Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label darihenpon. Show all posts
Showing posts with label darihenpon. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

Goreng pisang rangup




Goreng pisang pon melekat2.
Mak tengok ni, kompom kena tibai.
Tapi takpe. Yang penting sedappp
Aku minat kalau makan goreng pisang guna
Tepung gandum plus tepung beras.
Pastu letak garam kunyit. Beserta bijan untuk bagi wangi.
Memang sukaaaa sangat...
Tak minat kalau beli tu sebab guna tepung rangup tu. Berminyak kaw2!
Goreng pisang dengan nescafe panas..
Terbaeeekkk...
Tapi untuk teman serumah, dia lebih prefer kopi...
Jom makan ♥♥


Friday, October 11, 2013

BY SAMSUNG GALAXY NOTE

 
 
 
 
cantik kan? sesapa yang ada SG NOTE tu boleh la berbangga dengan harta dunia tu.
Aku pon ada juga sebenarnya.
tapi takde la nak berbangga sangat sebab aku punya SG Note versi yang 1.
Suka versi 1 ni sebab rasa takde yang 1, mana nak datang 2, 3 dan seterusnya kan?
Ini bukan aku yang lukis. Aku google saja. dan jumpa.
Nanti aku try upload yang dari henpon aku pulak ye.
sebelum lupa. . .
 
  SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
 
 
 
 
 
bye.
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wedneday : Nasi Comel :)

Nak makan pon tak sanggup..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 17, 2012

sampai bila?

So sweet. Tapi En. Boo Boo tak pernah pon cakap camni.
Hadooii.. Pagi2 lagi dah sentap dengan suami sendiri.
Padahal dia tak bersalah pon.
Maafkan saya... Hehehe
Gambar ni yang bersalah sebab buat aku emo pagi2!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 8, 2012

Kebaikan Anggur Pada Kita!

Sebenarnya takde la info baru ke apa.
Cuma berkongsi tabiat baru aku dan En. Boo Boo.
Sekarang ni kami suka makan buah anggur.
Habis je stok, mesti pergi beli..
Tak kisah apa warna sekalipon, kami makan je.
Tapi selalunya akan beli 2jenis @ 2warna.
Variasi makanan namanya. Hik hik hik
Untuk pengetahuan kawan2, anggur ni membantu dalam proses penghadaman..
Disebabkan kadar magnesium yang tinggi pada anggur.
Kulit anggur pulak dapat lancarkan pembuangan air kecil. So pada siapa yang suka kopek kulit tu, haaa pasni beringat ye!
Makan je terus.. Tak perlu kopek2.
Selain magnesium, zat catechin jugak boleh menurunkan kadar kolestrol..
Bagus ni.. Untuk yang nak kurangkan kolestrol tu. Termasuk la aku! Hihi
Anggur ni juga boleh menghindari kanser. Bagus kan?!
Dalam kebaikan sesuatu, ada jugak buruknya.
Pada penghidap kencing manis, kamu tidak digalakkan makan terlalu banyak anggur ni.
Nanti makin tinggi kadar gula tu ye..
Makan boleh tapi kena la beringat okey :)
Jom makan anggur...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 2, 2012

Berkhidmat untuk anak Melaka!

Cadangan Pembinaan Bangunan Asrama
Kolej Profesional MARA, Ayer Molek Melaka.
Itu yang aku aku busy sangat sekarang ni.
Walaupon bukan pada negeri sendiri tapi
sekurang2nya ada juga la bakti ni kan...
Nampak macam takde apa kan.. Tapi nanti dah siap..
Aku nak pergi melawat la.. Hasil nukilan pertama ni..
Sebelum ni ada buat jugak tapi tolong sambung2 je..
Ini dari mula sampai habis..
Asrama 4tingkat.. Kuarters 2tingkat..
Mencabar..mencabar..
Selalu boleh blogwalking kan.. Sekarang ni nan hado la nak merasa bahagia lagi dah.. Huhuhu
Baru lukisan permulaan dah 100kali kena reject!
Siap keja lagi hari Sabtu.. Susah jugak ye buat lukisan ni..
Heee.. Doakan aku berjaya!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 25, 2012

Coffee by Austin Chase


Malam minggu takde kerja.. Pergi cari ice blended kat Intermark!
Area Ampang..dekat dengan rumah Angah.
Sebab bawak baby  Jasmin kan. Susah la nak g KLCC.
Tempat yang sah2 ramai orang.
Pergi Great Eastern Mall pon Jasmin dah jerit bagai nak gila..!!
Tambah la kalau menapak kat KLCC..
silap2 Aunty Long dia yang tak selera nak makan..
Mmm.. Bukan ada apapon kat Intermark tu. Bosan.!
Tempat orang kaya2 kot..
Kita yang tak kaya ni.. Tengok jela..
Pergi tu pon sebab dapat voucher dari Austin Chase.
Kalau tidak.. Memang tak jejak la Austin Chase ni kan.
Heee..
Eh.. Tengok la gambar Jasmin dengan Aunty Long dia tu.
Spoil taw Jasmin ni. Bukan nak tengok camera..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 20, 2012

musim mengandung..

Tepis2 sawang.. Hembus2 habuk!
Nak berjalan tak sempat. Kaki dah kena pasung!
Kita update jela. Lepas gian jari menaip.
Irma Hasmie dah mengandung. Rezeki dia.
Ning Baizura yang dah kawen bertahun tu pon,
dah mengandung.
Rezeki dia sempena tahun baru nanti.
Sebab bakal deliver Januari 2013. Indahnya..
Geng TTC yang lain macam mana.
Dah ada yang berjaya ke.?
Eida..? Zana..? Eyza..? Susu gebu..? Cikgu ika.?
Bagaimana suasana di sana..?
Harap penuh warna warni la ye..
Rezeki..rezeki..rezeki mereka dah sampai..
Rezeki kita nampaknya kena usaha kayuh lagi la.. :))

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 13, 2012

Potluck :)


Sekadar gambar hiasan je ni..
Esok ada jamuan raya unit aku. Harini jamuan raya cawangan.
Masalah aku sekarang adalah.. POTLUCK!!
Aku takde idea nak bawak apa.
Niat permulaan nak bawa kek belang2 tapi...
Semalam meeting, dah ramai yang bagi nama nak bawa kek.
Nak bawa kuih muih macam tak daya..
Kalau karipap nak kena menggoreng awal pagi.
Sekarang pon dah bangun 5pagi. Nak awal lagi pukul berapa?
Kalau beli pon.. Takde orang nak jual 50bjik sekaligus. Kena tempah dulu paling tidak pon.
Eh konpius dah aku ni..
Lastly, esok datang melenggang kangkung je!
Aci tak macam tu.? Heh.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, August 9, 2012

Bukan duit cina mati!

Cantik kan duit baru RM20 ni. Kaler pon comel.
Maaf la. . Sekarang ni aku busy sangat.
Ada drawing tender yang nak kena hantar. .
Kena submit sebelum raya. Uhuk uhuk..
Itu yang semua post pendek2 belaka.
Eh, ada khabar angin yang cakap duit kita latest design ni tak cantik.!
Pandai2 jela. . Suruh design sendiri baru taw.
Pelik aku dengan mental masyarakat kita ni.
Semua tak puas hati. Kutuk macam2. .
Duit monopoli la. Duit cina mati la. .
Lepas ni, kalau susah sangat guna syiling jela.
Suka benor nak protes orang. Dosa weh dosa!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 7, 2012

padah ke pasar Ramadhan!

Semalam 17 Ramadhan..
Aku pecah rekod sendiri.. Konon nak kekalkan
untuk tak pergi pasar Ramadhan. .
Tapi tewas jugak. Tak tahan dugaan la aku ni.
Sampai PARAM, semua aku tengok sedap!
Beli la macam2 tu pon ada 3,4 jenis yang kena larang lepas dijeling2. .
En. Boo Boo taknak bayar. Aku bayar sendiri.
Bila tak habis makan kompom kena marah.
Akibatnya semalam terlepas terawikh. .
Harini ingat taknak la ke PARAM lagi.
Nanti semua teringin. Semua sedap. Semua nak beli. .

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 4, 2012

satu hari, satu jengkal..

Pernah dengar mak @ opah kita cakap macam tu..?
Selalunya ditujukan pada baby la kan..
Arwah tok aku pernah cakap camni..
"budak kecik ni, satu hari satu jengkal akal dia bertambah".
No wonder la kan si budak kecik Jasmin tu dah
pandai menangis dan menyebek mintak angkat!
Sebelum ni, nak dengar suara dia pon susah okey..
Kalau berjaga tengah malam tu, diam je main sorang2.. Kita pulak yang geram..
Nak bagi menyusu pon jenuh kena kejut!
Bagi mandi pon boleh tido dalam besen mandi.
Time poo pon boleh tido lagi sampai tak sedar diri.
Kalau pee sampai basah barut pon still nyenyak.
Sekarang..?????
Sebelom tido kena tepuk bontot dulu, dah lena
betul2 baru boleh letak. Tu pon still kena tepuk lagi.
Buka je mata, dah pandai buka mulut sekali nak minta dukung.
Setakat nak sembang2 sambil baring, sorry to say. Kena berkawad pusing2 dalam rumah sambil sembang2.
Pantang sangat kalo dah nak tido tu, ada orang sebut nama dia.
Kompom celik mata pastu terkebil2..
Bab mandi masih okey lagi cuma dah pandai
membuas dalam besen dia.. Kaki dah tak diam..
Aku tulis catatan ni sebab aku kena mengasuh
Jasmin dari malam tadi dan sepanjang harini..
Datang teman Angah sebab suami dia ada hal.
Sangat mengantuk. . . Jasmin baru lena lepas poo dengan banyak..!
Huwaaaa.. Aunty long rasa terdera taw!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 1, 2012

novel baru di bulan Ramadhan



"Panggil Aku Kiah"
"Miss Pisau Cukur"
Main sambar je kat MPH tadi..
Mana ada kat rak 'highlight' je aku tengok!
Yang novel "Panggil Aku Kiah" tu aku baru jumpa..
Dah 2 3 kali cari kat kedai buku tapi selalu sold out..
Dah jumpa.. Rasa syok sangat..
Orang mesti cakap, orang lain bulan puasa,
mengaji atau bertadarus segala..
Aku p baca novel..
Takpela.. Bukan semua benda kita nak cerita
kat orang lain ye dak..??
Selamat berpuasa dan beribadat kawan kawan..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

Gadis Hitam Mata Biru...

Cantik tak mata biru anak kucing ni.?
Buat masa ni.. Anak kucing ni ada kat belakang rumah..
Duduk kat rumpun pokok serai aku yang merimbun..
Semak la pulak aku tengok pokok serai.tu..
Dulu ada pokok serai wangi kat depan rumah tapi sebab tak tahan mata memandang dicampur dengan rasa malas.. Akhirnya aku bakar pokok serai wangi tu..
Mengucap panjang mak aku... Sayang katanya.. Jangan kata mak, En. Boo Boo pon geleng kepala.. Hihi
Okey, berbalik dengan anak kucing tu..
Aku ingat nak biar jela.. Taknak kacau..
Ada orang cakap kucing ni pembawa rezeki..
Nak suruh aku bela dalam rumah, minta maaf..
Comel macam mana pon, aku tetap tak bawak masuk rumah..
Aku geli dengan binatang berbulu ni..
Biar jela kat luar.. Untung2 dia boleh jaga belakang rumah kan..
Tapi kalau ada yang bekenan nak kucing mata biru.. Mari la datang Bukit Beruntung..
Sekali dengan pakej berbuka.. Heee

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 20, 2012

saat yang dinanti. .


Maaf. . Harini update dengan phone je.
Aku ada taklimat awal pagi ni. .
Harini hujan, tren pon delay dan aku pon sampai lambat.!
Nampaknya hujan pon nak sambut Ramadhan. . Dari semalam hujan. .
Berdebar debar kan nak sambut puasa esok. .
Malam ni ingat nak balik kampung. .
Tapi En. Boo Boo cadangkan balik lepas terawikh. .
Bagus la tu. . Bersemangat dia nak penuhkan
tarawikh tahun ni. . Syukur. .
Harap berkekalan semangat tu sampai
penghujung Ramadhan. .
Tapi aku dengar ramai juga yang nak balik kampung. .
Maklum la nak menyambut puasa bersama keluarga. .
Aku berharap, jalan tak sesak la.!
Perjalanan yang amek masa 4jam jangan la dipanjangkan tempohnya. .
Nanti bersahur dalam kereta pulak. .
Doakan perjalanan kami ni ye. .
Semoga dipermudahkan dan selamat sampai ke kampung halaman. . Tak jauh pon, Taiping je. . :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 19, 2012

murah rezeki. .



Sejak nak masuk bulan Ramadhan ni,
murah je rezeki sepanjang minggu terakhir. .
Hari2 ada jamuan untuk sarapan dan lunch.
InsyaAllah lunch nanti pekena nasi Arab pulak. .
Pagi ni ada nasi lemak dan ketupat palas. .
Lamanya tak makan ketupat palas,
selalu jumpa time raya je. .
Sebab mak mertua selalu buat ketupat palas
dan lemang. .
Jom sarapan. . Mulakan dengan Bismillah. .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 1, 2012

Raya sebelum puasa!


Minyak meleleh leleh. Santan berlemak. Pelengkap lunch kami suami isteri. . Dah macam raya pon ia jugak. Saja la masak spesel untuk En. Boo Boo. Perut suami kena jaga. . Pengikat kasih sayang namanya. .sebab tu la kena ikat ketat2. . .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, June 25, 2012

asam garam dunia blogger..


Aku letih nak dengar cerita manusia tu.
Setiap hari kerja dia nak jatuhkan orang lain.
Setiap hari kerja dia, nak tengok orang bergaduh.
Setiap hari kerja dia, nak canang cerita orang.
Apalah niat dia datang ke tempat kerja?
Bahagia ke dengan hidup camtu?
Dalam blog aku ni, aku tak pernah nak cerita pasal dia. .
. .tapi harini dia dah berjaya buat aku cerita tentang dia. . Syabas!
Mesti dia tengah bangga masa baca blog aku ni.
Mesti dia tengah rangka cerita lagi untuk mangsa seterusnya.
Mesti dia puas hati dengan senyum simpul bahagia.
Ya Allah, tak pernah aku menghadap manusia yang buruk perangai seperti dia.
Depan aku, manis bicara susun kata.
Belakang aku. .? Semoga dia dapat 'pahala'..
Kalau ada yang kenal dia, memang akan anggap dia manusia sempurna tapi pada aku yang dah terkena ni. . .
Ooh, dia memang 'baiiikkk' sangat. . .!!  o_O

Published with Blogger-droid v2.0.6

dilimpahi bubur pulut hitam..




Pagi ni datang opis,belom duduk pon. Dah akak tingkat 27 panggil suruh amek bubur pulut hitam kat tempat dia. Terima kasih kak Ana. . Bau sedap. .mmm maklum la guna santan sawit. Pernah dengar tak pasal santan sawit ni.? Okey. Nanti ada masa aku cerita ye. Jom nikmati bubur pulut hitam yang semerbak ni. .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

air kelapa setimba..


Pengaruh rakan blog, si EIDA gedik! Dia kan eksited minum air kelapa fresh lepas miss P kan so aku pon taknak kalah la. Harus dengki dan cuba. . Hahaha
Beli kat gerai buah tepi jalan depan Shell atas bukit Rawang. *panjangnya nama kedai*. Hentam saja la. . Sebiji kelapa muda harga Rm2. Aku mintak sebiji bungkus untuk minum dan 2bijik rembat bawak balik. Puas hati aku rasa. .
Tapi dalam kereta, En. Boo Boo bagitaw kalau kat kampong ni tak payah wak kuar duit. Pergi tepi tingkap, tengok luar, dongak kepala, capai buah! Haha bukan bermaksud pokok kelapa tu bonsai dan dekat dengan tepi tingkap umah. . Tapi bertapa mudahnya nak minum air kelapa ni. Bersepah2 kelapa bergolek kat belakang umah sampai tahap pengeluaran melebihi permintaan. . Untungnya duduk kampong kan? ?
Semuanya depan mata tapi kat kampong En. Boo Boo la. . Kampung aku lain sikit, nak kelapa still kena beli cuma murah la, 80sen sebiji. Kelapa muda boleh amek free je sebab abah tanam kelapa pandan. Sedapnya. .

Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...