Showing posts with label Sketch Up Pro. Show all posts
Showing posts with label Sketch Up Pro. Show all posts

My workstation #2


Hari tu aku ke Ikea Damansara, ha dapat jugaklah rembat lampu dinding, plant pot dan lack wall shelf. Masih belum sempat install lagi tapi dah siap susun dalam sketch up. teheee. Cat baru tukar sebab dinding lama dah pudar bertompok-tompok. Tahun ni pilih blue sky. Rasa tenang sikit.



Katil sebenarnya kaler putih, cadar hijau kebiruan bercorak vintage.




Buku takda la sebanyak tu. hahah. Er laptop pun bukan kaler peach. Just bagi gambaran.



 
Rak dinding tu akan dihias apa perlu. Sebenarnya kat meja ada plant pot dan lain-lain hiasan. Tak dapat nak letak dalam software ni. loading kemain.






Aku tak pasti lagi nak letak lampu dinding kat belah mana. Kat atas kepala frame ke, kat atas rak dinding tu ke..hmm...kena belek pinterest la nampaknya sebab kat situ banyak benor dekorasi melampau lawa.


2014 ni tercapai jugak impian nak deko bilik ala-ala English gitu. Aku ni hias ikut suka je. Kalau pakar pereka dalaman tengok, mesti geleng kepala punya. hehehe.


Aku beli barang tak la segedebuk cash sampai riban-riban sebab aku suka beli sikit demi sikit. Tak nampak sangat duit tu laju bak Ferrari Italia. 


Jenis aku ni kalau nak apa-apa, aku target dulu. Contohnya nak bookshelf dan lampu meja. Jadi, bila keluar tu aku akan beli dua benda tu je. Takda dah nak belek benda lain masuk troli sebab aku fokus pada target. hee...


Itu je la nak cerita hari ni. Terima kasih baca....


Stesen kerja baru

Sebelum ni aku ada rancang nak beli study desk untuk make over workstation yang baru. Yela..asyik guna meja lipat ABC je. Duduk pun atas lantai. Tulang belakang pun lain macam je tengok ha.


Jenuh cari meja yang berkenan dihati ke sana sini sebab nak dapatkan design yang simple dan aku nak warna putih. No matter what. Mulanya nak beli je dekat Ikea tapi lepas survey dekat Shah Alam, aku jumpa console table T-smart warna putih. 


Console table pun boleh jadikan workstation lagipun lebih simple dan tak nampak semak macam sesetengah meja komputer yang ada tempat letak pc and cd tu. Ruang bilik pun tak besar jadi aku cari lebar meja yang sesuai untuk ruang yang aku dah sediakan.


Aku ni jenis kalau dah berkenan tu, terus je beli. Malas dah nak survey merata lagi. Harga pun reasonable price. RM160. Lepas diskaun. Sila lah ke De Lite Home Furniture, Shah Alam. Dekat pintu belakang Uitm. Promote dengan harapan dapat sponsor dari diorang satu dua perabot ke. mehmehmeh...



Dah deko apa patut ditambah pulak artwork comel daripada rakan blogger macam Athirah, Azhafizah, Cikot dan ramai lagi so meja nampak kawaii. hehe. 


Kalendar doodle pun boleh letak atas meja dah. hahahaha bapak teruja la ada meja baru.Sekarang lebih semangat nak melukis sebab dah selesa.... duduk atas kerusi. Dapat jugak gaya macam drama korea yang aku dok tengok tu, Birth Secret. hehe. Sape layan, tahu la macam mana. Oh gambar aku share nanti la. Nak beli kerusi kaler putih dulu dan cat bilik tapi kat insta ada la tunjuk sikit. hehe.


ok tu je...terima kasih baca.




Classroom make over

Dah lama aku tinggalkan kerjaya sebagai guru tadika ni tapi impian nak deko kelas tu tetap ada. Banyak benda nak kena ubah untuk jadikan kelas aku ceria, terutamanya cat lah.


Warna pudar.



Dah tak jadi cikgu pun tetap berangan-angan nak make over kelas. huhu. Kongsi dalam blog pun jadilah.


