Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label MERABAN. Show all posts
Showing posts with label MERABAN. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Kenikmatan dunia



owh. mengantok sangat.! kalau dapat bantal, katil dan
suasana bilik macam ni. sungguh la nikmat.
takde nikmat yang nyata selain dari dapat tidor time sekarang ni.
nak keluar makan rasa kenyang.
nak keluar jalan2, sendiri pikir la kat Midvalley ni.
nak pulak time cuti sekolah. aishh, memang full habis !
sekarang ni kat opis suasana tenang.
ada yang membuta kat meja masing2.
siap pasang ringtone sendiri lagi. berlawan2. .
mata ni dah tak tahan plus sejuk pulak tu. nak menaip pon rasa berat.
btw, katil kat atas tu masa aku pergi 
Swiss Garden Resort di Kuantan. memang terbaek la. 
dengan seaview lagi. memang tak rasa nak keluar bilik. Hee.
try la pergi. antara Swiss Garden Resort Damai Laut dengan Kuantan,
aku rasa Kuantan yang terbaek dan paling syok.
 eah. . sudah2. . sangat mengatok ni. .



 

Tuesday, April 3, 2012

Pertama !



Dah lama tak update blog.
Pertama, dari Khamis pagi dah balik kampong !
bertolak dari rumah 1pagi. ada kecemasan kat kampong.
kematian mak saudara En. Boo Boo, sebelah rumah je
dengan family En. Boo Boo. jadi tak wajar la
sekiranya tak balik kan. . Al-fatihah buat arwah maklang.
bila dah cuti hari Khamis,
takkan nak masuk kerja hari Jumaat.
owh. . aku bukan seorang yang rajin. lajak kan jela cuti itu. .

Pertama, update entri untuk bulan April.
orang lain dah banyak cerita, maklum la dah hari ketiga.
aku baru nak mula, so ini entri permulaan.
nanti kita cerita benda lain, banyak cerita dah peram !
kalau balik kampong, even ada internet pon tak guna,
sibuk berulang sana sini. . maklom la kampong aku dengan En. Boo Boo
sebelah2. tak boleh bagi alasan la nak cakap tak larat. Heh.

 Pertama, pakai baju polkadot warna warni datang opis.
baju baru okey. ! beli bulan lepas, boleh pakai dah bulan ni.
dari dalam komuter lagi orang dok puji cantik.
isy. . malu aku dibuatnya. sebelom ni aku tak pernah ada lagi
baju polkadot sebab tak berkenan, tapi baju ni okey la.
bukan kain cotton macam orang lain dok pakai tu. .
 lagi cantik dari tu la. :)



 


Tuesday, March 27, 2012

Nak makan rainbow cake



 serius. terlalu teringin dengan kek ni.
nak buat sendiri tak pandai plus takut tak menjadi . .
tapi aku teringin sangat sebab tergugat dengan color yang menarik tu !
ada yang jual sebijik gedabak tu tapi jauh pulak nak amek.
nak buat sendiri rasa macam leceh je.
cari kat SR pon takde. kat kedai kek area Rawang pon takde.
abang . . taknak berkorban untuk sayang ke. ?
just one bite. rasanya dah cukup pada aku.
nak lepaskan teringin yang dah tahap memuncak ni !


kalau la aku mampu buat sehebat ni. mau kembang kempis hidong
dek kena puji dengan suami. Heh.
maaf ye. suami aku terlalu kuat memuji orangnya.
sebab tu aku asyik mengembang, tak pernah kempis2 !
 


 


Tuesday, January 31, 2012

Hujan Semangat



 Mula dari 4pagi hujan ni. sayup2 je aku dengar. tapi agak lebat rentaknya.
yang aku pelik walaupon hujan, aku masih boleh berpeluh.
pagini pon aku sedar agak awal. tak boleh nak lena dah.
mungkin sebab perut tak selesa kot. maklom la semalam kan birthday girl.
harus la ada orang belanja makan secara mewah kan :)

pagi ni datang kerja jugak dengan rasa bersemangat!
jarang2 aku rasa semangat nak datang opis ni. Hehe.
mood baik kot itu yang semangat lain macam tengah2 hujan ni..
 mmm. . esok cuti la. untuk geng2 KL dan Putrajaya jela.
nak ke mana kita ye.? aku..?
tak kemana2 . . En. Boo Boo kerja area Selangor, mana cuti. :(



 


Thursday, January 26, 2012

Rasa hati. . .



 mengantuk

=                                                                      =
=                                                                      =

=                                                                       =

 mengantuk !

Kalau ikot hati, memang malas nak kerja. rasa lagi aman kat rumah.
ni masalahnya kalau terlebih cuti. mengalahkan orang yang sambut Tahun Baru Cina.
adoila. 
mmm.. citer pasal balik kampong aritu, memang sakit !!
jalan sesak kaw2. perjalanan boleh amek masa 3jam jadi sampai 7jam.
memang la azab sangat. rasa nak patah pinggang walaupon bukan aku 
yang drive.. itu la punca aku terlajak cuti tu.. Hehe




 


Thursday, January 12, 2012

SMS Romantik :: 2tahun sebelum kahwin



 Di bawah ini senarai yang aku tak suka tentang kau…
1…..
2……
3…..                                                                                  
4……
Apa nak buat?? Aku suka semuanya tentang kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku….
Tekan lagi kalau masih rindu…..
Lagi….
Lagi….
Masih tekan lagi???
Nampak sangat rindu…..
Aku juga sedang merinduimu…
Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku

********************************************************

()” ‘ ‘()
( ;
( O) saya akan,
(,(’”)(’”) selalu
ingat kat awak..
tiap-tiap malam
suara awak
lawak awak
sumer la..
()” ‘ ‘()
( (”)(”) rindunye..!!
( )
( (’”)(’”)

********************************************************

Dari mana datangnya cinta ……
dari SMS turun ke hati …..
Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu

********************************************************

Hello..
Aku pencuri…
dan aku di sini nak curi hati kau!!!





 


Tuesday, January 10, 2012

datang kerja tapi tak bekerja !



harini aku bosan..
so aku buat sesuatu yang mungkin buat aku tak bosan.
ubah template blog ,,, sakit hati..
ubah macam2 tapi langsung tak menjadi.
langsung buruk + tak ceria !

biarlah dulu. takde mood nak betulkan balik.
lagipon harini aku terlupa yang En. Boo Boo cuti.
itu yang tak best tu bila sorang kerja, sorang cuti.. aish
En. Boo Boo cuti sebab dia ada temujanji dengan doctor.
nak follow up pasal kaki dia yang accident.
jumpa doctor kejap je, kalau tak kan boleh berjalan2 pastu.
eee.. nyesal pulak datang kerja harini..





 


Friday, December 30, 2011

Bebelan Minah Burger




menu malam ni. simple2 je. kena masak jugak la. sebab nak bagi En. Boo Boo
makan + nak jamu adik aku. sekarang ni Chik dah start dok dengan aku.
baru lepas SPM, gigih nak cari kerja. nak dapat duit poket untuk topup dan isi minyak motor.
tapi dah dekat sebulan melangut kat kampong, itu yang aku hangkut datang sini.

bila stay umah aku, memang nahas la dia. makanan semua kena catu.
kalau banyak sangat makanan, aku pon join sekali. tapi betol la.
sekarang ni aku dah tak boleh makan banyak2. cepat senak.!
dah ada peningkatan pada diri aku. syukur alhamdulillah. makan sikit tapi kerap.
itu memang berkesan dengan aku. sekarang ni kalau makan nasik 4sudu pon no hal lah.
cuma roti je aku tak boleh kawal untuk sekeping setiap hidangan. roti mesti nak lebih.
itu masih jadi masalah pada aku. harap aku kuat semangat.

tentang burger kat atas nun. memang le ada 3ketol. tapi aku makan separuh je.
separuh lagi, Chik bedal. En. Boo Boo 1 pon dah cukop. itu jela laporan malam ni.
aku dah beberapa hari tak panjat treadmill. sibuk cari rumah. balik pon dah maghrib.
selagi pencarian rumah idaman yang sesuai dengan aku tak berjumpa, selagi tu aku akan terus mencari. pasal rumah yang aku pernah cerita <DISINI>. aku dah cancel.
ada masalah dengan owner yang tak bertimbang rasa. kena usaha lebih untuk cari rumah yang lain pulak. bukan senang ye nak cari rumah second hand kat Bukit Beruntung ni.
 boleh pitam... ! ada masa. aku cerita lebih lagi. nite.





 


Thursday, December 8, 2011

THE HIDDEN TIGER





Kalau kawan-kawan blogger aku pandai belaka. sila cari THE HIDDEN TIGER.
cari sampai jumpa. takmau tipu-tipu.
senang je nak jumpa. kalau tak jumpa jugak. aku taktaw nak kata. :)





 



Monday, November 14, 2011

MasterChef Malaysia :: OMG!!




 nah. lastly. Terrance terkeluar jugak.!
aku sangat terkejut bila dia masuk dalam ujiancipta rasa semalam.
dan semalam jugak aku ingat dia boleh menang.

supaya dapat singkirkan Mastura yang berlagak tu.
rupanya aku tersilap. Terrance yang tinggalkan MCM,
selepas Jiejah, Zeri, Hui Ting dan Azilah.

even aku tak jadi juri pon. aku rasa Terrance ni ada salahnya.
dia punya kebersihan memang zero macam yang Papa Joe cakap.
macam2 dia buat salah. sampai aku terfikir.
dia ni nak tersingkir cepat ke.?

cuma yang aku terkilan. setiap kali hidangan nak dijurikan.
MCM tak tunjukkan semua. aku teringin tengok Wahidan punya gaya.
asyik kena potong je sebab nak lebihkan iklan. bengang aku!

 entri pasal Terrance sebelom ni. ada di <post> ni.





 


Friday, November 11, 2011

Impian!



..yang hanya boleh dijadikan angan2. pendam jela dalam hati..
semuanya gara2 tengok tarikh harini.
11.11.11
cantik kan.? untung siapa yang nikah harini. esok terus kenduri.
 kompom petang ni, letih tok kadi nak berjabat tangan dengan pengatin.
sebab ramai sangat.!

dan kalau aku tengah sarat preggy sekarang ni.
kompom aku amek tarikh arini untuk 'bukak tingkap'.
semata-mata nak deliver baby pada tarikh yang cantik camni.
bukan senang nak dapat kan.?

tapi tu la. semua ni hanya impian.
nak pilih tarikh nikah, dah nikah pon.
nak pilih tarikh deliver, ntah bila masanya.
haih. pakat kempunan le jawabnya.

 tapi takpe. sempena tarikh ni.
aku akan ke Hospital Sungan Buloh petang ni, mungkin lepas Jumaat.
nak pergi amek stok Diane 35!
ade jugak la aktiviti yang boleh dicatit dalam buku hospital aku tu.







 


Wednesday, November 2, 2011

MasterChef Malaysia yang Pertama




Master Chef Malaysia.
aku tak sabar nak tengok siapa juara pertama Master Chef Malaysia.
kalau sebelom ni ni aku mengharapkan Felix.

tapi semenjak episod semalam.
episod diorang kena masak2 kat Kuang tu.
terus aku rasa dia macam tak bes je.
so aku lebih sokong Terrance dan Wahidan.
 

malam ni penyingkiran akan berlaku.
aku tak sure siapa yang nak kena terminate.
semuanya macam okey kecuali Jiejah n Saiful yang belom tunjuk skill.
harap2 bukan peserta idaman aku. Hehe.








 


Thursday, September 29, 2011

Tajupakale




WIFI punya cerita..

Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?

Mamak : apa WIFI??

Man : ini kedai punya interner la..

Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugakMan : hah??

Mamak : "tajupakale..!"

Man : Apa tu..??

Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..

Man : Password dia tajupakale..!

Mamak : ya..tajupakale

Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Man : dey, mamak apa password dia??

Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!

Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik

Mamak : mana ada slah..tajupakale

Man : x boleh la dey!!

Mamak : boleh la...

Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!

Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)

Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!

Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..

Man : eh, ye ke...kau tekan la..

Mamak : ini mcm tekan la 7777

Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"

Mamak :betul la sy ckp tajupakale

Man : %@#*&^%$#@!!!!!!!!












 


Wednesday, September 14, 2011

Mabuk benang dan jarum





 Aku ni memang dari dulu alah sungguh dengan benang dan jarum ni.
bila aku sentuh je. mula la ade yang tak kena. kang pening la. loya la.
itu sebab la baju raya aku tak siap2. dah nak tengah bulan raya. still tak siap jugak. haih.
anak sapa la ni...

aku mula menjahit dari bulan puasa. rasanya dalam tengah puasa.
konon2 sempat la pakai time raya. boleh la sedondon dengan baju POLO En. Boo Boo.
tapi haram.. tak siap2 jugak.

semalam semangat menjarum datang balik. ada la peningkatan. konon nak bagi abes la sebelah tangan. lastly tak boleh jalan jugak. ada lebih kurang sejari. dah sakit bontot + sakit kepala.
tinggal kan jela. kemas pon En. Boo Boo yang kemaskan.

alahai. niat dihati nak pakai Selasa minggu depan. ada lagi sebelah tangan tak berjahit.
yang sebelah pon amek masa sebulan. yang sebelah lagi tu ntah bila nak siap.!
agak2 korang la kan. gamak ke nak pakai sebelah je ade manik..?

aku tensi dah ni tengok manik yang melambak kat umah.
lebih baik aku pegang senduk dan periuk. boleh bertukang sakan pastu makan.
kalau suruh aku menjarum berbenang. memang tak masuk roh la weh..












Friday, September 9, 2011

Minuman kegemaran artis Malaysia




kalau tengok cerita2 melayu kat tv. mesti bila part order minum.
artis tu akan mintak fresh orange juices. punya banyak minuman kat Malaysia ni.
itu yang diorang mintak.

kenapa ye.? aku pon tak paham. dari zaman aku kecik2 tengok tv lagi.
kalau minum mesti nak fresh orange.!
tak pernah pon mintak nescafe tarik keras ke, sirap limau ke, milo suam tabur ke.
memang tak pernah.

agaknya itu jela kot minuman yang paling tip top dulu kini dan selamanya.
sampai sekarang kalau aku tengok tv. itu jela yang diorang order.
woii.. lain kali ubah le dialog tu. dari zaman 80an sampai mellenium.
tak abes2 lagi ke korang minum fresh orange..?
masam taw tak...








 


Monday, September 5, 2011

mood Raya masih di dada...





rasa malas menikam jiwa.
raya dah berlalu hampir seminggu. tapi mood cuti raya masih mantopps!
nak cuti tak boleh dah.

cuti ada lagi beberapa hari je lagi.
mana dengan Angah nak kawen hujung bulan ni. dengan raya Haji lagi.
haih.

sekarang ni hati tengah berbintang2. ingat kampong.!
malas je. nak pulak bila ngadap opis yang sunyi sepi sebab masih ada yang bercuti.
memang buat aku sakit hati.










Thursday, August 25, 2011

"Di sebalik nama"



Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt
kuih yg bangun sendiri= kuih bangkit
kuih org x mandi= BAU-LU
kuih paling tenteram= kuih makmur
kuih paling lembap= kuih siput.....










 


Thursday, August 18, 2011

Dugaan orang tidak berpuasa..


Selama beberapa hari aku tak masuk opis. dugaan banayk betol bulan posa ni.
aku dapat MC 2hari. sebab sakit telinga + telinga berdarah.
dan semalam aku tak masuk opis sebab aku ingat cuti umum.

padahal KL tak amek Nuzul Quran sebagai cuti umum.
so maknanya EL la semalam aku ni. sengal betol la. aish.
yakin sepenuh jiwa aku cakap semalam semua cuti. sampai la boss aku kol. hehe.

dan sempena 18 Ramadhan. aku masuk opis semula.
nak jadi cerita. dah tren pulak buat hal. tren 6.15am yang selalu aku naik tu ade masalah.
bukan dekat Rawang, bukan dekat Serendah tapi di Rasa. jauh sangat.!!

makanya dengan muka sememeh belom mandi. siap dengan makan ubat batuk lagi.
En. Boo Boo yang bawak aku datang opis dengan jayanya.
pagi tadi dia anta aku ke stesen Rawang. tapi tren takde so dia terus anta ke opis.

dan pagi ni aku sampai opis dengan awalnya.
6.58am aku dah terpacak kat depan pintu masuk. hehe.
tapi arini kerja sangat banyak. so kena rajin2 la kan. tak boleh dah pegang prinsip
"Jangan Kerja Rajin"



 dalam cerita kat atas. agak2 korang la kan. sapa yang tak posa..?? :)








 


Thursday, August 4, 2011

Soalan yang akan dibalas dengan CACI KAKI ;)


1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
     Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
     Answer: Kuih salah bikin.

 4) Binatang ape power Karate?
     Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
    Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
    Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
   Answer:  Pembohong...

9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
   Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
     Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat? 
    Answer: Neneknye si katak

12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
    Answer: Sbb lelaki kan 'buaya'

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
    Answer: - Sekretari  baik..................'Selamat pagi tuan'
                - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi tuan'

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
      Answer: Dua-dua tak  kenal kau...hehe

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
     Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
      Answer: Tahi hidung

17) Kenape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
      Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa...gile ape...

18) Gajah terbang dengan ape?
     Answer: Dengan susah payah......











 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...