Showing posts with label pErHaTiAn .... Show all posts
Showing posts with label pErHaTiAn .... Show all posts

Friday, July 3, 2009

eXtRaVaGaNzA DaRiPaDa NuRuLiMaNz 2...


Setelah bergelumang dalam penulisan santai blog, NuRuLiMaNz kini dalam tempoh beristirehat daripada berblog untuk memberi laluan dan tumpuan kepada gerak kerja Konsert Antara Dunia '09. (Datang, jangan tak datang 1 Ogos nie...) Hmmm...TAPI ! Ini bukanlah bermakna blog NuRuLiMaNz ini tidak akan bersuara... Seperti yang NuRuLiMaNz tajukkan sebagai ekstravaganza, pastinya ada penampilan yang istimewa kali ni untuk NuRuLiMaNz beri kepada pelayar blog ini... Memperkenalkan...blogger pengganti sementara NuRuLiMaNz...Errr...Boleh akak kenalkan diri sikit?



Nama penuhku Jasika binti Salleh.Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Mutiara,sebuah negeri di utara tanahair.Aku memang selalu meletakkan namaku ini beserta nama abahku.Hatta pada buku pemantauan di setiap kelas yang aku masuk…

Pengajianku sebelum ini di ardhil kinanah.Bumi para Anbiya`.Dan juga dikenali sebagai bumi Firaun.Memang takkan kulupakan kenangan permukimanku di sana selama 2 tahun.Tahun pertama di Iskandariah dan tahun kedua di Kaherah.Bertutur dalam bahasa Arab campur Melayu campur `Ammiey.Hehe…Apalah bahasa rojak yang aku telah gunakan…

Yang amat kuingat sehingga kini ialah kobisnya ketika masih di pasar.Besaaarrr!!!Beserta daunnya sekali.Kalau di sini,kita hanya melihat buah kobis (buah le kot)yang telah dibuang daunnya…

Sekarang aku telah memulakan kerjayaku sebagai seorang guru.Berstatus Guru Dalam Latihan di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.Minatku timbul untuk menjadi guru setelah 2 tahun bergelumang dengan dunia perguruan di kelas KAFA.Tambahan pula,sekarang aku mengajar subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.Satu bahasa Al-Quran,bahasa Rasulullah SAW dan bahasa syurga dan satu lagi berkaitan `ubudiyyah hamba kepada Tuhannya…Semoga aku turut tergolong dalam kalangan mereka seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW tercinta "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"…Bukankah guru juga seorang daie??

Semoga aku terus thabat walau dibebani dengan pelbagai tugasan sekolah,maktab dan JPN.Dan tugasku sebagai seorang isteri dan juga ibu tidak boleh diabaikan walau kekadang aku `tergelincir` juga.Semuanya nombor satu.Tiada yang kedua…

Yaaaa terima kasih akak kerana sudi memperkenalkan diri seterusnya menjadi blogger pengganti sementara NuRuLiMaNz....begitulah sedikit sebanyak pengenalan blogger pengganti sementara NuRuLiMaNz. Produk keluaran Malaysia+Mesir tu. Tambahan sikit, beliau telah berkahwin dengan...

dan dikurniakan seorang cahaya mata...









Wah! wah! wah! ... Didoakan moga hidup akak sekeluarga harmoni hingga ke syurga... Selamat berdakwah di dunia baru...dunia maya...

Saturday, June 27, 2009

eXtRaVaGaNzA DaRiPaDa NuRuLiMaNz...(KEMASKINI 5 JULAI 2009)




TEMUI NURULIMANZ DAN USTAZ ASRI IBRAHIM (VOKALIS KUMPULAN RABBANI) DALAM BUAL BICARA DAKWAH DI WWW.NASYIDFM.NET PADA 29 JUN 2009 (ISNIN) JAM 10.30-11.30 MALAM, INSYAALLAH... SEBUAH SEGMEN KENDALIAN DJ MIFTAH INI AKAN MEMBICARAKAN TENTANG DAKWAH KEPADA REMAJA PADA MASA KINI. JOM KITA SAMA-SAMA BERKONGSI BUAH FIKIRAN TENTANG DAKWAH REMAJA PADA MASA KINI KERANA KITA SEMUA ADALAH DAI'E ! SALAM BAHAGIA DALAM IMAN DAN ISLAM... DARIPADA NURULIMANZ...

(KEMASKINI) TERBARU... : NURULIMANZ AKAN MUNCUL SEMULA DI NASYIDFM.NET PADA 6 JULAI 2009 DENGAN TOPIK YANG LEBIH KHUSUS, DAKWAH MAHASISWA DI IPT. TERIMA KASIH KEPADA DJ MIFTAH DAN NASYIDFM.NET KERANA SUDI MENJEMPUT NURULIMANZ SEBAGAI TETAMU DALAM BUAL BICARA PADA TARIKH TERSEBUT. MOGA-MOGA USAHA INI MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH S.W.T.


Monday, June 22, 2009

JoM kE kOnSeRt AnTaRa DuNiA !!!


Para peminat dan penyokong industri nasyid kini berpeluang menikmati persembahan mega nasyid yang memukau apabila empat buah gabungan kumpulan nasyid gergasi tempatan dan antarabangsa bertembung dalam sebuah konsert yang paling menggegarkan pada tahun ini dalam Konsert Antara Dunia ’09 (KAD’09). Dengan menampilkan ‘otai-otai’ nasyid seperti Rabbani (Malaysia), Hijjaz (Malaysia), Raihan (Malaysia) dan Shoutul Harokah (Indonesia), konsert mega tersebut bakal berlangsung pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.

KAD ’09
berkonsepkan laluan kehidupan manusia melalui lima dunia (alam) iaitu roh, rahim, dunya, barzakh dan akhirat. Kelima-limanya dunia tersebut diadun dalam satu persembahan yang cukup menarik menerusi lagu-lagu nasyid, audio dan tayangan video, pentomin dan lain-lain lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan rasa bertuhan serta menyedarkan diri betapa dunia ini terlalu panjang untuk ditempuh dan kini kita berada di tengah-tengah persinggahan perjalanan antara dunia dan kita bakal meneruskan perjalanan tersebut pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, secara tidak langsung, persoalan dari mana manusia datang, apa tujuannya hidup dan bernafas di atas muka bumi dan ke mana manusia itu seterusnya, akan terungkai sedikit demi sedikit, memperlihatkan hikmah Allah dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56.


Tiket
boleh didapati serendah RM 5 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah, RM 10 untuk remaja dan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi, dan RM 100 untuk pakej keluarga vip iaitu 2 orang masing-masing ibu dan bapa serta 4 orang anak. Tiket boleh didapati daripada sesi-sesi roadshow promoter KAD ’09, wakil-wakil GAMIS di setiap IPT, wakil-wakil GAMIS di setiap zon dan pejabat Rabbani Production (M) Sdn. Bhd. Anda juga boleh mendapatkan tiket di kaunter terbuka berdekatan pintu masuk Stadium Tertutup Melawati Shah Alam pada 31 Julai dan pada hari konsert iaitu 1 Ogos bermula jam 10 pagi-7 malam.


Pengarah
Eksekutif Rabbani Production (M) Sdn. Bhd., Encik Azadan apabila diminta mengulas tentang konsert yang bakal berlangsung ini menyatakan bahawa beliau sangat berbesar hati apabila dapat menjalinkan gergasi-gergasi kumpulan nasyid tempatan dan antarabangsa dalam satu konsert yang boleh dikatakan gilang gemilang ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur utama KAD ’09 iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) kerana bertungkus lumus setiap hari selama 3 bulan bagi menjayakan konsert tersebut sekaligus memartabatkan industri nasyid tanah air dan antarabangsa.


Pengurus
kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia apabila dihubungi untuk mendapatkan ulasannya pula melahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana berpeluang mengadakan konsert di Malaysia, sebuah negara yang makin maju dan berkembang dengan kebudayaan Islamnya. Beliau berharap konsert ini akan mewujudkan hubungan yang lebih sihat dalam industri nasyid Malaysia dan Indonesia khususnya dan antarabangsa umumnya.


Justeru
, pihak penganjur dengan berbesar hati menjemput seluruh pencinta dan penggemar nasyid seluruh negara untuk hadir menjayakan KAD ’09 yang julung-julung kali diadakan di Malaysia ini. Semoga dengan kehadiran para pencinta dan penggemar nasyid akan mengangkat martabat serta menyemarakkan lagi industri nasyid tempatan dan antarabangsa di mata masyarakat.


(untuk maklumat lanjut, layari gamisconcert.blogspot.com)

Wednesday, March 18, 2009

JoM dAiE pEnAnG sEkALiAn, KiTa P...

Jemputan Menghadiri Himpunan Belia Muslim Pulau Pinang

Dengan segala hormatnya, saya sebagai wakil Jaringan Pemuda Da’wah Islamiyyah (JUNDIYY) menjemput pihak tuan untuk menghadiri Himpunan Belia Muslim Pulau Pinang menggantikan Simposium Bring Islam Back! (SBIB) yang sudah lama tidak dijalankan. Butir-butir program adalah seperti berikut:

Program: Himpunan Belia Muslim Pulau Pinang

Tarikh: 22 Mac 2009 (Ahad)

Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat: Dewan Seminar, Masjid Jamek Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Ucaptama: Ustaz Mohd Hafiz bin Haji Nordin – “Kesatuan Gerakan Belia Muslim Mendepani Cabaran Masakini”


2. Program ini adalah kesinambungan daripada SBIB yang sudah dua kali dijalankan di Al-Nahdhoh, Kubang Semang. Tujuan perhimpunan ini adalah untuk menyelaraskan kembali kesatuan gerakan-gerakan belia Islam di Pulau Pinang yang bersetuju menubuhkan badan gabungan sebagai pemangkin da’wah di bumi Pulau Pinang ini.


3. Pertukaran nama kepada Jaringan Pemuda Da’wah Islamiyyah (JUNDIYY) adalah bagi memudahkan lagi gerak kerja badan gabungan ini atas persetujuan Majlis Tertinggi sementara Sekretariat Bring Islam Back! (SBIB). Oleh itu, badan baru ini bukanlah organisasi baru tetapi merupakan badan gabungan yang melakukan gerak kerja da’wah dengan berkesan.


4. Setiap jemaah pemuda Islam diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 5 orang wakil terutama ahli Majlis Tertinggi jemaah bagi memudahkan keputusan yang dibuat sewaktu perhimpunan diadakan. Sebarang keputusan semasa perhimpunan adalah muktamad. Maklumbalas penyertaan mestilah dihantar melalui emel ke akucahaya@gmail.com atau SMS ke 013-4025770 pada atau sebelum 21 Mac 2009.


5. Semoga usaha jemaah pemuda Islam di Pulau Pinang yang kecil ini bakal memartabatkan lagi da’wah Islamiyyah yang semakin hari menerima tekanan yang maha dasyat. Golongan pemuda da’wah inilah yang bakal mencorak generasi Islam akan datang, sama ada mereka akan menjadi sekularis, liberalis, atau fasik. Sesungguhnya Allah s.w.t. bersama-sama orang yang yang benar.


Thursday, February 26, 2009

Promosi Program...

Simposium Mahasiswa Islam Malaysia (Sidana ‘09)


Tokoh-tokoh anak muda yang progresif, Pemimpin Politik dan Korporat yang Teruji, Ahli Akademik yang Berkaliber

dalam

Simposium Mahasiswa Islam Malaysia

Tarikh: 28 Feb - 1 Mac 2009

Tempat: Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

3 Panelis untuk Forum 28 Feb 2009
Masa: 9 - 11 malam
Tajuk: “Mahasiswa Malaysia vs Mahasiswa Luar Negara”

1) Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Mantan YDP PMIUM 2004/05)
2) Saudara Feriz Omar (Presiden ProWaris)
3) Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim (Profesor UM)

4 Pembentang Kertas Kerja pada 1 Mac 2009
Masa: 9 pagi - 5 petang

1) YB Saifuddin Nasution (MP Machang)
Tajuk: “Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat”

2) Prof Dato’ Mohammad Abu Bakar (Dekan FSSS UM)
Tajuk: “Kampus, Keresahan Intelek dan Kebangkitan Mahasiswa”

3) Sdr Md. Hisommudin Bakar (Mantan YDP MPMUM 2001/02)
Tajuk: “Ke Arah Kesatuan Mahasiswa Islam Malaysia”

4) Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh (Pengerusi Proton Holding Berhad)
Tajuk: “Mahasiswa Islam Sebagai Pemain Ekonomi Penting Masa Hadapan”

Ucaptama : Datuk Paduka Ibrahim Ali (Presiden PERKASA)

Pendaftaran percuma..

Untuk pertanyaan sila hubungi:

Nik Razak (013-2965731) atau Hasbie Muda (013-2965619)



Wacana Ilmiah : Relevankah Berkahwin di Usia Muda

Bersama Akademis Universiti Malaya

Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

3 Mac 2009 (Selasa) 8-11 malam




Himpunan Akademis Mendokong Keamanan Palestin (HAMAS '09)

Bersama Aman Palestin Malysia

Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

6 Mac 2009 (Jumaat) 2.30-4.30 petang




Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan Bengkel Siri Perangi Dakyah Islam Liberal (Siri 1) bagi menangani serangan pemikiran yang dibawa oleh pendukung Islam Liberal di Malaysia yang nampaknya sangat membimbangkan. Bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada umum bahaya kesesatan fahaman Islam Liberal kepada kesucian Islam dan bagaimana menangkis segala fitnah dan tomahan Islam Liberal terhadap Islam itu sendiri.
Butir-butir program adalah seperti berikut:

Program: Bengkel Siri Perangi Dakyah Islam Liberal (Siri 1)
Tarikh: 15 Mac 2009 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Seminar 1, Masjid Jamek Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Yuran: RM10

Pembentang:
1. Abu Saif al-Mahshari (Setiausaha PUMPP): "Sejarah, Perkembangan dan Agenda Islam Liberal di Malaysia"

2. Dr Wan Salim Wan Mohd Nor (Ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang): "Antara Ijtihad Islam dan Islam Liberal"

3. Dr Fadhlullah Jamel (Pakar Sejarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh USM): "Perkembangan Terkini Islam Liberal di Malaysia"

4. Dr Muhammad Azizan Sabjan (Penyelaras Sekretariat Falsafah dan Sains Islam @ SEFSI, USM): "Pluralisme Agama"

5. Ustaz Mohd Hafiz Nordin (Pengerusi Badan Anti-IFC @ BADAI): "Agenda Bertindak ABABIL"

Penyertaan perlu disertakan butir-butir berikut:
Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Telefon:
Emel (jika ada):

Dan hantarkan ke akucahaya@gmail.com (emel) atau 013-4025770 (SMS) atau 04-3980527 (telefon/faks/SMS). Tarikh tutup ialah 14 Mac 2009 (Sabtu).

Monday, November 17, 2008

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA


Berhati-hatilah sahabat-sahabat tentang masalah ekonomi yg
semakin parah, manusia terdesak melakukan pelbagai cara untuk merompak... Berhati-hati semua terutama para wanita.

Bahaya!!!


Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta
di parking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu di rumah, rupa-rupanya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini :

"AMARAN DARI PIHAK POLIS : BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA" CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ).

Anda berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Anda hidupkan enjin kereta dan bersedia untuk berundur. Bila anda melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, anda dapati ada kertas yg melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan anda. Jadi anda parking semula kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan anda tadi. Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat persembunyinya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa dia melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit anda masih di dalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta anda, alamat rumah anda, duit anda, dan kunci-kunci anda. Rumah anda dan kesemua identiti anda telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika anda melihat ada kertas melekat pada cermin
belakang anda, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.

(p/s : Ini bukanlah pengalaman Nurulimanz, tetapi pengalaman salah seorang ahli nuqabanilam. Moga menjadi iktibar bersama.)

Wednesday, November 12, 2008

Bengkel Dakwah Sheikh Yusuf Estes


Bengkel Dakwah
Sheikh Yusuf Estes,
Mantan Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas, US

Tarikh : 16hb Nov 2008 (Ahad).

Waktu : 8.30 pagi - 1.30 tengahari.

Tempat : Dewan Kuliah G, Bangunan Sains Komputer,
bersebelahan dengan Masjid Al Malik Khaliq USM,Pulau Pinang.

Yuran : Rm20.00, bayaran boleh dibuat pada hari tersebut.

Anjuran bersama Pusat Islam USM dan IPSI (Islamic Propagation Society International)

Kepada yang berminat, sila sms nama dan no IC ke 019-411 5665 (Bro Kamarudin) atau pun menghantar emel (nama, no IC dan no telefon) ke ipsi7@streamyx.com
Marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada beramai-ramai sebagai tanda menghargai ilmu & usaha pihak penganjur. Ajaklah rakan-rakan dan keluarga untuk turut serta menyertai bengkel dakwah ini. Semoga dengan usaha dan niat baik ini mendapat berkat dan rahmat dari NYA…

Renung-renungkan….

Apalah sangat dengan 5 jam menghadiri bengkel ini kalau nak dibandingkan dengan 5 jam menonton drama Korea/Hindustan dan Bola Sepak di TV…

Apalah sangat RM 20 yang kita keluarkan sebagai yuran program ni kalau nak dibandingkan dengan ribuan ringgit yang dilaburkan oleh pihak penganjur untuk membawa Sheikh Yusuf Estes tu ke Malaysia ni.

Semoga dengan usaha kita yang apalah sangat’ ini kalau nak dibandingkan dengan ganjaran Ilahi mendapat berkat dan rahmatNYA. Manalah tahu, dengan kerana ikhlasnya kita menyertai program ini keranaNYA menjadi satu asbab kita dilepaskan dari api neraka. InsyaALLAH….

Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan...