Showing posts with label Ilustrasi blogger. Show all posts
Showing posts with label Ilustrasi blogger. Show all posts

Ezan dah kahwin..


Tahniah Ezan eh Puan Ezan (poppetedma.blogspot.com) sebab dah selamat jadi isteri kepada Encik Nazrol baru-baru ni. Agak kesal sebab Ezan potong aku dulu. ngaaaa.. tak boleh jadi ni.

Lukisan tu ditempahnya untuk dijadikan bunting perkahwinan dan Ezan request nak berpakaian pengantin sambil posing atas vespa. Oh ha ah, tapi untuk bunting tu  Ezan letak yang baju pengantin warna biru. Kiranya dua design la.

Ezan just bagi gambaran dan contoh je jadi pandai-pandailah aku bayangkan macam mana. Korang yang lebih kurang macam ni tapi takda contoh, bolehlah google untuk aku jadikan gambaran..begitulah ceritanya.

Kepada pengantin baru ni, maaf tak dapat hadir hari perkahwinanmu sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sebenarnya nak bagitahu ni Zan, awok nampak cantik comel sangat dalam busana perkahwinan tu lagi baju sanding. Mana tempah? hehehe.


Tahniah tahniah tahniah! Semoga bahagia!


Mom to be


Pertama sekali, tahniah kepada rakan blogger, MerahItuJambu yang dah pregnant! Weee seronoknya tengok rakan-rakan blogger yang dah jadi isteri, ibu macam Yuyu Zulaikha, Kak Nieyxzha and ramai lagi. Tumpang gembira.


Pasangan dalam gambar tu ialah Athirah (MerahItuJambu). Mesti ramai kenal punya wanita yang lukis doodle comel-comel ni kan. Kepada Athirah, semoga sihat dan dipermudahkan urusan. Jaga kandungan baik-baik. Tak sabar pulak nak tunggu Athirah bersalin nanti. MIJ junior. hehe.


Ada sesetengah rajin bertanya,

bila nak kerja?
bila nak kahwin?
bila nak ada anak?
bila nak dapat cucu?
bila nak dapat cicit piot blablablabla?



kita merancang, Allah yang tentukan. janganlah asyik bertanya. Ramah mesra tu salah, tapi kalau soalan mengundang duka, nanti sakit hati orang yang ditanya tu walaupun terpaksa jawab jugak demi nak jaga hati. Penyoal pun kena tahu menjaga hati orang lain kan kan? Doakan semoga dimurahkan rezeki. ok? :)


Fatin Liyana

Ilustrasi Fatin Liyana


Ha besar gedabak aku taruk lukisan. Baru rasa puas hati nengoknya ha. hehe. Dulu masa aktif sangat dengan MS Excel aku ada la cuba lukis vector beliau tapi memang tak menjadi pun. Tak la kata lukisan kat atas ni menjadi, at least lukisan ni lebih ok daripada yang dulu.


Dalam banyak-banyak gaya fesyen beliau, aku pilih gaya ni sebab ada kelainan sikit. Sempoi. Ini ilustrasi muka kartun iras-iras so tak la sebijik. Kira ni boleh dikatakan style aku la. hehehe.


Ok ada masalah baru untuk tahun 2014. Keyboard buat hal. Nombor 2 dan 4 dan juga huruf w,s,g,x dan h tak boleh nak tekan. terpaksa la taip guna keyboard kat skrin. hoho. nak kena tukar ke Mac rasanya ni. kopak.
 
 

 
siapa kata desktop orang pempuan serabut? ni bukti. heheh :D



Ilustrasi Syira Lokman

Tempahan daripada Syira Lokman (blogger)


Pertama kali tengok gambar dari Syira ni kan, aku terus berkenan tang skirtnya yang flowy. Aku memang suka macam tu. Kata Syira, dia beli di butik Padieka Raccolta. Nama butik pun sedap and unik. 


Open order online 24 jam setiap hari. Ha boronglah pukul berapa pun. Aku ni pun jenis manusia tidur lewat. hih hih hihhhhh. Ok dah bookmark websitenya.


Kalau nak tahu lanjut fasal kain tu, cer kamu klik dekat sini.



*Buat masa ni tak dapat nak terjah blog rakan-rakan lain sebab internet alahai slow nak mamsss. Dah laju kemain nanti, aku terjah la blog kome semua yop yong.


Tempahan daripada datin

Sebelum ni aku dok baca blog datin and follow instagramnya. Kenal kan datin mana yang aku maksudkan? Ala....si datin tu! Najahtul Iylia. Apa yang menarik minat aku tentang datin ni ialah dari segi keyakinannya dan sentiasa 'makan' gambar. Maksudnya gambar mesti cantik. Aku suuuuka sangat.


Dalam dok minat-minat, dok tengok-tengok datin, tak sangka pulak datin berminat nak dapatkan ilustrasi fesyen sendiri daripada aku. Datin ni memang pandai bab bergaya ni, sama la macam kembarnya iaitu kawan baiknya sendiri, Fatin Liyana.


Berbekalkan gambar yang di-emel,



ini le hasilnya..
sayalah si datin tu. Najah.

Paling suka tang shawl dan handbag Chanel. Itu favourite aku untuk lukisan kali ni. Bahagian muka tu aku tak ikut gambar asal yang datin bagi sebab tak berapa clear, so aku google gambar close up datin lepas tu baru lukis balik (tanpa tekap).


Bentuk bibir, mata dan lain-lain tu kena lebih kurang sama. Dalam teknik ni, aku guna teknik tenung gambar asal dalam 5 saat, fahamkan bentuk dan apply pada lukisan.



Lukisan ni iras-iras customer so taklah sebijik. Janji mengekalkan kekartunannya (eh, pun ado?kahkah) dan ada identiti customer dalam lukisan yang dibeli. Alhamdulillah datin suka dan berpuas hati. Tak susah pun nak bincang dengan datin. Lagipun kepuasan dan keunikan adalah keutamaan. Customer happy, aku senang hati.





~Easy Paint Tool Sai | Datin Najah | Fashion Illustration | December 2014~


Polka dots

Assalamualaikum dan hai.


Kepada yang memang minat fesyen, suka baca Malaysian fashion blogger punya blog, lookbook dan lain-lain tu mesti kenal siapa dalam ilustrasi ni. Bahagian muka mungkin tak menjadi tapi at least orang cam pakaian dan style shawl takpun cara senyumannya. 


Sebelum ni aku pernah lukis puan blogger ni dan aku ubah tang muka bagi jadi lebih kurang muka sebenar.




LOOKBOOK : When red meets polka dots / Liza Razak / illustration - paint tool sai.



Caption dah bagi jawapan. ngaaa..


Kali ni aku fokus kepada corak polka dots pulak. Suka tengok outfit of the day (ootd) dalam lookbook. Lookbook ni bukan fokus kepada fesyen wanita je, lelaki pun ada.


Aku ada follow ootdmen dekat instagram sebab nak dapatkan idea untuk fesyen lelaki. Nak perbaiki skill bila lukis fesyen lelaki untuk lebih macho lagi bergaya. eheh.


Tak dinafikan aku lagi suka lukis fesyen wanita sebab banyak aksesori, boleh calit lipstik sikit, eyeliner sikit dan kebanyakan yang buat permintaan pun ialah golongan wanita jugak. Lelaki jarang-jarang nak ada koleksi kartun fesyen sendiri ni. Wanita kan suka benda-benda comel. Betul ke tidak?




LOOKBOOK : L'pois et le Palazzo / Liza Razak / illustration - paint tool sai


Penerangan jelas fasal brand pakaian boleh la dilihat dekat lookbook Liza Razak seperti link pada caption di atas.

 
Nak bagitahu kepada yang nak lukisan macam atas tu, tak perlu bagi gambar posing macam model pun takpa, janji gambar jelas. Pandai-pandailah den adjust bagi ada gaya. InsyaAllah. Tapi tempahan baru ditutup. Apa-apa sila tengok dekat banner kat bawah header blog ni. 
 
 
Terima kasih dan sekian... :)



Shea, fesyen dan ilustrasi


Paint Tool Sai / sketch / fashion illustration / artwork August 2013


Sesiapa yang dah lama mengikut blog dan instagram ni mesti dah sedia maklum aku ni suka sangat lukis ilustrasi fesyen daripada Shea Rasol yang mana Shea adalah antara ikon fesyen muslimah yang aku suka tengok.


Dekat instagram ada yang pernah tanya aku guna application apa untuk buat benda ni. Siap minta share apps apa lagi. Huhu. Fyi, lukisan tu tak guna apa-apa apps. 


Aku lukis secara digital melalui netbook dan tetikus je. Takda tablet pun. Sedih kan. ngeheheh. Buat masa ni selesa guna tetikus. Sedangkan wartawan yang interview aku dulu tu pun terkejut bila dapat tahu aku buat guna netbook je. Ingatkan guna tablet katanya.


Tempat melukis aku guna Paint Tool Sai (SAI). Lebih mudah daripada Photoshop. Mohon google kalau nak tahu lebih lanjut. Ilustrasi macam kat atas tu aku lukis sepenuhnya guna SAI. Daripada kepala sampailah ke kaki. Untuk lukisan lain aku gunakan Excel.


Memang ada apps yang boleh tukar gambar real jadi kartun, tapi bukan lukisan aku ni lah sebab yang tu memang kena lukis sepenuhnya sendiri. Sebab tu ramai macam salah faham dan tak nampak gambaran. Harap jelas di sini.



Sekian.


Ikut keselesaan

Ilustrasi Shea Rasol / Paint Tool Sai - artwork July 2013


Sekarang aku suka keluar pakai long/maxi skirt macam ilus kat atas lepas tu gabung dengan top yang jenis larger size, flat shoes and beg silang. Tudung samada bawal atau syria awning lembut. Nampak comel.


Antara blogger yang aku suka tengok cara pemakaiannya ialah Maria Elena, Fatin Liyana dan Dena Bahrin. Kalau artis pulak salah sorang macam Diana Amir.


Pernah ada kawan-kawan cakap tak sesuai pakai macam ni sebab badan aku kecik, nanti nampak lagi rendah, gemuk etc etc. Aku terima apa pendapat orang lain tapi bagi aku, you should wear whatever you like, buat kita rasa comfortable, not just what your friends like kan?


Diorang cuma bagi pandangan, kita pilih mana yang baik dan ikut keselesaan.


Size doesn't matter




Ayat yang selalu kita dengar, cantik itu subjektif. Selalunya orang akan senaraikan ciri-ciri cantik tu dari segi saiz badan, lentik ke tak, rupa paras dan lain-lain. Memang setiap orang, lain pandangannya. Kita cakap si A tu cantik, tapi ada pulak kata A tu biasa je. Lumrah. Tak semua akan ada pendapat yang sama.


Tapi sedar tak yang setiap ciptaan Allah tu semuanya cukup cantik cuma ada sesetengah daripada kita yang pandang kecantikan tu dari segi saiz badan, warna kulit dan rupa semata-mata. Kalau badan kurus dicop cantik dan kalau besar negatif pulak pandangannya.



Badan besar ke kecik ke, yang penting kesihatan mesti ok. Lukisan Inannie Ariffin ni dibuat sebab aku sukakan keyakinan yang ada pada diri dia melebihi keyakinan yang aku ada.

''Mak andam''

 Asas lukisan sebelum 'make up'. Klien : Jiji Yu





Selepas proses 'make up'


Lukis gambar orang nak tunang dengan kahwin ni paling untung habaq mai sebab setiap bulan ada je permintaan. Masyuk la sikit kan.


Tapi untuk lukis sama dengan yang asal ni terus terang cakap, tak mudah pun. Lima benda penting kena ada. Doa mudah segala urusan, sabar, mood kena happy. masa dan ketelitian. Kadang-kadang tension jugak sebab tak menjadi. Buat mana mampu sebab aku ni bukan pakar. Buat suka-suka boleh la. Itupun alhamdulillah ada yang berminat.


Nak lukis pengantin ni dia macam main make up make up. Letak foundation, concealer, bedak, eyeshadow sikit, blusher, lipstik, shading, bulu mata etc etc. Mula-mula kena lukis cincai dalam MS Excel tapi biar nampak rupa sikit, lepas tu transfer ke Paint Tool Sai dan mula make up, buang dan tambah apa patut.


