Pages

Showing posts with label Nasi Kandar. Show all posts
Showing posts with label Nasi Kandar. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

FISH CURRY MAMAK STYLE / KARI IKAN ALA MAMAK


Kari ikan Mamak adalah kari yang dimasak tanpa santan. Biasanya kuahnya pekat dan rempahnya begitu kental. Kari Mamak ini lebih mantap jika kita mampu menyediakan rempahnya sendiri, tetapi sekarang ini rempah siap di pasaraya sudah cukup baik menghasilkan kari yang enak. Saya lebih gemar menggunakkan rempah kari Baba's kerana rasanya yang lebih spicy dan warnanya cukup menarik.

Untuk resipi kari kali ini saya masukkan puff tofu dan bendi..ini bagi memuaikan kari. Hidangkan bersama sedikit papadom dan sayuran goreng ala mamak maka terhasilah menu mamak dan nasi kandaq di rumah.



Kari Ikan Ala Mamak



  • 3 - 4 potong ikan tenggiri
  • 5 bendi dipotong 2
  • 5 puff tofu dipotong 2
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sdb minyak masak
  • 3 cawan air


Bahan Tumis

  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 3 biji bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sdt halba campur
  • 2 paket rempah kari Baba'

Cara Menyediakan

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan rempah kari.  Masukkan 2 tangkai daun kari... Masak sehingga pecah minyak, masukkan air 
  2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai...masukkan garam.
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan tofu dan bendi.
  4. Biar seketika sehingga naik minyak dan masukkan tomato
  5. Padamkan api dan angkat 


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Tuesday, April 14, 2015

AYAM MADU KANDAR


Dikala kaki melangkah di mana-mana retoran nasi kandar pasti lauk ini ada. Ayam Madu Mamak adalah menu wajib. Menarik menu ini madu ayam ini datangnya dari buah kurma yang diblend. Untuk menambahkan kelazatanya buah kurma ini diblend bersama bawang goreng...perghhh aromanya memang menyegat dan rasanya memang hebat.

Bagi yang mampu menahan kemanisannya boleh juga dicurahkan sedikit madu tetapi saya langsung tidak memasukkan madu kerana kemanisan kurma sudah memadai. Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa masing-maing kalau ingin berkuah tambah air. Untuk presentation boleh tabur kismis, gaju dan bawang goreng.

Lauk ini selain dari nasi putih boleh digandingkan juga dengan nasi minyak, nasi kunyit ataupun nasi tomato.




Ayam Madu Mamak
  • 1 ekor ayam di potong 10 gaul gram kunyit dan goreng jangan terlalu gareng
  • 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
  • 1/2 kilo bawang besar dihiris nipis dan dibuat bawang goreng (blend bersama kurma)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumis
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum buah pelaga
  • 1 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar dihiris

Bahan blend
  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • 2 sdb serbuk ketumbar
  • 1 susu besar Jintan putih.
  • 1 sudu besar Jintan manis.
  • 2 " halia 
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih 
CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak tumis bahan tumis sehingga bawang kekuningan.
  2. Masukkan bahan blend dan biar sehingga naik minyak
  3. Masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. 
  4. Masukkan garam dan adjust rasa
  5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api  dan biar sehingga naik minyak dan angkat.
Nota :-
Boleh dicurahkan selepas masak jika suka.
Boleh ditaburkan gajus dan kismis goreng



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Tuesday, June 24, 2014

SOTONG MASAK SWEAT SOUR MAMAK STYLE


Tidak semua resipi Nasi Kandar berempah 100%, resipi ini adalah salah satu resipi sotong yang seakan sweet sour Chinese Style. Sedap kalau digunakan sotong sai sederhana.

Sotong Masak Sweet Sour Mamak Style
Ingredients

  • 1 kg sotong putih sederhana saiznya dibersihkan dan direbus sehingga empuk dengan kunyit.
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 2 biji  cili merah dibelah dua
  • 2 biji cili hiju dibelah dua
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan cili sos
  • garam dan gul secukup rasa
  • 5 sdb minyak masak


Bahan Tumis

  • 2" halia
  • 5 ulas bwang putih
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 sdb rempah kari (ikan)

Blend semua bahan.

Cara Membuatnya


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
  2. Masukkan daun kari, cili merah, cili hijau dan tomato segar
  3. Masukkan bahan blend dan bir seketika.
  4. Masukkan sos cili dan sotong, garam dn gul secukup rasa
  5. Tambah air jika perlu dan masak sehingga sotong masak.
  6. Kepekatan bergntung kepada banyaknya kuah yang diingini.
Notes
Adapted from

Monday, June 23, 2014

PERENCAH MEE GORENG MAMAK


3 bahan penting yang menjadikan Mee Goreng Mamak lain dari Mee Goreng Biasa....ha..ha...rahsianya terletak pada perencah yang ditumis dimasak terlebih dahulu. 3 bahan utama yang digunakan ialah cili kering yang dimesin, kacang tanah yng digoreng tanpa minyak (blend bersama air -ia kelihtan putih) dan ikan bilis diblend halus (juga diblend dengan air). Semua bahan ini diblend secara berasingan dan dimasak macam kita membut kuah kacang sate.

Perencah ini disimpan dan digunakan apabila kita menggoreng mee. Mee digoreng seperti biasa dimasukkan hirisan bawang besar dan hirisan bawang putih. Tumis dan masukkan hirisan kobis, sawi, mee dan perencah ini. Masukkan kicap, sos tomato dan sos ikan..semuannya main agak-agak...maka jadilah MEE GORENG MAMAK kesukaan ramai.



Friday, June 20, 2014

MEE REBUS MAMAK


Mee rebus, mee kuah memang terdapat beberapa variasinya...Resipi ini adalah resipi mee rebus mamak yang kita boleh dapati di mana-mana restaurant nasi kandar. Saya baru mendapat rahsia membuatnya dan terus mencubanya. Biasanya kalau kita makan di kedai kuahnya selalu manis tapi kalau kita yang membuatnya sendiri maka pandailah kita adjust rasanya. Yang ingin mencuba boleh guna resipi ini. Kalau mahukan kuahnya merah jangan masukkan kunyit. Kepedasan bergantung pada cita rasa masing-masing. Selamat Mencuba


Mee Rebus Mamak
Ingredients
Mee Kuning dicelur
Taugeh dicelur
Cili hijau dihiris nipis
Limu kasturi dibelah dua
Tahu digoreng dan dihiris nipis
Cucur Udang
Kerepek Beras
Kentang direbus dan dihiris nipis
Telur rebus
Daun bawang dihiris
Bawang Goreng

Untuk resipi cucur sil klik sini -http://patyskitchen.blogspot.com/2014/06/rojak-mamakmeletop.html

RESEPI KUAH 
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus dilecek
125gm udang kertas halus diblend
125gm.  kacang tanah. tanpa minyak
2" kunyit hidup
20 biji cili kering.
3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
3 biji bawang besar.
2 sudu besar sos cili
2 sdb sos tomato

Blend semua bahan kecuali keledek

Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak cili dan tomato sos.

Biarkan sehingga pekat dan siap untuk dihidang

Cara membuat kuah lebih kurang sama membuat kuah pssembor
Notes
Adapted from - Mohamad Roslan and personal experience in Mamak Restaurnt

Wednesday, June 18, 2014

ROJAK MAMAK...MELETOP...


Rindu Rojak/Passembor Padang Kota Penang. Memang lama tak balik Penang. Masa tinggal di Penang langsung tak berhajat membuat rojak ni...sebab lebih sedap cari Rojak Mamak..ha...ha...sudah berjauhan ini baru teragak mempelajarinya. Terdapat 2 perkara penting dalam rojak Mamak ni...satu kuahnya dan satu lagi bahan cucurnya. Cucur pula terdapat 3 jenis, cucur udang, cucur kelapa dan cucur beras atau kerepek

Biasanya di Penang di aturnya bahan-bahan lain seperti ..sambal sotong kering, ketam...udang, fish ball, fish kek dan macam-macam lagi. Semua bergantung kepada bajet dan citarasa masing-msing. Kuah rojak yang sedap adalah yng pekat dn tidak manis..itu citarasa saya..kalau manis saya memang tidak akan teruskn. Kerap kali makan di luar saya selalu terken yang manis....so lebih baik buat sendiri y..kita boleh adjust rasanya

Rojak/Passembor Mamak
Ingredients
Bahan Rojak

  • Sengkuang dihiris nipis memanjang
  • Timun dihiris nipis memanjang
  • Taugeh dicelur sedikit
  • Tofu kuning digoreng dan dihiris nipis
  • Kentang direbus dan dipotong
  • Telur Rebus
  • Cucur Kelapa dipotong
  • Cucur Naik dipotong
  • Cucur Beras dipatah dan ditabur atas
  • Bawang Goreng ditabur atas
Cucur Kelapa


  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepun gandum
  • 1/2 cawab kelapa parut (hampas kelapa pun boleh)
  • bawang kecil di mayang halus,
  • garam secukup rasa
  • sedikit sodium bicarbonate


gaul dan buatkan dough semua ramuan diatas sekira2 boleh digumpal dgn tangan. cucurkan kedalam minyak yg telah berpijar panas. 


Cucur Naik


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 st baking powder
  • 1/4 st soda
  • 30sen taugeh basuh bersih
  • 1/2 st serbuk kunyit / pewarna
  • 1 st gula
  • 1/4 st garam
  • 125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
  • 1 biji telur

Cara Membutnya :

  1. Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
  2. Masukkan telur dan taugeh serta garam kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.



Cucur Beras atau Kerepek
250gm tepung beras.
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topiaca flour).
Minyak untuk goreng.

Bahan-Bahan Perencah untuk dikisar:
  • 5 ulas bawang putih.
  • 5 biji buah keras.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
  • 1 biji telur.
  • 50 ml santan cair.
  • Garam secukup rasa.


Cara Membuatnya:
  1. Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
  2. Cairkan  tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
  3. Panaskan minyak, bila minyak panas cukup, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur (kitchen toel paper) untuk menyerap minyak.
  4. Patahkan saiz yg dikehendaki dan taburkan ke atas  rojak anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan rojak anda.
Kuah Rojak

  • 1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
  • 125gm udang kertas halus goreng dulu udang itu 1/4 masak.  
  • 125gm.  kacang tanah.(goreng tanpa minyak dan dibung kulitnya)
  • 10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. 
  • 3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
  • 2-3 bawang besar digoreng layu
  • gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya
  1. Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar.  Masukkan garam secukup rasa.
  2. Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh. 
Notes

Adapted from -


Tuesday, June 17, 2014

UDANG MASAK NASI KANDAR


Tertelan air liur melihat udang nikan...Kalau ke restaurant Nasi Kandar biasanya kena bawa calculator dulu baru boleh belikan..tapi boleh terus tunjuk...ha...ha... harga sekrang antara 8 - 10 hengit se-ekor...tapi kalau beli udang dan masak sendiri nescaya seisi keluarga boleh memakanya. Resipi ini adalah lebih kurang resipi kari udang tetapi yang penting ialah teknik memasaknya...bagaimana menentukan udang kekal saiznya dan kepekatan kuah dapat diseleraskan. 

So learn the teknik here


Udang Berempah Masak Nasi Kandar
Resipi enak dari rangkaian lauk-pauk Nasi Kandar...sesuai dimakan bersama nasi putih mahupun briyni.
Ingredients
  • 1 kg Udang besar 
  • 3 biji Bawang Besar di hiris 
  • 3 biji  Bawang Besar dikisar halus.
  • 1 " Halia ( dikisar halus bersama bawang putih)
  •  5 ulas Bawang Putih 6 ulas – dikisar halus.
  • 4 sdudu besar Rempah kari Ikan Baba’s 
  • 2 sudu besar Serbuk Cili
  • 1 sdt serbuj jintan Putih.
  • 1 sdt serbuk Serbuk Jintan manis 
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 1 sdt serbuk Kas-kas 
  • 2 ranting daun kari
  • 1/2 senduk minyak masak 
  • 2 sdb Jus limau nipis
  • Garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang. Gunting sesengut (misai) dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya.Peramkan udang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20-30 minit.
2. Panaskan Minyak, masukan bawang yang dihiris, apabila keluarkan bau wangi masukan bawang yang dikisar dang campuran bahan halia+bawang putih yang tinggal. Rempah kari, jintan putih dan manis.
3. Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum masukkan peraman udang. Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali.Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat.Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya.Masukan garam secukup rasa.Udang Masala sedia untuk hidangan.
4. Udang yang masak terlalu lama akan mengecut dan kemanisan semulajadi udang akan hilang. Masa masakan Udang adalah amat mustahak. Udang yang besar selalunya dimasak 7-8 minit dan 3-6 minit untuk udang yang sederhana besar.Adalah mustahak tentukan kelikatan kuah sebelum memasukan udang ; dengan ini kuah bersama udang tidak perlu masak terlalu lama.

Notes
Adapted from Mohmad Roslan and personal experience in Nasi Kandar Restaurant

SOTONG BEREMPAH MASAK NASI KANDAR


Salah satu resipi favourite. Selalunya saya guna dua resipi berbeza untuk yang berempah dan yang tidak berempah. Resipi ini adalah resipi yang berempah. Untuk memastikan sotong lembut..maka sotong hendaklah direbus terlebih dulu. 

Menjadi kebiasaan saya akan merebus sotong dengan sedikit serbuk kunyit supaya warnanya akan menjadi cantik sedikit. Saiz sotong pilih yang sederhana.


