Showing posts with label cAtAtAn HaRiAnKu. Show all posts
Showing posts with label cAtAtAn HaRiAnKu. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

Diari Aku Sebagai Guru (Episode : 4 hari yang ‘tersangkut’)



3 Ogos, hari Isnin, aku ke sekolah seperti biasa. Dengan azam yang penuh semangat bahawa aku tak akan terlewat lagi. So lepas subuh, aku terus bertolak ke sekolah setelah selesai sarapan di maple. Maple ni medan selera, Cuma orang yang banyak berniaga di sini ialah India Muslim dan orang Indonesia. Konon-konon boleh jadi guru yang berdedikasi, aku memecut v-tec turbo EX5 aku ke sekolah… Alhamdulillah aku dpt punch pukul 7.20 pagi. Kelas pukul 9.20. erm, hari ni aku mengajar tntang tokoh-tokoh Islam. Said jamaluddin al-Afghani, Hamka, Sheikh Muhammad abduh dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Semua aku sebat (baca:ajar) dalam 1 kelas (2 masa) saja. So silibus aku pun tamat di sini saja. Alhamdulillah. Lepas ni boleh tumpu latih tubi je…

Balik dari kelas, badan letih semacam. Erm… kelas cuma ada 1 saja, mengajar Cuma 2 masa tapi letih dia mengalahkan orang yang mengangkat balak. Balik dari sekolah aku terus rebahkan badan, tidur sampai asar. Bangun dari tidur, bermulalah episode ‘tersangkut’ aku tu. Badan rasa lemah lain macam… AKU DEMAM. Aku dah mula takut. Ye lah, sekarang ni demam denggi dan influenza A dah banyak menjadi penyebab ibu bapa kehilangan anak dan si suami kehilangan isteri… eh, ape aku melalut ni… erm…Cuma nak kata bahawa dah ramai orang mati disebabkan demam denggi dan influenza A ni. Antara tanda-tanda dia yang awal sebelum mereka yang mangsa-mangsa tu mati ialah DEMAM!

Setelah mendapat nasihat teman fillah aku, esoknya aku ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Masa ni suhu badan aku mencecah 39 darjah celcius..! Lama menunggu di sana, akhirnya aku diberitahu darahku bebas denggi dan aku diberi ubat biasa serta MC. Tapi demam aku semakin hari semakin teruk. Hari Rabu dan Khamis aku lalui dengan sukar sekali. Lastly, hari Jumaat, aku gagahkan diri untuk ke sekolah. Rasa pagi tu macam sihat. Tapi bila sampai di sekolah tiba-tiba aku pecah peluh. Muka aku pucat (kata kerani sekolah). Badan aku terus macam nak rebah. Lemah. Tiga kali aku pecah peluh dan tiga kali la aku rasa nak rebah. Lepas rehat beberapa ketika, aku minta izin PKHEM untuk balik. Masa naik moto nak balik tu pun, moto menyenget je aku bawak. Nasib baik tak terbah atas jalan raya tu. Sampai di rumah, aku terus rebah.

Erm… malamnya aku paksa diri pergi latihan pentomen. Alhamdulillah masa malam tu aku rasa segar sikit. So, bolehlah nak berlatih pentomen. Hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat yang aku ‘tersangkut’ dengan demam kuat dan menyebabkan aku tak dapat mengajar itu sebenarnya telah memberi aku suatu mesej agar aku segera kembali kepada Allah. Kerana semenjak dua menjak ni diriku terasa makin jauh daripadaNya. Atas kesibukan hal-hal duniawi, aku antara sedar dan tidak makin menjauhi-Nya. Maka, Allah memberi aku suatu peringatan agar aku tidak kecundang dengan duniawi. Aku memahami, bahawa kesakitan dan kelemahan yang aku alami adalah bicara Allah kepadaku agar aku segera kembali membasahkan lidahku dengan asma’ dan kalam-kalam-Nya. Moga apa yang aku alami menjadi iktibar buat diriku dan kalian yang aku sayangi…

Fikir dan zikir…

4 hari dalam uzur yang getir…

Suatu mesej dari Allah telah hadir…

menyentak jiwa yang lalai dalam duniawi dan dosa yang hanyir…

aku mula khuatir…

inikah balasan buat diri yang hina lantaran jiwa keras tidak cair…

lalu kurebah di hadapan-Nya dan air mataku mula mengalir…

Aku tahu aku telah menjauhi-Mu lalu kini aku telah hampir…

mendekati-Mu Tuhan aku tidak akan lagi mungkir…


Tuesday, July 28, 2009

Diari Aku Sebagai Guru (Episod : Keinsafanku Sebagai Guru)


Aku akui kadang kala aku buntu tatkala memikirkan bagaimana aku boleh melentur murid-murid yang dikelaskan oleh guru-guru di sekolah ini sebagai lemau. Bagaimana aku mahu fahamkan mereka dengan Islam kalau benar mereka lemau? Bagaimana masa depan mereka kelak jika hari ini mereka benar adalah murid-murid lemau? Ahhh… tidak. Aku tidak boleh meletak atau mengkelaskan mereka sebagai lemau. Bagiku pasti ada jalannya untuk aku melentur mereka walaupun sedikit demi sedikit.

Petang kelmarin aku dipanggil oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Norliah. Dalam pertemuan singkat itu, Puan Norliah telah menceritakan kepadaku bagaimana keadaan murid-murid di sekolah dan apa punca mereka jadi begitu. Dan yang paling terkesan dalam hati aku adalah perkataan ‘kesian’ yang sengaja diulang-ulang oleh Pn. Norliah. ‘Kesian’ mereka tak pandai baca al-quran. ‘Kesian’ mereka tidak dapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa selayaknya. ‘Kesian’ mereka malas dan tidak mahu belajar lagi. ‘Kesian’ mereka tidak lagi pandai menghormati orang lain terutamanya guru-guru. Aku tengok mata Pn. Norliah, bergenang dengan air dan menjadi merah. Ya menahan kesedihan dan ‘kesian’nya itu. Aku tahu bahawa ungkapan kesian itu lahir dari hatinya, dan kerana itu ia terkesan dalam hatiku.

Hari ini di depan mataku aku lihat beberapa perkara yang agak tiak menyenangkan. Pertama guru yang bercakap pada murid-murid dengan perkataanyang tidak sepatutnya. Murid tak faham arahan sikit dah dipanggil oleh guru sebagai lemau. Silap sikit dah dicop oleh guru sebagai lemau. Pendek kata murid-murid semuanya kena betul belaka, barulah tidak dipanggil lemau… Aduh… aku rasa terkilan dengan kata-kata guru tersebut yang memanggil murid-murid sebagai lemau walaupun kesalahan murid-murid sedikit sahaja. Selayaknya dan sepatutnya guru tersebut memanggil dengan kata-kata yang baik kerana kata-kata guru itu suatu doa. Jika berterusan memanggil murid-murid dengan perkataan lemau, bagiku guru tersebut yang sebenarnya lemau untuk mengajar secara professional.

Semasa kelas 5K2, 1 jam lamanya. Aku isi dengan game, lakaran peta minda serta penerangan dan video berkaitan mahkamah syariah. Kenapa murid-murid yang otai dan ganas boleh ikuti kuliah aku? Siap boleh komen tanpa diminta lagi! Lemaukah sebegitu? Aku pun tak tahu salah siapa sebenarnya. Mungkin kita golongan guru belum betul-betul mendalami isi hati murid-murid kita. Apa kata, segala keinginan mereka kita olah menjadi bahan ilmu tanpa mereka sedari. Boleh tak begitu, wahai guru-guru? Gunakan keriangan modul, set induksi dan alat bantu mengajar untuk memberi nilai tambah kepada cara penyampaian kita. Sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar daripada mereka keluar kelas lalu merayau-rayau tak tentu arah.

Kemudian, selepas tamat mengajar kelas 5K2, aku keluar dan ada guru lain masuk. Tapi aku hairan ada sekumpulan murid-murid keluar dari kelas itu. Dengan menggendong beg, mereka pulang ke rumah tanpa menghiraukan guru yang masuk ke kelas mereka tadi. Oh, besarnya dugaan sebagai guru apabila berhadapan dengan murid-murid sebegitu. Kalaulah aku berada di tempat guru tersebut… aku dapat merasakan betapa tergurisnya hati guru tersebut melihatkan sebahagiankelasnya telah kosong daripada murid-murid. Sejenak aku berfikir, mungkin inilah cabaran yang selayaknya dihadapi oleh seorang yang bergelar pendakwah. Bak kata kakak Nisa’ “Bukankah guru juga seorang daie?”. Maka terbit suatu keazaman dalam diri untuk terus mendekati murid-murid sebegini dalam menguraikan ikatan ‘kesian’ yang diulang-ulang oleh PKHEM kelmarin…

Wednesday, July 22, 2009

Diari Aku Sebagai Guru (episode : Hari kedua yang…terlewat…adui laaa…)


Malam tadi lepas latihan pentomin, aku tertidur di akademi. Pukul 3.15 pagi aku terjaga, taoi terasa tak terdaya nak balik ke rumah. Mengantuk & sejuk, membuatkan aku terlelap semula di atas kerusi panjang di akademi. Layan punya layan tidur, aku terjaga pukul 6.20 pagi. Hah! Dah 6.20? aku cepat-cepat berwudhuk dan solat subuh. Keluar dari akademi… alamak… macam mana aku nak balik nie… hujan laaa...


Aku masuk dalam surau akademi semula. Baring sebentar sementara tunggu hujan berhenti. Erm…aku pantang berbaring sebenarnya. Kalau berbaring mesti kene berdengkur.huhu. tertidur la tu… elok saja aku buka mata…Hah dah pukul 7.20. Yang dalam kepala aku time tu cume 1. Punch Card pukul 7.30. Aku dah cemas. Dah lewat ni. Tak semena-mena motosikal aku menjadi jet turbo. Aku pecut balik rumah untuk tukar baju dan terus ke sekolah. Adui…jalan jem pulak…

Aku tiba di sekolah dengan muka merah menahan malu kepada cikgu-cikgu yang memerhatikan aku. Dan dengan bergaya serta slumbernya aku pergi punch card di pejabat. Apa lagi, punch card aku menunjukkan 8.45 pagi dicetak dengan warna merah macam muka aku jugak la. Aku pun cepat-cepat keluar dengan muka menahan malu apabila diperhatikan oleh kerani pejabat, supaya dia tak tanya aku apa-apa soalan ataupun sindir aku dengan tajamnya.heh… Tapi kalau dia tanya pun aku dah siap jawapannya. Antaranya sakit perut, hujan lebat dan jalan jem. Jawapan helah, bukan tipu tau! Memang aku alami ketiga-tiga bende alah tu, tapi tu semua bukan jawapan tepat atau jawapan yang sebenarnya. Tentulah jawapan sebenarnya sebab aku tertidur. Tapi takkan nak bagitau kerani tu yang aku tertidur. Malu la aku. Pada korang tak pe la aku bagitau, supaya korang ambil pengajaran dan tak jadi macam aku ni. Heh..

Masuk kelas 5k2, budak-budak yang ada 7 orang sahaja daripada 24 orang. Diaorang dah merayap mana aku pun tak tau. Kali ni aku serius mengajar. Bab tilawah al-quran. Muka aku kali ni mengalahkan Triple H dan Undertaker. Tak macam semalam aku suka-suka main game. Alhamdulillah, mereka boleh ikuti kuliah aku. Aku tak banyak membebel, tapi menyuruh mereka menyalin peta minda yang aku lakar di papan hitam. Lepas tu aku pasang nasyid bagi diaorang dengar. Nasyid yang berkaitan dengan tajuk yang aku kuliahkan iaitu tentang kemuliaan Al-Quran dan meminta mereka salin liriknya. Sekurang-kurangnya mereka lebih enjoy ketika kuliah aku dan dapat menerima mesej yang aku ingin sampaikan sebenarnya.

Then, kelas 3G, aku tayang video tentang godaan-godaan syaitan. Masa tayang tu aku terangkanlah sedikit sebanya apa mesej yang diselitkan dalam video tersebut. Alhamdulillah kebanyakannya dapat terima dengan baik. Last, aku ajar kelas tu baca tasbih kifarah, untuk dijadikan amalan setiap kali tamat pengajaranku…

Diari Aku Sebagai Guru (episode : Hari Pertama Yang Mendebarkan!)


21 Julai 2009, aku mula bertugas di SMK Dato’ Ahmad Razali, Ampang sebagai guru ganti Pendidikan Islam tingkatan 3 dan 5. Tanpa basic pendidikan, aku redah je ape yang boleh aku sampaikan. Hari pertama dah kecoh kelas 3A. Sebab aku ajak budak-budak tu main game dan tengok video. Penat je ketua kelas p ambil buku latihan kat bilik guru, aku tak guna pun buku tu. Pokoknya aku malas nak ikut straight forward ape teknik yang selalu cikgu-cikgu laen gune. Ye lah, takkan nak suruh budak-budak tu menyalin je. Pastu tanya soalan, jawab soalan. Aku tak risau kalau budak-budak boring kalau aku buat macam tu, tapi aku risau kalau aku tertidur masa aku suruh diaorang menyalin. Aku yang boring dowh!.

So far tadi budak-budak tu enjoy je game yang aku buat dan video yang aku tayang. Kata Ustazah Nik, kelas yang aku masuk tadi kelas yang pelajarnya ok dan nak belajar. Tapi pasni aku kene masuk kelas yang pelajarya tak nak belajar. pelajar samseng dan kaki fly, pelajar yang ‘kuang hajau’ dengan guru-gurunya dan pelajarnya lemau-lemau belaka. Adui…aku rasa macam ‘tak bleh pegi’ (cannot go!) tapi takkan nak resign hari ni jugak. Tak gentlemen la camtu.

Waaaarrgh!!! Berapa kali mau menguap la. Mengantuknya. Semalam aku tidur pukul 2 pagi, then bangun pukul 5.30 pagi. Pas solat subuh, terus aku berangkat ke sekolah dalam pukul 6.30 pagi dan tiba di sekolah dalam pukul 7 pagi. Hah, apasal awal? Ye la, kene punch card sebelum pukul 7.30 pagi…. Sekarang ni pukul 9.19 pg. Ah…rasa nak pergi breakfast dulu la. Pekena kopi biar hilang mengantuk ni sikit…ok sempoi…

Hmmm…aku kene get ready utk masuk ke kelas yang dikatakan lemau tu. Aku kene hadapi jugak. Jantungku mula berdegup kencang. Adakah aku bakal berhadapan dengan pelajar-pelajar seperti dalam komik Under 18? Ya, mungkin keadaannya macam tu. So aku perlu bersedia untuk membuli depa sebelum aku dibuli. Siap la korang…kehkehkeh…

Fuh…masuk je kelas tu, aku hidangkan dengan video konsert Malam Sinar Maulidurrasul 2007. Ada yang nak dengar, ada yang bersembang di belakang. Yang ni dieksploitasikan oleh kaum muslimin, dan ada yang tidur atas meja slumber je terutama kaum muslimat. Ada pulak yang blur macam mamai ketika jaga nampaknya (diistilahkan oleh kawan-kawan dia kepalanya masuk air!). Dugaan… dugaan… Lepas tu aku buat game la. Mula-mula ade yang bersuara tak nak main, tak nak dengar, taknak tengok…semua dia tak nak (ketua gangster kelas la kot dia tu). Ish…kalau aku campak dia dari tingkat 4 ni mungkin dia nak la kot. Ni bukan idea aku sebenarnya, tapi idea salah seorang guru veteran di sekolah ini. Haha. Lepas 1 pusingan game baru la si gangster tu nak join. Mybe dia dah mula tertarik dengan game aku tu. So aku teruskan game dengan sambutan yang hangat daripada majoriti budak dalam kelas tu sampai terlajak waktu…

Erm… tu la pengalaman hari pertama aku sebagai guru. Agak mendebarkan. Namun aku dapat jalankan amanah ni sebaik mungkin mengikut kapasiti kemampuanku. So, esok aku kene fikir game yang lain pulak la. Pastu silibus ni nak masuk bila? Adui…

Thursday, April 23, 2009

Rugi Korang Tak Ke Pesta Buku Antarabangsa...!!!

Tadi siang, semasa kawan2 tengah 'perang' final exam, aku dengan senang hati bersiar2 di International Book Fair 2009 di Putra World Trade Centre. Meninjau buku2 yang aku minat nak beli. Belek punya belek, ada la dekat 17 buah jugak aku 'rembat' termasuk majalah, novel sampai la ke buku akademik. Nasib baik aku pergi nak mobil (kereta), kalau pergi naik ojek (motor), mesti dah berterabur buku2 tu atas jalan.

Di PWTC, aku sempat berjumpa dengan Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri, Tautan Hati dan Syabab Musafir Kasih. Tak lah berjumpa lama. Sempat aku hadiahkan dia sebahagian hasil kajian aku tentang novel-novel dia. Dia pun tengah sibuk melayan peminat-peminat yang teringin autograf dia. Siap sempat lagi peminat2 muslimat capture gambar dengan dia. Setelah dapat bertukar buah fikiran dan idea dengan warga Telaga Biru Sdn Bhd, aku pun angkat kaki pergi ke booth2 yang lain. Kat sana juga, aku terserempak dengan Shahril (in-team) bersama isteri dia, dan Tn. Hj. Abu Hassan Morad. Nak tau hasil kajian aku tentang novel-novel Fatimah Syarha? Tunggu kemunculan blog baru aku tak lama lagi insyaALLAH. Aku akan muatkannya di situ.

Rancangnya lepas tu aku nak pergi ke pameran filem-filem seram tapi tak sempat. Soalnya hari udah sore. Bukan sebab minat, tapi nak mendalami kajian aku. Sebelum ni aku dah pun buat kajian tentang filem-filem seram sejak mula diterbitkan pada tahun 1950 yang mana waktu tu popular dengan filem Pontianak dan Orang Minyak. Kajian yang aku buat tu lebih menyeronokkan apabila dipersembahkan kepada khayalak dalam Pameran Islam dan Gejala Sosial di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam. Apa kaitannya filem seram dengan gejala sosial? Kalau minat nak tau, download hasil kajian aku di ruang tepi blog ni, bahagian bawah sekali. Tajuknya : SUSUR GALUR PERKEMBANGAN FILEM SERAM (NuRuLiMaNzl)

Kat bawah ni, aku post poster yang aku buat untuk persembahan masa pameran...Poster ni dah buat orang ramai terkejut. heh...termasuk housemate aku...





Balik dari pesta buku, aku tengok Pak Din (tuan rumah kepada rumah sewa aku) tengah buat ape ntah kat depan rumah dia. Dan-dan aku teringat harapan dia kat aku supaya aku ajar dia dan kawan-kawan dia tentang Bible dan falasis di dalamnya. Bukan aku tak mau ajar dia, tapi soalnya aku ada benda yang lebih penting untuk difokuskan pada masa ni. Ada awlawiyat lain. Namun bila aku belek-belek handfone aku, aku tengok balik rakaman ringkas (seperti yang dipost di bawah) masa aku belajar tentang bible sampai la mazhab SDA Kristian, aku tak boleh lupa harapan Pak Din dan kawan-kawan dia untuk 'menuntut ilmu' bible dari aku. Sabau je la Pak Din dengan karenah aku yang macam2 buat sementara waktu ni. Harap dia faham la...





Itu je la riwayat aku pada hari ni... letih sebab masa balik tadi, jalan jem. Nasib baik tak bawak roti. kalau tak mesti aku sapu jem tu atas roti...heh...gurau je...!