Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Novel baru

Woofff.....lap peluh kat dahi yang mencurah-curah bagaikan air terjun kat Lata Kijang. Sepanjang tahun 2014 ni tak sangka pulak entri aku akan terbiar melebihi 4 minggu. Berbulan-bulan pun ada tapi still ada yang datang jenguk dan komen. Walaupun tak banyak. hehe. Terima kasih terima kasih.


Sebenarnya 2014 ni memang agak busy. Macam-macam aktiviti dibueknyo. Yela, next year sorang kawan baik since sekolah sampai ke la ni dah nak kawen. Itu pasal la geng2 kitorang ni buat aktiviti macam-macam sebelum dia bergelar isteri orang. hukhuk. Dah dia kawen nanti idok le nak ajak kuo sesuka hati. Takpa takpa kita paham.


Cite bab novel.


Ada satu cover novel ni baru je siap direka hasil gabungan ilustrasi iaitu aku dan latar belakang cover depan belakang novel oleh pereka grafik terbaik.


Tajuknya Kpop Boys lawan Band Rock daripada siri LAWAN oleh penulis Puan Ain Maisarah terbitan PTS Publications Sdn Bhd.





Ini empat jenis cover yang dibuat oleh pereka grafik. Aku cuma lukis Kpop Boys dan Band Rock sahaja termasuk bayang-bayang kumpulan. Aku tengok, ramai yang pilih cover A sebab mungkin nampak lebih sesuai dengan tajuknya.


Kepada remaja diluar sana yang minat baca novel, boleh la dapatkan nanti. Kalau dah siap cetak ke nanti, better korang beli melalui Blinkbook.com sebab setiap novelnya beserta tandatangan Puan Ain Maisarah dan Encik Haziq Ridzuan. :)


Terima kasih sudi baca :)


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC 2014, ilustrasi dan novel

Hah...ni kira first time tajuk lebih suku kata.


Orait! Tahun ni memang seronok sangat sebab dua ilustrasi yang aku buat untuk cover novel akan berada di pasaran kedai buku seluruh Malaysia. Itupun dua tiga minggu selepas Pesta Buku berlangsung di PWTC pada 24 April 2014 sehingga 4 Mei 2014 ni. hehe.


Dua novel yang aku maksudkan tu ialah Aku Mahu Jadi Hijabistar dan Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib. Aku cuma lukis ilustrasi pada kedua-dua novel je. Background yang sangat cantik tu, graphic designer yang buat. Awesome. *tunjuk ibu jari ala-ala cendol Borhan.



Ada tengok Aku Mahu Superbibik kat tv? Ha itu la penulis yang sama untuk novel-novel di Blink Book ni iaitu Ain Maisarah. Penulis novel remaja nombor satu Malaysia.


Berkenaan cover novel dongeng Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib tu, ramai orang di facebook cakap ilustrasi tu macam Elsa Frozen. Ya, memang. Lukisan tu ialah tiruvasi yang bermaksud tiru dan inovasi untuk watak Elsa ni. Memang tujuannya macam tu macam yang dah dijelaskan pengurus, Tuan Amal kepada aku.


Itu sebab le dalam novel-novel Blink Book ni banyak wataknya ada nama Senah White yang asalnya ialah Snow White. Pink Riding Hood, Ranpuzellah dan lain-lain. Dalam erti kata lain, ia sebuah parodi. Ada faham anak-anak sekalian? Good... hehe.




Penulis Blink yang terbaru iaitu Hazira Hanapi bakal menerbitkan novel sulungnya iaitu novel Aku Mahu Jadi Hijabistar (Hijab dan Star Tidak Mungkin Bersatu) ni. Penulis yang sangat cantik dan comel. Tak sabar nak tunggu sesuatu daripada beliau. Korang yang macam gaya nak tahu tu, nantikannya di PWTC ya. hehe.


Fyi, novel ni ada disertakan sekali bookmark jadi cepat-cepatlah ke kedai Blink Book nanti. Senang je kalau nak cari sebab ada dekat ruang legar PWTC. Kedainya bertemakan Hero Blink Blink berwarna ungu dari  pagi hingga 9 malam.




SINOPSIS 
AKU MAHU JADI HIJABISTAR.

