Tanpa fikir dua tiga kali, aku terus join segmen daripada
Faten Osman (Tangan Punya Kerja). Jadi, marilah kita terus ke isi-isi dalam handbag aku yang dinamakan, bag dalam bag ada bag lagi.
Bag yang selalu aku bawa, sling bag sebab nampak sempoi. Bag nampak kecik, tapi cuba tengok apa isinya. Buka bag kejap.
Ha inilah benda-benda mesti bawa.
gigih lukih. Kalau tertinggal dekat rumah, sanggup patah balik, tahu?
1. Make up bag
Beg kecik tu tempat sumbat barang-barang make up (nombor 5,6 dan 7 je pun). Bab make up ni, memang aku tak tenyeh apa-apa foundation, eyeshadow, blusher dan eyeliner.
Lepas setel tenyeh skin care + UV protector dekat muka, terus tempek bedak sikit-sikit je. Hasilnya memang best. Ini pakar kecantikan cakap sebab katanya kalau pakai foundation, muka aku akan lebih pucat.
*make up bag tu hadiah daripada Merahitujambu sebab aku menang contest doodle glider
2. Diari + pen
Ini untuk aku salin info-info penting je. Tak ada personal things pun. Kisah-kisah cinta monyet ke ungka ke, memang tak ada. Tak minat nak tulis macam tu. Pernah la aku tulis diari masa sekolah dulu. Boleh dikatakan a good way untuk getting out our feelings kan. Sekarang simpan dalam otak je.
3. Beg telekung
Susah kalau singgah beberapa surau yang ada telekung bertahi lalat dan berbau. Nak solat pun tak selesa. Bawa sendiri lagi bagus.
4. Brooch dan pengepit rambut
In case kalau pin tudung sedia ada tercabut ataupun rosak, so boleh la guna brooch lain. Macam back up la. Pengepit rambut tu pulak kalau rambut tertanggal ke. Eh. Rambut terpele'ot dalam tudung ke, so boleh la berlari ke washroom dan betulkan.
5. Losyen
Kulit aku ni kering. Sebab tu penting gila ini losyen ma.. lagi satu, harum.
6. Bedak muka Silky girl
Tempek je sikit-sikit, sampai ke sudah kulit muka cantik sekata. Tapi lepas solat, touch up balik la untuk bagi muka tak berminyak.
7. Lipbalm Maybelline
Penyakit jilat bibir ni tak boleh dibendung seandainya berterusan sampai ke besor. Makanya, Lipbalm baby lips ni jadi pilihan sebab terlalu berkesan. Bibir dah tak merekah lagi. *promote.
8. Earphone
Masa memandu, kena pakai earphone. Walaupun mengikut kajian pemanduan akan terganggu,tak banyak tak sikit tapi aku tak pernah pun ada masalah bila pakai earphone dan menjawab panggilan masa memandu. Fokus tu paling utama. Jawab/buat panggilan telefon pun kalau perlu sahaja.
9. Handphone
Tak ada benda ni, memang boleh hidup, cuma susah la kalau jadi apa-apa ye dak.
10. USB car mobile charger
Belum sempat lagi untuk beli power bank makanya gunalah charger pemberian tunang aku ni. Kot kot bateri kong, you'll know how important it is to have this ma... boleh la cas balik.
*prepaid finish? ha kalau nak keluar rumah, memang pastikan kredit sentiasa ada.
11. Wet tissue
12. Purse
Kadang-kadang kalau malas sangat, aku bawa purse, lipbalm, handphone dengan charger je. Tu kalau dah malas sangatlah. Terima kasih kedua-dua pelukis komik hebat, Faten Osman yang anjurkan segmen ni dan Aujinz iaitu pencetus idea tentang
beg tangan wanita. Hangpa dua lah aku ada idea nak update entri baru. Heheh.