tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label cerita tahun 2014. Show all posts
Showing posts with label cerita tahun 2014. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

Employee of the month

Lepas saja kejadian pelanggan tiada adab, petang itu juga aku dapat berita gembira. Sebenarnya macam tak percaya tapi alhamdulillah. Ada rezeki untuk kali ini.




Dapat RM ****. Mungkin ini hikmahnya selepas aku "dimalukan". ALLAH bagi rezeki melalui sebegini.


Untuk Dec 2014 tapi baru sekarang dapat tahu. Takpe, tak kisah =)


Oh ya, sesiapa nak buat pinjaman dengan koperasi di atas, boleh roger aku. Bagi slip gaji dan nanti akan aku bagitahu amaun pinjaman yang layak ( ini kerja partime ). Ini betul-betul punya pinjaman ya.


Dugaan adalah asam garam dalam kehidupan. Terpulang samada kita pandai kendalikan atau tidak walau kadang ambil masa. Bertabah!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 01, 2015

Selamat datang 2015 selamat tinggal 2014

Walau ia hanya ANGKA, tapi pengalaman yang ada sepanjang melalui detik-detik 2014 pasti tidak dilupakan. Tidak mengira samada manis atau pahit, ia tetap akan dikenang.


Pengakhiran 2014 aku sendiri adalah sangat hambar. ALLAH sahaja mengetahui isi hati ini.


Semoga 2015 akan memberi sinar yang lebih baik. Mampu buatkan diriku mencapai apa yang diimpi dalam kehidupan. Manusia hanya merancang, tapi kuasa ALLAH lebih mutlak.


Banyak kejadian tidak diduga berlaku dalam negara kita untuk tahun 2014. Sama-sama kita bertabah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 30, 2014

Masam manis blog di tahun 2014

Rupanya dah nak menghampiri penghujung tahun 2014. Rasa sekejap masa berlalu. Sesungguhnya masa tidak menunggu kita tapi kita yang kerap terkejar masa.


Berbicara tentang masam manis blog sendiri di tahun 2014, aku ringkaskan sebaik mungkin. Saja untuk buat kenangan. Boleh gitu?


Masam blog 2014

1) Pernah "mendiamkan" diri sebentar dari sebarang update
2) Menang voucher RM 100 dari XXX tapi kod diberi tidak valid oleh XXX itu sendiri dan akhirnya diam menyepi
3) Tidak pernah menganjurkan GA ( tahun 2013 setiap bulan ada )


Manis blog 2014

1) Ditawarkan untuk membuat review & mencuba sendiri service
2) Memenangi beberapa hadiah untuk GA/segmen
3) Cashout Nuffnang


Nampak sikit tapi ini yang terdetik di fikiran. Apa yang paling best, bila mendapat ramai sahabat maya yang memahami diri kita walhal tak pernah berjumpa. Ada yang sangat supportive saat kita jatuh.


Terima kasih semua. Terima kasih untuk masam manis, pahit manis di tahun 2014 ini.


Setiap apa yang berlaku mengajar kita erti sesuatu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 30, 2014

Hadiah ulangtahun ke 26

Tak sangka dah "remaja purba" masih terima hadiah birthday. Kalau time kecil dulu, aktiviti wajib tukar hadiah terutama dengan kawan-kawan rapat. Walau hadiah murah tapi terasa menghargai & dihargai.




Perjumpaan lepas [entry], bos besar hadiahkan aku ini. Terharu mak nok sebab dapat beg duit. Dia tahu beg duit aku rosak maka digantikan yang baru sebagai hadiah. Warna soft yellow. Mak pun puji pandai dia pilih warna. Mehmehmeh.


Dapat kad & sepasang t-shirt lengan panjang. 


Beg dah rasmi, t-shirt masih dalam packing. Tunggu pakai masa yang sesuai. Terima kasih bos besar untuk hadiah ini. Sangat daku hargai.


Cerita bos besar hanya ku paparkan untuk tertentu sahaja. Perlu ku kurangkan kerana dia masih belum halal untuk aku. Jadi jangan pelik kalau jarang nampak kisah dia & aku dalam blog selepas ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 21, 2014

Terima kasih pada semua


Genap 26 tahun


Entry khas untuk para blogger pula. Terima kasih buat kalian yang sudi ucap dan doakan untuk daku. Sangat daku hargai. Moga ALLAH makbulkan segala doa-doa yang baik dari kalian. Aamiin.


Moga ALLAH permudahkan segala urusan. InshaaALLAH.


Esok cuti maka aktiviti berjalan-jalan akan dilancarkan. Jalan-jalan bersama. Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kek hari jadi dari adik

Gigih aku tengok adik perempuan aku buat kek 17 hb lepas. Aku sangka saja-saja dia buat memandangkan dia suka baking even tak berapa pandai macam kakaknya juga. Hahahaha.


Siap beli cream cheese, pewarna, tepung naik sendiri, hiasan bunga. Pergh! Gigih adik aku seorang ini. Sampai ada yang "bantat" atau dikenali tidak naik.




Percubaan pertama katanya. Oklah adikku, sedap juga. Kucing pun join sekali makan. Korang jangan pelik sebab ada antara kucing aku memang makan apa yang kami makan termasuk kuih muih. Selagi tak bagi selagi itu menyempit di tepi kita. Itu peel Muna.


Korang baca wish adik aku. 




Bukan main sedap dia cakap aku kuat bebel. Tapi betul pun dan aku membebel semuanya bersebab. Untuk kebaikan adik-adikku, darah dagingku.


Terima kasih Ana untuk kek ini. Lain kali buat lagi ok. Mehmeh.


Ini kek pertama. Ececeh ada kek keduakah? Tunggu dan lihat.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 10, 2014

Bakal berusia 26 tahun

Lebih kurang 8 hari lagi, jika mengikut kad pengenalan angka usia akan bertambah menjadi 26 tahun. Dah suku abadkan?


Tak begitu teruja. Tak begitu ternanti-nanti hari itu.


Sebab semuanya masih sama. Masih seperti biasa. Tiada perubahan.


Yang aku fikirkan, 
Apa yang aku sudah buat sehingga usia sebegini?
Apa kemajuan yang aku peroleh?
Apa kebaikan yang telah ku lakukan?
Apa juga dosa yang telah ku buat?


Banyak dan terlalu banyak. Seiring usia, moga seiring juga kematangan. Seiring juga untuk jalan hidup. Usaha & terus berusaha. Moga dapat ku perbaiki. Moga dapat ku atasi apa yang mendatang.


Maaf buat kalian andai ku bahasakan dirimu sebagai kakak/sis walau ku sendiri tak pasti berapa angka usia kalian. Anggap aku hormati kalian. Cukup.


Usia semakin menganjak, emosi juga semakin sensitif. Wahai insan bernama Nurul Farehah Binti Ahmad Shah, kembalikan dirimu yang dulu. Dirimu yang akan sentiasa tersenyum walau kedukaan melanda. Dirimu yang sentiasa ceria walau hati terluka.


Dah makin tua aku ini. Hahahaha! ( senyum paksa ).


Selagi kita hidup, selagi itu kena teruskan. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 21, 2014

Semoga selamat pergi & selamat kembali

Hari ini 21/5/2014 "teman" rapat & keluarganya pergi menunaikan ibadah umrah. Alhamdulillah daku tumpang gembira dan bersyukur kerana dia dapat jejakkan kaki ke tempat yang menjadi idaman untuk setiap umat Islam pergi.


Katanya inshaaALLAH 31/5/2014 akan pulang ke Malaysia. Aku tetap sabar menanti & mendoakan segalanya dipermudahkan dan ibadahnya diterima ALLAH SWT. Moga mereka baik-baik & sihat senantiasa.


Aku? Biasakan diri tidak menerima panggilan & sms untuk tempoh 10 hari. Sedih itu tak perlu sebab dia pergi menjalankan ibadah. Tumpang gembira & harap dia doakan untuk hubungan kami. Moga ALLAH permudahkan.


Moga aku juga mampu jejakkan kaki ke sana satu hari nanti. InshaaALLAH.


Aamiin.


Sunyi sekejap untuk diri sendiri.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 20, 2014

Jalan-jalan ke Cameron Highland

Sabtu lepas 17/5/2014 aku sekeluarga kecuali adik bongsu berkesempatan berjalan-jalan ke Cameron Highland. Punya lama tak p sana tiba-tiba ngidam & terus ajak abah. Bukan apa, payah nak dapat kumpul ramai-ramai. Sayang pula adik bongsu tak dapat join.


Kami gerak lebih kurang jam 8.30 pagi. Semasa pergi, ikut laluan Tapah & semasa balik ikut Simpang Pulai. Sekali harung jalan takde patah balik. Ikut laluan Tapah jalan agak mencabar sebab berliku ibarat ular kena bedal. 


Cuaca suram-suram sahaja pagi itu. Bila dah nampai lata tu tengok air laju terjun, excited kemain nak sampai atas lagi tau. Oh ya, aku dah aim nak ke Big Red Strawberry Farm tapi sayangnya dah terlepas. Kemain laju mulut ni kata depan lagi depan lagi padahal terlepas. Huwaaaaa! Menyesal!!


Tak banyak tempat yang aku singgah. Mula-mula singgah Bharat Tea. Tujuan nak ke toilet. Lepas itu pekena air tak berapa nak berbaloi. Duk imagine rupa air lain tapi sayangnya dapat air lain. Nasib baik order satu ja. Haha. 


Mango Tea Jelly RM 8 
( teh + kiub ais + nata mango )


Teruskan perjalanan. Singgah di Taman Unc Sam. Dekat sini dah mula membeli jeruk strawberry, sayur campur & buah strawberry. Untuk barangan cenderamata harga pun ok. Bekas pensel RM 5, bantal RM 10, topi RM 5. Macam-macam tapi sayangnya aku hanya beli topi untuk anak buah. Untuk diri sendiri? Nan hadoooo.


Aku cadangkan kalau nak beli coklat cair ( dalam bekas )
RM 5 ( bekas bulat ) sila beli di Taman Unc Sam
Sebab di kawasan lain hanya jumpa packing botol kecil sahaja
- aku tak beli juga, nyesal! -


Lepas itu singgah di kawasan pasar pagi. Nama tempat? Aku lupa. Tapi meriah sebab ramai orang singgah. Ambil kesempatan turun juga. Sempat lagi beli jeruk, keychain & yesss! Merasa makan kimcham goreng. Tergoda tengok entry cik epal pasal kimcham jadi gigih aku cari. Family aku pun suka. Sayangnya aku hanya beli 2 pek sahaja kimcham yang belum digoreng. Nyesal lagi!


Perjalanan diteruskan lagi dan saat inilah menyesal utama berlaku sebab aku terlepas tempat yang dituju. Konon feeling nak bergambar di ladang teh, pekena strawberry coklat, dessert tapi nan hadooooo. Hanya angan-angan mat jenin.


Destinasi terakhir kami adalah di Avant Chocolate. Sekadar singgah tak beli apa-apa. Sebab aku nyesal banyak kali, abah aku siap kata takpe ada lagi satu tempat yang kami boleh petik strawberry sendiri. Hati teruja tapi bila dah sampai, TUTUP! Fine. Abah berhenti sekejap sebab nak makan. Punya mak & kami pujuk abah patah balik tapi abah taknak. Tak makan dek pujuk. Haha.


Kesimpulan kasar, kalau nak beli, beli sahaja. Singgah sahaja setiap tempat yang ada. Best tak best lain cerita. Banyakkan membaca supaya senang nak tuju tempat kalau anda tiada masa.


Tolong jangan jadi macam aku, sudahlah bertahun tak pergi tapi dah p tak dapat nak ke tempat yang dituju. Memang rareeee gilalah. Takpe takpe nanti nak pergi lagi. Semua tempat aku nak singgah. Amacam, gigih kan aku?


Nanti aku buat entry ringkasan & tips mudah untuk ke Cameron Highland supaya mudah untuk buat rujukan diri sendiri. Ayat panjang-panjang belum tentu ada yang baca sampai habis. Eh, jangan terasa ya!


Gambar? Entry lainlah. Huhu.


Kami balik terus singgah Mydin Meru, Ipoh dan aku laju beli coklat masakan. Nak juga coklat strawberry. Haha!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 19, 2014

Gambar selfie adik-beradik


Kami sebenarnya 4 beradik
tapi adik lelaki seorang lagi tak ikut


First time aku berselfie buat muka "sengal"
Demi adik beradik yang lain
Ku gagahi buat raut wajah macam itu


Selfie takpe jangan selfish
Muahahaha!


Aku - Sulung
No 2 perempuan - Belajar di UUM
No 3 lelaki - Tentera
No 4 lelaki - Form 3 ( tiada dalam gambar )







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 21, 2014

Antara hasil ketara berdiet atkins



Alhamdulillah nampak hasilnya
Tanpa produk hanya perlu makan sedap-sedap


Gambar ketika bambam kiriman dari si dia
Katanya rindu nak tengok pipi dulu


Ololo cian dia
Takpelah nanti kalau kita nikah
Awak bagi kita makan sampai tak lalu
Lepas itu mesti ketara lagi pipi tu
Boleh tengok hari-hari
Miahahaha


Sekarang tak 100% aku follow diet atkins
Tapi aku masih kawal makan + workout mudah


Kena berusaha lagi!


Gigih aku ambil gambar
Dengan senyuman yang sama
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 14, 2014

Suasana kampung yang mendamaikan



Tengok gambar pun dah tahu tuan tanah seronok berada di kampung. Kampung aku di Parit Buntar. Inilah kampung belah mak.


Ini namanya bendang tengah kontang itu sebabnya daku boleh jejak situ. Kering. Lompat puas-puas sebab takut tergeliat satg. Muahahaha!


Daku suka suasana kampung. Nyaman dan tenang. 


Kampung belah abah tanam pokok getah. Belah mak bendang.


* Ramai tegur aku berjaya dengan Diet Atkins. Haah, berjaya turunkan sikit kg dan kurang inchloss. Alhamdulillah. Nanti aku story lain ok.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^