tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label emas 916. Show all posts
Showing posts with label emas 916. Show all posts

Monday, February 06, 2017

Cincin Emas Paku Pontianak

Pernah dengar atau tengok cincin paku pontianak? Ehhh ni bukan Yui saja bagi nama tau, memang namanya ini. Hahaha.


Haritu ada customer datang bawa cincin paku pontianak, maka Yui sajalah cuba pakai.





Erk, rasa hodoh aje letak dijari sendiri. Hahaha. Jejari yang runcing rasanya sesuai pakai macam ni. Tambahan kalau kulit cerah lagilah cun.


Saja cuba. Dekat 5 gram juga cincin ni.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 09, 2015

LOKET & SUBANG EMAS 916 BAJET

Cuci mata lagi. Kali ini stok bajet. Lebih kurang 1 gram sahaja untuk loket & subang berikut. Dan pastinya boleh bayar cash. Nak ansur juga, harga jadi lebih ya. Kena faham konsep cash & ansur.



LOKET CHANEL 916



SUBANG PAKU 916


Kalau ada yang nak join group whatsapp emas cash & ansuran 916, boleh whatsapp 019-2331810. Aku akan update barang kemas yang ada di sana.


Marilah kita mengumpul sikit demi sikit sebab ia boleh diguna jika sesak.
InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 27, 2015

BARANG KEMAS 916 SECARA TUNAI ATAU ANSURAN

Marilah kita bersama-sama cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan di hati sanubari. Ada duit boleh bayar cash, kekurangan duit boleh buat ansuran.



RANTAI LEHER CHOKER



RANTAI LEHER & RANTAI KAKI



RANTAI TANGAN



CINCIN


Untuk makluman semua, harga tunai dan ansuran adalah BERBEZA. Sudah tentu harga ansuran lebih sedikit.


Untuk harga tunai boleh rujuk terus pada aku sebab harga berubah tak tentu hala. Ada naik, ada turun. 


Untuk belian secara ansuran, bayaran pertama adalah 40% dari nilai barang. Ansuran boleh 3-4 kali sahaja. 


Maklumat lebih lanjut, boleh whatsapp 019-2331810. 


Yang serius & benar-benar nak tahu, digalakkan hubungi daku. Ini emas 916 asli, bukan sadur ya. Ada banyak lagi pilihan lain. Prefer COD di kawasan aku =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 24, 2015

Cincin emas di tahun 2015

Hajat di awal tahun 2014 nak dapatkan cincin emas design sebegitu [entry] tak berkesampaian, maka aku tunaikan di awal tahun 2015. Alhamdulillah, rupanya masih ada lagi design ala-ala yang ku impikan.




saiz 11


Sebenarnya aku trade in 3 cincin dan tambah sedikit duit untuk dapatkan cincin di atas. Lagipun cincin-cincin berkenaan tidak boleh ku pakai ( longgar ).


Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Seronok sebab dah dapat apa yang kita kenan. Nak tunggu cincin tunang/nikah, belum tentu boleh dapat design macam ini. Heheheh.


Beli sendiri puas hati.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 26, 2014

Ura-ura emas dikenakan GST?

Bila dah berada dalam bidang emas, tak sikit tak banyak kena juga ambil kira hal semasa tentang emas. Kecoh kawan-kawan bagitahu kalau nak beli barang kemas tahun depan, akan dikenakan GST. Aku sendiri pun takde dapat info macam itu.


Kalau betul dikenakan, maknanya harga lagilah ______ ( sila isi tempat kosong ).


Korang,
memandangkan harga emas sekarang rendah ( lebih kurang RM 140/gram untuk 916 ), aku cadangkan korang belilah. Ala, bajet rendah pun jadilah. Beli, lepas itu gadailah semula. Perlahan-lahan ambil balik ( buat bayaran ansuran ).


Macam mana nak buat kalau duit pun tak berapa nak cukup?
Gaji adakan? Guna sementara. Janganlah guna 100%. Jom aku tunjuk contoh.


Guna duit gaji : RM 500
Katakanlah kedai emas A : Emas 916 RM 140/g ( termasuk upah )


Dengan duit gaji RM 500, korang boleh dapat lebih kurang 3.5 gram emas 916 ( belilah barang apa pun ).


Lepas itu, pergi cari mana-mana ar-rahnu. Harga gadaian contoh emas 916 RM 134/g ( nilai gadaian tak sama dengan beli baru ok )

3.5g x RM 134 = RM 460 ( akan digenapkan )
65% dari RM 460 = RM 300 ( nilai korang akan dapat untuk gadaian )

Maknanya, korang dapat semula tunai RM 300. Beli tadi harga RM 500, gadai semula RM 300. Kesimpulannya, hanya guna RM 200 ( 500 - 300 ) sahaja nilai gaji anda ( ibarat pinjam sekejap ).

Beli tunai dengan kedai emas, pergi gadai di arrahnu. Maknanya korang hanya perlu bayar ansur di arrahnu. Inilah cara sesuai untuk kes di mana, hati nak beli emas, tapi duit tak cukup. Faham?


Faham tak "formula" aku bagi tadi?
Baca perlahan-lahan. InshaaALLAH korang akan dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Tak perlu beli barang kemas secara ansuran pada orang ( ada yang jual ibarat 1 gram = RM 250 ). Tapi kalau tak kisah, terpulang.


Lagi seronok kalau korang dapat beli lelongan barang kemas yang ada di arrahnu. Kenapa? Harga lagi rendah. Tak percaya? Pergi mana-mana arrahnu berdekatan dan tanya mereka.


Apa pun, keputusan di tangan masing-masing. Perlu pendapat? Boleh cari aku. Aku bantu mana yang tahu.


Jadi, berbalik pada isu GST, kita tengoklah nanti kesahihannya. Harap ini hanya khabar angin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 18, 2014

Barang kemas 916 terpakai untuk dijual

Minat kumpul emas tapi tiada tunai? Minat kumpul emas tapi nak bayar secara ansuran? Tak kisah emas baru atau emas lama? Okay, daku ada juga jual barang kemas terpakai. Yang mana available akan dimaklumkan dari masa ke semasa.




RANTAI LEHER : Berat 3.30 gram

CINCIN : Berat 3.31 gram Saiz 14


Kalau beli barang kemas 916 baru. harga kedai semasa sekarang lingkungan RM 151/gram belum masuk upah. Jika beli barang kemas terpakai, haruslah lebih murah sikit dari yang baru.


Untuk harga terpakai bagi gambar di atas, RM 136/gram. Nett. Daku benarkan bayaran maksimum 2 kali tanpa perubahan harga. Sangat disarankan untuk orang berdekatan sebab senang COD. Kalau nak pos boleh tapi atas tanggungjawab sendiri { inshaaALLAH setakat ini tiada masalah }.


Berminat? Boleh terus PM di FB Nurul Yui. Kita bincang lanjut di sana. 


* Item akan dicuci & semestinya dapat di tangan anda, berkilat seperti baru =)


Harga emas sudah menunjukkan peningkatan
Jadi, keputusan di tangan anda







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, February 08, 2014

Cincin Channel Emas 916



CINCIN CHANNEL 916


1) 2.14g saiz 15
2) 1.99g saiz 12.5 - SOLD
3) 2.28g saiz 13



PM di FB Nurul Yui untuk info lanjut termasuk harga & cara bayaran. 
Terima kasih 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 03, 2014

Rantai Leher Mesin Emas 916 dengan harga murah



Harga sudah semestinya lebih murah dari biasa
RM 13* 
tanpa tambahan upah lain
Anggaran berat dari 11 gram ke atas


Kenapa harga emas 916 murah dengan Yui?
{ baca teliti entry ini }


Berminat tapi tiada duit?
Ikuti langkah yang aku cadangkan


Bukan senang nak dapat harga rendah tau
Minggu ini sesi membooking
Minggu depan inshaaALLAH stok sampai


Jadi anda masih ada masa lagi


Berminat? Sila PM daku di FB Nurul Yui
Kita sembang detail di sana


Ingat ya, harga semasa sekarang RM 14+ dan belum campur upah
Harga dijangka akan naik lagi
=___=


Ini masa sesuai untuk tambah aset
Bukan sekadar perhiasan tapi berguna jika kita terdesak dapatkan duit
Aset mudah cair


ENTRY BARU SCROLL BAWAH 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 29, 2014

Kenapa harga emas 916 murah dengan Yui?

Ada beberapa orang bertanya kepada daku kenapa harga emas yang ditawarkan oleh daku berbeza dengan harga kedai diluar sana. Jawapan cukup ringkas dan mudah untuk aku berikan.


1) Belian terus dari kilang ( 500gram kuata )
2) Jenis emas yang ditawarkan ialah 
( nama barang kemas : putera, puteri, mesin, pasir )
3) Terdapat rantai leher, rantai tangan, rantai kaki ( siapa booking lebih cepat )
4) Anggaran berat dari 10 gram ke atas


Cukup daku rasakan jawapan yang diberikan. Sudah tentu berbeza sebab tawaran tidak selalu diberikan. Jadi rebut sementara harga emas ditawarkan rendah dari biasa.


Ada yang berminat tapi disebabkan wang tidak mencukupi, sila ikuti cara yang telah aku berikan { entry }. Sangat berguna.


Minggu ini sesi booking barang sebab stok akan sampai minggu depan. Jadi siapa yang berminat, boleh bagitahu segera.


HARGA ISTIMEWA
RM 13+/ GRAM
{ ENTRY }


Oh ya, ada ke nak barang kemas tapi nak buat ansuran? Harga boleh runding dengan daku dan daku ajar konsep macam mana nak beransuran. Mungkin 2 atau 3 kali bayar.


Kalau betul-betul berminat, boleh terus PM di FB Nurul Yui. Kita sembang lanjut disana. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 22, 2014

Cincin idaman hati tahun 2014

Ewah-ewah cincin pun nak beridaman bagaikan. Tapi dah betul aku berkenan benor design macam ini. Tak kisahlah tak up to date ke apa, janji aku suka.




Dah tanya supplier tapi masih belum restock. Sementara harga tengah rendah inilah masanya nak tambah "aset" yang ada. Sesak nanti ada juga cara nak dapatkan duit dengan cara mudah.


Korang rasa idaman aku yang pertama ini tercapai ke tidak? Doakan ya sebab aku tengah usaha. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 20, 2014

Cara nak dapatkan emas walau bajet tidak mencukupi

Tunai dalam tangan : RM 250
Rantai Tangan : 4 gram ( anggaran harga RM 572 )

Caranya?
1) Pinjam duit orang yang dipercayai
2) Korek lubang tabung yang ada

Sebaiknya pilih no (2). Sebab urusan pinjaman tak sampai 24 jam.

{ Beli - Dapat Barang - Gadai }

( Pajak di mana-mana ArRahnu )

4 gram x RM 132 = RM 528
65% dari RM 528 = RM 340 ( anda dapat tunai untuk nilai gadaian )
Upah simpan untuk 6 bulan di pajak = RM 20
Duit anda = RM 250

RM 250 + RM 340 = RM 590 
( Duit yang anda dapat lepas gadai boleh bayar semula untuk pinjaman sementara )

Nampak tak caranya?

1) Guna kaedah pinjam
2) Buat gadaian
3) Barang dah tentu anda punya
4) Urusan anda selepas itu adalah sempurnakan bayaran RM 340 ( dengan pajak gadai ) Buat bayaran secara disiplin.

Sekurang-kurangya anda dah tentu dapat barang kemas. Dan sudah jadi hak anda selepas itu. Cara ini boleh dibuat untuk mereka yang berfikir hendak beli emas semasa harga tengah rendah tapi dana tidak mencukupi.

Jelas or tidak?

Tak perlu segan/malu/takut nak masuk pajak gadai Islam sebab barang itu anda punya. Bukannya mencuri nak takut-takut bagai kan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 17, 2014

Gambar jelas cincin emas belah rotan 916



Saiz dari kiri : 8,9,10,11 & 12




Saiz dari kiri : 13,14,15,16 & 17


Harga istimewa : RM 140/gram


Postage : RM 10


Harga semasa boleh berubah & dapatkan sebelum harga naik
=__=


Berminat nak beli, terus PM di FB
{ Nurul Yui }





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 16, 2014

ST 2 [2014] - Saiz & Harga Cincin Emas Belah Rotan 916

Merujuk kepada entry cincin belah rotan { entry }
Saiz yang ada bermula
8 - 18
Berat bermula
1g - 2 g++


Harga yang ditawarkan sangat istimewa
RM 140/gram
Tiada upah lain 
NETT


Harga cash barang kemas lain
Masih RM 143/gram





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 15, 2014

WW 2 [2014] - Cincin Emas 916 Belah Rotan




Nak beli emas secara cash atau ansur?
Boleh rujuk FB daku




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 13, 2014

Rantai Kaki Emas 916

Masuk barang kemas slow slow. Satu persatu. Jom cuci mata dengan beberapa gambar untuk rantai kaki emas 916.





RANTAI KAKI BIJI KETUMBAR



RANTAI KAKI MESIN PADU



RANTAI KAKI TELUR ANGSA



RANTAI KAKI TELUR ANGSA TIADA CHROME


Untuk info lanjut mengenai setiap barang termasuk berat, harga, cash atau ansuran boleh rujuk FB { Nurul Yui }.


Terima kasih sebab sudi cuci mata. Hihihi.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 10, 2014

Rantai Tangan Emas 916 Puteri (padu)



Emas pun ada nama tersendiri. Maksud daku lain pattern lain namanya. Macam gambar di atas itu namanya rantai tangan puteri. Pilihan ramai sebab padu. 


Kalau bintik tengah itu namanya putera. Ada juga padu pasir. Kalau nak lebih jelas korang boleh google image.


Emas padu jenis diatas lebih ramai orang suka pakai sebab tahan & sangat simple


Untuk emas padu di atas boleh beli secara cash atau ansuran juga. Boleh komen atau PM daku di FB { Nurul Yui }.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Rantai Tangan Emas 916 untuk dijual

Nak bagitahu harga emas slow-slow nak naik. Khabar berita yang belum pasti kerana ada bagitahu sebelum raya cina harga rendah selepas raya cina akan naik. Sejauh mana kebenaran? Tak pasti. Kita tunggu dan lihat.




Jom kita tengok gambar rantai tangan secara jelas. Aku dah buka satu-satu dan sendiri dah cuba pada tangan. Mampu cuba saja tak mampu nak beli banyak. Muahahaha!




Rantai tangan bebola itu aku punya, saja nak bandingkan ukuran. Senang nak refer if ada yang bertanya.




Yang padu tu cun! Berat 13.22 gram. Emas yang mudah & tak banyak fesyen.


Harga cash : RM 143/gram ( ikut harga semasa & boleh berubah )
Harga ansuran : RM 180/gram ( maksimum 4 kali bayar, deposit 30% )



Kalau ada yang berkenan, boleh bagitahu ok. Sementara stok masih ada =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 08, 2014

Perbezaan karat untuk setiap emas

Entry kali ini khas untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh sis emma. Daku sebagai seorang yang biasa-biasa sahaja akan bantu sebaiknya berdasar ilmu yang ada.


Kita mulakan dengan pengenalan.


KARAT - Lambang mutu kategori emas dan peratus kandungan emas dalam sesuatu jenis emas.


KETULENAN - Emas 24K merupakan ketulenan paling tinggi. Barang kemas yang biasa kita gunakan adalah emas 22K atau dikenali 916.




( 24K / 24K ) x 100 = 100 %
( 22K / 24K ) x 100 = 91.6 %
( 18K / 24 K ) x 100 = 75 %


Tengok pengiraan di atas dan anda akan faham penerangan seterusnya.


Antara jenis emas yang digunapakai hingga kini


750 atau dikenali 18 K
Emas jenis ini kebanyakan terdapat pada cincin berbatu. Sebab apa? Emas ini lebih tahan atau kuat ( letak batu cincin ) kerana % emas hanya 75 sahaja. Ada juga subang terutama jenis "ketip" terdapat 2 mutu emas. 916 & 750. Sebab apa? Sebab ketahanan emas itu walaupun dijual pada nilai emas 916. Jangan pergi marah kedai emas ok kalau anda perasan no karat pada subang anda.


Selain itu, gelang tangan pun ada untuk 18K. 


916 atau dikenali 22 K
Emas ini biasa kita gunakan terutama kaum wanita. Subang, loket, rantai leher, rantai tangan, rantai kaki, cincin, brooch & sebagainya. 


Mutu emasnya adalah 91.6 % dan selebihnya adalah kandungan bahan lain antaranya perak, tembaga & aloi. 


999 atau dikenali 24 K
Merupakan emas paling berkualiti & bermutu tinggi. Harga sedikit mahal dari 916. Bersifat lembut sebab itu jarang ada emas 999 untuk cincin, loket melainkan beratnya paling kurang 50 gram. Kalau bawah dari itu ada juga cuma jarang jumpa & sebaiknya tak sesuai untuk pakai.


Sifatnya lembut kerana 99.9% emas. Tak percaya sifatnya lembut? Anda pegang dan cuba bengkok kan. Akan terasa perbezaan dengan mutu yang lain.


Antara karat emas lain yang ada 20 K ( 835 ), 21 K ( 875 ) & 22.8 K ( 950 ).


Sebab itu untuk perhiasan ramai akan pilih 916 kerana itu terbaik & bagi mereka yang terlibat dengan pelaburan emas mereka lebih suka gunakan 999 sebab mutu emas terbaik. 


Semakin tinggi karat semakin berkualiti emas tersebut
Semakin rendah karat semakin kuat ketahanan emas walau % sedikit


Jadi faham tak apa beza karat itu? Ada apa-apa pertanyaan ajukan di komen. InshaaALLAH aku akan jawab sebaiknya berdasar ilmu yang ada.


Sis Emma ni Yui dah backlink. Anda yang nak bodek sis emma kot dia bagi barang kemas, sila terjah blognya. Muahahaha!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 06, 2014

Loket emas 916 atau 22K



Ada bayaran tunai atau ansuran 3 bulan sahaja


Harga tunai (6/1/2014) - RM 143/gram { tanpa upah }


Harga tunai boleh berubah ikut semasa
Harga ansuran tetap hingga habis bayar


Info lanjut rujuk FB { Nurul Yui }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 02, 2014

Cincin emas 916 untuk dijual





Dari saiz 12, 15, 16 & 16.5
Harga boleh refer FB { link FB }


Harga emas tengah murah sekarang
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^