tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label ~~haRApaN~~. Show all posts
Showing posts with label ~~haRApaN~~. Show all posts

Monday, November 14, 2016

Set cadar comel gambar kucing



Kalau dah sayangkan kucing
Apa saja berkaitan kucing memang menggugat iman!


Nak cari set ini lah plak
Comel sebab ada meow


Eh kucing kan tu?
Hahahaha




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 22, 2016

Tanda SAYANG



Sentiasa mengingatkan
Bukan membebankan
Kerana itu tanggungjawab sebagai umat Islam


Itu tandanya SAYANG





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 17, 2016

Genap 8 tahun



Kalau ada anak, dah masuk darjah 2
Ehhh!


17 Jun 2008 - 17 Jun 2016
8 tahun dah berlalu


Doakan kami
Doakan kami
Doakan kami


Kami sedang berusaha
InshaaALLAH


Ada jodoh
Aameen




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 11, 2015

Maafkan kami yang hina ini

Jangan terlalu leka saat kita bergembira
Andai ketika duka sahaja kita ingat pada-NYA
Kadang kita tak sedar kita sangat alpa


ALLAH,
Maafkan kelekaan insan hina seperti kami
Berikan kesedaran segera
Agar kami sentiasa bersedia
Menerima apa saja dari mu Ya ALLAH







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 23, 2015

Amalan menyimpan/menabung duit hijau

Amalan menyimpan duit hijau ini aku baru mulakan awal tahun 2015. Bukan apa, salah satunya sebab pernah terbaca artikel di fb & blog. Terus menarik minat aku.


Sebelum ini rajin kumpul duit syiling aje.




Senangke nak simpan duit hijau ini?
Senang kalau anda ada KEINGINAN UNTUK MEMBUAT DEMIKIAN.


Cara mudah untuk elak guna/terguna?
Bila nampak je duit hijau dalam dompet, selitkan dulu tempat lain. Kalau cara aku, LIPAT SEBAGAI TANDA UNTUK SIMPANAN.


Tiap harike menyimpan?
Kalau tiap hari aku ternampak duit hijau, tiap harilah menyimpan. Kadang selang 2-3 hari juga. Ralat juga rasa sebab tak dapat menyimpan tiap hari.


Dah banyak?
Tak banyak tapi jadilah dari tak menyimpan langsungkan.


Sebenarnya baru-baru ini aku dah tukarkan duit hijau ini kepada benda lain. Bila fikir, apa guna ada duit/simpan semata. Jadi setelah meneliti, aku buat benda lain menggunakan duit simpanan ini.


Apa aku buat?
Nanti aku story lain ya.


Korang pun boleh amalkan. Kalau dapat simpan duit merah lagi syiok. Duit biru & ungu itu lagi bagussss!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 18, 2015

Cincin idaman hati 2015

Ini sebenarnya cincin customer
Aku ambil gambar sebab sekarang aku berkenan pattern macam ini




Gigih aku punya target untuk tahun 2015
Cincin silang
Anggaran berat 3-4 gram



Tahun sebelum ini dah dapat, cincin juga
[ cincin idaman hati 2014 ]


Harap target tahun 2015 nak dapat cincin idaman hati macam di atas tercapai.
Aamin.


Target sendiri, duit sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 01, 2015

Bertemu sudah dengan September

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September 2015
Terasa cepat masa berlalu
Terasa banyak yang berlaku


September
Tak pasti aku dapat meraikannya
Atau sekadar mengingatinya


Moga ada keputusan terbaik
Terbaik untuk semua
InshaaALLAH....




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 27, 2015

Tersepit untuk membuat pilihan

Pernahkan menghadapi situasi tersepit saat untuk membuat pilihan?


Biasanya kita diberi 2 pilihan.
Kita perlu pilih hanya satu antara dua.
Tidak dibenarkan untuk kedua-duanya.
Itu namanya pilihan.


Pabila buat perbandingan
Kedua-dua pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Nak pilih A, B juga ada
Nak pilih B, A juga ada


Akhirnya kita sendiri tersepit
Tak tahu mana satu pilihan yang tepat
Buntu!


Moga pilihan terakhir adalah pilihan terbaik
Maafkan jika tersalah membuat pilihan
Manusia mana yang sempurna


Alangkah bagus jika tiada PILIHAN buat masa ini







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 20, 2015

Apabila usia 20 tahun ke atas




Memang benar!
Moga diri ini sentiasa kuat
InshaaALLAH






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 02, 2015

Tekad untuk tahun 2015

Tahun 2014, aku takde azam. Sedih kalau tak tercapai. Maka tahun 2015, aku lebih kepada TEKAD atau erti kata lain sangat-sangat berusaha.


Apa tekad aku untuk tahun 2015?

1) Selesaikan hutang kenderaan iaitu pak LC
2) Selesaikan hutang/pinjaman barang kemas


Bak kata lain tahun cuba untuk bebaskan hutang kecuali PTPTN. Itu setiap bulan aku buat potongan gaji.


Tekad untuk diri sendiri. Untuk kemudahan diri sendiri juga. Lain-lain, tiada dalam perancangan. Hidup berdua? Belum ada jodoh. Jawapan retis. Hahahaha!


Aku ada baca tahun 2015 merupakan tahun "ekonomi tidak stabil". Kira zaman kemelesetan di mana harga naik tapi taraf hidup masih diperingkat yang rendah.


Caiyok Yui! Usaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 01, 2015

Selamat datang 2015 selamat tinggal 2014

Walau ia hanya ANGKA, tapi pengalaman yang ada sepanjang melalui detik-detik 2014 pasti tidak dilupakan. Tidak mengira samada manis atau pahit, ia tetap akan dikenang.


Pengakhiran 2014 aku sendiri adalah sangat hambar. ALLAH sahaja mengetahui isi hati ini.


Semoga 2015 akan memberi sinar yang lebih baik. Mampu buatkan diriku mencapai apa yang diimpi dalam kehidupan. Manusia hanya merancang, tapi kuasa ALLAH lebih mutlak.


Banyak kejadian tidak diduga berlaku dalam negara kita untuk tahun 2014. Sama-sama kita bertabah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 30, 2014

Hanya kerana sepotong ayat

Kadang-kadang kita tak sedar
Hanya dengan sepotong ayat
Mampu membuatkan hati luka sepanjang hayat
Mampu membuatkan hati terkesan
Membuatkan ingatan itu kekal


Kadang kita dah kawal lidah kita
Kita sampaikan yang terbaik dari diri kita
Tapi jika disalahtafsir
Niat yang baik mampu bertukar menjadi buruk


Lidah
Memang benar lebih tajam dari pedang
Luka terhiris dek lidah
Walau tidak nampak darah
Mampu membuatkan ia "bernanah"


Maaf andai ada kataku
Membuatkan dirimu terluka
Membuatkan dirimu merana
Tanpa ku sedar
Atau tidak


Maaf.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 10, 2014

Bakal berusia 26 tahun

Lebih kurang 8 hari lagi, jika mengikut kad pengenalan angka usia akan bertambah menjadi 26 tahun. Dah suku abadkan?


Tak begitu teruja. Tak begitu ternanti-nanti hari itu.


Sebab semuanya masih sama. Masih seperti biasa. Tiada perubahan.


Yang aku fikirkan, 
Apa yang aku sudah buat sehingga usia sebegini?
Apa kemajuan yang aku peroleh?
Apa kebaikan yang telah ku lakukan?
Apa juga dosa yang telah ku buat?


Banyak dan terlalu banyak. Seiring usia, moga seiring juga kematangan. Seiring juga untuk jalan hidup. Usaha & terus berusaha. Moga dapat ku perbaiki. Moga dapat ku atasi apa yang mendatang.


Maaf buat kalian andai ku bahasakan dirimu sebagai kakak/sis walau ku sendiri tak pasti berapa angka usia kalian. Anggap aku hormati kalian. Cukup.


Usia semakin menganjak, emosi juga semakin sensitif. Wahai insan bernama Nurul Farehah Binti Ahmad Shah, kembalikan dirimu yang dulu. Dirimu yang akan sentiasa tersenyum walau kedukaan melanda. Dirimu yang sentiasa ceria walau hati terluka.


Dah makin tua aku ini. Hahahaha! ( senyum paksa ).


Selagi kita hidup, selagi itu kena teruskan. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 12, 2014

Mulakan harimu dengan syukur & senyuman



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 02, 2014

Kepulangan yang di nanti

Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa hari ini ada lagi beberapa orang mangsa MH17 yang tiba di Malaysia. Sayu dan terus sayu mengenangkan apa yang telah terjadi. Lagi pilu terasa oleh keluarga mereka yang terbabit.


Walau kepulangan yang di nanti hanyalah jasad kaku/ telah menjadi abu tapi itu satu pengertian yang bermakna buat mereka. Mendapat kembali insan tersayang walau dalam apa jua keadaan sekalipun. ALLAH, tak tertanggung apa yang mereka rasai.


Kita sebagai rakyat yang prihatin teruskan berdoa agar mangsa-mangsa lain dibawa pulang ke Malaysia dengan segera. Kita juga masih berdukacita dengan "kehilangan misteri" MH370, doakan mereka juga.


Al-Fatihah & salam takziah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 17, 2014

Alhamdulillah 6 tahun sudah

17 Jun 2014 = 6 tahun kami berkawan


Kalau dulu, setiap bulan terasa nak update tarikh istimewa. Tapi sekarang cukuplah untuk tahunan sahaja. Nampak macam over pula sebab baru "berkawan" bukan ada tali perikatan yang sah. Jadi batas itu masih ada.


Bila difikirkan, terasa cepat masa berlalu. Teringat zaman awal perkenalan. Teringat macam mana boleh hingga tahap ini. Walau dalam tempoh perkenalan, pahit manis itu tetap ada. Apa yang penting kena pandai handle untuk atasi setiap yang terjadi.


Alhamdulillah. Apa yang aku harapkan moga hubungan kami akan menuju ke fasa yang seterusnya. InshaaALLAH. Jika jodoh itu ada, pasti ALLAH mengizinkannya.


Doakan kami sebaiknya. Aamiin.


* Sebenarnya teragak-agak nak post atau tidak entry ini. Bacalah dengan nada bersahaja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 04, 2014

WW 16 [2014] - Harapan



Berusaha untuk mencapai harapan itu





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 22, 2014

ST 16 [2014] - Menanti 9 hari akan datang

9 hari lagi
9 hari menanti
9 hari sabar


InshaaALLAH
Pejam celik 
Pejam celik


Hari berganti hari
Yang dinanti akan pasti
Aamiin




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 09, 2014

Berada di Port Dickson Sabtu ini

InshaaALLAH pukul 3 pagi nanti akan bergerak ke PD. Atas sebab adik lelaki aku yang belajar di sana tamat latihan. 


Kenapa tak tidur PD sahaja? Bukan taknak tapi ada tanggungjawab lain terutama terhadap kucing-kucing yang ada. Takkan nak tinggalkan seharian tanpa penjagaan sesiapa. Tambahan kami sekeluarga jenis tak gemar bermalam incase terdesak.


Maka kami berlima akan bergerak dari Perak nanti. Aku, abah, mak, makcik & opah. Tak sabar nak tengok perbarisan abang-abang askar. Nak tengok apa aturcara yang bakal dijalankan.


Dan kami akan balik hari. Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali. Aamiin.


Blogger mana area sana? Kot terserempak boleh tegur menegur =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, March 16, 2014

Tiada entry khusus untuk dipaparkan

Hari minggu kali ini, tiada entry khusus untuk aku publishkan di blog. Aku pun tak berapa pasti kenapa tiada autopublish dibuat.


Tapi yang pasti salah satu sebabnya ada kerja aku yang banyak buat masa ini. Ditambahkan lagi dengan sakit hati dengan perkhidmatan poslaju. Sampai 2 orang pelanggan aku masih tidak terima parcel walau dah hampir seminggu.


Pertama kali berlaku sebegini setelah hampir 2 tahun berniaga.


Macam-macam berlaku minggu ini. Mungkin ALLAH tengah uji diri aku. Kuatkan aku ya ALLAH.

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^