Seronok kalau hias-hias ni and kalau buat, I cannot stop until the job is done. Apa yang aku sempat hias kelas masa tu pun tak banyak. Sekadar lukis mural, sediakan ruang membaca dan ubah kedudukan meja anak-anak murid seminggu sekali. Tu pun masih tak cukup ceria di mata aku.





INFO : 
1. I'm not an expert at interior design.
2. Don't ask me if I'm an Interior Designer..

because I'm not. kelulusan dalam bidang ni pun den takdo. :)


tapi aku mungkin dalam kategori sebagai Interior Decorator. 
Lanjut mengenai perbezaan Interior Designer dan Interior Decorator boleh lihat di sini




Ini keadaan kelas aku sebelum make over (tidak mengikut skala sebenar) menggunakan software Sketch Up Pro. Projek make over ni sekadar suka-suka je ye.



Before. View 1.

Floor lamp tu sekadar hiasan nak bagi ada efek cahaya dalam kelas. Lampu sebenar ialah lampu kalimantang je. teheeee...


Almari kat hujung dinding tu untuk letak buku anak-anak murid, file kedatangan pelajar, Al Quran, Iqra, buku cerita dan rekod tertentu. Lepas habis mengajar aku akan suruh anak-anak murid susun balik buku-buku ke dalam almari.


Allah.....memang berterabur buku. Dah la aku ni ada OCD (obsessive compulsive disorder) tapi aku akan kemas elok-elok lepas habis mengajar. Biasalah budak kan? Nak kena didik elok-elok. Aku ada sediakan label kat almari ikut jenis buku so diorang kena susun ikut label tu. Bagi aku benda ni agak sistematik la.


Label-label tu semua bertahan berapa minggu je, lepas tu lunyai. Kena laminate, baru tahan lama.



View 2.

Pintu tu nampak je cantik tapi realitinya pintu biasa yang dah pudar warnanya.


Pokok kat dinding tu pulak ialah lukisan mural aku. Tak la cantik dan kemas macam dalam gambar tu. Just untuk gambaran je.



View 3.



Sebenarnya ada lukisan mural Disney House yang aku lukis tapi tak dapat nak tunjukkan dalam gambar. Lukisan tu tujuannya untuk menceriakan kelas.




Memilih warna cat yang betul adalah sangat penting lagi-lagi untuk kelas tadika macam ni. Jadi mengikut idea dan citarasa tak pakar macam aku ni, aku memilih warna pastel hijau labu air dan kuning air. Rasa tenang dan ceria.


Perabot pulak aku cat warna-warna terang untuk kontrakan dengan warna dinding. Asalnya aku nak buat kerusi dengan meja tu dalam dua tiga warna, tapi tak sempat nak 'cat' dalam software ni.


Dan dibawah ni pulak selepas make over.


1. Toy storage.
Ini untuk simpan barang mainan dan alat bantuan mengajar bukan elektronik, elektronik dan lain-lain. Kadang-kadang masa mengajar kita akan selitkan aktiviti jadi ada beberapa jenis mainan macam blok, lego dan lain-lain digunakan.

Masa aku kerja cikgu ni, alat-alat tulis semua simpan kat kelas.



My favourite view.


2. Sudut bacaan.
Ruang kosong ni aku tambah low cabinet untuk dijadikan tempat buku-buku dan juga diletakkan cushion untuk anak-anak murid duduk.

Perabot yang aku buat ni takda dalam Google Warehouse sebab design sendiri. Macam mana nak reka perabot sendiri? Cer google. Aku sendiri pun belajar melalui tutorial di google.

Lepas siap reka, right click - Make Component - Rename. Siap dan bolehlah rotate, adjust kedudukan perabot anda.




3. Almari coklat lama tu aku alih berdekatan tingkap dan pintu kemudian dicat warna oren terang untuk nampak baru dan ceria. Rajin gila mengecat. kikiki.


4. Sebelum ni takda langsir. 
Langkah berjimat :
1. DIY
2. Guna langsir sedia ada, basuh bersih-bersih kat dobi, alter apa patut.

Karpet kartun ditambah untuk menceriakan bilik. Sekarang kan tengah menggila dengan karpet licin berkartun-kartun Upin Ipin tu. Macam-macam kartun. Murah pun murah.



Make over:
1.Warna perabot.
2. Warna pintu.
3. Cat dinding.
4. Rombak susun atur perabot.


Tambahan :
1. Low cabinet.
2. Toy Storage.
3. Langsir.
4. Karpet.



Sebelum selepas.




Rasa puas hati kalau dapat realisasikan untuk anak-anak murid aku. Wuuuuu... Aku sanggup keluarkan duit sikit demi sikit janji dapat penuhi impian ni. Er...ini impian 2012 rasanya. mihmihmih.

Impian tinggal impian tapi boleh la laksanakan bila dah kahwin ada anak-anak nanti. ihikz.


Ada potensi menang kelas paling ceria berturut-turut tak?






P/S : buat make over sekadar suka-suka. 
mungkin tak betul susunannya, 
mungkin juga tak kena gayanya :)



Ubahsuai bilik tidur

Tahun 2014 ni aku plan nak make over bilik. Cat pun dah start lusuh sebab kes salah pilih warna dan teknik cat yang teruk. kekeke. Dalam perancangan nak ubah apa patut ni, aku cadang nak tukar warna cat dinding, tambah furniture dan jadikan bilik nampak lebih teratur. 


Sekarang ni bukanlah semak atau sepah, tapi nampak macam tak organise contohnya handbags. Serius aku tak sedar dalam sekelip mata ada beg yang begitu banyak. Macam-macam warna. Patutlah mak kata aku ni hantu beg. 



Sketch.


Sketch Up Expired. heh.

Disebabkan takda penyangkut beg, aku sangkut je kat tombol almari, paku takpun mana-mana tempat yang boleh disangkut. Tak ke semak mata macam gitu? Oleh kerana itulah den perlukan handbags stand. 


Ada la survey kat Ikea, jumpa beberapa design yang praktikal. Penyangkut beg ni mungkin masuk dalam list di lain masa sebab sekarang fokus pada study desk dan hiasan lain dulu. Biar buat sikit sikit, takda la nampak duit tu mengalir laju sangat. heeee..


Sebelum nak ubahsuai ni, aku akan buat dalam Sketch Up dulu. Senang nak susun dan pilih warna. Kedudukan katil, almari baju, window, cermin dinding, almari kecik, frame adalah sama macam asal cuma saiz bilik je tak ikut skala sebab yang ni aku ikut suka.


Sumber : Ikea


Kalau dapat benda ni sebagai hadiah pun ok :p


Bilik aku sekarang ni takda study desk, lamp desk, kerusi, bookshelf, plant pot (table decoration) dan curtain yang macam tu. Ha benda-benda penting ni aku nak taruk dalam bilik. Aku memang suka gila dengan pokok bunga dan pokok menghijau ni. Nampak segar bilik dan semangat nak buat kerja.

Fyi, selama aku buat kerja mengadap laptop ni aku cuma duduk bersila je kat lantai guna meja lipat ABC tu. Ha tak ke merana tulang gua? Kadang-kadang masa nak bangun, prap prap bunyi tulang.






Kat tepi almari kecik tu ada cermin dinding dan aku letak semua barang make up kat almari, sangkut handbags kat tombol. Sebelahnya ada tempat sidai sejadah dan tuala. Belakang pintu pulak tempat sangkut tudung pelbagai gaya. eheh.



Untuk meja belajar ni aku nak cari yang kecik je. Sesuai dengan ruang yang ada. Janji warnanya putih dan design pulak simple. Rak buku tu tak tahu lagi samada nak letak atau tak. Tengok bajet.




Selepas diwarnakan.

Aku pilih warna hijau dan lily white sebagai tema sebab semalam aku ada beli carpet bulu warna hijau hitam dan frame corak vintage pink peach roses. Tapi tapi dan tapi....pemilihan warna dinding ni akan berubah dari masa ke masa. Tak pasti warna apa yang sesuai.




Aku tak suka letak kotak atau apa-apa barang under the bed. Semak. Kemas itu penting. Aku ni ada OCD (obsessive compulsive disorder) jugak. Contohnya barang yang tak facing a certain way, mesti aku nak adjust kedudukan objek tertentu sampailah aku rasa ok.


Selain tu aku check kereta repeatedly to make sure kereta tu locked, ulang perkataan dan  ikut strict routine dalam sehari-hari. Stress jugak bila jadi macam ni.


