Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label suka...hati. Show all posts
Showing posts with label suka...hati. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

PLUS SIZE CLOTHING





Yeah cerita baru datang lagi. up entri seminggu sekali kalau lepas.
tak perlu mukadimah panjang2. jom mula cerita!
okey. ni lagi satu butik untuk wanita2 plus size atau lebih halus punya kosa kata, wanita cumil.
murah dan berbaloi. aku pon baru je mula2 belajar beli dari butik ni.
mesra sangat owner dia. baju sentiasa up to date.
aku punya up to date ni agak kampung la. maksudnya rare gitu. hahaha
takde la aku nak pilih yang ala2 skirt ke apa. tapi more to comfortable as a muslimah la. . .


banyak la baju, skirt, maxi dress, kaftan etc. kalau ikot rambang mata, semua nak rembat
tapi bukan saiz aku der. kalau ada saiz aku rembat je.
sekarang kena lebih beli baju2, bukan sebab nak p berjalan ke apa, 
balik kampung pon boleh kira dengan jari dah tapi sebab nak p ke class.
takde la nak trendy sangat pon, cuma nak selesa diri sendiri.
kalau rasa nak cuba, boleh la ke link ni ye. butik ada, bisnes online ada. kaya2!
 https://www.facebook.com/jessabella.pss

http://jessabellapluzsizestealz.blogspot.com/


ada rasa nak beli? haaa beli la.. harga baju kebanyakan RM30 sahaja.
tapi kalau beli online kena la tambah duit pos ye. pada yang nak singgah terus ke butik dia pon ok.
baju, palazo, kasut pon ada jual. . .
haa, dah la. . aku malas nak story lebih2. nanti owner tak boleh cari makan.





Wednesday, November 13, 2013

nama yang unik tapi menjengkelkan


aku sebenarnya ada nama samaran.
dulu masa rajin ber'blog'. ramai yang kenal nama aku sebagai qaseh johanna.
tapi setelah melalui beberapa revolusi, ramai yang tahu nama sebenar aku.
aku tak kisah sangat pon. . nama samaran kan untuk suka2 ja.
so. . tak melekat di hati bila sesiapa nak panggil aku dengan nama sebenar atau nama samaran.

yang makin memberat sekarang ni adalah, bila nama samaran tu dijadikan bahan ejekan oleh ahli keluarga sendiri. aaaa, itu yang stress tu. rasa nak eeeeee. . nak tumbuk sekor2!
tapi berdosa pulak sebab makabah aku pon join sekali kadang2 tu.
actually, nama samaran di blog ni family tak tahu sangat.
yang aku stress sekarang sebab nama samaran kat twitter yang jadi bahan.

adik2 aku la yang paling suka kenakan aku.
kalau kita kenakan orang memang la best kan ? ?
best sangat. sampai rasa taknak stop kalau bahankan orang lain.
tapi bila kita sendiri yang kena. a a a a a a mula nak meroyan merata.
nak tahu nama samaran aku kat twitter ?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

" DATIN GEBU "

gila tak kena bahan. kaw2 aku kena hentam. dan sekarang ni En. Boo Boo pon dah hampir terkena tempias. dah dapat title
Dato' Joe.
penangan nama samaran di alam maya. terima la natijahnya. !




Thursday, October 24, 2013

peminat bunga!


jiwa mak mak dah meresap dalam hati aku.
even aku ni takde la tua sangat. tapi entah kenapa, aku dah dapat aura tu.!
-____-

sebenarnya dulu aku langsung tak suka.
tapi sekarang suka. suka tengok bunga. suka amek gambar bunga.
semua tentang bunga la aku suka.
macam jiwa mak mak kan? over sangat dah sekarang ni.
sampai wallpaper komputer opis pon aku letak gambar bunga. .
lain macam sangat.


tak payah pergi jauh jauh. blog aku pon sekarang ni dah penuh bunga.
tengok la atasss tu. santekkk kan?
dah macam sakai pon ada. bunga sana sini.
tu pon control lagi ni. kalau ikut, semua gambar nak buang dah.
nak letak pelbagai jenis bunga.
mmmm. . rasa minah bunga pulak. hekk!




 seperti biasa la kan. semua bunga bunga ni aku google ja.
mana cantik. sedap pada mata. aku save laaaa
minat yang shock pink dan merah. yang kaler lain tu kurang sikit.
^__^




semuanya cantik. nak letak semua macam pelik pulak.
so letak sikit2. sebagai bukti yang sekarang ni aku peminat bunga!
tak taw pulak kalau lepas2 ni aku minat barang2 kereta pulak kan.
ewah! bajet kayo bertingkek tingkek.
-___-"



Tuesday, October 1, 2013

P R A N K !!




MORAL DARI GAMBAR DI ATAS :

BUKAN SEMUA ORANG BOLEH MENIPU DENGAN JAYANYA.
TANPA SEDAR, KANTOI JUGAK!
TAPI KALAU KANTOI, BIAR LA COMEL. . HEHE





Monday, January 21, 2013

Baju untuk wanita XL hingga XXXL



Harini aku nak kongsi pasal baju baju saiz besar.
sebab ramai yang menjual baju saiz besar ni. itu punca aku taknak kurus kurus tu kan.
ayat tak boleh nak diterima akal sendiri. hehehe
selama ni ada jugak yang bertanya mana aku beli baju kan.
sebab nampak cun la tu, itu yang tanya eh?
boleh pulak begitu. .puji diri sendiri.

http://qistinacloset.blogspot.com/

go to the link. dan lepas tu baru awak semua tahu kenapa aku tak boleh kurus.
gila kot! baju untuk orang saiz besar ni makin trendy and comels.
takde la macam dulu. asyik hitam je kan. rasa macam dah nak sebati dengan kulit.
sana sini hitam kan. eh, tapi dulu aku kurus. . boleh? :D




banyak jugak la baju baju aku yang aku beli dari Kak Azie ni.
peramah orangnya. segala kerenah kita akan dilayan dengan sabar.
nampak sangat aku spesis kuat cerewet kan.? -,-

selesa baju baju yang dijual. skirt pon boleh tahan. yang aku suka sekali bab material dia.
bila badan kita besar, keselesaan adalah menjadi kepentingan.
tak minat baju ketat ketat ikut bontot, badan semua kan.
tapi ikut jenis orang la kan. ada yang badan besar tapi selesa je dengan baju melekat di badan.
material yang dijual kebanyakan jenis lycra. selesa kan?
untuk aku la. lagipon harga kat sini lagi murah berbanding Scarlet Plus yang di Jusco tu.
pengalaman mendewasakan. *tetiba*

suhwiittt kan? polkadot pon ada taw. jadi pada yang saiz besar tu.
sila la berkunjung. aku takde share pon dengan Kak Azie ni tapi demi perkongsian bersama.
orang baik baik ni memang macam aku la. Hahaha
*keji*




Monday, December 17, 2012

Bekerja sambil belajar


Assalamualaikum. . Subhanallah lamanya tak menulis di sini.
banyak sebenar yang aku nak cerita. tapi aku nak mulakan dengan kisah terbaru dulu.
aku dah daftar UTM Space. kalau ada rezeki, mungkin akan mendaftar masuk
Februari nanti. doakan lah.
belajar sambil bekerja ni bukan mudah. nak pulak aku yang pernah belajar di UTM
secara sepenuh masa. Allahuakbar. .
cukup mencabar. tak terluah rasa kecabaran yang pernah aku lalui tu.
bila buat secara part time ni. tanpa kawan2 yang boleh kita study sampai midnight.
aku risau juga sebenarnya. yang study pon tak berapa nak power.
tambah la kerja sambil study. entah la macam mana.
emak aku cakap. study jela, kot2 boleh merasa kecik balik macam dulu.
gulp!
sentap dengan statement emak sendiri. Hahaha

pendaftaran belum tahu lagi. entah dapat entah tidak.
tapi adalah beberapa perubahan kami suami isteri nak buat.
dan memerlukan modal jugak. dengan rumah baru beli lagi. semuanya perlukan modal.
tapi aku mungkin tangguhkan kerja ubahsuai pada rumah tu.
sebab nak belajar kan. UTM Space bukan murah kot!
jauh lagi perjalanan hidup ni. tapi walaupon aku dah terlewat nak genggam ijazah.
aku akan usahakan yang terbaik. peluang yang datang sekali, jangan kita persiakan.
kalau takda aral melintang, aku akan berjaya sebelum 32tahun.
gila cekal. orang lain proses anak. aku bergelumang dengan buku, assignment.
bertabahlah kalau itu pilihan sendiri. semuanya salah sendiri juga.
orang lain sambung belajar. aku dulu skip sebab nak kawen. balasan.

tapi ada juga kawan2 yang sok sek depan aku.
katanya ada yang sambung belajar sebab takde anak. sunyi duduk rumah.
bila dah sambung, mengandung setahun sorang. langsung stop belajar.
mmm. tak tahu aku nak komen macam mana kalau aku kat situasi tu.
nak cakap aku akan hadapi dengan tabah dan kental, nanti kata aku berlagak.
nak kata aku undur diri, dah macam menyerah sebelum berperang.
jawapan yang aku boleh bagi setakat ni adalah,
doa doa kan jelah yang terbaik untuk aku ye.

merenung masa depan yang tak pasti. . ececeh :)


Monday, April 23, 2012

Jcard Day Midvalley !



 24 - 25 April 2012.
Aeon Midvalley. aish rasa tak sedap kat lidah
pulak nak sebut Aeon. Jusco lagi better pada lidah aku. .
ye. . esok kalau takde apa, meh la shopping sini.
rasanya esok belom ramai orang lagi.
tunggu la 25hb, kompom sapa yang datang lambat tu
takkan jumpa parking lot !

esok aku takde, hari Rabu aku masuk kerja balik okey.
esok teman En. Boo Boo pergi HBKL.
jumpa jemaah doktor untuk rayuan Perkeso.
dah gagal pon
nak jugak buat rayuan kan, kalau tak dapat
takpe lah, dah bukan rezeki namanya.
apapon, yang penting kena ada usaha.

so pada rakan2 blogger yang nak datang shopping tu,
tunggu la aku ea. hari Rabu kita shopping sama2 ea.
lagipon time tu gaji dah masuk.
apa lagi. . . cargassss la. !



 

Friday, March 9, 2012

Kreatif dalam lukisan



sebenarnya aku teringin nak jadi seorang yang kreatif.
kreatif dari segi melukis. kalau penulisan aku rasa ok je.
kalau tak takkan aku punya blog boleh bertahan sampai sekarang kan.
aku rasa aku hebat dari segi penulisan. . (bangga jap.!)
merapu2 aku pon. kira still boleh lagi la.
mmm. . kalau tanya pasal bab melukis. aku gagal.
aku seorang yang tak pandai melukis. . dari kecik sampai sekarang.
aku pandai melukis kalau aku tiru dari komik.
tapi itupon nampak macam kaku dan tak hidop. !
kadang2 aku rasa macam nak masuk kelas 'ART' .
sebab aku pernah terfikir sampai ke depan.'
kalau satu hari nanti aku ada anak. insyaALLAH.
dia pon akan membesar dan pergi school.
tiba2 dia mintak aku lukis kucing ke, ayam ke, camne. ?
kalau setakat bola, awan, bunga dalam pasu, matahari
 dan rumah ada tingkap petak kiri kanan
tu aku mampu la lukis. yang lain minta maaf. .
orang yang punya tangan yang kreatif ni memang patut bersyukur la kan.
sebab dia antara insan bertuah taw. salah sorang nya adalah
dia memang pandai melukis. simple tapi lukisan tu sangat hidup.
cuba la ke sana. . pasti tak nyesal .



 


Thursday, February 2, 2012

R E Z E K I


Assalamualaikum. . .

Pagi ni aku bangun je tidor, aku kejut En. Boo Boo.
selalu aku mandi dulu baru kejut dia. entah kenapa pagi tadi, aku kejut dia dulu.
dia bangun, cuci muka semua. terus dia cuci pinggan mangkok
semalam punya yang penuh sinki. lepas tu terus masak air sekali .
bagus suami aku :) syukur.. rezeki sampai akhir hayat.
insyaALLAH . .

datang opis, sign in blog. pandang kiri kanan cari idea. dapat idea.
tiba2 ada kawan baik hulur buah tangan dari tanah Indon. terus lupa idea !
amek gambo, upload terus untuk dijadikan cerita. terima kasih papaDAm :)
semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan jangan lupa kawan2.
rezeki lebih elok dikongsi bersama supaya sentiasa mendapat keberkatan.
syukur alhamdulillah. rezeki dapat kawan yang baik2 :)



ini la rezeki yang memang disangka2.. Hehe. nampak sangat aku yang
nak kan. ? ala.. aku taw, kalau papaDAm ni berjalan ke mana sekalipon,
hadiah untuk kawan2 dia takkan lupa. itu la istimewanya dia.
*Rul,, pagi ni belanja nescafe tarik ye :)
 cantik tak beg ni .? mesti la cantik. bertemakan Shaun the Sheep !


 dan makan2 pon ada gak kat opis ni.
nasik lemak ayam. rezeki, rezeki . . memang tak putus rezeki 
aku pagini. syukur pada mu Ya Allah.



 


Saturday, January 21, 2012

Sale.. Sale.. 90% di MPH !!!


.. sehingga 22 Januari. sempena MPH Midvalley nak bertukar tempat
ke bahagian LG, sebelah dengan Burger King Midvalley.


...banyak tak novel.? semuanya aku beli kat MPH Midvalley la.
kebanyakan novel tersebut ada yang reject. tapi boleh la, asalkan takde page
yang missing. lagipon buku murah. average harga antara RM1 - RM3.
so jangan la demand sangat.!
aku dapat 12 novel. yang jenis dulu kala punya novel.
keluaran Rhythm, Novel Creative dan Utusan.
takde la novel keluaran Alaf 21 atau Kaki Novel atau Norhayati Berahim Pub.
tapi aku tetap suka. walaupon nak mencarinya sampai juling2 biji mata.
semuanya bercampur aduk dari buku masakan, untuk kids, novel2 English..
ish memang banyak la.. maka sendiri pilih la eh.
yang paling best, 12 novel tu  + 1 mini cookbooks 
just cost me RM 24.90 only !!


and this for my En. Boo Boo. penuh keinsafan rite..?
saja la beli kat dia yang jenis ni. dia suka baca buku2 camni.
kat rumah kalau buku2 keagamaan and motivasi semuanya hak milik dia.
berlawan arus betol kami ni kan.? tapi itu la kami :)




 


Wednesday, November 23, 2011

indah!



indahnya dunia kalau hari2 ada orang belanja.
even cuma sarapan pagi. bihun goreng + sambal tumis kerang.
semalam kena RM 1.20 tapi harini amek kerang terlebih sikit. so jadi RM 2.


ada sesiapa yang nak belanja untuk lunch pulak ke.?
kalau nak belanja, biar le double zinger burger.
sangat dialu2kan. walaupon aku ada bawak bekal epal + pear.!
tapi kalau ada yang nak belanja, aku okey je.
lagipon esok dah gaji, sila la abeskan duit berbaki gaji bulan lepas ye PaPaDam.

sebenarnya PaPaDam yang belanja aku tadi. mimpi apa ye dia semalam.
tiba2 je nak belanja time sampai opis tadi. aku cuma terfikir 1 benda je.
hujung bulan ni birthday dia. Hehe.
lambat @ cepat. mesti kena bagi kek. dipaksa taw. kejam sungguh dia.

apepon. tqvm sahabat.  :)





 


Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia







Sempena 16 September. lagi sekali kita bercuti dengan aman dan makmur.
pada biras aku. harini adalah due date untuk bersalin anak kedua.
nanti aku kol dia. tanya khabar. insyaALLAH bersalin on time.

boleh jadi anak 1 Malaysia.
selamat bercuti ye saudara dan saudari sekalian.
harini kita pegi open house lagi ye.. sampai le hari Ahad. hehe










Tuesday, August 9, 2011

Ubat pening di pagi hari





Sempena 9 Ramadhan ni. untuk pertama kalinya aku bangun lambat time saho!
5 AM ye..! selamat le aku jenis masak nasik n lauk siap2.
tapi pagi tadi sayur kailan yang aku dah cuci n potong siap2 pon tak sempat masuk kuali.

cuma sempat buat air teh. panaskan ikan cencaru sumbat.
pastu makan nasik dengan kicap. selamat le cencaru sumbat tu dah siap bersambal.
sedap gak la makan nasik. haih.

oleh sebab pagi tadi bangun lambat n mengejut.
makanya pagi ni aku rasa pening2. rasa macam nak landing je dalam surau saat ni.
tapi aku segan sebab pagi2 ni ade kakak2 yang bertadarus. yang aku plak membatak tido!

tapi bila ja aku baca BERITA TERKINI ni.
terus rasa berbunga hati aku. rasa cam ada orang hadiahkan BlackBerry Torch kat aku.
camtu la perasaan aku sekarang ni. :)

aku pecaya pada sumber tu sebab dia ni kira orang penting di bahagian Kewangan. hehe
walaupon cuma sedikit. tapi syukur sangat.
nak pulak untuk insan seperti aku di saat2 suami tidak berkerja dan bergaji.
alhamdulillah..







 


Friday, March 25, 2011

M.E.N.G.I.D.A.M






 aku dah lame mengidam beg bunjut kepala atas cam ni.
memang dah lama sangat aku cari.
memang banyak pon aku tengok. dah belambak dah orang pakai.
aku pon nak pakai le gak tapi tak le nak pakai ke opis.

aku nak gune untuk g jalan2. balik kampong ke.
cam yang kat atas ni memang feberet aku la kan. nak plak kaler merah tu yang wat aku tak tido malam. memang aku tak keruan pas tengok bag ni.

aku taw angah sengaja beli bag ni untuk hantaran die.
die memang nak jeleskan aku. aissh.
die beli kat KLCC. tapi aku memang malas nak g KLCC. jauh sangat.
so aku memutuskan untuk cari je kat Mid Valley ni.
dah keje pon kat sini. beli kat sini dah le kan.
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*

*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




 CARLO RINO

same brand dengan angah. tapi cume kat kaler tu je yang lain sikit.
aku maroon. angah merah ang2. kat situ je aku terkilan sikit.
aku bukan taknak g cari kat tempat lain tapi bile ari2 aku ngadap shopping mall camni.
aku jadi bosan n malas nak g jalan kat shopping mall yang lain.
aku rase cam g keje je bile jalan2 kat mall camtu.

rase cam minda aku tak berkembang bile ari2 ngadap tempat2 shopping.
bagi aku bile cuti, aku nak dok umah. nak tenangkan ati. kalu nak jalan2 pon.
aku nak En. Boo Boo wak aku g tempat yang tenang n romantik.
haaa.. tu la die kisah henbeg ni. lain aku nak citer. lain yang aku karang.

okey. tu jela kot. jangan cakap henbeg aku tak cantik ye.
kene cakap cantik. lagipon penat taw aku jalan dengan SAZA pusing satu Mid Valley ni.
lenguh dah kaki kami. aku punye henbeg. die pon turut serta berkawad dengan aku. hehe
mekaseh ye SAZA. kan aku dah belanja pengat doroyan tu.
kire jadi la eh.. hihi nanti bile2 aku masak lain plak ye.

disebabkan aku tak le kurus sangat. 
makanya yang jadi model tak berkepala tu SAZA.
takyah bayor ye. free je perkhidmatan die.. hihi


" uiii..melampau2.. dah le kene pusing2 sampai tercabot kaki.
jadi model tak berbayor lagi. "
dialog SAZA. hihi







 


Friday, February 11, 2011

Tahniah.. anda menang kereta =D




macam tak percaya plak..
wah..!!
tak taw nak tulis ape.
terkedu. terkelu.
aku menang kontes.
aku menang kontes.
yg paling aku terharu sebab tu kontes pertama yg aku join.
pastu terus menang. sangat tak percaya.


aku siap tekan 2-3kali lagi punya nak pastikan betol ke tu ADALAH aku..
Alhamdulillah.. mekaseh Mr. Money.
memang i lap u lah..
ececeh.

:: nota kaki ::
 terus rasa bahagia. rasa dunia ni aku punya. Hehe
 maklum le kemenangan pertama untuk kontes yg pertama.




 

Tuesday, February 8, 2011

lagi cerita pd 30 januari

amboi tak jemu2 nak cite kisah 30 januari.. mentang2 beday die..hehe
okey ni last ye. sangat xcited nak citer sampai tak taw nak mule dari mane..
*akibat dah lame xberblog..gian semacam!!

walaupon beday aku tapi aku still kene masak.. tak bes langsung.
angah datang umah. bawak kek je. bukan die nat tapau ape2. aku plak yg nak ke dapo.
takde rase spesel langsung. nyampah mak ...!!
kononnya aku masak lagi sedap dari beli kat kedai.. cisss..

dalam malas2 tu pon aku gagahkan hati. kuatkan semangat nak angkat bontot nak p masak.
sangat tension okey. takleh relax langsung. 

langkah pertama aku masak nasik sbb dah nak tengahari time tu.
aku masak ape yang ade je sebab nak kosongkan esbok.dah nak balik kampong kan.
so abeskan apa yg ada. haha
aku dera angah goreng ayam. aku plak tumis la ape yg patot.
aku wat benda yang aku slalu dgr tapi tak penah wat.
takut gak tak sedap.



nasi goreng tom yam


ye..ni pestaim wat nasi goreng tom yam. bukan susah pon. tumis bawang besa n bawang putih yang dh diblend, tumbuk serai skit bg ade bau. pastu aku juz campak ayam n udang je.
letak pes tom yam. sayor plak cume kacang panjang n carrot. kobis letak skit.
cendawan pon ndak ada !! ape ke jadahnye nasik goreng tomyam camtu kan..

tapi aku ade letak daun limau purut bg ade aroma tomyam so menjadi la kirenye.
makan dengan ayam goreng n sos cili thai.. hahaha baru rase menendang..

paling bes minum dgn ais lemon tea buatan sendiri. memang la terangkat beb.. !!
sebab skang ni aku dah banyak amalkan buatan sndiri so dapat le hindarkan
segala jenis penyakit. lemon tea tu aku gune green tea dari BOH pastu hiris nipis lemon.
sedap..!! =D

okey..dah abes lunch. pas makan. tengok tv. kami pon ape lg.. terbongkang depan tv nun.
maklum le perot dah kenyang. angah cakap pas dinner baru die nak balik.
cit.. tak hormat privesi aku n abg ipor die langsung.
*blah la wei.. kami nak bercinta ni.. nape tak paham !!

aku pon malas cakap banyak kan. tak kan nak suh die balik plak kan. kang kate menghalau plak.
so aku pon tido le skali. tapi dalam pale otak dok pikir. nak masak ape la malam ni seblom dak ni balik.
pikir punye pikir.. lastly pengsan sampai petang..

takde g mane pon.. membongkang je kat umah. mandi n wat ape yang patot. aku kembali ke dapo.
hajat di hati nak wat donat tapi yogurt plak takde.
takpela. tu resepi lain kali.

