Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Pembangunan Bukit Beruntung

 
Bila sekali update, mula rasa ketagih nak update lagi dan lagi.
bulan puasa ni boleh kot update selalu time lunch hour.
in Sha ALLAH. takda orang baca pon takpa, sendiri baca pon boleh. .
 
 
Minggu lepas baru ni dan minggu ni, aku takde class. Happy la sikit.
Jalan2 sikit. tengok suasana kat kawasan aku duduk.
dan sumpah aku terkejut. kawasan Bukit Beruntung, rupanya dah membangun laa. .
KFC ni dah ada lama dah. dari awal tahun kalau tak salah. .Aku pernah pergi sekali je.
aku kan orang KL yang menetap kat Bukit Beruntung, harus tak serasi dengan Bukit Beruntung kan. .
ayat mintak maki, cenggitu laaa.. HAhaha
Dulu KFC kat BUkit Beruntung ni, cuma lori KFC yang park tepi stesen minyak.
itupon seminggu sekali, rasanya pernah story kat sini tapi saja nak ulang.
ayam goreng yang disediakan pon cuma 1jenis samada original/spicy. nak mintak 2,2 memang takda.
sedey oii, selamat Rawang tu dekat plus aku kerja kat Midvalley.
Kalau tak, KFC pon aku tak kenal dah gamaknya. okey, aku memang over!
tapi sekarang dah membangun, dah ada KFC sendiri. kira rumah aku dekat ja dengan KFC.
setakat kalau nak pecah lemak dalam 1kg tu, boleh ja berjalan. Hihihi
 
 
Dan yang terbaru adalah PizzaHut Delivery. Aku still bangga oih! Sekarang ni macam2 ada dah kat Bukit Beruntung tu. dulu bukan main daif lagi.
siap ada yang cakap aku duduk tempat jin bertendang la apa, sekarang ni sapa yang cakap camtu lagi, aku yang nak tendang dia. over okey!
PizzaHut ni belum buka secara rasmi tapi dah ada papan tanda. mungkin dalam minggu ni kot buka, itu aku tak pasti. nanti ada masa aku try p amek gambar suasana Bukit Beruntung yang latest.
KAlau aku ada masa, tapi jangan harap sangat la kan. Hehehe
 
Sekarang ni dah banyak rumah2 baru tepi highway yang dah dibina. memang semua terjual dengan cepat sebab masih murah.
 Anggaran rumah 2tingkat dengan keluasan 20x70 dalam RM200K++.
Kawasan baru yang aku ada tanya2, dah naik jadi RM300K++. Rasanya berbaloi lagi kot dari kawasan Shah Alam dan Kajang. yang memang sah2 tak dapat dah harga ni untuk umah 2tingkat.
Untuk sementara ni, ini dulu lah, nanti aku update lagi pasal Bukit Beruntung.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, May 2, 2013

Lumiglow + Bleeding + Rumah + Study

 
ASSALAMUALAIKUM
 
memang dah lama tak jengah blog sendiri. even setiap hari ada ja yang Tanya pasal Lumiglow.
di sini saya nak bagitaw, saya bukan agen Lumiglow etc. Kalau terasa teringin nak ber'Lumiglow',
Lumiglow utk dijual.. Rm90 sahaja.. Call 0193615563. Afiz
cuba la hubungi dia.
 
sebelum blog ni betul2 terkubur. aku nak share sikit la pengalaman aku bleeding ni.
selama 6hari aku bleeding, hari ke7 baru berani pergi hospital.
berani kan aku.? padahal aku bleeding bukan tahap sikit2. siap berketul2 dan memang darah hidup je yang keluar. senang cakap, lepas mandi pon darah tu still boleh meleleh kat kaki.
betapa banyaknya darah tu. sampai suami la jadi tukang lap darah2 tu.
terus rasa diri bodoh bila ulang balik cerita bleeding ni.
sekarang ni aku dah kembali normal. aku tak mintak untuk baby ke apa.
aku cuma nak sihat je buat masa sekarang ni.
dan ubat Duphaston yang gynea aku suruh amek setiap bulan tu pon aku dah stop.
sebab Duphaston tu aku bleeding teruk.
buat masa ni, aku taknak amek apa2 ubat. sebelum ni everyday aku makan vitamin C, acid folic, Duphaston dan ubat kolestrol. lepas kes bleeding, mak aku cakap tak payah makan apa2. .
jadi aku menurut perintah jela. untuk sebulan ni, aku nak clean dari dadah2 tu.
*kembang hidung*
 
untuk rumah yang aku pernah cerita sebelum ni. aku harap, aku dapat duduk sebelum bulan puasa.
maknanya dapat la beraya dengan rumah baru. actually, bukan la rumah baru sangat kan sebab rumah second hand tapi okey la. jenis rumah murah2 je.
RM130k, rumah 2tingkat. Kat mana nak dapat harga rumah semurah tu?
Bukit Beruntung la. Kalau sanggup penat lelah ulang alik pergi kerja lebih 60km sehari,
silakan lah beli. tapi pastikan suami anda jenis ringan tulang la kan.
Hahaha. tu nak puji suami sendiri la tu erk? well said. . suami isteri harus lah tolong menolong.
 
sebab aku student part time. yang baru sem1. jadi sem ni memang aku rasa tertekan sangat.
maklum la nak sesuaikan diri tu bukan senang. tapi setakat ni aku ok lagi la.
cuma sem ni aku kena hadap 2 killer paper. Math Kejuruteraan dengan Mekanik Struktur.
2 subjek ni memang buat aku lemas 24/7. arrgghhh!! kawan2 semua jauh. semua area Sepang, Bangi.
aku tiba2 sensorang kat Bukit Beruntung. memang tak la kan nak jumpa semata2 nak study group.
so aku study sendiri. salah pon sendiri. faham pon sendiri. memang mencabar!
kalau ada ex-student UTM, Civil Engineering yang nak pos nota kat aku, aku terima weh!
maklum la student kan, harus la nak berjimat. .
tapi sekarang aku pegang satu je, aku takkan mengalah! aku tetap akan teruskan study ni walaupon payah!
 

Friday, January 27, 2012

Pokok Beras Daun Lalang











 Nak kata pekan sangat, idak le sangat ! cuma budak ni je tak pernah 
tengok padi. dulu masa ikot rombongan pengantin belah En. Boo Boo,
Anje baru umur 4tahun. dia cakap padi tu lalang.
dia terkejut sangat sebab
rumah mak abang ipar dia banyak lalang !


dia dah datang 2,3 kali ke rumah kampong En. Boo Boo.
tapi baru2 ni je berpeluang nak turun padang tengok padi dalam erti kata
yang sebenar. selamat dia faham.
cuma yang nak tergelak sangat tu, bila dia nampak biawak kat permukaan
parit depan rumah tu. di katanya biawak tu buaya.
ish.. tak pekan sangat la umah kita tu dik oii..




 


Tuesday, December 13, 2011

Rumah Impian



semua orang ada rumah impian kan. aku pon sama.
tapi rumah impian aku, biar lah aku yang pelan sendiri bagaimana susunaturnya.
tapi rumah impian tu mungkin lambat lagi akan terlaksana sebab aku bercadang nak bina selepas umur aku 40tahun. kalau dipanjangkan usia. insyaALLAH.


dan yang penting rumah tu akan dibina di kampong. bukan disini. aku taknak selamanya stay dan kerja di kawasan Selangor dan KL ni. aku rasa sesak.
time tu biar la orang lain pulak yang merasa dan gantikan tempat aku.

sebab aku inginkan kawasan tanah yang cukup untuk tanam pokok buah-buahan.
nyaman kan. setiap kali keluar rumah. pokok2 tu yang sambut kita.
bukan macam sekarang. pagi2 lagi dah nampak kereta dan kereta.

dan kalau takde aral. dalam masa terdekat ni, En. Boo Boo akan beli rumah.
tapi di kawasan BUkit Beruntung la. sementara tunggu lagi 15tahun. takkan nak menyewa je.
beli dulu rumah yang ada. itu pon dah perlukan belanja yang besar even cuma rumah second hand.
ikot kemampuan la kan. tak mampu kot nak beli rumah mahal2.

semuanya masih diperingkat awal. kalau ada rezeki. adala.
doakan aku supaya 'berjodoh' dengan rumah tu. sebab rumah tu dah memikat hati aku.
rumah 2 tingkat yang comel.







 


Wednesday, November 2, 2011

Harum dan Cantik




 ini design baru keluaran Air Wick. comel + cantik.
sebenarnya segala bunga, daun dan rerama tu diberi.
so kita kena guna kreativiti sendiri masa nak menepek tu. kalau tak kreatif, hancur!

aku pon main belasah je. tu pon kena repair dengan En. Boo Boo.
ada je yang dia nak komen aku buat.
dia nak komen aku, padahal dia cuma tepek rerama tu. cit.

sekarang ni nampak cantik sikit la air freshner ni.
tak le nampak putih je. dah le dinding rumah pon putih.
so bila nampak bunga2 tu, enjoy la sikit.


Hehehe. contoh kat gambo tu dah diberi. tiru jela. kretif la konon.
so pergi la beli sekarang. yang cantik ni boleh letak kat ruang tamu.
yang lama letak dalam bilik cam aku.

nanti nak beli lagi la. kat bawah ni je.
Carefour Midvalley. aku suka jalan2 sana bagi perabeh duit.
kalau aku mampu, aku g tempat lain. tapi sebab tak mampu, Carefour jela.








 


Monday, August 1, 2011

Rumah Kelabu Bertangga Batu


Bulan posa camni. lemau je kan nak post entri.
bukan lemau sebab ape. opis ni sejuk sangat.
tak tahan rasanya. siap berstokin dah ni. nak tido pon takleh sebab sejuk sangat.!

jom jalan2 umah aku kat kampong. umah baru renovate.
agak semak samun dan lintang pukang.
nampak gayanya kembang setaman le mak aku. beraya dengan umah baru. hihi.

dari belakang umah.


pada kawan2 yang nak anta kad raya.. sila la..jgn malu2..

depan..pandangan dari lorong 'sepi'.


pintu masuk bilik angah.

cat yang tak cantik langsung! blueekk

rumah ku syurga ku

awning yang ditambah sampai ke depan., gelap jadinya!

nampak suram je umah tu kan. 
aku suh cat kaler biru kain sekolah menengah + kelabu.
mak abah taknak. kan dah nampak kusam.

apepon. semuanya nampak elok dan boleh la.
ada lagi bahagian2 yang ditambah. tapi sudah2 la. nanti banyak sangat gambo plak.
cukup je yang mana ada.

pasal model yang terlompat sana terlompat sini tu.
abaikan ye. dia memang pantang nampak orang pegang camera. :))













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...