Showing posts with label DeDiKaSiKu BuAtMu.... Show all posts
Showing posts with label DeDiKaSiKu BuAtMu.... Show all posts
Tuesday, February 16, 2010
Tuesday, June 16, 2009
Semesta Menangisi Pemergianmu...

Ya Allah, tiada ungkapan yang mampu ku lafazkan
buat menggantikan kesedihan yang membungkam
hingga air mata jua tak mampu membicarakan
maksud yang memberatkan hati, pedih dalam diam
Sungguh pemergianmu semesta menangisi
lantaran bintang kejoramu tidak lagi kelihatan
hanya yang tinggal cahaya ilmu menerangi
yang dikurnia lewat dirimu syeikh fathi yakan

Dedikasi buatmu wahai yang bergelar pejuang
yang memiliki jiwa daie, berakal tarbawi
kerana hadirmu membawa sinar yang terang
sungguh semangatmu hidup walau kau tiada lagi
Sheikh Dr. Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah pada pagi 13 Jun 2009. Jenazah pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di Lubnan ini telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat Asar, 14 Jun 2009. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi oleh ribuan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi Masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan) .
Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden Syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.
Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:
"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."
Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:
"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya. " (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)
Rujukan: Ikhwanonline dan Mukhtasar Jami'u Bayanil ilmi w

Al-Fatihah...Justeru NuRuLiMaNz dedikasikan khulasoh (ringkasan) daripada kitabnya Maza Ya'ni Intima' Lil Islam (Apa Ertinya Saya Menganut Islam?). Moga-moga ia bermanfaat kepada semua.