Sotong Masak Nasi Kandar
Ingredients

  • 1 kg Sotong putih (sarat telur). 
  • 100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam
  • 1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
  • 2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
  • Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar. 
  • 1 tsp serbuk jintan putih, 
  • 1 tsp serbuk jintan manis, 
  • 1 tsp serbuk kas-kas (tidak kemestian)
  • 1 tsp serbuk cili 
  • 1 tsp gula pasir.
  • kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala).
  • 2 ranting daun kari.
  • 3 cili merah dibelah dua memanjang.
  • Daun bawang dipotong 2 inci.
  • 75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
  • Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.
CARA-CARA:
  1. Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air bawang kisar. (air bawang kisaran adalah cara masak lauk  nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.).
  2. Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan)  masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.
  3. Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. 
Adapted from - Mohamad Roslan and personal experience in the Restaurant


KAMBING MASAK NASI KANDAR








Gulai Kambing Masak Nasi Kandar


Ingredients
  • 2 kilo daging kambing tanpa tulang di potong kiub 1″.
  • 2 biji bawang besar (dikisar dan jadikan pes pekat).
  • 2 biji tomato dibelah empat (boleh gunakan puree tomatao).
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 6 kuntum cengkih.*
  • 2 keping kayu manis pajangnya dlm 1 inci.*
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.*
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.*
  • 1 sudu besar biji rempah (corriander seeds).*
  • 1 sudu kecil (tsp) biji jintan manis.*
  • 1/2 sudu kecil buah pelaga hijau (pelaga putih kualitinya rendah).
  • 1 sudu (tsp) Garam Masala.
  • 2 sudu besar (tbsp) serbuk cili ( ikut suka kepedasan).
  • 2 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa.
  • 1/2 cawan tairu
  • 1 1/2 cawan santan atau susu cair
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 10- 20  helai daun kari.

CARA MEMASAK:

1. Masukkan tairu, serbuk kunyit, garam 1/2 sudu kecil, serbuk cili dan pes halia bawang putih, sebatikan bahan-bahan ini dan sapukan kepada permukaan (gosokan)daging kambing.
2. Peramkan daging yang telah diadunkan semalaman dalam peti sejuk. Kalau terpaksa buat dengan kadar segera, peramkan sekurang-kurangnya dua (2) jam.
3. Kisar bawang dan jadikan pes agak pekat. Biji-biji rempah yang bertanda*, goreng kering (roast) dan sejukkan sebelum kisar serbuk halus. Ini rumusan rempah kari daging kambing yang buat sendiri.
4. Pilihan khusus pilihan alat masak kari kambing ini perlu ambil perhatian. Kita perlu masak kari kambing seperti, “ayam masak kurmak” dalam posting yang sebelum ini. Masak kari ini masak mengikut teknik “simmering”. Anda boleh gunakan “Pot” yang bertudung masak kari kambing ini. Pilih  “pot” yang bahagian bawah “pot” itu tebal. Tetapi kaedah masak kambing atau daging lembu paling mudah dan cepat ialah dengan menggunakan “pressure cooker”.
5. Masukkan minyak  dalam periok pressure cooker, bila minyak panas, masukan daun kari, pes bawang yang telah kisar dan serbuk kunyit. Apabila pes bawang mula sejatkan air dan mula bertukar warna dengan minyak mula pecah (api dapur dalam keadaan sederhana panas (low-medium).
6. Masukkan  serbuk cili dan cuma masak dalam 30 saat.
7. Masukkan pes halia bawang putih dan masak cuma seminit.
8.Masukkan semua rempah yang telah dikisar serbuk yang telah sediakan.
9. Biarkan semua campuran ini di masak sehingga pecah minyak (kelihatan minyak akan ke tepi) menunjukkan semua kandungan air dalam pes itu telah sejat dan tersedia masak.
10. Masukkan daging kambing yang telah diperam. Sebatian dengan semua rempah dalam kuali. Biarkan 5 minit supaya dagingnya masak sdikit dengan haba dan minyak.
11. Masukkan sedikit air sekiranya diperlukan. Perlu di ingat, air daging juga akan dihasilkan semasa daging sedang masak dengan itu jangan terlalu cair kepekatan kuah. Sekiranya kuahnya pekat kita boleh tambah air sedkit tetapi kuahnya cair sukar kita nak pekatkan kembali.
12. Tutup tudung pressure cooker dengan ketat. Dari pengalaman mamak haji takat masak daging itu ditentukan dengan bunyi “wisel” tiga kali. Masak dengan dengan “stock pot” perlu jaga paras air dan juga masa daging masak itu masa yang lama 45minit ke 60 minit dan tahap masak daging itu ditentukan dengan siat daging itu.
13. Bila daging telah empuk, buka tudung pressure cooker dengan terlebih dulu menyejukkan dengan lalukan air paip di atas tudung periok itu selama tiga – 5 minit. Buka tudung dengan berhati-hati.  Hidupkan kembali api dapur sederhana dan masukkan santan dan kacau perlahan supaya daging yang telah masak tidak terurai. Masukkan “garam masala”.

14. Bila kuah mula mendidih tutup api dapur. Masak kari kambing anda telah siap. Bolehlah dihingkan dengan potongan tomota dan daun saderi.
Notes
Adapted from - Mohammad Yusof and personal experience in Nasi Kandar Restaurant

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...