Zaman sekarang semua di hujung jari. Nak beli pun tak perlu bersusah payah bersesak, keluarkan duit minyak, mengambil masa yang lama. Hanya melalui
online, mudah sahaja kan.
Jadi buat penggemar
shopping online, Yui nak war-warkan mengenai jualan mega secara besar-besaran dari 11/11/2016 hingga 12/12/2016 khas hanya di laman web
Lazada Malaysia.
Apakah maksud online revolution?
“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.
“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.
Mengenai Lazada Group
Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.
Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.
Parcel Of Joy
Inilah yang Yui terima dari Lazada Malaysia. Meriah sebab ada pelbagai di dalam tu. Waktu buka, memang teruja sangat tengok dapat macam-macam. Sesuai sungguh dengan namanya, Parcel Of Joy.
1. Stikcer cermin kereta - Lazada Malaysia
2. Voucher - Lazada Malaysia
10. Krim & Gel Rambut - L'oreal
Semua barang yang diterima sangat Yui suka. Lagi teruja bila dapat
TP-Link Wi-Fi Range Extender . Memang membantu sangat bila ada Tp Link WiFi Range Extender ini. InshaALLAH nanti Yui cerita lebih lanjut di entry lain.
Lebih lanjut
Apa lagi, Jangan lepaskan peluang untuk membeli belah dengan harga yang pastinya lebih berbaloi. Pastinya anda tidak menyesal!
Klik bawah untuk terus ke laman web