tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label perubahan. Show all posts
Showing posts with label perubahan. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

Apabila perubahan berlaku pada blog

Pagi tadi login blog, masih macam biasa. Lepas tu logout kejap sebab nak sarapan. Login balik, ehhh apesal dah lain. Dah berubah.


Terus nampak apa yang kita dah post.


Nak tengok dashboard, kena klik reading list. Haaa, ke Yui je yang lambat dapat macam ni? Haruuu kena biasakan jenis lain plak.


Eh korang fahamke apa Yui bebel?
Hahahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, April 09, 2015

Perubatan buasir di Grik, Perak

Ada seseorang yang bertanya mengenai perubatan buasir yang pernah aku buat pada tahun 2011. Ya, dulu aku mengalami buasir tahap serius. Doktor siap bagitahu aku dah di tahap 3 di mana perlu melakukan operation untuk buang.



Antara perkara yang aku alami ketika buasir :

1) "Benda" itu terkeluar dan buat rasa tak selesa ketika duduk
2) Setiap kali buang air besar, akan ada darah pekat keluar


Tapi mak dan abah suruh cuba berubat secara tradisional terlebih dahulu. Aku pun taknak operation sebolehnya. Alhamdulillah abah dapat info dari kawannya mengenai perubatan di Grik. 


Kisah lanjut boleh baca entry lama.


Berbalik pada soalan anon/akak yang bertanya, maaf sangat sebab saya dah kehilangan nombor orang tersebut. Ada ura-ura juga bagitahu orang itu tidak mengubati orang lagi, dah digantikan dengan orang baru memandangkan dia sudah berusia.


Alhamdulillah, kesannya memang ada. 
Dalam tempoh sebulan, buasir tersebut tidak keluar dan aku hanya perlu pantang untuk tidak makan makanan terlalu pedas.


Dah 5 tahun
Sekarang aku dah baik dari buasir. Alhamdulillah.


Maaf kakak, saya tak dapat bantu. 
Moga ada tempat lain yang boleh cuba untuk merawat buasir ini. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 10, 2014

Ramadhan 1435H Nurul Yui - Cara berbuka puasa

Dah 12 Ramadhan dalam sedar atau tidak. Rasa masa berlalu dengan pantas. Atau kita sendiri sering leka dengan masa yang ada?


Sengaja aku coretkan dalam diari online ini mengenai ramadhan 1435H diri sendiri. Alhamdulillah ada perubahan yang telah & berjaya aku lakukan. Kalau tahun-tahun sebelum ini, sesudah sahaja azan, terus menikmati juadah yang terhidang tidak kira ringan atau berat.


Tahun 2014, aku biasakan diri dari hari pertama puasa, berbuka dengan air & kurma. Kemudian dirikan solat Maghrib & selepas itu baru menikmati juadah lain. Alhamdulillah, rasa lebih selesa. Rasa "berat" untuk mendirikan solat itu tidak ada.


Sebelum ini, makan & minum selagi boleh tapi sekarang alhamdulillah makan sekadar perlu. Yang lebih seronok bila tahun ini berjaya menguatkan diri untuk lebih banyak masak walau hidangan biasa sahaja.


Rasa seronok. Moga perubahan ini terus kekal untuk hari mendatang. Baru ku rasakan nikmat berpuasa & nikmat berbuka. Bersederhana dalam setiap perkara.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 09, 2014

WW 20 [2014] - Update terkini bersama Diet Atkins



54.4 kg ( berat jadi yoyo )


Tinggi : 157 cm
Berat sebelum DA : 60.5 kg
Berat terkini : 54.4 kg



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 30, 2014

Perubahan waktu kerja sempena bulan Ramadhan

Pagi ini terpaksa merempit awal. Paling lambat pukul 7.15 pagi kena keluar dari rumah ( habis laju kena bawa ). Bukan apa, seperti tahun-tahun sebelum ini, bila tiba bulan Ramadhan, waktu kerja juga berubah.


Waktu kerja bulan Ramadhan : 8.00 pagi - 4.30 petang


Awal 30 minit & balik awal sejam. Bab balik awal seronok. Muahahaha! So, pagi ini macam lemau sikit sebelum nak charge bateri badan supaya lebih segar.


Sempena bulan Ramadhan juga, tidak diadakan sesi lelongan barang kemas. InshaaALLAH lepas raya pula.


Semangat, semangat, semangat Yui oiiiii!!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 21, 2014

Antara hasil ketara berdiet atkins



Alhamdulillah nampak hasilnya
Tanpa produk hanya perlu makan sedap-sedap


Gambar ketika bambam kiriman dari si dia
Katanya rindu nak tengok pipi dulu


Ololo cian dia
Takpelah nanti kalau kita nikah
Awak bagi kita makan sampai tak lalu
Lepas itu mesti ketara lagi pipi tu
Boleh tengok hari-hari
Miahahaha


Sekarang tak 100% aku follow diet atkins
Tapi aku masih kawal makan + workout mudah


Kena berusaha lagi!


Gigih aku ambil gambar
Dengan senyuman yang sama
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^