Masa nak make up ni la mencabar baq hang sebab asalnya memang takda rupa langsung sebab tu kena pastikan lukisan menjadi ikut gambar asal sebagai rujukan. Hampir-hampir putus asa pun ada lagi-lagi kalau mood ke tasik. Hehe. Apa yang penting, kesabaran tu penting la dan dengan izin-Nya siap jugak.


Pernah ada yang suruh aku edit lukisan sebab tak menepati apa yang diingini. Aku faham dan terus edit balik, tapi....



'Dik, nanti tukar blablabla macam ni macam tu blabla.......ala senang je kan. Ok thanks.'



Gulp. Mungkin dibayangannya tu nampak senang gila kot, tapi hakikatnya tak. Orang yang buat je faham rasanya. Hehehe.

Lencos & Aderecos

O Muslimah Fashion blog voltado para as mulheres que cultivam o amor-proprio eque gostam de estar lindas e charmosas mesmo no dia-a-dia. 


Ha faham? Kalau tak faham, meh nak terjemahkan.


Fesyen muslimah adalah sebuah blog yang menjurus ke arah wanita yang memupuk diri dan kasih sayang serta suka untuk menjadi cantik dan menawan setiap hari. 


Sebenarnya ayat tu daripada blog description Lencos & Anderecos. Aku minta bantuan google translate je pun. ahaqhaq. Pemilik blog ni namanya Andreza Hana daripada Portugal merupakan salah seorang customer yang sudi mendapatkan ilustrasi sendiri secara eksklusif daripada aku yang lukis pun suam-suam kuku kaki ni. Lukisan tak dijual di mana-mana. Hanya untuk pembeli.


Bila dah masuk customer luar negara, tak fasal-fasal aku dah sign up akaun Paypal. Senang jugak rupanya transfer duit guna benda alah ni ke serata dunia dan tak fasal-fasal aku tahu la serba sedikit ilmu fasal pertukaran matawang asing.



Ikutkan gambar asal handbag, cincin dengan gelang mutiara tu tak ada dan aku cadangkan buat tambahan sebab bagi nampak lebih okay. Dah la aku tak pandai bab fesyen, boleh pulak pergi cadangkan dekat someone yang memang bergaya. Hahaha. 


Nasib baik setuju dan diterima dengan baik. Lukisan ni untuk diletakkan dekat headernya macam kat bawah ni.




Comel kan? Terima kasih kepada Andreza Hana kerana menempah dan suka dengan hasilnya. Bukan senang nak buat orang suka dengan apa kita hasilkan.


Illustration by me : nurdaniub.blogspot.com


Orked

 dress Orked by Nurul Wonder Wardrobe / Shea Rasol - fashion blogger / artwork2013


''I have no special talents. I am only passionately curious.''
-Albert Einstein, Theoritical Physicist



In My Shawls

in my shawls
Antara yang menjadi keterujaan utama aku ialah fesyen. Walaupun aku ni bukanlah seorang yang pandai bergaya, tapi bila aku 'gayakan' pakaian tu melalui lukisan, itu dah cukup buat aku berpuas hati dengan diri sendiri.


Kali ni aku lukis Nurfatin seorang blogger daripada Singapore. Kalau tengok blog Fatin ni, boleh tahan laju jari telunjuk aku dok scroll down entri-entrinya. Korang yang dah lama ikuti blog tak semenggah aku ni mesti dah tahu aku suka lukis berkaitan fesyen sebab blog ni macam galeri seni. Nak je buka galeri seni sendiri tapi takut takda orang datang tengok pun. Buat penuh sarang labah-labah dengan dendangan muzik daripada cengkerik je nanti. *negatifnya.harhar.


Kepada kamu kamu ni, sila la ke blog si cantik manis di,


Blog : In My Shawls


Merahitujambu dah kahwin

baju pernikahan

Tahniah Merahitujambu (MIJ) sebab dah selamat jadi isteri kepada Hairull pada 6 April 2013 yang lepas. Ini antara perkahwinan blogger yang paling aku nanti-nantikan sebab temanya simple, 'ringan' dan sangat comel. Aku cukup suka tema macam ni. Ikutkan perancangan memang nak datang majlisnya tapi ada hal tak dapat nak elak. Kalau datang, boleh la menggila tangkap gambar banyak-banyak and rembat semua benda-benda comel tu.


Apa yang best dengan perkahwinan ni ialah kebanyakan benda, MIJ dengan keluarganya buat sendiri. Daripada bunga tangan, hantaran, pelamin, doorgift, candy buffet (yang ni ada aku punya lukisan dekat bird nest), kad kahwin, guestbook, photobooth area, macam-macam. Sangat kreatif. Boleh cut cost dan lebih berpuas hati dengan hasil sendiri. Kalau aku dah nak kahwin nanti, aku akan buat macam MIJ jugak sebab nak cut cost dan bersederhana. Paling penting warna mestilah pastel. Hehe.


Perkahwinan comel MIJ ni korang boleh tengok dekat blog MIJ.



Blog utama : Jika itu yang terbaik
Blog kedua  : Cinta itu jambu
*Boleh juga kalau nak tempah lukisan, bunga tangan dan lain-lain servis rekabentuk daripada MIJ.



Sekali lagi, tahniah MIJ. Semoga bahagia melayari kehidupan berumahtangga.

Dian Pelangi

Dian Pelangi in illustration / #PaintToolSai / #artwork 2013 / #fashionillustration #digitalartwork @dani8dania-insta

Semalam dengan izin Allah aku dapat selesaikan empat lukisan serentak dan terus email dekat pembeli. Tinggal nak print out, potong dan pos je (free gift). Hari ni target nak siapkan semua tapi itu semua poyo. Tak mungkin boleh setelkan semua. Heh.


Cuma ada sesuatu yang buat aku blur dua minit bila melibatkan free gift ni. Niat aku hadiahkan untuk pembeli sebagai tanda penghargaan sebab beli lukisan daripada aku. Makanya, bila sesuatu benda tu dinamakan hadiah, orang tak boleh minta nak itu nak ini sebab ia hadiah. Lain la kalau nak ubah itu ini dekat lukisan RM25 tu. 


Itu takpa sebab you bayar so you deserve dapat lukisan ikut apa you nak selagi boleh diterima akal. Bila melibatkan free gift, dah jadi lain. Itu terpulang kepada pemberi nak bagi dalam bentuk apa. Ada jugak yang minta free gift tu buat saiz besar sebab selama ni memang aku cuma bagi saiz sebesar tapak tangan. Ada jugak yang minta hantar 4 keping. Selama ni memang aku bagi sekeping je. Ada jugak yang suruh print guna kertas berkualiti mahal tu. Macam-macam permintaan lagi. hahahadoi. geleng kepala sesaat dua.


Bukan nak marah, cuma kena faham konsep memberi dan menerima. Itu je. Hehe. Ok, lukisan Dian Pelangi tu tak termasuk dalam tempahan sebab saja-saja je buat. Lagipun outfit Dian ni cantik sangat. Bagi yang tak mengenali Dian ni, dia sebenarnya seorang fashion designer daripada Indonesia yang sangat terkenal. Sila google untuk maklumat lanjut. :)


Have a happy weekend, everyone! I'm going to clean the house. Daaa..

Jiji dan Pelangi


Tahniah kepada blogger Jiji Yu dan pasangannya Pelangi, yang akan melangsungkan hari bersejarah mereka tak lama lagi. Countdown lagi 90 hari. Sebelum ni aku rajin baca entri Jiji terutamanya fasal Pelangi. Cantik sangat.


Jiji ni memang suka tangkap gambar dan semua gambar-gambarnya memang awesome. Itu fasal la dalam ilustrasi ni penting ada Nikon-nya tu. Simbol. Teringin jugak nak minta khidmatnya untuk majlis perkahwinan aku nanti. Ada diskaun untuk aku tak, Jiji? Heheheh.


Semoga segalanya berjalan lancar ye pak Ji dan cik Pelangi dan terima kasih tak terhingga sebab sudi menempah lukisan ni untuk hari bersejarah kome berdua.


Majulah seni untuk semua.

Ms. F tunangan Mr. A

kenapa huruf 'e' itu terjauh daripada huruf lain? ni nak tarik bulu hidung ni. grrr

Tahniah kepada Azhafizah dan pasangan sebab dah selamat bertunang. Suka sangat tengok majlis-majlis macam ni. Benda paling best tengok tang pakaian dengan hantaran la kan. Dari segi pakaian, make up, pelamin, bilik, hantaran, memang cantik. Tak sabar nak tunggu majlis perkahwinan pulak.


Entri penuh berkaitan majlis pertunangan Azhafizah boleh le diterjah dekat,



Semoga bahagia selamanya ya Fiza. Cantik sangat-sangat! :)

Kuning dan terang

ilustrasi Suri Aryani

Warna yang aku sangat jarang pakai atau hampir-hampir tak pakai langsung ialah warna kuning. Sejak dulu lagi memang tak suka warna ni sebab terang. Aku lebih suka warna lembut dan gelap. So boleh la tahu personaliti aku macam mana melalui warna.


Tapi sekarang ni aku dah mula pakai baju warna kuning sebab bila tengok Suri Aryani atau sesiapa pakai warna tu, nampak cantik sangat. Teringin nak cuba pakai walaupun tak suka warna terang. Akhirnya berjaya pakai sekali je sebab rasa terang sangat. ngehngeh.


Dulu suka sangat pakai pakaian warna hitam, gelap-gelap. Bila dah besar panjang ni, warna lebih ke arah pudar pastel. Sesuai dengan jiwa kot.




Ilustrasi Dena Bahrin

hak milik Dena Bahrin.

Ada dua jenis ilustrasi yang Dena tempah. Single dan couple (bersama suaminya). Kalau perasan, bentuk muka dan tahi lalat kat pipi tu, simbol diri Dena


Kalau nak dapatkan macam ni, sila tunggu tempahan dibuka. Tak boleh nak tag semua orang dekat instagram sebab tak ingat dah siapa yang request suruh tag. Jadi, rajin-rajinkan diri tengok update. Hehe. Hint akan diberikan terlebih dahulu. Limit kepada 10 orang sahaja. Kepada bakal pengantin yang nak ilustrasi kahwin, sila tempah 3 bulan (atau lebih) awal sebelum tarikh pengedaran kad kahwin anda.


Prinsip aku tak nak tamak, sebab takut lambat siapkan. Lagipun dalam seminggu ada 7 hari, 5 hari siang bekerja, 5 hari malam berehat, 1 hari half day bekerja, 1 setengah hari cuti berehat. Mohon mengerti. Hukhukhuk.

Lebih kurang sama

rujukan gambar- BELLE OF THE BALL

Dah lama rasanya tak lukis ikut muka sebenar macam ni. Mungkin sebab nak buat jadi sebijik macam asal tu mencabar sangat. Kadang-kadang buat macam ni, tak jadi macam tu pun. Sama macam apa aku dah buat di atas. Hehe. Kalau nak banding gambar asal, banyak bezanya. Tu tanda den ni banyak nak kena perbaiki.


Benda ni semua lebih kurang macam menggugat kesabaran la jugak, plus aku ni tak mahir macam pelukis lain terutama Meg. Meg ni kalau buat lukisan real, memang melampau real. Serius kagum. Dia sangat pandai bermain dengan warna. Blognya, Cheebess Doodle.


Boleh tempah lukisan dekat Meg.Seingat aku, dia guna tablet. Jeles I...hehehehe. Aku guna mouse je buat masa ni. Nanti kalau dah ada duit lebih, teringin jugak nak bertablet ni. Amin...


Kalau pandai main ton warna baru boleh hasilkan lukisan macam real. Ni tengah belajar nak bagi real. Banyak lagi nak kena praktis. Dekat formspring ramai minta buat tutorial lukis jadi real. Alamak...hehehe. Boleh ajar mana termampu je. Kalau real sangat macam Meg tu, tak kot. Aku buat sekadar nampak rupa boleh sikit la. Hahaha. 


Apapun, kunci utama, kena pandai main ton warna dekat bahagian-bahagian tertentu. Lebih kurang macam make up. Nanti kalau tak sibuk, aku cuba la kongsi dekat blog mana yang aku tahu. Maaf la kalau apa aku akan ajar tu tak cantik atau tak menarik. Den boleh ajar mana den tahu je.




*tadi dah semak daftar pemilih untuk mengundi. alhamdulillah dah disahkan dan dapat tahu tempat mengundi. tak sabar nak memangkah. sudahkah anda mendaftar? *iklan. kbai.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah