Pages

Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts

Wednesday, November 22, 2017

SAMBAL SOTONG PETAI


Biasanya petai saya lebih selesa masak bersama udang atau ikan bilis, belum pernah lagi masak bersama sotong. This is my first try bila nenguk kekawan masak. Saya guna sotong yang bersaiz besar dan hiris bulat, cantik gitu. Anyway namanya sambal tumis makanya apa bahan yang digunakan memang tetap sedap



Sambal Sotong Petai

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Masakan harian kegemaran ramai. Boleh dimasak secara kering atau pun basah mengikut selera

  • 3 ekor sotong saiz besar potong bulat
  • 2 papan petai
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)

  • 1 genggam cili kering rendam dahulu
  • 7 biji bawang merah
  • 1/2 inci belacan


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sotong dibersihkan, buang bahagian dalam sotong, potong bulat cuci dan toskan, Petai diambik isinya dan belah dua setiap satu. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum,  masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan masukkan petai. Tuang air dan masak hingga petai empuk.
  3. Masukkan sotong, kacau dan tambah hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih atau sebagai bahan pencicah


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Thursday, October 26, 2017

UDANG MENTEGA CEREALS BLACK PEPPER


Menu popular dikebanyak restoran Cina ini mampu dibuat di rumah. Resipi ini adalah resipi butter prawn yang dipelbagaikan dengan memasukkan cereals. Biasanya dua jenis cereals sedap digunakan ialah samadam oats atau nestum.  Black pepper dalam resipi ini adalah option, saya masukkannya kerana saya sukakan pedas




Udang Mentega Cereals Black Pepper

Yield: - lebih kurang 2 orang makan
Menu restoran yang boleh disediakan di rumah. Untuk cerealnya boleh guna oats atau nestum

  • 6 ekor udang ukuran sedang
  • 3 biji cili padi dihiris halus
  • 3 sdb unsalted butter
  • 1 cawan oat instan
  • 1 sdb lada hitam ditumbuk
  • secukupnya daun kari (dari 3 batang)
  • 3 biji telur dipukul 
  • garam dan perasa

Cara Menyediakannya


  1. Udang digoreng garam kunyit dan angkat.
  2. Cairkan mentega. Masukkan irisan cili padi bawang putih dan daun kari. Kacau rata sampai harum. Masukkan  pukulan kacau sehingga telur kering dan berurai.
  3. Masukkan garam lada hitam dan perasakan
  4. Masukkan Oat di kacau sampai rata.
  5. Masukkan udang, balik-balikan dan angkat


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Sunday, October 22, 2017

TAHU TELUR MASIN


Pertama kali mendengarnya mungkin rasa agak pelik tetapi bila dan merasanya pasti akan suka lebih-lebih lagi bila tofu ini disalut breadcrumbs dan digoreng kekuningan.. Menyediakannya memang cukup mudah dan rasanya juga unik.

Menu ini sesuai dimakan bersama nasi panas-panas.


Tofu Telur Masin

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Tahu Goreng Telur masin ini ranggup dan sedap dijadikan lauk

  • 5 ketul tauhu dipotong berbentuk kiub
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 biji putih telur ayam
  • biji kuning telur masin
  • Cebisan roti
  • Minyak
  • Daun bawang

Cara-cara:


  1. Salut tauhu dengan telur ayam, tepung ubi dan serbuk roti.
  2. Panaskan minyak
  3. Goreng tauhu tersebut sehingga kekuningan dan toskan minyak.
  4. Kemudian lenyekkan kuning telur masin dengan sedikit minyak sayur.
  5. Panaskan kuali semula
  6. Masukkan kuning telur masin dan daun bawang.
  7. Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah ditos tadi dan gaulkan sehingga rata.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Thursday, October 19, 2017

MASAK LOMAK BUNCIS UDANG


Satu kebiasaan saya bila masak masak lomak saya suka masukkan sayuran, senang 2  in 1, dan tak payah fikir pasal sayuran lain. Sebenarnya banyak jenis sayur yang boleh dijadi bahan untuk masak lomak ini tetapi saya memilih buncis kerana ia bersesuaian dengan udang. Saya memasak kali ini dengan cara menumis simple tetapi jika sukakan pedas bolehlah masukkan cili padi

Lauk sebegini sesuai digukan dengan sambal belacan dan ikan masin




Masak Lomak Buncis Udang

Yield: - lebih kurang 5 orang makan

Masakan harian yang menyelerakan disediakan.

  • 1 genggam kacang buncis (dipotong serong serong)
  • 8-10 udang (sederhana besarnya)
  • 1 biji cili merah.(hiris)
  • 3-4 ulas bawang merahl (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 cawan santan
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • garam


  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukan udang dan kacau hingga udang menjadi kemerahan.
  3. Masukan santan dan serbuk kunyit dan garam. (masukan serbuk perasa lain jika perlu) Masukan kacang buncis dan cili, renih seketika hingga kacang menjadi lembut.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Thursday, October 12, 2017

TAHU GORENG SAMBAL KICAP


Tidak tahu asal usul hidangan ini tetapi saya mula belajar memakannya dari roomate saya orang Johor . Kawan saya ini memang top dengan sambal kicapnya, pendek kata sentiasa ada stok dengannya dan apa sahaja dimakan dengan sambal kicap. Antara banyak-banyak hidangan sambal kicap yang saya belajar dari kawan saya ini, hidangan inilah yang paling saya sukai ringkas dan sedap

Hidangan ini boleh dimakan begitu aje atau dijadikan lauk




Tahu Goreng Sambal Kicap

Yield: - lebih kurang 10 orang makan
Tahu Goreng Sambal kicap ini sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk
Tahu Goreng
  • 10 keping tahu potong ikut suka dan goreng
  • 1 biji timun dihiris nipis memanjang
  • 1 genggam taugeh dicelur


Sambal Kicap
  • Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana)
  • Bawang Putih 1 ulas
  • Kicap
  • Sedikit Garam dan Gula


Cara-Cara nya
  1. Rebu dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris)
  2. Masukkan dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend
  3. Siap, curah atas tahu goreng



Cara Menghidangnya

  1. Susun tahu goreng atas pinggan
  2. Letakkan taugeh celur dan hirisan timun
  3. Curah sambal kicap




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Friday, September 29, 2017

AYAM MASAK BAWANG ALA MAMAK


Balik Penang baru ini singgah makan di restoran Yusof di Relau, try ayam ini fikirkan ayam madu rupanya kata mamak tu ayam bawang. Katanya sedap dan hot selling di tempatnya. Udah gitu katanya maka saya kena try perrghhh memang sedap can be addictive too.

Balik saya google cari resipinya dan pastinya yang dapat membantu saya ialah rujukan dari Mamak Haji nyata betul memang ada dan saya adapt resipinya100%. Banyak menggunakan bawang dan pasti kalau berminat kenalah beli1 guni bawang besar dijadikan bawang goreng...ha..ha...bab ini memang agak leceh sikit tapi rasa masakan ini memang berbaloi walaupunm air mara menitis mengopek bawang.

Lauk ini sesuai dengan apa jenis nasi saya hidangnya dengan nasi serai




Ayam Bawang Ala Mamak

Yield: - lebih kurang  10 orang makan
Ayam Goreng Berempah yang kaya dengan bawang goreng Bawang Goreng menaikkan aroma masakkan ini juga memberi satu rasa yang unik
  • 1 ekor ayam , potong 12 ketul dibasuh dan bersihkan.
  • 3 biji Bawang Merah labu dihiris halus
  • 1 -2 sudu besar Serbuk Cili ikut kepedasan yang suka.
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis.
  • 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
  • 2-3 sudu besar Rempah Kari (daging).
  • 1 sudu besar Sos Tiram.
  • 1 sudu besar Sos Cili.
  • 1 sudu besar Sos Tomato.
  • 2 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya 1/2 balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
  • 1 sudu besar pes bawang putih-halia.
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala,
  • 2 kpg kayu manis, 5 buah pelaga, 7 cengkih dan 3 bunga lawang.
  • 1 helai daun pandan dipotong 2 inci.
  • 2 sudu besar gula pasir.
  • Garam secukup rasa.
  • Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
  • Daun Kari (hiasan).


CARA-CARA:

  1. Kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan di simpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng. 
  2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng, asingkan.
  3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empat serangkai. Masukkan daun pandan, daun kari dan masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas dengan buat pes dulu (masukkan sedikit air pada serbuk rempah). Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
  4. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.


RECIPE SOURCE:  Mamak Haji
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Wednesday, September 27, 2017

DAGING GORENG JINTAN


Arwah umi rajin masak daging ini cukup sedap dan very addictive. Saya tidak ada resipinya tapi alhamdulillah terpandang di wall Chef Joha Hassan from Singapore terus copy dan mencubanya ah memang sedap tak lari daripada apa yang arwah umi buat

Daging Goreng ini juga sedap dimakan bersama roti boleh gantikan kebab sesuai untuk Nan Capati Pita Bread mahupun Flat Bread Wrap




Daging Goreng Jintan

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Daging Goreng Jintan ini sedap dimakan bersama nasi dan roti. Jika sukakan roti biak apa jenis roti pun daging ini cukup sesuai

  • 750gm daging hiris (kambing atau lembu)
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh biji Jintan Manis (Jintan Kasar)
  • 1 sudu teh biji Jintan Putih (Jintan Halus)
  • 4 ulas bawang putih - di tumbuk halus
  • Bahan2 di atas ditumbuk halus
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan halus & ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa, lebihkan supaya manis sedikit
  • Kicap manis 2 sudu besar
  • 1 biji bawang besar (kunning) di hiris
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan Minyak masak
  • 3 biji ubi kentang di hiris wedges/bulat

Cara2nya

  1. Sangai biji ketumbar, jintan manis di kuali tempa minyak selama 3 mins atau bila bau nya bangkit. Kemudian tumbuk rempah2nya bersama bawang putih dan sedikit garam & gula sampai halus. 
  2. Kemudian gaulkan kepada daging yang dihiris tipis bersama rempah serbuk kunyit/ketumbar & jintan halus. Perapkan selama 2 jam di peti ais. Bila hendak digoreng gaulkan dengan sedikit minyak dan kicap manis. 
  3. Panaskan minyak 1/2 cawan (lebihkan sedikit kalau tidak mencukupi). Goreng daging yang berempah tadi, goreng hingga ia masak, letakan kicap manis sedikit, masukkan bawang besar yang di hiris bulat, gaulkan supaya sebati. Letakan garam & gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula supaya rempah daging merasa manis sedikit.
  4. Goreng ubi kentang di kuali lain. Sajikan dengan kentang goreng. Makan dengan nasi putih atau nasi mentega.




RECIPE SOURCE:  Chef Joha Hassan
All images & conten
t are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Tuesday, September 26, 2017

TOM YAM PUTIH SEAFOOD


Jalan-jalan di Kedah singgah di Pekan Rabu, adik manis di sana perkenalkan saya dengan pes tom yum putih di tulisnya Tom Kha saya fikirkan yang saya pernah masak Tom Kha Gai tetapi rupanya ia adalah pes tom yum biasa versi putih ha...ha sedap juga dan sesuai bagi yang tidak sukakan pedas




Seafood Tom Yum Putih

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Lauk favourite di rantau ini biasanya merah tapi kali ini kita buat putih jernih Bahannya lebih kurang sama cuma ditukar pes tomyum merah ke taum yum putih
  • 2 ekor ketam dibelah dua dan cuci bersih kemudian toskan
  • 5 ekor udang sederhana besar
  • 5 ekor sotong putih dibersihkan dan potong bulat
  • 4 biji limau nipis - ambil jusnya 
  • 3 batang jagung muda dihiris menyerong
  • 1/2 batang carrot di hiris bulat
  • 1 genggam cendawan tiram
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 2 sdb pes tom yum putih
  • 2 camca besar sos ikan
  • 10 biji chili padi thai merah - dititik
  • 1 batang serai - ditik
  • 1 biji bawang besar - belah 6
  • 1/2 inci lengkuas - dititik
  • 1/2 inci halia - dititik
  • 1/2 cawan santan
  •  gula dan garam secukup rasa
  •  air secukupnya
  •  1 biji tomato - belah 6

Cara Membuat Tomyam Putih

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. 
  2. Masukkan semua bahan seafood ketam udang dan sotong
  3. Masukan air secukupnya kemudian masukan halia, pes tom yum , bawang besar, serai, lengkuas, lobak merah, dan cili padi thai. biarkan hingga air mendidih dan semua bahan agak lembut.
  4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya, kemudian masukan sos ikan bersama santan dan saleri kemudian kacau rata. renihkan sambil dikacau agar bumbu masak dengan sempurna.
  5. Akhir sekali, masukan juslimau kasturi, tomato, jagung muda, jus limau kasturi, dan cendawan. masak sekejap sambil dikacau rata. dan bila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...