tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label yui masak. Show all posts
Showing posts with label yui masak. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

Resepi Mudah : Shell Out Lebih Jimat

Ini antara menu buka puasa minggu lepas. Yui pertama kali sediakan Shell Out gaya orang bujang versi paling mudah untuk disediakan.


Setelah Yui google resepi, Yui ikut cara yang mudah dan ikut citarasa Yui. Bahan pun yang basic dan inshaALLAH sentiasa ada di dapur korang juga.


Bahan-bahan :

1) Kerang ( ikut suka kuantiti )
2) Udang ( ikut suka kuantiti )
3) Sotong ( ikut suka kuantiti )
4) Sos cili & sos tomato
5) Sos Tiram & kicap pekat
6) Cili Kisar ( beli yang dijual paket )
7) Sayur ( Brokoli, lobak )
8) Sedikit air
9) Bawang besar & bawang putih ( untuk tumis )
10) Serbuk lada ( jika nak lebih pedas )
11) Sedikit garam


Cara-cara :

Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan kesemua jenis sos dan kacau sebati. Taburkan garam, serbuk lada dan masukkan air, jangan banyak sebab sotong nanti akan keluarkan "air' sendiri.


Yui hanya rebus kerang sahaja terlebih dahulu ( buka cangkerang sebelah ) .


Dah nampak naik bau bahan tumisan tadi, baru masukkan kerang, sotong dan udang. Kemudian masukkan sayuran yang ada. Gaul sebati dan biarkan tumisan tadi meresap.


Siap!


Jujurnya,
memang sedap dan mudah. Jimat banyak tau. Bahan pun kita boleh letak ikut tekak masing-masing. Bahan basah Yui beli di pasar borong, jimat sesangat dan berbaloi harganya.





Dapat letak ketam, lala pun syooookk oooo! Sorry sebab Yui olah resepi ikut gaya sendiri dan versi malas. Hahaha.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 18, 2017

Resepi Mudah : Kerabu Sotong Suhun

Kalau sebelum ini Yui ada share Resepi Kerabu Sotong  tapi kali ini versi lebih mudah dan senang disediakan. Campak-campak siap. Hahaha.





Bahan-bahan :
Sotong, sedikit Suhun, 1 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit lobak, sedikit daun ketumbar, 2 biji limau kasturi, 3 biji cili padi, 1/2 biji tomato,2 sudu sos ikan


Cara masak :
Rebus sotong sekejap. Rebus plak suhun hingga lembut. Bahan lain hanya perlu potong dadu/kecil kemudian gaulkan semua hingga sebati. Air perahan limau tu, biji asingkan.


Selesai.
Sedap tau ratah macam tu. Kenyang.
Ingat senang Yui rajin masak? Wakakakaka.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 13, 2017

Resepi Mudah : Jjajangmyeon / Mee Kacang Hitam

Yui ada bagitahu yang Yui beli pes segera makanan korea Jjajangmyeon kan? Jadi dalam entry kali ini, saja nak tunjuk cara Yui masak. Ecececececeh, senang sangat. Ada resepi di sediakan tapi Yui tambah juga bahan lain mengikut menu lain yang ada di Google.



Hasilnya bila tambah "tepung jagung"


Jom tengok macam mana nak sediakan resepi mudah Jjajangmyeon. Ok, untuk pengetahuan kalian, bila beli pes ini, memang disertakan sekali resepi ( tak pasti samada seller ini atau semua seller letak resepi ). 


Bahan-bahan & cara sediakan :

Lobak, timun jepun. kentang, bawang besar ( Yui guna 1 batang/biji ) dipotong dadu. Daging ikut kuantiti yang kita nak dipotong kecil. Sedikit minyak untuk menumis, setelah agak lembut, baru masukkan pes & air. Biar sampai masak sepenuhnya.



Tumis semua bahan asas dulu



Dah masuk pes ( setengah botol ) + air tunggu hingga masak 


Okay,
Macam mana nak buat kuah lebih pekat? Selepas Yui masak, yui hanya ambil sedikit sahaja iaitu cukup untuk satu hidangan. Ketika menggelegak, terus masukkan bancuhan tepung jagung ( sikit saja ) dan terus kacau. Autotamatik kuah akan jadi pekat dan likat seperti gambar bawah.




Lebihan kuah yang belum dimasukkan bancuhan tepung jagung, Yui masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Boleh lagi digunakan keesokan hari.


Campur bancuhan tepung jagung atau tidak, kedua-duanya sedap di tekak Yui.


Oh ya,
Mee tu pun dijual sekali. Boleh tanya seller okay.


Selamat mencuba dan menikmati makanan Korea. Puas buat sendiri sebab banyak weiiii.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 24, 2017

Korean Food - Instant Paste Jjajangmyeon atau Mee Kacang Hitam

Yui memang suka tengok rancangan Korea terutama rancangan komedi atau mengenai masakan. Agak terpengaruh tengok menu Korea selepas kerap tonton Running Man. Nampak tak pengaruh tang mana? Menyelerakan tengok cara mereka makan.


Kadang dah boleh ingat nama menu. Teringin pun ada tapi susah nak jumpa area Ipoh. Dok mengintai FB, ternampak post tentang pes segera makanan Korea. Wahh, bagai mengantuk disorongkan bantal, Yui terus buka page dan komen cari agen area Ipoh.





Agen Ipoh : 013-4367072


Semasa Yui beli, ada promosi percuma mee. Ya ALLAH, sedap tau. Kena sangat dengan tekak Yui. Nanti Yui kongsi cara masak okay. Walau first time cuba, rasa memang terbaik. Harus cuba juga versi kedai sebab nak bandingkan rasa.


Puas hati dapat rasa.
Selalu kat seoul garden/sushi king versi biasa aje menunya. Lepas ini nak cuba chicken wing korea. Wowwwww!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 20, 2017

Resepi Mudah : Chicken Wing Bakar

Maaf taktahu nak letak tajuk apa. Tapi biasa tak makan chicken wing kat pizza/domino? Haaa, Yui buat ala-ala gini tapi Yui rasa resepi Yui lagi sedap dari itu, hahahaha. Lawak je nooo. Hangpa cubalah kalau rajin.



Tergoda atau biasa?


Bahan & cara-caranya :

1) Bahagian kepak/yang kecil (rujuk gambar atas) dalam 7 ketul 
2) 3 ulas bawang putih ( tumbuk aje)
3) Untuk perapan : 2 sudu sos cili, 2 sudu sos lada hitam, 1 sudu sos tiram 
(kacau semua ni lepastu campak kepak tadi gaul sebati)
4) Letak dalam peti ais, esok pagi keluarkan kemudian ambil dalam 1 sudu butter jenama Anchor (salted), campurkan sekali & bakar dalam oven lebih kurang 40 minit, suhu 150" api atas bawah


Yui tak guna minyak sebab dah ganti dengan butter. Yui tidak letak garam atau gula sebab rasa perapan dah cukup lengkap untuk tekak Yui.



Kalau korang suka pedas,
Boleh juga tabur lada hitam (hancur).


Dah habis makan,
Jangan buang begitu aje minyak/perapan. Ambil sekeping roti, calitkan, mambleeeeessss!


Ini resepi bujang Yui. Bahan campak-campak selesai. Kahkahkah.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 20, 2017

Resepi Mudah : Cendawan Shitake Sos Tiram

Keliru nak letak nama menu apa, dan memandangkan itu bahan asas, kita namakannya itu jelah ya. Tak perlu tengok pada nama tapi nilai pada rasa. Ewahhhhh. Hahahaha!




Bahan-bahan

4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cendawan Shitake ( 10 ketul dipotong kecil )
Sedikit udang
Sedikit daun sup ( bagi bau yang harum )
4 sudu sos tiram
2 cawan kecil air
Sedikit garam jika perlu ( rasa dulu sebelum letak sebab sos tiram dah rasa masin )


Cara-cara

Tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang, kemudian tambah air. Letak sos tiram & cendawan shitake. Biar kejap hingga mendidih. Masukkan garam jika perlu. Dah nak masak, masukkan daun sup dan terus tutup api. Selesai!



Yang ini masak untuk keluarga
Takde udang tapi tambah bunga kobis & lobak
Makan dengan kotiau


Sorry ya,
Yui masak ikut cara Yui. Korang boleh add lada hitam dan sayuran lain seperti lobak/putik jagung mengikut citarasa. Sesuai dimakan dengan nasi/kotiau. Resepi ringkas dan siap bawah 15 minit.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 17, 2017

Resepi Mudah : Paprik ala Bujang

Paling malas Yui masak, adalah telur goreng lepas itu potong bawang+cili+ kicap. Selesai. Heeee, kalau ada buat menu lain, itu rajin sikit jelah. Hahaha.


Oklah, Yui nak share cara Yui masak paprik. Paprik ala bujang sebab si tukang masak masih bujang dan paling penting menggunakan bahan-bahan yang mudah.



Udang tak nampak sebab dah habis



Bahan-bahan

Sotong secukupnya
Udang secukupnya
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit serai
3/4 daun limau purut
Sos tomato
Sos cili 
Lobak 
Bunga kobis
2 cawan air 
Garam secukup rasa


Cara-cara

Potong bawang merah & bawang putih. Tumiskan terlebih dahulu 
Masukkan lobak 
Ketuk serai & masukkan selepas bahan di atas naik bau
Masukkan air kemudian masukkan sos cili & tomato
Gaul sekata & masukkan daun limau purut
Biar sekejap hingga naik bau kemudian masukkan sotong & udang
Masukkan bunga kobis & garam secukup rasa


Siap.


Senangkan kalau menu cara Yui. Miahahaha. Korang boleh lagi masukkan bahan mengikut kesesuaian. Sesuai di makan dengan nasi/kuehtiau/bihun. Kalau malas, letak telur goreng pun sedap tau.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 04, 2017

Resepi Mudah : Kerabu Megi Thai

Kalau ada festival makanan Thailand, antara menu yang kena cuba haruslah Kerabu Megi Thai. Tapi korang boleh tengok bahan dipamerkan sebelum membeli ( sebab ada gerai letak banyak bahan ).


Kalau rasa macam nak lebihkan bahan & buat dengan lebih mudah, mailah try cara Yui. Memang Yui buat seringkasnya dan sesedap tekak sendiri. Takde tambah sos sotong/cuka.



Ini menu Yui malam tadi sampai ada yang minta cara
Maka, Yui up untuk entry ini ya




Bahan-bahan 

2 bungkus megi Thailand ( paket warna merah ) 
Sotong 
Udang 
1 biji tomato (potong dadu)
Sedikit daun sup 
Sedikit lobak 
1 biji limau kasturi


Cara-cara


Celur sekejap lobak, angkat dan masukkan pula sotong & udang. Sekejap sahaja. Toskan bahan tadi. Air yang digunakan, jangan buang sebab boleh masukkan magi Thai pula dalam itu ( ada serap rasa sotong & udang tadi ). Sama juga, jangan terlalu keras dan terlalu lembik. Toskan Magi.


Hiris daun sup halus-halus. Potong tomato bentuk dadu. Bahagian paling seronok, gaulkan semua bahan tadi termasuk perencah yang ada dalam setiap bungkusan magi ( perencah & minyak ). Gaulkan sebati. 


Siap untuk di makan. 




Yang ini plak cara orang menjual.
1 bekas biasanya RM 6
Saja Yui buat konon macam jual
Miahahaha!


Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 09, 2016

WW 19 [2016] - Sup Kaki Ayam Bujang



Guna 5 bahan saja untuk yang atas ni
Resepi Sup Kaki Ayam





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 19, 2016

Laksa Goreng Nurul Yui

Wahhh, nama kerlassss syok sendiri
Muehehehehe!!


Ini kisah semalam
Kisah hari minggu
Kisah di mana hanya aku dan mak aje kat rumah
Hat lain kuaq buat kerja masing-masing


Perut lapar
Tapi malas tu ada
Maka terhasillah menu Laksa Goreng




Dalam masa kurang 15 minit, siapppp!


Nak resepi?
Aihh, malulaaahh
resepi bodoooo ajeee ni
=____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 09, 2016

Resepi Mudah : Sup Kaki Ayam Paling Senang & Sedap

Pertama sekali, syabas kat diri sendiri. Sebab berjaya masak sup kaki ayam. Ehhh, jangan peliklah, Yui akui Yui tak pandai masak.


Haritu sekali je tolong mak potong kaki ayam ni haaa. Potonglah kat jari tu. Buang. Takkanlah nak masak sekali kuku bagai kan. Hahahaha.



Amacam? Sempoi sangat resepi seiring dengan diri yang malas


Bahan-bahan

Kaki ayam ( Yui guna 7 kaki )
Air secukupnya 
1 bunjut Adabi ( bunga lawang, kayu manis dan herba biasa lain )
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Daun sup
Lobak
1 biji kentang 
Garam
Serbuk lada (kisar)

* kalau nak tambah sayur lain pun boleh


Cara-cara

Masukkan air, kaki ayam, bunjut, bawang, kentang dan reneh/rebus hingga kaki ayam nampak lembut. Biasanya akan nampak lemak dari kaki ( berminyak ). Sebab itu Yui tak tumis/letak minyak.


Dah mendidih dengan jaya, masukkan lobak. Biar dalam 5 minit lagi dan masukkan daun sup. Garam secukup rasa & serbuk lada.


Siap.


Siap masak dalam masa kurang 15 minit. InshaaALLAH sedap dan sangat mudah. 


Ada orang jenis tumis bahan dulu, ada jenis potong kaki bagi kecil. Ikut suka hangpa janji hangpa makan okay.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 24, 2016

Ini barulah Nasi Goreng Petai!

Ada yang bertanya apa aku buat dengan petai yang banyak aku beli
Ok ni ha saja nak ulang tayang balik apa aku masak
Inilah pebret kalau ada petai banyak




Aku post kat Facebook
Ramai terliur
Sampai sepupu aku yang tengah mengandung komen
"Kak, nak"


Aku ingat dia main-main
Aku ajak dia datang
Serius dia datang rumah
Hehehehe, maka aku buat lagi untuk kali kedua
Lepas ngidam ibu mengandung


Aku makan petai takkan alami bau kuat
Sebab apa?
Sebab aku ada CMD dari Revell
Heee, yang beli akan tahu cara guna


Biar busuk PETAI
Jangan busuk HATI






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 18, 2016

Bento 2016 : Salad Thousand Island

Ewahhh, edisi bekal si bujang kembali lagi. Dasar bujang pemalas macam aku, jadi menu macam ini jelah yang rajin. Heeeee.




Bahan-bahan :

1) Salad
2) Lobak merah
3) Tomato
4) Sosej
5) Mayonis thousand island


Hanya perlu rebus sosej & lobak. Pastu gaul dengan mayonis. Selesai.


Sedia untuk dihidang. Bahan lain boleh tambah ikut tekak masing-masing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 22, 2016

Kentang Cheese Cili

Bajet nak buat ala-ala kedai western tu haaa. Memandangkan ada cheese blok jee, so kerat ajelah ikut saiz kita nak. Lagi best dapat cheese yang tarik bertali tu, perghhh !! Bayangkan !




Senang ajee buat. Asalkan ada penyakit "R", inshaaALLAH jadi.



Goreng kentang - masukkan kentang dalam pemanggang ajaib - 
taburkan cheese dan masak hingga cheese cair - taburkan cili flake jika nak


Haaa gitu aje. Senangkan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 04, 2016

Resepi Mudah : Paprik Campur

Jujurnya, aku memang tak pandai masak. Tapi bila ada ja menu mak yang aku rasa terlalu suka, aku gigih tanya mak macam mana caranya. Cehhh, rajin kan tanya ?? Hahahaha.


Biasa dah kan kalau makan kat luar, order nasi goreng paprik. Datang paprik kadang ada kuah, kadang langsung kering. Sedap juga telan sampai habis. Tengok bahan mudah sangat.


Jom kita belajar paprik campur yang sangat ringkas.


Bahan-bahan :

1) Lobak, bunga kubis, batang saderi, cendawan, ayam, 3 helai daun limau purut, 1 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih
2) Sedikit sos cili & sos tomato
3) Sedikit air ( untuk bagi kuah ) & sedikit garam


Cara-cara :

1) Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan ayam & sayur yang lain serta daun limau
2) Masukkan air & sos
3) Gaul sebati & tambah garam secukup rasa
4) Siap dan sedia untuk dihidangkan

* boleh campur bahan seperti udang,sotong & lain-lain mengikut citarasa masing-masing. Yang penting kena ada daun limau purut, itu penyedapnya !!




Menu orang bujang macam ini jela ya. Jangan pelik sebab aku pemalas orangnya. Lalalalala. Dah tahu cara, memang senang.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 26, 2016

Resepi Mudah : Jagung Rebus berlemak ( lagi sedap dari yang beli )

Wahh, tajuk kemain berani mati kabor lagi sedap dari yang beli. Eh, memang serius !! Korang tak percaya, harus try resepi mudah kali ini. Memang berlemak cukup rasa, tak payah nak tambah pak aji bagai ( tak elok ).

.
Bahan-bahan :

1) Jagung paket ( beli saja apa jenama sekalipun, yang ini jenama Tesco )
2) Sedikit buttercup ( pastikan jenama ini sebab memang berlemak )
3) Sedikit garam
4) Air untuk rebusan ( ada yang guna cara kukus )
5) Sedikit susu manis ( dalam 1-2 sudu )

Cara-cara :

1) Panaskan air
2) Basuh jagung dan terus masukkan dalam air
3) Rebus lebih kurang 15 minit atau hingga jagung lembut
4) Toskan air ( tinggal air sedikit je untuk hirup )
5) Masukkan buttercup ( untuk setengah bungkus jagung, letak lebih kurang 4 sudu buttercup )
6) Masukkan sedikit gram & susu pekat manis
7) Kacau sebati & siap !!




Korang rasa sendiri jagung tu. Bagi aku ini dah terbaik. Beli kat luar 1 cup hampir RM 3.50. Rasa pulak tak seberapa. Haaaa, buat sendiri. Kos pun tak sampai RM 5 dapat 1 periuk. Huahuahua.


Selamat mencuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 18, 2016

Resepi Mudah : Tomyam Campur

Bila orang bujang masak lepas tu bahan pun ada ala kadar. Kekdahnya masak macam ini jelah. Nasib baiklah aku dah beli siap daun limau purut. Serai je takde, tapi takpe itu tak jadi masalah.


Bahan-bahan :

1) Isi ayam dipotong kecil
2) 3 helai daun
3) Sedikit lobak
4) 3 ulas bawang putih
5) Sedikit batang saderi
6) Sebiji tomato
7) Sedikit garam
8) Air sebagai kuah
9) 1/2 sudu perisa tomyam ( ganti sebab serai takde )
10) Sedikit cendawan

Cara-cara :

1) Panaskan air. Masukkan semua bahan & tunggu masak. Lebih kurang 15-20 minit. Tengok ayam masak atau tidak.
2) Lebih sedap jika ditambahkan bahan lain seperti udang, sotong. Ikut selera masing-masing.





Paling mudah buat tomyam laaah. Ada orang suka letak sedikit santan. Ada yang letak sedikit minyak. Ikut koranglah janji ada rasa tomyam. Kadang beli kat kedai, isinya takde, "rumput" je banyak. Faham apa tu rumput? Tu haaa, serai dan daun bagai!!


Jadi, nak senang, masak sendiri. Maaflah ya, ini menu orang bujang. Jangan plak nak bandingkan dengan orang yang pro masak.


Yang berdiet atkins, tak payah bubuh perencah tomyam ok. Sedap juga tanpa itu!


Aku memang tak pandai masak? So?? Lalalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 16, 2016

Resepi mudah : Spaghetti terlajak sedap berlemak!

Ada satu malam tu, aku memang takde beli apa-apa untuk makan malam. Buka peti ais, nampak spaghetti. Lepas itu tengok bahan, takde banyak. Kira ala kadarla. Kotlah buka ada nampak sos bagai, memang takdelah kekdahnya!


Dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dalam peti ais. Aku main hentam kromo masak. Hahahaha!


Bahan-bahan :

1) Sedikit spagehtti ( ikut kuantiti nak makan )
2) Bawang putih 3 ulas ( lagi banyak lagi sedap )
3) Lada hitam ( serbuk pun boleh )
4) Mentega jenama buttercup ( sebab terasa lemak )
5) 2 sosej ( potong )
6) 1 keping daging ayam burger ( dicincang )
7) Sedikit garam
8) 1 kotak kecil air susu ( ikut keperluan nak letak lebih pun boleh )
9) 1 keping cheese ( dicincang )


Cara-cara :

1) Celur spaghetti ( lebih kurang 10 minit ). Dah lembut, angkat dan asingkan dari air panas.
2) Dalam kuali lain, panaskan buttercup hingga cair
3) Masukkan bawang putih & lada hitam. Tumis hingga naik bau
4) Masukkan daging & sosej
5) Campurkan susu. Biar berkuah sebab bila letak spaghetti, akan meresap. Tunggu menggelegak sedikit.
6) Masukkan spaghetti yang telah ditos tadi.
7) Gaulkan sebati. Masukkan garam secukup rasa & cheese. Gaulkan lagi.


Siappp !!




Kalau nak berkuah, lebihkan susu. Takde masalah nak campur kemudian.




Sebab makan tak habis, jadi aku bawa bekal keesokan pagi. Nampak tak berkuah? Sebab aku panaskan dan masukkan lagi susu. Serius, sedap ok. Sangat sesuai untuk orang yang suka lemak & cheese.


Bila rasa, macam kat kedai yang jual sepinggan RM 12 tuu tauuuuu. Cubalah ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 04, 2016

Bento 2016 Nurul Yui : Pasta Tomato & Nutrigen

Yang pertama, aku buat sebab jumpa dia [ bento pertama 2016 ]. Ini yang kedua bekalan untuk makan di pejabat. Lepas sembahyang Subuh, terus prepare. Alaaaa, benda mudah aje dengan bahan yang ada, campak-campak siap!




Takde yang susah. Senangkan menu aku ni? Hahahaha. Si bujang yang pemalas. Beginilah gayanya. Mood rajin tak mari. Huaaaaaaaaaa!


Sama aje kan macam bento pertama? Tapi lagi kurang bahan yang ku guna. Hihihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 18, 2015

Menu Atkins : "Kebab" telur sayur-sayuran

Kerlassss nama tak tahu nak letak apa. Heeeee.


Lagi menu ringkas aku nak kongsikan terutama kepada mereka yang berdiet khususnya diet atkins. Menu hari ke berapa entah. Main hentam kromo je sokmo. Hahaha.




Bahan-bahan "kulit"
3 biji telur saiz kecil kacau sebati, tambah air sedikit


Bahan-bahan isi
Ayam
Pelbagai jenis sayur
Bawang
Sos ikan ( sebagai perasa )
Sedikit garam
( tumis macam biasa )


Alaskan macam dalam gambar, boleh juga campur cheese, sos & mayonis bagi tambah selera. Oh ya, jika amda berdiet, ikutlah mana yang boleh saja okay.


Terima kasih, selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^