillah
Wassolatu wassalam a'la Rasulillah SAW,
Jumhur Ulama berpendapat membasuh pergelangan tangan dan memasukkan air ke dalam hidung merupakan perkara sunat dalam berwudhu'. Terdapat banyak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan dalam perkara ini, antaranya:
عَنْ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ أَنَّهُ رَأَى عُثْمَانَ
دَعَا بِإِنَاءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ فَغَسَلَهُمَا ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الْإِنَاءِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Dari Humran, hamba sahaya 'Usman bin 'Affan r.a menceritakan bahawa 'Usman minta air untuk berwuduk. Mula-mula dicucinya kedua telapak tangannya tiga kali. Sesudah itu dia berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian dia mencuci muka tiga kali. Sesudah itu mencuci tangan kanan hingga siku tiga kali. Sesudah itu mencuci tangan kiri seperti yang kanan. Kemudian menyapu kepala. Kemudian mencuci kaki kanan hingga dua mata kaki tiga kali. Kemudian mencuci kaki kiri seperti yang kanan. Sesudah itu dia berkata "Seperti itulah kulihat Rasulullah SAW berwuduk."
Sesudah itu Rasulullah SAW bersabda: "Siapa berwuduk seperti wuduk ku ini, dan kemudian dia solat dua rakaat tanpa bercakap dengan dirinya sendiri (tanpa berangan-angan), diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu." (H.R Bukhari & Muslim)
Rujukan:
- Tafsir Tabari: 10/45
- al-Iqna3 fi Masail al-Ijma3 oleh Ibn Qattan tahqiq Dr Faruq Hamadah: 1/198-204.
- al-majmu3 oleh Imam Nawawi: 1/347 & 360.
Wallahu a3lam
0 comments:
Post a Comment