Farah dan Ina dipaksa bertudung oleh Amir iaitu abang Ina. Segalanya kerana rahsia gelap yang tercipta, rentetan kemahuan mahu popular. Akur bertudung, namun rasa keterpaksaan itu amat mencengkam! Tudung dirasakan panas membahang. Tudung dijangka menyekat pergerakan!

Tanpa disangka juga, mereka dilantik sebagai Ikon Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah. Mereka juga diminta menulis pengalaman penghijrahan di kolum Portal Sri Bangsar. Sama macam konsep blogger hijabster.

Oh, siapa sangka.. Impian mahu popular masih boleh direalisasikan! Laju tawaran diterima dan impian diubahsuai. Kini mereka merangka TO-DO-LIST IN ORDER TO BE A HIJABISTAR!

Setiap catatan, perlu ditunjukkan gaya tudung paling moden. Ekspresi muka dalam gambar.... mesti secomel Kak Ton. Paling penting, mereka mahu jadi ikon fesyen!
Seketika mereka alpa... berhijab sepatutnya kerana Tuhan, bukan sebab diri jadi tumpuan. Terlupa juga, harga populariti itu amat mahal... hingga dinilai pada setiap sisi dan keadaan!

Kini dua remaja itu dilanda gosip buruk terhebat dalam sejarah dan diuji ketika berhijab! Mampukah Farah dan Ina membersihkan nama? Mampukah mencapai taraf hijabistar yang didamba? Ikuti segalanya dalam ~ Aku Mahu Jadi Hijabistar!





Korang boleh tengok secara detail di facebook Ain Maisarah sebab kat situ semua ada. Novel-novel, sinopsis, kedudukan kedai Blink, jadual penulis di Pesta Buku dan banyak lagi.







Terima kasih sudi meluangkan masa untuk baca entri ni :p


Kulit depan novel

Rasa macam lama je tak menaip entri ni. Rasa macam dah tak tahu nak taip apa. Dah berapa kali aku buka tutup blog ni sebab tak tahu nak buat entri pe benda.


Rancangnya nak buat tutorial melukis guna MS Excel dan cara 'makeup' guna Paint Tool Sai tapi tak sempat sebab nak kena print screen banyak. hohoh.


Apa yang buat aku tak sempat ni sebabnya baru-baru ni aku ada terima job lukis ilustrasi untuk dua cover novel daripada penulis novel remaja nombor 1 Malaysia iaitu Ain Maisarah dan Izanor Sharif. Terkejut dan gembira sebab dapat peluang ni.


The cover of the novel tu is the first thing people will see kan. 'Don't judge a book by its cover, but readers certainly will'. Jadi ianya satu cabaran. Cabaran yang aku suka. Masa ni la nak challenge diri sendiri.


Walaupun cuma kena sediakan ilustrasi (model) tapi itu tetap mencabar sebab aku kena ikut permintaan client dan deadline yang diberikan. hehe tapi best la. Pengalaman.


Alhamdulillah ilustrasi pertama sekarang ni tengah tunggu dicetak dan akan mula dijual di kedai Blink dan juga kedai buku seluruh Malaysia.


Novel kedua merupakan kisah dongeng jadi tajuknya pun ada ciri-ciri cerita dongeng la   ye sedara sedari, iaitu Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib. Macam best je kan. Aku sendiri pun nak tahu kisah ni.


Novel ni masih dalam proses tertentu so aku pun tak tahu lagi hasil keseluruhan cover macam mana sebab aku cuma buat ilustrasi puteri tu. hehe.


Kepada yang dah tahu macam mana rupa kulit muka depan novel pertama iaitu Aku Mahu Jadi Hijabistar : Hijab dan Star Tidak Mungkin Bersatu (sub blurb), boleh la korang dapatkannya nanti ya.


Blurb ni maksudnya short description of the book. Kena baca dulu barulah faham ceritanya.




Novel kedua pulak dah diberikan teaser kat facebook. Kak Ain Maisarah ada upload teaser novel kedua tu di facebook.


Tak sangka pulak ada rakan blogger (Zakie dan Ayie) dan pembaca yang teka lukisan tu aku ke yang buat. Pandai betoi meneka. Hehe.



Ni yang tetiba nak rasa terharu ni. Bukan aku yang like komen-komen tu. Korang boleh tengok di fanpage kak Ain Maisarah.


Kepada peminat novel, korang boleh la dapatkan novel-novel ini di PWTC yang bermula pada 24 April 2014 hingga 4 MEI 2014. sebab ada pesta buku! Yeay! Aku harap dapatlah pergi nanti. Kot kot ada yang nak minta autograph ke. bahahah. Amboi.





Header dan template 2014

Dah lama aku guna template putih nak suci untuk sekian lama so tahun 2014 ni teringin nak merasa design lain. Dalam beberapa hari ni korang pun dah tengok header dan template baru ni kan? Ha ni baru nak cerita fasal ni.


Aku lama dah dok aim Azhafizah untuk buat benda ni jadi aku minta khidmatnya. Macam biasalah aku ni suka benda simple tapi menarik. Kabor je nak letak apa, warna apa, Azhafizah akan realisasikan.




Aku sangat suka suasana kat workstation macam ni. Nampak sungguh profesional. hehehe. Aku jarang guna warna-warna macam ni sebab tu nakkan kelainan.

Dari header, template, sidebar sampailah ke footer memang aku cukup puas hati. Apa yang penting, simple. Bila dah siap macam ni, bertambah semangat nak buka blog.

Dulu masa aku ada photoshop, rajin la buat header. Sejak guna netbook ni, tak dapat nak install macam-macam. Kang hang la apa la. Tinggal nak dapatkan MAC je ni. Hadiahkan la kek den....kekeke.

Terima kasih kepada Azhafizah sebab merealisasikan apa yang saya nak dan sangat-sangat puas hati dengan hasil dan kerjasama yang diberikan... :)

Kepada yang berminat nak dapatkan header dan template menarik, boleh terus ke websitenya di,






Selain tu Azhafizah juga ada buat macam-macam jenis tempahan macam ;

Full template Blog/Header Blog/Footer Blog/Watermark/Logo/Facebook Cover Page/Vector Potrait/Vector potrait+Printed+Frame+post/Kad ucapan/Kad Kahwin/Bussiness Card/Name Card/Sticker/Flyers/Pamplets/Banner/Photoprops



Kartun by nurdaniub (den la tu)
Header dan template by Azhafizah



p/s : best tengok kreativiti orang ni.


The doodlers 2014 calendar!

It's best to have a cute calendar and put in a place that you can see it everyday,kan? We have them! In our cute calendar, ''Wall of Cuteness and Inspiration'' yang menggabungkan 10 pelukis doodle dalam Malaysia, you will find all the cute illustration/doodle for each month. Ada kata-kata motivasi, resipi dan lukisan-lukisan yang sangat cute.

Ha kalau nak tahu, projek ni dijalankan hasil cetusan idea kreatif daripada Niexyza Hassan. Aku cukup teruja sebab ramai otai mendodol lukisan terlibat dalam projek ni antaranya CCI, Merahitujambu, Kiru Magu, Kak Nor Abdullah dan ramai lagi.



Keychain biskot daripada cik Biskot Cikot untuk hiasan je :p




Seronok ada dalam projek kalendar ni sebab semua bagi komitmen dan aku tabik pada Biskot Cikot, Mel Amalina dan lain-lain sebab penat lelah nak urus nama-nama, bayaran, pos etc etc tu dengan izin Allah akhirnya berjaya.


Sampaikan jualan kalendar ni dah ditutup. Temporarily out of stock. Macam pisang goreng panas! Serius tak sempat nak share dalam blog. Ada jugak yang nak tunggu stock baru. See? Terkezut den. 


Aku sendiri tak sangka sambutan sampai macam ni so kalau ada stock lebih, kitorang akan bagitau tapi perlu dikaborkan, tiada cetakan terbaru. Tak banyak stock yang ada. Sorry :(




Kelebihan? There are so many different styles of the printables calendar and this cute calendar will look beautiful on your desk macam lukisan daripada Kiru Magu ni.



Macam lukisan daripada Dysha Sahhir ni pulak, korang boleh la warnakan dikala melandanya kebosanan. Kreatifnya beliau sebab ada aktiviti disitu.




Daripada Mel Amalina. Simple tapi comel gila!


Doodlers yang terlibat dalam menjayakan projek ni ialah,








Aku 'jaga' untuk bulan Mei. Macam biasa la, aku ni jenis suka sesuatu yang simple, so rekaan pun simple. hehe. Harap kata-kata motivasi tu dapat menyedarkan kita ya :)




Terima kasih kepada yang sudi beli kalendar kami ni dan harap kalendar dah selamat sampai ke tangan anda bersama gift untuk 10 pembeli terawal. Do tag us yo! Feedback anda penting untuk kami perbaiki pada projek akan datang. Selamat menikmati doodles :)


I hope you all have a wonderful 2014 and thank you so much!


Diskaun 15% untuk anda!

Macam-macam jenis tudung ada jual dipasaran. Sampaikan aku sendiri rambang mata nak pilih. Selalunya nak beli tudung mesti akan tengok pada design dan harga. Paling best kalau design cantik, harga murah pulak tu. Lagi best kan?


Jadi, di Tudung2U korang boleh dapatkan pelbagai jenis tudung dengan harga yang berpatutan dan semestinya berkualiti. Jom cuci mata.



Shawl labuh

 shawl halfmoon chiffon | 3tone | RM22




Shawl labuh chiffon polka dot | RM22




Aina shawl labuh chiffon 3 tone | warna hijau | RM39.




Anita shawl labuh satin | corak 4 | RM20





Tudung segi empat

Anita tudung segi empat | corak 7 bidang 50 | RM20




Laila tudung segi empat | corak 9 | RM15





Tudung bawal


Assyura tudung bawal Kelantan | tone | sulam bunga cekik tepi batu coklat | RM34




Tudung bawal Kelantan No.1 Batu cekik tepi | RM33





Tudung awning


Nurin tudung awning lycra corak purple tiga | RM20





Tudung awning chiffon Layer Plain Bunga batu | RM34





Anak tudung



Anak tudung ninja hitam pada harga RM6




Sofea anak tudung awning cotton eksklusif hijau pada harga RM19







Selain menjual tudung dan anak tudung, Tudung2U juga menjual pelbagai rekaan kerongsang, antaranya macam kat bawah ni,



Kerongsang


Kerongsang Love- Purple RM12.00 | Kerongsang Purple RM7.00 | Kerongsang Love- Pink RM15.00



Kepada pembaca blog Younique Nurdani, korang boleh la dapat diskaun bernilai 15% pembelian di Tudung2U ! Masa nak beli, sila sertakan sekali kod voucher dibawah,


AMH2013



Voucher ini sah sehingga 31 Disember 2013 


Banyak lagi tudung yang ada macam-macam warna dan corak. Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat dapatkan tudung yang cantik lagi murah di Tudung2U yang juga merupakan salah satu kedai online tudung terbesar di Malaysia.


| www.tudung2u.com.my |


Tiago holsi

Selain menggemari lukisan daripada brader The Sharkox, ada seorang lagi illustrator hebat yang aku mula minat untuk follow setiap lukisan yang dia update dekat instagram.


Namanya Tiago Holsi, 32 years old from Brazil. He graduated in graphic design from Pontificia Universidade Catolica de goias (PUC-goias).




Suka tengok header ni.


Dia suka lukis secara free hand dan menggunakan photoshop untuk mewarna on the original trace. Kalau aku pulak, terus lukis je dekat SAI. Takda nak sketch kat kertas dulu. Lain orang lain cara kan? Tapi memang hasil Tiago Holsi ni lebih cantik dan kemas. Kalah den. hehe. 



"I always try to vary styles illustration, vectors is a technique that I use constantly. When I want something cleaner, or when I see that the client task lots of changes, the solution is vector.", beritahu Tiago kepada aku.




Ace Venture Dead Detective - Paper cut by http://holsi.blogspot.com/ (artworks)



Lukisan-lukisannya banyak dipengaruhi oleh Scott C, Will Eisner, Mauricio de Sousa, Winshluss etc. Bila aku google untuk kenal salah seorang artis-artis tu iaitu Scott C, memang aku cukup kagum. Rasanya boleh dijadikan inspirasi jugak.


Tiagoholsi also like to inspire in pop culture movies and TV series especially horror movies and zombies. Sebab tu lah kebanyakkan lukisannya lebih ke arah zombie. Kalau follow instagram dia, zombie sentiasa memenuhi ruang.



Aku pernah lukis watak zombie pun sekali je tapi tak seseram zombie Tiago ni la. eheh. Tetiba rasa macam nak lukis zombie seram nak meninggal pulak lepas ni.




Bookmark

Takut tak? takut tak? Lebih seram daripada aku punya zombie. Tak boleh jadi ni. hehe.






Ini baru beberapa lukisan Tiago. Lebih banyak karyanya yang boleh dilihat dan dijadikan inspirasi. Aku follow instagram dia agak baru la jugak dan memang suka tengok karya miliknya dekat situ. Dia dah banyak hasilkan paper cut dan lain-lain jenis artwork yang kreatif. Ada jugak yang dijadikan fridge magnet.


Banyak lagi lukisan daripada Tiagoholsi yang korang boleh tengok di blog atau instagramnya seperti di bawah.



Website ~ Tiago Holsi






Hubungi saya di sini


Assalamualaikum dan hai.


Dah lama sebenarnya nak tukar nama email baru with a better username, lebih formal and make it easier for others to remember, perhaps. Sebelum ni guna ckecikcomeldani@yahoo.com sebab masa tu tak tahu dah nak guna nama apa. Hahah.


Macam perasan comel pulak padahal tak pun. kehkeh. Sekarang dah buat email baru. Ha lagi senang nak ingat kan?


Please do not hesitate to contact me at nurdaniub@yahoo.com if you require any further information, questions, comments, review ke, sponsor ke or suggestions. Email lama dah tak digunakan lagi.


Harga diskaun sempena Syawal masih berlangsung iaitu  :


RM20/illustration untuk dewasa dan  ;
RM15/illustration untuk kanak-kanak/bayi. 


Start je bulan Zulkaedah, harga kembali normal iaitu RM25/illustration untuk dewasa dan harga kanak-kanak/bayi ialah RM20/illustration. Ikutkan status terkini, tempahan masih ditutup. Minta maaf untuk tu sebab rushing siapkan tempahan sedia ada dulu.



ok back to work. more illustrations to go.


Siapa nak kad raya?

Hai. Korang tahu tak hari ni hari apa? Ya! Hari ni hari Isnin. Hari lemau untuk sesetengah orang, macam aku. ngaaa..


Memandangkan dah nak dekat raya ni dan ramai akan pulang ke kampung/tempat beraya masing-masing, aku nak pos cepat-cepat kad raya kepada enam orang pembaca terpilih blog ni.


Sebelum ni aku cuma pos kepada bloggers dan top 10 commentators je kan? Alhamdulillah ada kad lebih (saja buat lebih hari ni) jadi nak berikan kepada pembaca.




Kad raya jenis timbul.


Ada yang berminat? Kalau boleh nak pos hari ni jugak atau paling lewat esok. Jadi, sesiapa yang nak kad raya, apa yang korang perlu buat cuma tinggalkan komen berserta reason kenapa nak kad raya ni. Enam komen terbaik akan dipilih.


Bagi yang terpilih (lepas aku moderate dan respon komen) diminta cepat-cepat baca balik bahagian komen untuk tahu siapa terpilih, kemudian email nama penuh, nama pena blog, url blog dan alamat dengan kadar segera selewat-lewatnya malam ni atau awal pagi esok ke ckecikcomeldani@yahoo.com.


Kalau yang terpilih tak buat seperti yang diminta selewat-lewatnya esok pagi, automatik akan diberikan kepada orang lain. Sebab nak pos paling lewat esok je. Lepas tu i nak beraya. hehe.


Sekian :)



UPDATE ( 1 Ogos 2013) : Enam orang pembaca sudah dipilih tapi lagi seorang pembaca belum berikan alamat. Terima kasih sudi komen. Kad raya akan sampai selepas cuti raya. Harap maaf dengan kelewatan. Nak buek acano..musim raya. Tapi yang pasti kad raya akan sampai.


Top 10


Benda ni aku letak sebab nak tengok siapa 10 yang paling banyak menyumbangkan komen dekat blog ni. Terima kasih diucapkan. Anda telah dipilih untuk menerima kad raya. Clap! Clap! Dah lama sebenarnya tak pasang benda alah ni.


Kepada yang lain, terima kasih juga sebab singgah dan komen. Tak bagi kad raya tak bermaksud tak hargai.
Ada kelapangan nanti, aku cuba la buat giveaway ke. Nak cari sponsor. Itupun kalau ada. ngaaaaa..


Baru-baru ni cuba pasang widget top commentators tapi tak keluar langsung dekat sidebar. Jenuh jugak google tutorial yang ada tapi tak berjaya sampailah aku nampak entri terbaru daripada blog AkuBahrain fasal perkongsian widget yang dia dapat daripada satu blog.


Kod html memang lebih panjang tapi apa yang best, ada gambar pengkomen. Sesiapa nak jugak widget macam ni, boleh ke blog AkuBahrain untuk maklumat lanjut.


Menjawab persoalan kenapa kepala mesti besar



Hehehehehehehe. Sejak aku lukis ilustrasi berkepala besar, ramai tanya soalan sama.


Kenapa eh kepala mesti besar?


Sebab aku suka tengok karikatur. Kepala besar, badan kecik, kaki lagi la kecik. Nampak comel dan style. Itu bagi pandangan aku la. Lagipun masa aku cuba cari identiti lukisan sendiri dengan harapan orang akan kenal lukisan tu siapa buat, jadi aku cuba eksperimen banyak kali sampailah dapat satu ilustrasi lelaki dan perempuan macam sekarang ni la. 


Disebabkan aku jenis sukakan kelainan, aku eksperimen lagi untuk hasilkan sesuatu yang lain daripada lain. Lain la harapnya.


Bila ramai bagi respon dan mula kenal lukisan tu, aku rasa bersyukur sangat sebab dengan izin-Nya, dapat jugak aku realisasikan impian aku iaitu identiti sendiri. Macam Cik Dil, Aujinz Si Lanun Ranggi, dan Tangan Punya Kerja, orang dah kenal lukisan diorang macam mana. 


Sama jugak macam pelukis-pelukis lain. Kalau nak list kat sini memang penuh la.


Jadi, kepala besar badan kecik ni adalah gaya mutu keunggulan aku. Tapi pernah jugak customer minta bahagian kepala nak nampak normal. Dengan penuh rasa tak kisahnya, aku resize kepala. Tak ada masalah pun untuk itu.


Cuma yang sedihnya, pernah jugak aku kena gelak kaw-kaw sebab lukis kepala besar ni. Ada jugak aku tetiba rasa kecewa, rendah diri dan tak bersemangat. Macam nak tutup blog pun ada. woh..ekstrem. Masa tu aku tertanya, perlu ke perlekeh apa orang lain buat sedangkan benda ni tak menjadi satu masalah negara pun? 


Tapi tak boleh nak layan sangat komen-komen macam tu sebab lain orang lain pendapat. Tak boleh la expect 100% orang akan suka gaya tu. Cumanya, cara komen tu biarlah tak merendah-rendahkan sampai memalukan orang lain. Kan ada adab menegur. Heheh. Kesimpulannya, hormati perbezaan.


Positifnya aku....macam tak percaya. Hehe. *tepuk bahu sendiri.


Sekian.

 

Perkongsian yang seterusnya

Rasa dah lama sangat tak buat tutorial melukis ni. Ada la jugak cuba sediakan tutorial tapi mesti tersangkut tengah jalan lepas tu blank terus. Tak tahu la kenapa. Lepas ni aku nak buat tutorial melukis yang mudah semestinya guna Microsoft Office Excel. 


Kalau lukis guna Paint Tool Sai tu, aku cuma boleh ajar teknik bagi lukisan macam seakan ''hidup'' macam bunga, bibir dan lain-lain. Harap-harap dapat buat. :)


......dan harap ada semangat untuk buat.


Tu je nak cerita. hehe.


Jualan bookmark dan button badge



Hari ni bermula jualan bookmark dan button badge di butik Rina Salleh Clothing dekat Seksyen 7, Shah Alam. Boleh la dapatkan disana ya. Setiap satu berharga RM3. :)


Goodbye panda eyes

masalah lingkaran gelap bawah mata dan kedutan


Nak buat review fasal produk muka ni memang rasanya tak layak kot. hahah. Tapi aku cuma nak review produk ni sebab nampak keberkesanannya. Sebelum ni ramai tegur muka macam panda sebab bawah mata gelap gelita, kulit muka kusam dan nampak menyedihkan macam kena tumbuk. ngaaaaaa...


Tambahan pulak dulu aku suka pakai eyeliner. Teknik melukis eyeliner pun masuk kategori violent sebab tu jadi kedut. Kalau nak tahu teknik betul bila pakai eyeliner, sila search di youtube.


Beberapa tahun lepas pulak, aku study tak kena gaya, akhirnya penat lelah tu boleh nampak kat bawah mata. Heh. Sampai ke alam pekerjaan aku tak jaga waktu. Lewat pagi asyik melukis je. Ramai staf tegur muka nampak letih, macam tak cukup tidur blablabla. Itu semua membuatkan aku jadi rimas. Hoh hoh. 


Dah macam-macam aku usahakan. Tidur awal, tempek timun, tomato, cold teabags, beli produk itu ini. Entah kenapa masih sama je. Sampailah satu hari tu masa tengah cari scrub dekat Watson, ada promoter wanita dalam lingkungan akhir 30an ni cadangkan aku satu produk yang dia sendiri pakai since remaja lagi. Memang kulit dia lawa. Paling penting, without make up.



Akak tu perkenalkan ini..



Youth Code Rejuvenating Eye Essence.


Beli yang 15ml je sebab nak try dulu macam mana hasilnya nanti. Alhamdulillah dengan izin Allah lepas aku pakai benda ni (on a clean face) in one drop per use for both eyes (guna ring finger) bawah mata makin ok.


Botol ni nampak je kecik tapi boleh tahan dalam 3 bulan tapi ikut kuantiti yang digunakan.  Aku pakai ni pun dah nak masuk bulan kedua. Sekarang tinggal lebih kurang 7ml. Dia absorbs very quickly into the skin.


Makin lama gelap dan kedutan dekat area mata berkurang dalam masa 4 minggu. Hanya mengurangkan, bukan hilang terus. Boleh dapatkan dekat Guardian, SASA, Watson dan mana-mana tempat yang ada jual benda ni dengan harga RM34.90. kot.


Teaser for Raya 2013


Dah nak dekat puasa nanti mesti ramai mula beli kain untuk raya kan. Sekarang pun dah ramai beli kain pasang. Macam-macam jenis baju ada. Peplum, mini dress, kebaya, fishtail etc etc. Kain pulak macam-macam jenis dah sekarang. Ombre tak ombre. 


Macam ilustrasi atas ni, memang aku suka. Nampak comel dan bergaya. Ini tempahan daripada Liyana Zainal untuk teaser raya tahun ni. Banyak lagi design yang ada so korang boleh terus ke link dibawah yang telah disediakan. Boleh tempah cepat-cepat. Aku pun dah rembat sepasang sebab cantik sangat terutama mini dress



Client : Liyana Zainal (Malaysian)
Type : Online shop (custome tailoring)
website : Liyana Zainal
instagram : @itsnanalahboutique 
facebook : Its Nana Lah

Illustrator : nurdaniub.blogspot.com / @dani8dania (instagram)






Tempah awal-awal senang.

Little postman

Sila lihat di bawah ini.


Kadang-kadang bila stress dengan kerja, aku mesti buka Odopod / Odosketch ni untuk melukis. Entri sebelum ni ramai tanya apa benda Odosketch ni kan, jadi macam yang korang lihat lukisan di atas tu, itulah Odosketch. 


Tempat melukis secara digital dengan warna yang minimum dan tak boleh pilih saiz 'berus'. Dalam 'canvas' tu korang kena pandai-pandai menggunakan warna sedia ada dan hasilkan satu artwork yang awesome lagi awesome.


Mula-mula aku lukis dekat situ pun memang tak tahu nak buat macam mana sebab warna dia tak banyak sangat plus aku cuma ada tetikus dengan touch pad dekat netbook ni je. Kalau ada tablet lagi best kot. Nak banding guna tetikus dengan touch pad, aku lagi selesa guna touch pad lah untuk lukis dalam tu sebab lebih mudah nak control.


Di Odosketch, korang boleh tengok karya yang featured yang memang hebat gila lukisan diorang sampaikan kadang-kadang aku tak expect pun boleh lukis macam tu. Memang hebat. Kalau nak banding dengan aku, jauh sekali la. Karya paling hebat pernah aku buat setakat ni, lukisan atas tu la. hehe. Ala-ala inggeris gitu.



Lukisan tu pun bukanlah aku main buat je, tapi aku rujuk dekat aku punya Victorian Photograph Album. Disebabkan takda idea nak lukis apa, aku rujuk je lukisan tu dan cuba lukis di Odosketch. Lepas lukis, korang boleh preview balik. Nanti dia akan tunjuk quick drawing . Terus nampak macam cool gila.



Paling bengang bila tak boleh nak save lepas dah siap lukis. Kalau boleh save dekat akaun aku tu, kot kot la featured antara lukisan paling best ke kan. heheh. Nak jugak merasa. Namun begitu, tak dapat featured pun takpalah, tapi dapat jugak aku ambik code. Sila tengok di bawah atau klik di sini in case tak keluar menatang tu. Quick drawing.



Odosketch
My account : dani8dania
-Little Postman-




Sila lah sign up dan melukis! :)


*jawapan untuk entri sebelum ni ialah, 'walaupun ada orang yang ingat kita tak boleh buat, kita buktikan pada mereka yang kita boleh buat'.
 

Ilustrasi untuk dijual


untuk dijual (bookmark)
Disebabkan ramai jugak buat permintaan nak ilustrasi daripada koleksi baju kak Rina ni, aku dengan suka hatinya buat lagi jualan. Ilustrasi (printed materials - 50 copies only.) ni hanya boleh didapati di butik Rina Salleh Clothing di Seksyen 7, Shah Alam dalam masa terdekat.


Nanti kak Rina Salleh akan update di IG beliau, Rina Salleh Clothing. Mohon follow untuk tahu update-nya ya. Hehe. Bagi yang takda instagram, aku akan umum di blog kalau sempat. Bergantung kepada masa dan keadaan aku. Takut janji  tak ditepati. Heh heh.


Setiap satu ilustrasi ada 10 keping. Aku sebenarnya tak expect pun akan ada permintaan lagi sebab masa tu buat sikit je sebab nak test market dulu.



Ilustrasi yang akan dijual ni dalam bentuk bookmark pulak. Ada...ha itu rahsia. Tunggu siap dulu la ye.



Di butik kak Rina hari tu. Tujuan nak ambil bekas jualan yang digunakan masa opening kak Rina punya butik hari tu, so alang-alang dah ke sana, merewang la mata tengok baju. Rambang mata baq hang. Disebabkan nak cepat, sempat la grab satu blouse. Hehe. 


Lepas kak Rina update mengenai ilustrasi tu, cepat-cepat dapatkan di butik kak Rina ya. Alhamdulillah kak Rina nak tolong jual di butiknya. Senang pembeli nak dapatkan ilustrasi terhad di sana. Kalau ada lagi permintaan, insya Allah aku akan buat lagi untuk koleksi kak Rina yang terbaru. Terima kasih :)

Bantuan sumbangan


Bantuan Sumbangan 1

Meminta jasa baik semua agar dapat membantu meringankan beban keluarga ini dengan menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas kepada ibu bapa dua beradik ini.

Bayi di dalam gambar sebelah kiri menderita sakit paru-paru berlubang. Kakaknya Mimie di dalam gambar sebelah kanan berusia 5 tahun menderita penyakit ITP Kronik. Sekarang sedang menunggu tarikh untuk pembedahan membuang limpa.

Pembedahan akan dilakukan di hospital universiti PPUM.

No Tel: 017-2117479 (Nasri)
No Akaun: 156057226059 (Maybank, atas nama Aisya)


Bantuan Sumbangan 2

Ibrahim Yap Abdullah ialah seorang mualaf yang memeluk Islam beberapa tahun lalu. Akibat masalah dalaman, beliau menanggung hutang yang bukan dibuat olehnya bernilai puluhan ribu ringgit yang menyebabkan beliau tidak mampu membayar sewa rumah, dihalau keluar dari rumah, terpaksa menjual segala harta termasuk kereta dan motor.


Kini beliau menghadapi 2 masalah, pertama iaitu pendapatan bulanan sebanyak RM480 (gaji) dan sumbangan dari baitulmal RM500, yang tidak mencukupi baginya dan anaknya, dan masalah kedua, anaknya menghidapi penyakit alahan kulit melampau, di mana ia mengelupas dan berdarah, menyebabkan anak kecil itu sakit apabila terkena air khususnya ketika mandi.


Rawatan diperlukan di hospital pakar dan pastinya menelan ribuan ringgit.

Keratan Harian Metro di gambar kiri adalah bertarikh 3 Februari 2011.

No Tel: 017-6368583 (Ibrahim Yap)
No Akaun: 12092022865277 (Bank Islam, atas nama Ibrahim Yap bin Abdullah)





*info daripada sepupu dan dikongsikan di sini. Bersama-samalah kita membantu mereka.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah