Pages

Showing posts with label Beef. Show all posts
Showing posts with label Beef. Show all posts

Wednesday, September 27, 2017

DAGING GORENG JINTAN


Arwah umi rajin masak daging ini cukup sedap dan very addictive. Saya tidak ada resipinya tapi alhamdulillah terpandang di wall Chef Joha Hassan from Singapore terus copy dan mencubanya ah memang sedap tak lari daripada apa yang arwah umi buat

Daging Goreng ini juga sedap dimakan bersama roti boleh gantikan kebab sesuai untuk Nan Capati Pita Bread mahupun Flat Bread Wrap




Daging Goreng Jintan

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Daging Goreng Jintan ini sedap dimakan bersama nasi dan roti. Jika sukakan roti biak apa jenis roti pun daging ini cukup sesuai

  • 750gm daging hiris (kambing atau lembu)
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh biji Jintan Manis (Jintan Kasar)
  • 1 sudu teh biji Jintan Putih (Jintan Halus)
  • 4 ulas bawang putih - di tumbuk halus
  • Bahan2 di atas ditumbuk halus
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan halus & ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa, lebihkan supaya manis sedikit
  • Kicap manis 2 sudu besar
  • 1 biji bawang besar (kunning) di hiris
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan Minyak masak
  • 3 biji ubi kentang di hiris wedges/bulat

Cara2nya

  1. Sangai biji ketumbar, jintan manis di kuali tempa minyak selama 3 mins atau bila bau nya bangkit. Kemudian tumbuk rempah2nya bersama bawang putih dan sedikit garam & gula sampai halus. 
  2. Kemudian gaulkan kepada daging yang dihiris tipis bersama rempah serbuk kunyit/ketumbar & jintan halus. Perapkan selama 2 jam di peti ais. Bila hendak digoreng gaulkan dengan sedikit minyak dan kicap manis. 
  3. Panaskan minyak 1/2 cawan (lebihkan sedikit kalau tidak mencukupi). Goreng daging yang berempah tadi, goreng hingga ia masak, letakan kicap manis sedikit, masukkan bawang besar yang di hiris bulat, gaulkan supaya sebati. Letakan garam & gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula supaya rempah daging merasa manis sedikit.
  4. Goreng ubi kentang di kuali lain. Sajikan dengan kentang goreng. Makan dengan nasi putih atau nasi mentega.




RECIPE SOURCE:  Chef Joha Hassan
All images & conten
t are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Friday, September 08, 2017

ASAM PEDAS DAGING TETEL HAJAH MONA


Maaf jangan tanya saya siapa Hajah Mona saya tidak kenal tetapi resipi asam pedasnya di akhbar MSTAR menarik perhatian saya dan terpanggil untuk mencubanya. Asam pedas ini agak unik dan ini pertama kali saya memasak asam pedas menggunakan kerisik jintan manis dan jintan putih, agak curious dengan bahan yang digunakan makanya saya cuba

Alhamdulillah sedap menepati selera saya and I LIKE ha...ha saya cuma derhaka sedikit dengan memasukkan daun limau kerana saya suka aroma daun limau dalam asam pedas.




Asam Pedas Daging Tetel

Yield: - 5 orang makam
Asam Pedas Hajah Mona ini agak istimewa sedikit kerana menggunakan kerisik dan jintan. Rasanya sedap dan menyelerakan

  • 1 kg daging & bahagian lemak
  • 3 biji kentang belah 4
  • 1 sudu besar lada hitam (kisar)
  • 1 sudu besar jintan putih (kisar)
  • 1 sudu besar jintan manis (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 sudu kerisik
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 2 genggam cili kering
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam & gula secukup rasa
  • 5 helai daun limau
  • 2cm lengkuas
  • 5 batang serai
  • 5 sudu minyak masak
Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih hingga garing.
  2. Masukkan cili, tunggu hingga garing. Masukkan sedikit air.
  3. Masukkan lada hitam, kunyit, jintan manis, jintan putih, serai, lengkuas dan daun limau. Kacau.
  4. Masukkan daging dan kentang. Masak sehingga daging empuk/lembut.
  5. Masukkan air asam jawa dan kerisik.
  6. Tunggu hingga mendidih dan asam pedas daging tetel sedia untuk dihidangkan


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Tuesday, August 15, 2017

DENDENG DAGING PERAK


Lauk ini akan muncul bila Ramadan, biasanya saya akan masak bersama nasi lemak. Cukup sedap dimakan bersama set nasi lemak dab biasanya saya akan buat agak kering sedikit supaya boleh bertahan sehingga sahur.

Bahan digunakan mudah aje cuma yang renyahnya daging hendak direbus dahulu digoreng dan ditumbuk halua. Apa pun walaupun renyah lauk ini sesuai untuk anak2 yang tinggal di asrama untuk dijadikan lauk sahur kerana jika kena dengan cara kita masak ia boleh tahan dua tiga hari.


Dendeng Daging Perak
  • 1 kilo daging
  • 25 tangkai cili kering ( dikisar)
  • 5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
  • Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
  • 2/3 sudu besar cuka
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging
  • 2 batang serai dititik
  •  
Cara membuatnya:
  1. Rebus daging sehingga empuk
  2. Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper
  3. Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam
  4. Goreng daging, angkat dan toskan
  5. Tumis bawang dan cili kering, serai sehingga garing dan naik minyak
  6. Masukkan kicap dan gaul rata
  7. Masukkan daging yang telah digoreng tadi
  8. Masukkan garam, gula dan cuka
  9. Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.

    Thursday, July 27, 2017

    SUP BEBOLA DAGING


    Mudah, ringkas dan sedap, saya suka masakkan yang tidak renyah, kadang kala bila kita kepenatan yang ringkaslah yang kita cari,...bak kata Chef Wan resipi main campak-campak aje inilah dia. Saya guna bebola bakso dan hendak complete one balance diet saya masukkan kentang, lobak dan sayur bok choy. 

    Selain dari makan dengan nasi ia sesuai juga dimasukkan mee atau bihun dan untuk tambah sedap kalau rajin buat sedikit sambal kicap...mak aii berpeluh dahi dibuatnya


    Sup Bebola Daging

    • 10  biji  bebola daging
    • 1  biji  bawang besar  -  dikisar
    • 3  ulas  bawang putih  -  dikisar
    • 3  cm  halia  -  dikisar
    • 1  sudu makan  serbuk rempah sup
    • 1/4  sudu teh  serbuk lada putih
    • 1  biji  kentang  -  dibelah 4
    • 1/2  batang  lobak merah  -  dipotong kiub
    • 5 sayur bok choy dibersihkan
    • Garam secukup rasa
    • Air secukupnya
    • Daun bawang & daun sup secukupnya  -  dihiris kasar
     Cara Memasak :

    1.  Tumis bahan kisar hingga naik bau.  Kemudian masukkan serbuk rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Kacau sehingga pecah minyak.

    2.  Kemudian masukkan air secukupnya, ubi kentang.  Biarkan mendidih hingga ubi kentang menjadi empuk/lembut.

    3.  Kemudian masukkan bebola daging, lobak merah, serbuk lada putih dan garam secukup rasa.

    4.  Biarkan hingga bebola daging cukup masak dan lobak merah lembut baru masukkan sayur bok choy  Angkat dan sedia dihidangkan.  Taburkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.  Sedia untuk dinikmati.
      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

      Thank  You.

      Tuesday, May 09, 2017

      KEEMA DAGING



      Keema adalah masakan daging cincang berempah dimasak cara tidak berkuah. Hidangan keema ini terkenal di Pakistan India mahupun Timur Tengah. Terdapat berbagai variasi keema. Kita mempunyai pilihan untuk sama ada menggunakan rempah kari atau kurma. Untuk resipi kali ini saya menggunakan rempah kurma dan bahan sampingan yang saya gunakan untuk memeriahkan keema ini ialah karot dan kacang peas. Kentang juga merupakan pilihan yang baik jika suka

      Keema ini sedap dimakan bersama roti atau capati. Keema yang berlebihan boleh digunakan sebagai inti karipap, samosa atau bun


      Keema Daging

        • 150 gram daging lembu cincang 
        • 2 biji tomato masak ranum, cincang
        • 1 1/2 camca besar tomato puree
        • 2 camca besar rempah kari kurma atau briyani
        • 3/4 camca besar serbuk ketumbar
        • 1 biji lada merah, potong kasar2
        • 1 biji cili hijau, potong kasar2
        • 1/2 cawan kacang peas
        • 3/4 cawan karot dipotong dadu
        • 1 cawan air
        • 1 batang kayu manis
        • 1 kuntum bunga lawang
        • 2 camca besar minyak sapi
        • 2 camca besar minyak masak
        • Garam dan gula secukup rasa


        BAHAN KISAR HALUS :-)
        3 biji cili hijau
        5 biji bawang merah
        3 ulas bawang putih
        1 inci halia


        CARA MEMBUATNYA :-)


        1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan tomato puree dan tumis hingga garing, tambah bahan kisar halus + serbuk kurma daging + serbuk ketumbar, kacau rata dan masak hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan tomato cincang dan daging kisar, kacau dan masak hingga air daging kering
        2. Tambah kacang peas dan tuang air. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah cili merah, cili hijau, karot dan bawang besar yang dicincang tadi. Gaul rata, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti.

          Notes


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Monday, April 24, 2017

          NASI DAGING UTARA


          Kebetulan berada di Kedah, sempat memborong di Pekan Rabu, ternampak rempah nasi daging jadi saya pun beli, saja hendak try. Biasanya saya guna rempah kurma atau rempah nasi bokhari Faiza aje kali ini dah ada saya try aje. Cara memasaknya sama aje , nasi dimasak bersama air rebusan daging. Daging se elok-eloknya dipotong besar aje senang dihidang.

          Apa yang suke tentang nasi daging ni ia taak perlu dengan banyak cukup dengan air asam aje. Walaupun tidak berkuah ia nyata sedap


          Nasi Daging Utara

            • 1 kg daging (dipotong kube besar dan rebus)
            • 4 cawan beras (dibersihkan)
            • 4 cawan air rebusan daging (ikut beras)
            • 1 cawan susu cair
            • 3 sudu besar rempah nasi daging atau kurma atau nasi bokhari Faiza)
            • 3  biji tomato (potong dadu)
            • 2 sdb tomato puri
            • garam dan gula
            • 3 daun ketumbar (dihiris)
            • 3 sdb minyak sapi atau minyak zaiton


            Bahan tumis:
            • 1 kulit kayu manis
            • 3 kuntum bunga lawang
            • 3 kuntum bunga cengkih
            • 3 kuntum buah pelaga
            • 1 bawang besar (dimayang)


            Cara-cara:
            1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau. 
            2. Masukkan rempah, tumis biar garing dan wangi
            3. Masukkan tomato hiris
            4. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, biar sekejap.
            5. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato puree, susu cair, dan hirisan daun ketumbar,gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
            6. Masakkan nasi sehingga masak


            Resepi air asam.

            Bahan (tumbuk)

            15 biji  cili padi
            1" belacan dibakar dahulu

            Bahan hiris

            • 3 biji tomato
            • 2 biji bawang besar
            • 7 biji cili padi

            Bahan perasa
            • 1/2 cawan air asam
            • 2 sdb kerisik
            • 3 sdb sos tomato
            • garam dan gula secukup rasa


            Cara cara

            Satukan semua bahan dan adjust rasa. Gaul hingga berpalut semua.  Guna sedikit air daging dalam air asam tadi. 

              Notes


              RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

              Thursday, April 20, 2017

              BAKSO MALANG


              Ha...ha jangan takut dengan namanya, yang pasti anda tidak akan menimpa malang pabila memakannya. Bakso ini mendapat namanya daripada daerah Malang di Indonesia, kalau yang biasa ke sana pasti dapat melihat kereta roda kecil ditepi-tepi jalan menjual bakso istimewa ini.

              Menarik tentang bakso malang ia disajikan bersama tahu sumbat yang dikukus dan kulit wanton yang berisi yang digoreng...ha..ha pastinya krup...krup bila dimakan. Dalam membuat bakso ini kita mempunyai dua pilihan, membuatnya semua sendiri dari baksonya ke pangsitnya atau membuat jalan short cut dengan membeli bakso yang siap. Saya lebih senang buat sendiri sebab yakin dengan kebersihannya. 

              Di bawah adalah resipinya tetapi jika tidak mahu renyah bahan bakso boleh juga digunakan sebagai isian pangsit dan tahu...dan jika hendak paling senang pangsitnya digoreng begitu aje tanpa isiannya pun sedap...semuanya ikut kita.

              Bakso ini dimakan bersama mee atau beehoon ynng dicelur terlebih dahulu, sawi , taugeh atau kangkong boleh ditambahkan jika hendak yang komplit dan berkhasiat dan jangan lupa sambalnya yaang meletop


              Bakso Malang

                Bahan untuk bakso :
                • 500 g daging kisar
                • 1/4  sdt soda
                • 1 sdb bawang putih goreng
                • 1 sdb bawang merah goreng
                • 175 g ais batu
                • 2 sdt garam
                • 100 g tepung sagu/ubi
                • 1/4 sdt perasa 
                • 1/4 sdt lada sulah


                1. Campur semua bahan bakso hingga rata, setelah itu masukkan ke dalam food prosesor, lalu proses hingga halus.
                2. Rebus air hingga mendidih, lalu bentuk bulat bulat adonan bakso dengan tangan, lalu segera masukkan ke dalam air mendidih, tunggu hingga mengambang dan masak, angkat dan ketepikan.

                Bahan untuk  pangsit goreng dan kuah :

                • 3 keping tahu putih kecil, potong  dua segitiga
                • 12 lembar kulit pangsit / kulit wanton

                Bahan untuk isi pangsit :

                • 50 gr daging giling
                • 1/2  sdt penyedap rasa
                • 1/4 sdt garam
                • 1/4 sdt lada sulah
                • 1/4 sdt gula pasir
                • 1 batang daun bawang, iris halus
                • 150 gr tepung sagu
                • 1 ulas bawang putih, haluskan
                • 110 ml air es
                1. Satukan semua bahan dan blend halus
                2. Isikan dalam tahu dan wanton dan kukus hingga masak

                Bahan untuk kuah bakso :

                • 4 liter air
                • 1 kg tulang daging
                • 5 batang daun bawang, ikat
                • 9 ulas bawang putih ,goreng utuh lalu memarkan
                • 5 tangkai seledri, ikat
                • 3/4 sdt lada sulah
                • 1/2 sdb gula pasir
                •  garam secukup rasa


                1. Masak air hingga mendidih, setelah itu masukkan tulang bersama seledri dan daun bawang, masak di atas api kecil hingga berkaldu, angkat dan saring air kaldunya.
                2. Setelah di saring, masak kembali lalu tambahkan dengan lada sulah, gula pasir dan garam, rebus hingga harum dan masak



                Bahan untuk sambal bakso :

                • 25 biji cili padi
                • 2 ulas bawang putih
                • garam secukup rasa
                • kicap manis
                Blend semua dan adjust rasa
                  Notes


                  RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
                  All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

                  You Might Also Like These

                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...