setelah berhempas pulas kat dapo hampir sejam. maka terhasil la dinner yg cukop sempoi.
tapi sangat berkarbo. ate takde la malam sangat pon. dalam kol7 camtu.
makanya pas maghrib bleh makan dah.



bihun goreng singapore


wah..siap ade sambal kicap lagi tu. tu yang tak tahan tu kan. hehe
pas makan. angah terus balik. aku pon apa lagi. syok la.
time berchenta la kan. hehe walaupon die adik aku. tapi aku tetap rase die pengacau.
camne la orang yang dok dengan MIL tu kan..?? mesti rase tak bes kan..
mesti rase ade yg tak kene je. takleh nak bebas.
takleh nak berchenta sesuka ati cam dok ber2 je.. eee mesti tak bes...






30 Januari..hari aku lihat dunia

Bakal adi ipo yang bagi. die mude 2thn dari aku. so jadi la Along Muda.


Ahad aritu 30 Januari. maknanya dah genap 26 tahun aku hidop di muka Bumi ni.
masi bernapas. masih hidop. masih sihat. masih segar bugar.
bertapa aku bersyukur. setahun yang lalu pada tarikh yang sama aku ubah status diri.
jadi tunangan orang. tahun ni pada tarikh yg sama aku dah ade status baru.
isteri orang. cepat masa berlalu. terlalu cepat.


gambo mase bertunang. masih lagi kurus..!! euwww..


ni gambo setahun yang lalu.. bersama 2org adik aku..sekarang dah tiba giliran angah plak..
sedeynye.. cepat je aku rase. dulu same2 kayuh basikal dgn angah g sekolah.
tahun ni aku dah sambut sebagai isteri pada En. Boo Boo.


selepas 4bulan bertunang.. kami BERSATU


mmmm..aku bersyukur dengan ape yang ade..hidup bersama insan yang tersayang.
kalu tahun ni aku sambut berdua.. so aku harap tahun depan kami dah ber3. harap2 kesampaian.
Aminn..

kalu sebelom ni aku merengek nak macam2 dari En. Boo Boo tapi bile cukop time aku plak yg terkedu.. hehe malam tu aku tido awal.. nak kate penat.. tak le sangat. sebab malam tu aku cume 
masak steamboat je pon untuk juadah kami ber2.


makan malam sebelom beday..!! homemade..


pas makan.. tengok tv jap.. aku dah mule lena. aku cume sedar bile ade orang sendel2 aku.. gesel2 kat muke aku. aku taw dah tu mesti En. Boo Boo sebab aku dengar sore die suh aku bangun.
die cium2 aku.. wish beday aku dgn penuh kaseh sayang.
tapi takde la sampai wat aksi halal yang terlarang diceritakan. hehe
  mmm rase syahdu je. bile die peluk n wish beday camtu.
even aku masih mamai tapi aku still leh dengar ape yang die cakap.


Selamat Hari Lahir sayang. Abang harap sayang panjang umor dan bahagia dengan abang. Abang takde yang spesel nak bagi kat sayang. Sayang nak ape  beday ni ??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sayang tak nak ape2 dari abang.. sayang nak baby jew... =D


Haha..dialog sengal kan... 

tapi setakat ini.. hari ini.. aku bahagia.. bahagia punya mak abah.. adik2 dan suami terchenta. aku sayang sangat dengan mereka.
aku tak harap ape2 dalam hidop ni melainkan 
chenta mereka dan rahmat-NYA..



:: nota kaki lagi ::

time kaseh pada suami terchenta. pada mak abah. pada adik2. 
pada kawan2 yang ingat tarikh itu..
ingatan itu akan aku kenang.
pada yang wish kt henpon tu. die aku martabatkan sebagai kawan yg paling setia.



emo..emo..aku terharu..





balik kampung...balik kampung !!

hurmm..aku balik kampung dari 2hb..memang syok sangat balik kampung..
sape yang dok KL pastu kampung pon kat KL..naseb la kan..
memang takde kemeriahan hidop la kan..
Hehehe

eee..rase cam nak dok lame2 kat kampung nun. sekarang ni jadi tak puas dok kampung sebab terpaksa 
bahagikan masa n tempat nak nak tido. sebabnye aku dgn En. Boo Boo ni satu kampung.
tapi takde la dekat bebenor..lain daerah lain kampung..dalam 15min je jarak perjalanan
dari umah aku n En. Boo Boo.. tak jauhkan..??

sebab dekat sangat la tu terpaksa la bahagi masa. mmm naseb la kan..berkejar2..
mase mule2 kawen lg bes..jap abah sini kol..dah ade sini kang mak sana plak kol.. pening gak time tu
bile dikenang2 balik. tapi skang dah bese dah.

tapi aku still lagi jahat skit.. asyik ajak En. Boo Boo dok umah aku je.. Hehehe 
tapi takpe.. die pon tak kesah. tu yang bes sangat tu.. memang love u la abang =D
*kene gaye kat ati aku kan.. hehe

mase balik kampung aritu.. malam dah.. mak aku pon dah amanahkan pada aku 
supaya teman En. Boo Boo. Almaklum la aku ni suke tido dalam kete.
pantang masuk kete mesti hanyut. even nak g rawang pon aku leh lena. Hahaha
so aku terpaksa la tahan mata malam tu. *terpaksa oke!! mmg tak ikhlas

aku punya xcited nak berjaga n nak teman En. Boo Boo maka aku pon wak le bekal ape yang patot.


roti sosej yg bes...lemak bermayonis..



jajan untuk celikkan bijik mata !!



ni la bekalnye.. untuk elak ngantok.. so kene la amek langkah berjaga2 kan. tapi yang bes.. kacang tu aku kopek kan kt En. Boo Boo dari tanjung malim sampai le ke chagkat jering.
lame taw sebab aku failed bile kene kopek kacang.. tak pandai picit camtu je. kene gigit.
Hahaha sengal gak aku ni.


tu baru yang part makan. part minum pon ade gak taw. Hahaha kire pakej la kan. tak nak le ade plak kes yang tersedak dalam kete. nak gagau air katne kan.
so.. aku pon bekalkan air gak..

air kosong sorang 1.. nescafe utk En. Boo Boo n jus oren sbg pelawas.. hihi

haaa..ni baru betol balik kampung kan..memang heaven la..macam2 ada dalam kete tu.. 
sampai En. Boo Boo pon pelik..die cakap nak balik kampung ke nak g picnic..
ala..ape salahnye picnic dalam kete..tapi memang buang tebiat la kan..dah le dalam kete..malam2 plak tu...aisshh !!
parah.. parah.. tapi takpe.. orang tak wat kite wat la kan..



nota kaki kanan
bile dah lame2 dok kampung.. nak masuk keje balik pon malas. hehehe
betoi..tak tipu...!!

Thursday, January 20, 2011

teka teki RANGGOLI ?

Assalamualaikum..

harini cuti ye..syok kan dok umah..kalu la selalu camni..mesti bes kan..??
mmmm..memang heaven la dok umah ni..
even En. Boo Boo aku keje..tapi aku tetap rase syok sbb tak perlu nk bgn 
seawal 4.45am..sangat malas okey..
yela..nk berulang ke tempat keje jauh tu..

sangat le rase bersuka ria kalu dapat dok umah..hehehe
cuti sehari pon nak kecoh kan..??
takpela..janji aku yg hepi..korang ape taw kn..!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

amek ko...orang lain yg raya..aku plak yg beranggoli kt umah..hehe
mentang2 Thaipusam..aku pon dh join skali..
adoi la..memang takleh tahan tgk beras yg kaler2 ni kn..hehe
ape yg aku wat dgn beras ni ye..??
ape ye..??
kalu nak taw..teka la dulu..
*
*
*
*
tapi jangan bantai gelak @ muntah kuar nanas nanah plak bile taw ape hasilnye..
sila la teka !!
sape teka betoi..bagi adiah..hehehe






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...