Showing posts with label CeLoTeH HaTi. Show all posts
Showing posts with label CeLoTeH HaTi. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Aduuuuu... Pening Palo!

(Dihentam kromok naik remuk, kepala pusing hati runsing...Taktau nak jerit kat mana, akhirnya blog ni menjadi mangsa...Hantam saja la labu...)

Apakah aku dikira mengaibkan diri bila nak tulis sesuatu yang aku belum pasti menjadi... Ape tu? Kalau anda masih ingat la... Projek mega aku hujung bulan ini... Jom flashback...


Karnival Konsert Aura Magika Ummah (KAMU) merupakan wadah hiburan santai berkonsepkan Islamic Art and Edutainment iaitu kesenian dan hiburan berpendidikan yang berteraskan Islam. Diantara aktiviti yang telah dirancang dalam karnival ini adalah seperti ceramah motivasi pelajar dan keluarga, pertandingan coral speaking sekolah rendah, pertandingan nasyid sekolah menengah, pertandingan street soccer institut pengajian tinggi, riadah berkuda, pertunjukan drift car, street magic, pelbagai pameran, forum perdana, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma dan derma darah, jualan murah serta banyak lagi... Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut akan lebih menghangatkan serta memeriahkan konsert kesenian Islam sebagai acara kemuncak pada sebelah malamnya. Malamnya, pengunjung akan ditemani oleh nyanyian, pentomin, anekdot puitis dan silap mata. Elemen-elemen ini digarapkan bersama sepanjang 2 jam konsert berlangsung pasti akan membuatkan para hadirin tidak jemu menikmati persembahan yang dipentaskan.

Sampai hari ni belum ku berjaya mengumpul dana secukupnya... Ya Allah berilah aku kekuatan dan pertolongan-Mu... Jika dalam minggu ni aku belum dapat confirmation tentang dana, nampaknya aku terpaksa tunda... Huhu... Tapi sesekali aku tidak pernah berputus asa hinggalah sampai saatnya... insyaAllah! Go Go Chaiyok ! (ku ucapkan kepada diri sendiri) Berusahalah ! (kata2 ni selalu ada dalam komik Dragon Ball, komik kegemaran aku masa sekolah rendah). Huhu...

UPDATE : PROGRAM INI DITANGGUHKAN ! Layari http://karnivalkamu.blogspot.com/

Sunday, August 23, 2009

Grad Juga Aku Akhirnya...


Alhamdulillah... Memang tidak dapat kugambarkan betapa gembira menggenggam segulung ijazah sarjana muda Usuluddin. Terasa segala penat lelah belajar sebelum ini semuanya terbalas. Pagi 12 Ogos, aku terima skrol daripada Raja Dr. Nazrin Shah, anak Sultan Perak merangkap Pro-Canselor Universiti Malaya. Dengan kehadiran mak dan ayah ke majlis tu, aku sebagai anak mestilah merasa bertuah. Aku telah penuhi impian mak ayah untuk berjaya dalam pelajaran. Bertubi-tubi ucapan tahniah singgah di cuping telinga ini beserta hadiah-hadiah dari para sahabat. Erm... Moga-moga hari ini bakal menjadi pembakar semangat anak-anak murid dan adik-adik aku supaya turut berusaha hingga berjaya... macam aku...

Terima kasih buat mak dan ayah yang sentiasa membakar semangatku supaya terus berusaha dan berjaya dalam pengajian, berusaha mengiringiku jauh di pantai timur dan kemudian di ibu kota. Juga buat para pensyarah khususnya Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan dan umumnya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang tidak jemu-jemu mendidik dan memahamkan aku tentang Islam. Buat sahabat-sahabat sejawatan As-Soff dan kelompok -kelompok senior serta juniornya yang turut membantu aku dalam mengorak langkah perjuangan jihad menuntut ilmu. Semoga semuanya dibalasi Allah dengan redha-Nya...

Friday, July 24, 2009

SeNyuMLaa SkEt



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pertamanya,alhamdulillah…yang telah memberi aku kekuatan untuk mencoret sesuatu.Syukran jazilan buat pemilik blog ini ,nurulimanz yang telah memberikan kepercayaan kepada akk (kata sapaan yang sering aku gunakan ketika bermu`amalah dengan nurulimanz dan adik-adik lain)untuk menulis sesuatu di blog ini.Bagiku,ini satu peluang keemasan.Aku sebenarnya dan sememangnya baru bertatih belajar membuat blog.Aku menerima pelawaan nurulimanz walaupun sebenarnya dalam kepalaku berserabut dengan seribu satu persoalan dan seribu satu tugasan yang perlu aku laksanakan…


Aku pernah mendengar satu kalam yang berbunyi lebih kurang begini "Janganlah kamu memandang remeh satu kebaikan walaupun kecil iaitu bermanis muka ketika bertemu saudaramu","Allah SWT menyukai hambaNya yang bermanis muka ketika bertemu saudaranya....( separuh lagi aku terlupa ) dan yang paling konfem aku tak salah " senyum itu sedekah ".Semuanya memberi galakan terutamanya buat umat Islam untuk SENTIASA TERSENYUM!!.

Namun,aku kecewa dan terkilan.Rata-rata di mana sahaja aku jumpa orang yang mengaku beragama Islam tetapi langsung tidak memandang wajahku ( mungkin sebab tak kenal kot ).Tambahan pula,orang yang aku kenal pun jika berselisih pun buat-buat tak nampak sahaja.Kenapa mereka tega melupakan ( ataukah mereka sebenarnya tidak tahu wallahu`alam )kalam-kalam di atas?? ( yang aku sendiri tak pasti apa sumbernya sama ada kalam nasihat atau sabda Rasulullah SAW!!)

Wahai umat Islam,sedarlah!!Apakah yang membuat kalian berasa begitu kedekut untuk menyedekahkan SENYUMAN kalian??Ingat jika disebabkan perasaan sombong dan bangga diri yang menghalang kalian berbuat sedikit kebaikan iaitu TERSENYUM,kalian tidak mencium bau syurga.Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda "Tak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada perasaan takbur walau sebesar zarah"

Maaf.Bukan niatku nak mengajar (walaupun tugasku seorang guru)Hanya sekadar mahu mengingatkan diri sendiri dan orang lain.Berdasarkan firman Allah SWT "berilah peringatan.sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat buat orang beriman"

Setakat ini dulu,terima kasih buat nurulimanz...

Sumbangan daripada lilysolehah...