Tu pasal la sepupu kecik-kecik atau anak buah tak dibenarkan duduk kat katil melainkan kalau nak tidur la. Ada yang duduk atas katil, bila turun je dia seret bontot terus cadar tu tertarik ke bawah. 


'Kemas sekarang ya comel bertuah bijak pandai...'





Bila dah beli meja ni nanti, aku nak hias semua hadiah daripada kawan-kawan blogger sebagai tanda ingatan. Buat masa ni letak kat box je sebab takda tempat nak dihias. Benda-benda comel ni kalau tak buat hiasan memang tak cukup comel la meja aku nanti.





Kalau ada antara anda yang boleh suggest warna yang lebih sesuai atau apa-apa je sila tinggalkan komen anda. Boleh la bantu den ni nak buat keputusan.



Render.

Ni selepas proses render. Baru install. Nampak lagi best la bilik den ha.


Cahaya melalui atas tu sebab den tak buat ceiling, tu pasal la sinaran tak betul. kehkeh. Nak view dari atas punya pasal. Lepas render ni nampak la real sikit bilik kan.




Ni lepas buat ceiling.



Dan ini lepas letak efek lampu (rendering process).


Bawah ni pulak adalah contoh-contoh design ikut citarasa aku.



Untuk design ni aku remove bookshelf. Furniture lain memang sama macam asal iaitu katil, cermin dinding, kedudukan tingkap, almari baju dan lain-lain. Cadar aku pilih warna purple sebab belum pernah lagi guna warna ni. Selalunya krim, peach, biru dan hijau.


Cat pulak aku pilih warna krim untuk tiga dinding dan kayu sebagai featured wall. Entah le, rasa macam suasana kat homestay pun ada.



 Ini pulak aku tukar jenis lampu daripada lampu meja ke lampu lantai dan juga warna cat dinding. Suasana di malam hari sebab tu bilik nampak samar-samar. Romantik. kekeke.





Besar gedabak cermin aku letak. Tambahan yang ini sebab nak bagi ruang bilik nampak  lebih luas. Penggunaan warna pun lembut-lembut je. Biru dan purple lembut. Nampak macam sesuai untuk bilik anak teruna.





Ini aku tukar jenis cadar dan tambahan lampu meja. Masih mengekalkan warna dinding  dan rekaan yang sama. Gambar tadi guna lampu kalimantang, yang ni guna lampu belajar sebab aku selalu buat kerja waktu malam memang suka suasana macam ni. Idea macam banyak je singgah.



Bilik aku kecik so rasanya tak sesuai warna gelap-gelap ni, nanti nampak ruang sempit. Letak cermin besar kaw kaw dengan harapan bilik nampak luas. hehe. Ada la aku belek website interior designer untuk dapatkan tips. Banyak yang membantu tapi entah kenapa masih was was dengan pilihan warna ni.


Projek make over bilik ni bukan semua benda nak kena beli sebab boleh jugak gunakan perabot atau benda lama lepas tu kita DIY jadi benda baru. Banyak cara nak jimat dan elak membazir. Nanti dah ready untuk make over bilik, aku akan kongsikan di entri lain.


Apartment

Selain rumah teres tak kisahlah satu atau dua tiga tingkat yang ada halaman, aku suka jugak rumah jenis apartment ada balkoni. First floor sampai third floor je la aku suka. Tinggi sangat aku tak boleh duduk, berdiri, berlari, mengesot dan sebagainya. Boleh tahan gayat. Heh heh. 




Persamaan flat, apartment dan condominium ialah di bawah satu bumbung. Bezanya pulak dari segi nama. Keh keh. Ok sebenarnya dari segi saiz, harga, facilities macam guard, lift, kedai runcit dan lain-lain. Ada jugak apartment yang sediakan service macam condo contohnya dari segi maintenance. Best kan kan kan.  


Kalau nak banding dengan condo, sah-sah ramai tahu yang dia punya facility tu lebih banyak macam pool, gym, security ketat..fuh fuh. 




