tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label menu kesihatan. Show all posts
Showing posts with label menu kesihatan. Show all posts

Wednesday, July 26, 2017

Review Peribadi : Nestle Omega Plus

Sejujurnya, Yui dah lama tak buat full medical checkup untuk diri sendiri. Rasanya last buat sebelum masuk belajar . Haaaaa, berapa tahun punya cerita kan?


Lepas tu dengan keadaan kaki Yui pernah operation, dulu memang diaorang suggest suruh minum susu tapi Yui plak jarang ambil. Ni haaa, saja gedik nak minum susu Omega. Walau katanya untuk kurangkan kolestrol. tak salah kalau saja ambil.



Beli di Petronas RM 1.7+ sekotak


Pertama kali cuba jenama ini sebab biasanya minum Anlene. Sedap juga rasa Nestle Omega Plus tambahan bila minum sejuk. Dicadangkan ambil sehari 2 kotak.


Oh ya, Yui beli 6 kotak di Tesco RM 12.50. Rugi kan? Baik beli di Petronas. Hahaha.


Korang suka minum susu?
Susu apa biasanya korang telan? 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 21, 2016

Kudapan dengan Buah Delima

Yui selalu perhatikan, ibu mengandung suka makan delima. Tapi kannnn, Yui pun suka gak delima kalau datang mood nak makan tu. Hahaha. Sedap tauuu. Masam manis segar gituuuu.






Beli 1 biji lebih kurang RM 4 di TF. Kena timbang. Alhamdulillah, dapat 1 bekas bulat. Puas hati dapat buat kudap dengan buah delima. Banyak khasiatnya.


Korang suka buah delima tak?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 18, 2016

Konjac Food alternatif lain untuk anda berdiet

Korang biasa diet? Korang tahu ada pelbagai jenis diet. Yang penting korang boleh follow dan fahami setiap jenis diet itu. Fahamkan yang basic dulu ok. Pastu yang mana gian nak makan nasi/mee/kotiau, haaaa inilah untuk anda.


Ok, berbalik pada tajuk entry. Yui dah lama tahu pasal Konjac Food ini. Sebelum ini nak cari supplier yang boleh cod area Station 18, Ipoh ini punyalah payah. Alhamdulillah haritu nampak, terus order.




Kena beli 5 paket terus = RM 25 
Kotiau/Mee/Nasi


Yui dah biasa makan mee/bihun macam ini. Jadi bila dah beli, mood nak diet kemain tinggi. Hahaha. Padahal semangat aje tinggi. 


Nak guna/basuh pun sangat mudah. Masak pun senang. Pendek kata senang belaka. Takpe, nanti kalau rajin Yui tunjuk gambar menu yang Yui gunakan Konjac Food sebagai bahan asas. Sedap habaq hangpa. Haha.


Nak tahu lebih lanjut apa itu Konjac Food?
Korang boleh tengok sendiri di page berikut. Baca dan fahami dulu naa. Rasa berminat, bolehlah beli. Paling menarik, banyak kelebihan Konjac Food ini tauuu.




Dalam apa jua kita lakukan, BERSEDERHANA ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 18, 2016

Bento 2016 : Salad Thousand Island

Ewahhh, edisi bekal si bujang kembali lagi. Dasar bujang pemalas macam aku, jadi menu macam ini jelah yang rajin. Heeeee.




Bahan-bahan :

1) Salad
2) Lobak merah
3) Tomato
4) Sosej
5) Mayonis thousand island


Hanya perlu rebus sosej & lobak. Pastu gaul dengan mayonis. Selesai.


Sedia untuk dihidang. Bahan lain boleh tambah ikut tekak masing-masing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 18, 2015

Menu Atkins : "Kebab" telur sayur-sayuran

Kerlassss nama tak tahu nak letak apa. Heeeee.


Lagi menu ringkas aku nak kongsikan terutama kepada mereka yang berdiet khususnya diet atkins. Menu hari ke berapa entah. Main hentam kromo je sokmo. Hahaha.




Bahan-bahan "kulit"
3 biji telur saiz kecil kacau sebati, tambah air sedikit


Bahan-bahan isi
Ayam
Pelbagai jenis sayur
Bawang
Sos ikan ( sebagai perasa )
Sedikit garam
( tumis macam biasa )


Alaskan macam dalam gambar, boleh juga campur cheese, sos & mayonis bagi tambah selera. Oh ya, jika amda berdiet, ikutlah mana yang boleh saja okay.


Terima kasih, selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 20, 2015

Resepi diet atkins : Kotiau Goreng



sumber : Kelab Diet Atkins Malaysia


Kemain diet pun boleh makan sedap dan yang penting boleh ala-ala gitu. Ehehehe, sedapkan hati dan tekak sendiri.


Sebenarnya takde seurat pun kotiau asli.
Kotiau digantikan dengan telur dadar yang dipotong halus ikut rupa kotiau asal.


Bahan lain, macam biasa. Asalkan memenuhi "syarat" atkins.
Ikutlah setiap fasa yang ditetapkan.
Jangan dalam fikiran asyik ingat, atkin NO NASI padahal baca tak habis.
Faham setiap fasa, inshaaALLAH lancar semuanya.


Selamat mencuba!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 14, 2014

Resepi menu atkins : Lasagna ala atkins

Kadang aku bosan makan benda sama ketika berdiet atkins, jadi sekali sekala kita ubah makanan ala-ala barat tapi versi melayu celup. Suka lasagna? Aku tak berapa gemar tapi sekali sekala dapat bolehlah. Meh aku nak share resepi lasagna ala atkins.




Bahan-bahan ( boleh 2 kali makan )
1) Satu biji bawang
2) 1 batang cili padi ( untuk pedas )
3) Daging dicincang/blend ( boleh guna daging jenama ramly 2 keping = 12 carb )
4) Sayuran hijau ( tak kisah apa pun ) - lagi banyak lagi bagus
5) Sedikit garam
6) Sedikit lada hitam ( jika nak )
7) Beberapa keping cheese ( guna cheese jenis blok sebab carb jauh lebih rendah )


Cara-cara
1) Tumis semua bahan kecuali cheese
2) Masukkan sedikit bahan ditumis ke dalam bekas, lapiskan dengan kepingan cheese. Kemudian masukkan bahan ditumis hingga habis & lapiskan di atas dengan cheese.
3) Bakar 10 minit dengan suhu 150'c ( bergantung pada oven masing-masing )


Anggaran jumlah karbohidrat = 25crb
Boleh dimakan 2 kali = 25/2 bermakna setiap kali makan hanya 12.5crb
Untuk fasa induction sehari = 20crb sahaja


Jadi pandai-pandailah bajet. Boleh juga tambah bahan lain ikut kesesuaian masing-masing.


Siapa kata berdiet tak boleh makan sedap-sedap? Silap tu. Ehehehehe!


Nak tengok menu diet atkins yang lain





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 07, 2014

Resepi Diet Atkins : Cara Telur Tuna

Bulan puasa macam ini kalau pergi bazar, pergi pula bahagian kuih-muih, agak tergoda tengok kemeriahan kuih itu. Lagi best bila tengok kuih cara biasa atau cara berlauk, perghhh iman! Sedapnyaaaaaa.


Jadi, melalui resepi yang ada di Kelab Diet Atkins, aku sendiri cuba buat "kuih cara" dengan gaya diet atkins. Lepas gian tengok rupa. Psiko diri sendiri. Muahahahaha!




Ikut resepi, inti ditekan cantik
Disebabkan taknak membazir aku letak menimbun
=___=


Bahan-bahan ( 1 orang )
1) 3 biji telur
2) Sedikit garam
3) Sedikit tuna
4) Sedikit sayur hijau ( guna bayam lebihan untuk sup )
5) Sedikit daun sup ( bagi wangi )
6) Sedikit mayonis ( kewpie merah/swiss bear rendah carb )
7) Sedikit lada hitam
9) Sedikit sos cili ( nandos antara rendah carb )


Cara-cara 
1) Rebus telur hingga masak & kupaskan
2) Goreng telur hingga kekuningan kulitnya
3) Potong telur 2 bahagian & korek kuning telur
4) Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan lain & kacau hingga sebati
5) Sumbat semula dalam putih telur tadi



Itu sahaja. Senangkan? Kalau nak jadi cara berlauk, boleh gunakan daging cincang ( buat kari/goreng berlada ) kemudian taburkan atas telur. Jadilah cara berlauk.


Amacam? Sape kata diet atkin tak boleh makan sedap-sedap? Sup bayam aku buat simple sahaja sebagai rutin nak makan sayuran hijau setiap hari.


Selamat mencuba.



IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 02, 2014

Menu sepanjang Ramadhan untuk pengamal Diet Atkins

Kalau ikut logik menu untuk pengamal Diet Atkins di bulan Ramadhan masih sama macam biasa. Apa yang membezakan bagi aku ialah kita tambah makan buah kurma. Sehari 2 biji pun memadai. Kita ikut sunat juga ( taknak makan pun tiada masalah ). Macam aku dah fasa 2/3 dah boleh ambil kurma ( pandai kira carb ).





Buntu nak masak apa? Oklah, aku dah share menu yang aku sediakan sepanjang berdiet Atkins { rujuk sini }. Siap letak gambar, bahan & cara sediakan. Tinggal rajin atau malas sahaja.


Korang boleh pelbagaikan menu asalkan mengikut panduan yang disediakan & mengikut fasa serta pengambilan karbohidrat yang dibenarkan. Lengkapkan diri dengan sekurangnya membaca fail-fail yang ada dalam group. Jangan main hentam kromo. Rajinkan diri membaca serba sedikit.


Jom aku kongsikan antara menu boleh anda sediakan sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan. Ini adalah antara menu kegemaran aku sepanjang berdiet Atkins.


7) Cheese cake mudah ala atkins


Lebih banyak menu diet Atkins lain ---> { sini }



Jangan lupa setiap pemakanan pastikan ada SAYUR HIJAU. Lebih banyak sayur adalah lebih baik. Elok untuk pelawasan anda juga.


Selamat berdiet. Diet diet juga, kesihatan kena jaga. Boleh juga ambil supplement atau multivitamin.


Semoga berjaya.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 06, 2014

RESEPI : Siakap Rebus Halia

Kukus grill panggang kukus grill panggang. Ingat tak iklan ini? Haha. Tapi untuk menu kali ini kita guna cara rebus. Campak-campak lepas itu tunggu masak. Senang bangat!




Bahan-bahan 

1) 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
2) Air ( ikut suka banyak mana )
3) Sedikit cili merah
4) Sedikit bunga kobis
5) Sedikit lada benggala
6) Garam secukup rasa
7) Sedikit tomato
8) Sedikit sos tiram ( sebagai perasa ) - untuk induction elakkan
9) Sedikit halia

* Boleh juga gantikan dengan ikan lain/ayam/udang


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan & tunggu hingga masak. 

* Boleh tambah bahan lain. Ikut selera masing-masing


Makanan yang best sebab tanpa sebarang minyak. Sekali sekala makan benda macam ini, hirup kuah yang sangat menyelerakan. Resepi mudah ini perlu cuba terutama untuk golongan bujang macam aku yang tak berapa pandai masak. Muahahahaha!


Selamat mencuba.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 14, 2014

RESEPI MUDAH : Aiskrim Coklat Buatan Sendiri

Kalau sedang berdiet atkins tambah-tambah time induction, lepas itu teringin bebenor nak menelan aiskrim, nahhh ini resepinya. Bolehlah buat lepas gian nak telan magnum, walls, nestle sementara tengah diet.




BAHAN-BAHAN

1) 1 biji telur
2) 1 kotak whipping cream ( kotak kecil )
3) Sedikit esen vanila
4) 1 sudu serbuk koko ( vanhouten [cari rendah carb] ) ( jangan lebih nanti pahit )
5) 1/4 cawan air sejuk
6) 3 paket splenda atau 1 titik stevia ( pengganti gula ) - Tak letak pun tidak mengapa


CARA-CARA

1) Putar telur terlebih dahulu
2) Masukkan bahan-bahan lain
3) Putar hingga sebati
4) Masukkan dalam bekas dan sejukkan


Rasa aiskrim ini? Pekat dan terasa creamy whiping cream. Serbuk koko jangan terlebih takut jadi pahit ok. Masuk ikut sukatan yang seadanya.


Aiskrim ini semua orang boleh makan. Tidak terhad untuk yang berdiet. Kalau kreatif, boleh ubah perisa dan tambah apa yang patut. 


Selamat mencuba.


Kalau nak tengok antara menu atkin lain yang telah aku sediakan








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 07, 2014

Menu Atkins : Lempeng Telur Bersantan

Resepi baru dapat dari page FB. Ada bahan yang aku olah sikit. Derhaka dengan resepi asal. Hihi. Asalkan rasa itu ada dah memadai.




Bahan-bahan
1) 2 biji telur
2) 150 ml santan kotak ( jenama Kara rendah carb )
3) Sedikit garam
4) Sedikit esen vanilla
5) 2 paket equal ( pengganti gula ) 

* Gula tak letak pun takpe sebab dah sedap


Cara-cara
1) Kacau semua bahan hingga sebati
2) Gunakan kuali non stick
3) Dadarkan ikut bentuk


Itu sahaja. Mudahkan? Sekali sekala nak buat takpe. Hilangkan gian nak makan lempeng. Nanti nak cuba resepi lain pula. Itupun kalau aku rajin. Kui kui.


Rasa lempeng ini lemak manis. Sedap untuk tekak aku. Tidak ada bau kuat telur. Haruman santan yang lebih baunya. Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 17, 2014

Menu fasa induction minggu kedua diet atkins

Alohai tu dia aku ambil masa nak update menu fasa induction aku. Maaf ya  pada yang ternanti sambungan. Sekarang aku bagi settle tunjuk menu aku selama 2 minggu "berpantang". Lepas itu aku share pengalaman seterusnya.



Telur separuh masak
Ikan bakar & salad
"Nasi" gorengversi atkins


Salad & brokoli
Salad campur
Ayam dari Tesco


Telur separuh masak & brokoli
Ayam & sayur
Telur berlada


Sebaiknya menu untuk induksi, masak sendiri lagi bagus. Kita sendiri tahu bahan yang dimasukkan. Macam yang aku pernah bagitahu, tidak 100% aku follow sebab ada yang cheat. 


Contoh macam menu hari ke-13. Aku tak makan nasi tapi ambil ayam. Ayam itu bersos, maka ada terselit juga aku telan sekali sos walau aku kuiskan. Menu beli macam itulah jadinya.


Bagi yang betul-betul nak berdiet, 100% aku sarankan ikut apa yang dicadangkan ok. Hati kena kental, fizikal kena kuat.


Entry lain :

Menu fasa induction minggu pertama { entry }
Resepi versi atkins yang aku hasilkan { entry }


Sertai di FB :





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 07, 2014

RESEPI MUDAH SIHAT : Daging Sayuran Grill

Kali ini kita makan daging pula. Ala-ala grill gitu padahal buat macam goreng cuma guna minyak 2-3 titik sahaja.




BAHAN-BAHAN & CARA ( 1 orang )

Untuk perapan
1) 1 pek daging ( ikut kuantiti nak makan )
2) 4 ulas bawang putih
3) Sedikit lada hitam
4) Sedikit garam

* Gaul kesemua hingga sebati dan masukkan dalam peti ais ( perapan ) sekurangnya 5 jam.


5) Sedikit brokoli
6) Sedikit bunga kobis
7) Beberapa titik minyak zaitun


Campurkan kesemua seperti dalam gambar. Boleh juga masukkan dalam oven. Anggaran 20 minit atau hingga masak. 


Ini resepi menu khas untuk mereka yang amalkan diet atkins. Bagi yang lain, anda boleh tambah bahan ikut selera masing-masing.


Simple is better. Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 19, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Bebola Ayam Mudah

Kita sambung sesi masak memasak simple. Sangat boleh untuk mereka yang berdiet Atkins terutama dalam fasa induction.



Abaikan bentuk yang entah apa-apa ya


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 keping isi ayam 
2) Sedikit daun sup
3) Sedikit serbuk lada hitam
4) Sedikit garam
5) Sebiji telur


CARA-CARANYA
1) Ayam direbus terlebih dahulu & carikkan atau cincang halus
2) Daun sup dipotong halus. Masukkan kedalam ayam & masukkan sekali lada hitam, garam dan kuning telur
3) Gaul bagi sebati
4) Bulatkan atau bentukkan dan letak dalam bekas ( jangan tindih )
5) Masukkan dalam peti ais untuk keraskan dahulu ( 2 jam ke atas sebaiknya )
6) Untuk goreng, celup terlebih dahulu dalam kuning telur dan gorengkan hingga nampak garing


* Caranya sama macam buat bergedil juga. Boleh tambah bahan lain seperti bawang, udang, sedikit cili untuk menaikkan lagi selera anda.


Sangat mudah dan sesuai untuk orang malas masak macam aku ini. Muahahahaha!


Pelbagai resepi lain boleh anda cuba. Cari di bahagian header di atas ok. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 13, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Nasi Goreng cara Atkins

Bagi yang tahu tentang Atkins, 2 minggu tempoh induction anda tidak dibenarkan mengambil nasi dan adik beradik dengannya. Selepas hampir 10 hari tak telan nasi, aku pun cuba buat "nasi" goreng cara Atkins. 


Resepi diambil dari group FB Kelab Diet Atkins.





BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Bunga kobis ( sukahati kita banyak mana )
2) 1/2 batang cili merah/cili padi
3) 1 biji bawang merah
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 biji telur
6) Sedikit ayam ( tak letak pun boleh )
7) Sedikit garam
8) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Bunga kobis dicincang halus ( ikut suka )
2) Bawang, ayam & cili dipotong ikut kesesuaian
3) Tumiskan bahan (2) terlebih dahulu menggunakan sedikit butter
4) Kemudian masukkan bunga kobis ( anggap itu nasi )
5) Masukkan sedikit garam
6) Pecahkan telur ( boleh buat telur mata juga )



Itu sahaja. Senangkan? Macam kita masak nasi goreng. Nak letak udang boleh. Ikut kesesuaian & tekak masing-masing. Bagi yang tengah "berpantang" guna bahan yang dibenarkan sahaja. Jangan langgar pula. Huhu.


Sambal petai & sayur mak aku yang masak. So itu sebagai lauk daku. Pengubat rindu kepada nasi yang dah lebih seminggu tak telan. Muahahaha!


Korang kena rasa baru tahu macam mana. Best! Belum cuba belum tahu.


Isnin 16/11/2013 genap 2 minggu
daku dalam fasa induction diet atkins
TIDAK GUNA SEBARANG PRODUK
Hanya kawal cara pemakanan
ikut fasa yang ditetapkan
=__=


Mana nasi?
Bunga kobis itulah "nasinya"


Update :
Petai juga tinggi carb
Boleh makan sikit atau sebaiknya elakkan ketika induction




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 11, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Telur Bungkus Cheese

Kita teruskan lagi dengan resepi mudah sihat versi Yui. Kali ini nak share masakan paling simple de amoreee. Makanan kesukaan dikala kemalasan melanda diri.



Jangan pandang luaran tapi pandang rasanya


BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) 2 biji telur
2) 1 batang sosej ayam ramly
3) 3 ekor udang dibuang kulit
4) 1/2 batang sederi dipotong kecil
5) Sedikit serbuk lada original ( sendiri blend )
6) Sedikit garam ( taknak pun boleh )
7) 1/2 bawang besar
8) 1 keping cheese ( 2 pun boleh )


CARA-CARANYA
1) Potong semua bahan ikut kesesuaian
2) Telur dipukul & letak garam kemudian masukkan dalam kuali ( leperkan sendiri )
3) Nampak garing sedikit telur, masukkan kesemua bahan tadi yang telah dipotong
4) Tabur serbuk lada
5) Lipatkan telur tadi & masukkan keratan cheese di bahagian tengah ( letak atas boleh juga )
6) Nampak cheese mencair, angkat & boleh makan


Senang sahajakan? Nak buat dengan tak sahaja. Ini menu untuk orang malas macam aku. Bahan-bahan boleh korang pelbagaikan cuma bahan yang ada sekarang itu yang sihat untuk aku.


Selamat mencuba menu malas ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 04, 2013

RESEPI MUDAH SIHAT : Sushi Salad versi Sayuran

Macam lama tak buat entry resepi kan? Ok kali ini aku bagi resepi mudah dan cepat untuk disediakan. Ini budak-budak tadika pun reti asalkan dibawah pengawasan orang dewasa ya.


Nak makan sushi biasa yang dijual tak lalu ea? Kita buat versi tekak orang melayu. 


BAHAN-BAHAN ( seorang )
1) 1 biji telur
2) Sayur minyak
3) Timun jepun
4) Sedikit mayonis


CARA-CARA
1) Pukul telur ( nak masukkan sikit garam boleh )
2) Goreng telur dengan dadarkan telur secara nipis. Cara nak goreng? Korang lenggangkan kuali tu sampai jadi bulat elok saja telur tu masak
3) Potong sayur minyak & timun jepun secara halus ( nak kasar pun boleh ) & letak atas telur
4) Ratakan mayonis atas sayur ( nak gaul sayur & mayonis dahulu pun boleh )
5) Gulung telur & potong ikut saiz yang nak




 Abaikan deco yang buruk sebab nak masuk mulut sendiri


Tadaaa itulah hasilnya. Nampak macam menu main-mainkan? Tapi sebenarnya berkhasiat. Kenapa daku namakan sushi? Sebab daku potong kecil-kecil. Hahaha.


Oh ya, tak tahu sayur minyak apa? Sila google image dan pastinya anda tahu rupa sayur itu. Nak ganti kepada sayuran lain pun boleh. Asalkan sayuran hijau. Mableeesss!


Lebih banyak resepi mudah untuk anda cuba




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^