tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label Nurul Yui. Show all posts
Showing posts with label Nurul Yui. Show all posts

Wednesday, March 29, 2017

Memulakan semula langkah berblog

Assalamualaikum uolls
Fuhhhh fuhhh tiup habuk sawang blog ni
Mandey sungguh blog dianaktirikan
Hahahaha!




Korang sihat?
Entry banyak?
Okay nanti Yui terjah tau


Saja up gambar sendiri waktu dinner di Putrajaya haritu
Kotlah ada yang rindu wajah ini
Muahahahahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 26, 2017

Barang kecantikan untuk wajah sendiri

Yang Zeeta Serum Mawar tu Yui baru beli. Saja nak mencuba. Bau sedap, haritu tertelan nasib baik takde apa. Hahahaha.




Yui jujur tak pandai makeup. Main bubuh aje asalkan nampak sikit "seri". Kerja berhadapan customer mestilah nak kena tampil bergaya sikit. Simple pun jadilah.


Jadi untuk wajah sendiri,
Lepas cuci muka, letak toner ( kalau rajin ), sapu day cream Tati ( calit sikit saja ), letak eyeliner, sapu lipstick matte ( tidak berkilat ). Sembur serum mawar bila rasa nak sembur. Biasanya Yui letak kat office, saja nak bagi segar muka.


Mudahkan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 12, 2017

Barang peribadi untuk manjakan diri sendiri

Kan haritu Yui cerita ada sale di Guardian. Pastu dapat plak voucher RM 5. Beberapa hari lepas itu pergi Guardian di ST 18. Maka, dengan tak sengaja beli barang-barang ini. Reward dan manjakan diri sendiri gitu. Eceeeehhhhh!




Shampoo Tresemme tu saja beralih pada jenama ini. Yui dah cuba, best pakai. Rasa lembut aje bila cuci. Bau pun sedap. Buat bertambah menarik bila ada argan oil. Banyak manfaatkan tuu.


Lotion vaseline pun pertama kali ambil bauan ini. Memikat hati. Suka sapu lepas mandi. Alaaaalalaaaaa lembut ajeeee rasa.


Eyeliner Maybelline tu beli disebabkan eyeliner silkygirl udah suam-suam kuku. 1 batang ni pun tahan berbulan-bulan wei.


Ramai tahu kebaikan vaseline intensive care. Jadi, tak perlu Yui cerita lebih lanjut =)


Jadi,
Rasanya cukuplah ini dulu untuk reward diri sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 11, 2017

WW 1 [2017] - Nurul Yui Januari 2017



Jan 2017
Tati 5in1 skincare
Lipstick murah ( RM 5 )
Eyeliner Maybelline 
Miracle Bio Water Essences


Hapyy Birthday TokTi 
11/1/2017



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 22, 2016

Kisah Kopi vs Nurul Yui

Mula-mula nak habaq, isu sabun kopi atau sabun scrub kopi masih hangat diperkatakan. Haaaa, Yui takmo ulas lanjut. Benda tu sendiri punya pilihan sebab penjual tak paksa anda membeli. Dan anda sebagai pembeli ada hak untuk bertanya sebelum membayar.


Ok,
Berbalik pada kisah kopi vs Nurul Yui. Sebenarnya pagi tadi sambil siap-siap Yui dengar Hot FM. Geng deme pagi ini bercerita pasal kopi.


Maka Yui pun sajalah up entry macam ini memandangkan idea lain tiada. Hahaha.


Orang kata, minum kopi akan menghilangkan rasa mengantuk/menyegarkan. Tapi untuk Yui, itu semua tak menjadi. Balunlaah berapa bungkus/tin air kopi, kalau nak tidur tu tetap tidur.


Ada juga bagitahu,
Minum kopi waktu malam akan buatkan kita tidak tidur. Untuk Yui, itu juga tak terjadi. Hahaha.


Peminat kopi?
Ya, Yui minat kopi tapi takdelah sampai hari-hari kena ada kopi. Sekali sekala teringin baru beli dan pilihan haruslah kopi ais kawwwww. Haaaaa, sedap habaq kat hangpa. Tak sampai RM 2 pun sebungkus.


Yui minum kopi ada 2 sebab sahaja.
Pertama sebab teringin
Kedua sebab nak kurangkan pening


Tak percaya? Yui dah lama tak guna panadol kalau terasa pening kepala. Ubat Yui adalah air masak/kopi/kacip fatimah/redbull. Haaa, yang minuman tin tu tak digalakkan lah ya.


Sekian sahaja kisah kopi vs Nurul Yui.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 18, 2016

18 Oktober 2016







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 01, 2016

Perihal Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Wahhh kemain kau Yui ada update entry Diari Ramadhan. Oh ya, untuk pengetahuan kalian. aku update gitu salah satunya sebab tak tau nak update apa. Dari blog kesepian, isi jelah benda gitu. Orang baca sebab ayat mudah. Heeeee.


Yang kedua,
Saja nak tengok menu apa yang aku mampu bertahan untuk bersahur dan berbuka. 


Jujurnya,
Aku memang kena bersahur ala kadar sahaja. Contoh air + kurma. Jangan sesekali aku makan nasi, sebab seawal jam 9 pagi perut aku akan minta diisi. Haaaa, kan naya gitu. Jadi, ambil yang mudah sahaja untuk sahur.


Kisah berbuka,
Dah lama aku memang makan ala kadar. Korang pun perasan jarang aku tulis makan nasi, bukan sebab aku tekak owang putih ya tapi memang tekak ni kalau nak, cari sendiri. Taknak, makan apa je yang teringin. Jadi tak pelik takde nasi. Hehehe.


Ada yang tanya berapa kg aku turun.
Adalah dalam 2 kg aje. Naik turun dah biasa. Yang penting aku harap tak cecah lebih 60 kg. Huuu. cukuplah pernah berat 64 kg dengan ketinggian 159 cm. Omei sangat rasa ketika itu.


Jadi,
sebab-sebab di ataslah kenapa aku update Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 10, 2016

Masih dengan ic lama

Orang lain dah lama tukar ke ic yang nampak 2 gambar tu. Alaaa, faham-faham sendirilah. Aku? Masih dengan ic lama, muka lama, kenangan lama. Ewaaaaahhh !!




Rasanya muka umur belasan tahun ni. Sekarang dah puluhan, sedar dah tua. Huahuahuaaaa. Apa pun, ic lama ni masih elok molek. Masih boleh baca kalau masuk dalam apa benda mesin tu ntah. Still boleh detect maklumat aku.


Tengoklah kalau rajin tukar ic baru. Wajah baru yang tua. Hahahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 17, 2016

Agen Perlaking & Revell Perak

Oklah, sekali sekala selfie masuk dalam blog pulak apa salahnya kan. Janji bukan gambar merepek meraban. Ececehhhh. Motif gambar sebenarnya nak bagitahu,


Inilah owner blog Corat Coret Nusha
Agen sah Revell
Agen sah Perlaking
Pemilik FB : Nurul Yui Collection







Jangan meluat tengok aksi kita naaa. Huahuaaaaa.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 18, 2016

Marah Anak Sulung




Sebagai anak sulung,
Yui akui itu diri Yui
Sebab itu tak suka marah
=____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 28, 2016

Dilema penunggang di jalan raya




Aku lah orangnya yang sering menunggang. Jarang aku memandu, sampai ada yang suruh aku frame kan lesen gantung di dinding. Eh, ada aku kisah ? Hahahaha.


Berada di lorong kiri atau kanan, tak kisah asalkan pentingkan keselamatan diri dan fikir pasal orang lain. Bukan main sedap ikut rasa ja ya.


Berhati-hati walau di mana sekalipun.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 22, 2016

Keluar air liur ketika tidur

Biasa dengar, kalau air liur keluar ketika tidur, itu tandanya kita
NYENYAK TIDUR.
Eh, benarke?? Adakah itu mitos atau fakta?


Kalau budak kecil tak heran sangat tapi kalau dah dewasa macam tahap aku apa cerita?


Nampak tak apa point aku nak sampaikan?
Ya, aku akui kadang ada "peta" terlukis sendiri di bantal atau tilam. Hahahaha.


Segan?
Tak kisah. Memang itu aku. Kadang "penyakit" aku kot kalau penat atau rasa nyenyak sangat sampai begitu sekali jadinya.


Jadi buat bakal suamiku,
Bertabahlah dapat isteri yang tidur macam aku. Huahuahua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 21, 2015

Nivea whitening happy shave

Ada orang selesa pakai "ubat ketiak" jenis cecair, stick & ada juga jenis spray. Dulu aku pakai dove. Lepas itu bertukar pada nivea jenis roll.


Kadang aku selesa tak guna apa-apa. Bukan wajibkan? Haaaaa. Yang penting tak berbau cukuplah. Hahahah.




Jalan-jalan Guardian tengok harga. Bandingkan dengan kedai sebelah, Watson. Harga beza sen-sen. Memandangkan aku pemegang kad Watson, manfaatkan point yang ada, setelah ditolak, aku kena tambah dalam RM 5 sahaja.


Harga asal lebih kurang RM 12.


Best juga guna jenis ini. Tapi kadang time nak spray, tak keluar apa. Keluar angin jee. Sampai rasa nak naik angin jugala. Wakakakaka!


Apa pun, aku suka produk Nivea. Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 27, 2015

Pengganti duit simpanan hijau

Minggu lepas aku ada update tentang simpan duit hijau. Alhamdulillah menjadi juga walau bukan setiap hari aku buat. Di akhir entry tersebut ada aku nyatakan yang hasil simpanan duit hijau telah aku tukarkan kepada benda lain.


Taraaaa. Inilah dia pengganti duit hijau.





Setelah difikir semasak-masaknya, aku pilih untuk beli barang kemas sebagai menggantikan duit simpanan yang ada. Bukan apa, simpanan duit kertas takkan "beranak" tapi jika ada barang kemas, kalau emas naik, inshaaALLAH boleh jual ( biasanya takkan jual sebab sayang ).


Alhamdulilah.


Aku beli rantai kaki sebab inilah satu-satunya barang yang belum aku ada. Lengkap sudah barang kemas sendiri.


Emas yang ada, merupakan modal yang mudah dicairkan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 18, 2015

Cincin idaman hati 2015

Ini sebenarnya cincin customer
Aku ambil gambar sebab sekarang aku berkenan pattern macam ini




Gigih aku punya target untuk tahun 2015
Cincin silang
Anggaran berat 3-4 gram



Tahun sebelum ini dah dapat, cincin juga
[ cincin idaman hati 2014 ]


Harap target tahun 2015 nak dapat cincin idaman hati macam di atas tercapai.
Aamin.


Target sendiri, duit sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 07, 2015

Bila marah aku diam



Realitinya memang bila aku marah aku akan diam
Taknak bersuara kerana risau akan melukakan hati orang
Diam & cari ketenangan
Mudah-mudahan






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 26, 2015

Langkah demi langkah

Kaki mengikut langkah
Kaki akur pada tindak tanduk
Kaki mengekor apa yang diarahkan


Kedepan, kebelakang, ketepi
Kesana sini
Kadang juga tidak tentu arah


Moga langkah yang dipilih adalah langkah sebaiknya
Tak mampu terbaik sekurangnya memilih untuk jadi terbaik



Ini suasana kampungku di Batas Pinang, Parit Buntar




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 19, 2015

Terus hidup untuk menuju ke depan

Jalan dunia ini penuh berliku
Di hadapan adalah masa depan
Di belakang adalah kenangan
Juga untuk dijadikan pedoman


Walau kadang aku tersasar
Aku perlu cepat-cepat sedar
Jangan terus terleka
Dengan permainan dunia





Kadang kau nampak aku ketawa
Hakikatnya mungkin sebaliknya
Apa pun aku terus berdoa
Moga semua baik-baik sahaja


Kita perlu terus hidup
Teruskan ke depan
Jangan pernah memandang belakang
Jangan....




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 25, 2015

CARA AKU BEKERJA

Setiap kerja kalau perlu dari A-Z, aku akan buat dan siapkan
Tak suka menangguh atau melengah-lengahkan kerja
Lagi tak suka bila kerja kita tergendala, orang lain terkena tempias
Tak baik macam itu kan?


Apa kata kalau itu dah tugas kita
Laksanakan sampai habis
Jangan biar orang lain rasa tak selesa
Buat orang terasa
Kadang kita tak sedar semua itu kan?


Sama juga bila kerja aku berkaitan dengan pelanggan
Rungsing tau selagi tak selesai
Sama juga bila melibatkan pengeposan
Hati tak tenang selagi barang tak selamat sampai


Tolonglah
Kerja, selesaikan dengan baik
Nak tangguh boleh tapi jangan nak melibatkan orang lain
Rimas!


Kadang kita dah buat terbaik
Tapi kalau ada yang tak boleh elak
Siapa kita untuk menghalang
Sekurangnya dah berusaha


Coretan untuk diri sendiri....



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 24, 2015

Cincin emas di tahun 2015

Hajat di awal tahun 2014 nak dapatkan cincin emas design sebegitu [entry] tak berkesampaian, maka aku tunaikan di awal tahun 2015. Alhamdulillah, rupanya masih ada lagi design ala-ala yang ku impikan.




saiz 11


Sebenarnya aku trade in 3 cincin dan tambah sedikit duit untuk dapatkan cincin di atas. Lagipun cincin-cincin berkenaan tidak boleh ku pakai ( longgar ).


Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Seronok sebab dah dapat apa yang kita kenan. Nak tunggu cincin tunang/nikah, belum tentu boleh dapat design macam ini. Heheheh.


Beli sendiri puas hati.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^