Sedara aku dulu pernah duduk kat condo. Memang best la sebab ruang besar, cuma dari segi hidup bermasyarakat ni aku lagi suka duduk kampung dan rumah teres, flat, apartment. Paling penting ada suasana rewang kalau kenduri, aktiviti surau yang aktif, boleh berkebun dan lain-lain. Lain orang lain lifestyle kan. Tak kisah bab tu, janji semua orang happy.


Kalau yang mampu beli penthouse tu, er...memang merasa nikmat dunia betul. Teringin nak masuk tengok suasananya. Tengok gambar je tak puas kan kan kan.




nak tanam kucai, bunga-bungaan blablablabla


Apa yang aku buat guna sketch up ni cuma nak bagi gambaran kalau dah di cat dan buat sikit interior designing. Senang nak buat keputusan nak warna cat apa and hias macam mana sebab banyak sangat tema dalam kepala otak ni.
 

Cat baru untuk bilik

Bilik aku sekarang ni guna warna peach nak macam merah jambu. Sophie, kawan blogger yang sekarang tengah belajar dekat UK dalam architecture ada bagitahu, warna macam tu nanti akan bertompok-tompok. Memang betul pun. Sekarang dah start bertompok seluruh dinding. *garu kepala yang berkelemumur. sigh.


Disebakan kurangnya ilmu bab cat ni, aku dah baca painting guide daripada Nippon Paint. Heh heh. Baru nak baca. Tak best la masuk bilik lepas tu tengok benda bertompok-tompok dah macam ghost story, Dark Water. Kali ni teringin nak cat warna baru macam grey, baby blue atau turqoise sebagai feature wall. Tiga dinding lagi nak warna dusty pink atau cream.


Dulu beli cat jenis murah sebab kos tak banyak. Bila dah ada duit lebih ni, nak merasa cat mahal macam dulux paint ke, nippon paint ke janji hasilnya memuaskan hati. Cat tak luntur cepat. Nippon Paint Vinilex Easy Wash memang sesuai sebab kadang-kadang ada 'pelukis' cilik buat dinding bilik aku macam dia punya canvas. Heh.



Bilik ni hanya gambaran tapi lebih kurang la dengan bilik aku.



Aku suka perabot warna putih.





Suka letak katil tepi tingkap sebab senang nak tengok benda hijau macam pokok lepas seharian mengadap netbook tapi tak lama lepas tu ada tentera bersesungut cuba masuk melalui tingkap. *sembur ridsect.


Sekian.

Bilik kuliah

Ni nak cerita pasal bilik kuliah pulak. Suasananya tak macam uni lain. Bilik kuliah ni macam kelas biasa je. Macam sekolah dulu cuma up sikit lah dari sekolah. Fasiliti yang disediakan pihak uni memang dah cukup nikmat dah sebab ada bilik yang disediakan aircond dan ada jugak guna kipas je tapi, angin sepoi-sepoi bahasa tu lagi sedap orang kata. 


Apa yang aku nak tunjuk ni, kenangan masa sem satu. Gambaran daripada keadaan sebenar cuma mungkin beza pada saiz sebab tak tepat (main hantam je). Kelas tingkat tiga ke empat yang penting paling atas la. Jenuh nak panjat tangga. Semput. Kalau terlambat datang kelas lagi la haru. Boleh berbuih mulut. *over.


Dah la dalam kelas aku majoriti lelaki. Lagipun bidang tu memang orang cakap sesuai sangat dengan lelaki. Kalau perempuan dapat bidang tu macam rare la. Tapi sekarang ni ramai perempuan ambil bidang-bidang yang dulunya lelaki mendominasi.

memang guna window glass blind.

Sementara tunggu kelas lain habis, kitorang satu kelas ni tunggu dekat koridor. Ada jugak yang gatai sembang kuat-kuat sampai lecturer marah suruh diam. Memalukan. Hohoh.

lantai : cement render. sejuk.

Macam ni la rupa dalam kelas. Boleh muat 30 orang pelajar kalau tak silap la. Selalunya bahagian kiri tu budak-budak laki duduk. Kelas kitorang ni kena duduk berasingan lelaki perempuan. Tak boleh duduk sebelah menyebelah. Kecuali kalau nak buat aktiviti berkumpulan. 


Ramai la cakap budak-budak kelas aku ni skema, baik gila, sopan blablabla. Muka pun semua suci dalam debu je. Hahahahhh. Memang betul pun.


Mula-mula masuk kelas kan ada sesi suai kenal. Sebenarnya dari sekolah lagi aku tak suka aktiviti ni. Ingatkan dah masuk belajar ni, takda dah aktiviti cenggitu. Heheh. Masa sesi suai kenal, memang gelabah. Lecturer tanya kenapa pilih bidang tu padahal aku langsung tak tahu apa benda yang aku dok ambik ni. Muahahahahahah. Zero. 


Classmates memang majoriti budak pandai-pandai. Ada yang daripada matrik tapi tak lepas sebab katanya belajar main-main tapi hakikatnya diorang ni memang pandai sangat. Tiap-tiap sem dekan. 


Ada jugak yang masa SPM dapat straight A's tapi tak dapat tempat dekat uni masa first intake. Kitorang ni second intake tapi ada sesetengah cakap yang second intake ni keputusan kurang bagus lepas tu dapat sebab rayuan masuk U. 


Sebenarnya sesetengah yang cakap tu salah sama sekali. Ramai je yang pandai-pandai masuk second intake. First ke second je tak jadi hal yang penting ilmu tu. Hormatlah sesama kita, jangan dibezakan tahap kepandaian. Sekian.


Ni semua Allah dah susun cantik untuk semua orang. Nak banding dengan aku, memang jauh la. Result sedang-sedang je tapi masih boleh dibanggakan la. Hehe.


Aku memang suka duduk tepi tingkap bahagian paling belakang atau tengah-tengah. Tak berani nak duduk depan sekali sebab keyakinan kurang gila masa tu. Takut.



Kerusi jenis ni  paling aku tak suka sebab aku kidal so paham-pahamlah orang kidal nak menulis macam mana. Seksa. Aku halakan badan ke kanan sikit, bagi senang nak catit nota. 

bahagian dinding belakang tu partition.

Kadang-kadang terlanggar tangan kawan sebelah yang bukan kidal. Hah sudah...nota comot. Paling ekstrem, terkoyak terus. Itu pasal la kena duduk dengan yang sama kidal tapi berapa kerat je kidal. Haish. 


School desk dalam kelas sebenar takda tempat letak barang kat bawah kerusi macam kat gambar tu pun. Segala beg tangan, payung, semua letak kat lantai atau sandarkan kat dinding je.


Kalau kelas kat bangunan lain, mejanya macam meja plastik sekolah yang ada laci. Senang sumbat beg, handphone, pencil box, makanan etc etc. Nak curi-curi main mesej pun boleh. Muahaha. Tapi kalau kena tangkap dengan lecturer, habis....memang habis. Jadi, fokuslah masa sesi pembelajaran. Hormati lecturer dekat depan. :)



guna : Google Sketch Up Pro 7 (trial jeeee.heheh) / pencil on tracing paper / disember 2012 / #kenangan

Hostel

Masa belajar dulu dapat kolej (bilik) untuk tiga orang. Sepatutnya bilik tu muat untuk dua orang je tapi disebabkan pelajar ramai, terpaksalah buat untuk tiga orang.


Walaupun bilik tak berapa nak luas, tapi cukup bersyukur sebab dapat bilik daripada duduk dekat rumah sewa. Senang sikit bagi aku. Tak keluar banyak duit sangat.

tidak mengikut skala

Ada dua katil double decker dan single bed. Single bed tu dah di cop kawan sebilik sebab dia datang awal. Hoh hoh. Aku orang kedua yang sampai so aku cop katil bawah. Kawan sebilik lagi sorang haruslah duduk katil atas. Huhu. Malas nak panjat-panjat ni.


Kadang-kadang aku buat kerja atas katil sebab senang nak terus tidur. Kitorang ni jenis yang kemas. Tak suka barang sepah-sepah. Itu pasal la kalau ada jiran-jiran datang bilik, semua kata kemas. Hehe. Aku ni jenis tak boleh duduk tempat yang bersepah, mesti rasa nak marah lepas tu tangan gatal nak kemas. Serabut kepala kalau bilik macam sarang tikus.

Sedangkan cadar katil tersenget sikit pun kitorang sebilik ni betulkan balik bagi kemas kalau ada kawan-kawan lain datang duduk kat katil. Tapi lepas diorang dah keluar la. Hehe. Boleh dikatakan OCD (obsessive compulsive dissorder) la kitorang ni.



Ruang belajar ni pun cuma muat untuk dua meja je sebenarnya. Kalau tengok dalam gambar tu nampak macam boleh muat lagi satu meja kan? Padahal lagi kecik ruang tapi aku malas dah nak kecikkan saiz bilik guna sketch up ni.


Ruang tengah tu kitorang buat tempat stok makanan je. Aku dapat meja belah kiri. Kawan sebilik yang datang lambat tu terpaksalah buat assignments kat lantai sebab tak selesa buat kerja atas meja memandangkan kerja kitorang ni memerlukan ruang besar. Berhelai-helai drawing nak kena belek.



Mula-mula masuk bilik, ada jugak perancangan nak ubah almari, katil tapi pihak kolej tak bagi. Boleh dikenakan denda. Ikutkan aku nak je ubah almari bagi luas lagi area belajar.



Atas meja aku tu, macam-macam jenis buku ada tapi bunga memang harus ada kat meja sebagai penghias lepas tu boleh bagi semangat nak buat kerja sebab kemas dan cantik. Hehe. Aku memang suka bunga. Tapi ada la beberapa orang ni gelak sebab aku hias meja dengan bunga-bungaan. 


Rasanya tak salah nak hias janji benda tu tak susahkan orang lain, bagi ceria bilik dan yang paling penting, aku tak letak bunga dekat meja orang lain. Heh.



Pakaian yang dah siap gosoknya malamnya sebelum kelas esok, kitorang sangkut dekat penyangkut almari. Tapi kalau hujan lebat, pakaian kitorang yang tersidai dekat ampaian, terpaksalah sidai dalam bilik dekat katil, tingkap. Semata-mata nak bagi kering. Masa tu je la bilik nampak serabut sikit.


Kalau hostel ada ruang khas berbumbung untuk sidai pakaian, lama dah sangkut situ. Ni lah namanya hidup diperantauan. Tak boleh nak demand.


Disebabkan ruang bilik yang agak sempit untuk tiga orang, baldi baju kitorang sumbat je bawah meja belajar termasuklah sabun basuh baju dengan barang mandian. Biasalah kan, mana-mana pun ada yang buat cenggitu. Kasut letak bawah katil. Kalau letak dekat depan pintu alamatnya hilang le dirembat orang yang tak berakal.


ada jugak makcik jual nasi lemak datang kat tingkap tingkat tiga. GULP!

Tingkap kolej (hostel) bukanlah guna awning window with mullions ni. Just tingkap biasa. Kalau boleh nak sangat bay window.ngehngeh. Nak cari tingkap jenis biasa dekat rumah-rumah tu dalam warehouse tapi tak jumpa pluz internet pun lembssssss gila.


Rindu gila suasana ni dengan kawan-kawan sebilik. Kitorang suka buka pintu. Lagipun mengadap bilik kawan-kawan sekelas. Jiran-jiran terdekat memang satu batch, satu kos. Buka pintu seluas-luasnya bagi senang kawan-kawan lain keluar masuk nak bincang assignment. 


Waktu makan pun buka pintu jugak. Sambil makan sambil borak dengan jiran depan. Weeee bestnya..


Kalau hari jumaat petang sampai hari ahad lagi la seronok. Awal pagi dalam pukul 8 aku duduk dekat meja belajar, buka laptop, dengar lagu dalam playlist lepas tu study. Suasana pagi memang seronok gila terutama hari Sabtu Ahad. Waktu macam tu ada jugak yang datang jual sarapan. Dari jauh aku dengar suara penjual. Ala student situ jugak. Cari duit lebih



'Assalamualaikum....Nak nasi lemaaaaakkk.....sandwich...sosej..."



Aku buka almari, rembat purse, keluarkan dua hengget lepas tu siap-siap tunggu depan pintu. Jiran-jiran lain pun dah ada depan pintu. Punya la lapor dan punyalah malas nak turun beli makanan. Nasib baik ada diorang. Huhu.


rindu gila. gila rindu.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah