Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Ampoules


Hai KamuOrang..

Uish..kemain lagi semua berkejar-kejar mau pulang rumah awal ya..al maklum,,Jumaat..Jalan selalunya jem kan..aku sudah berada di rumah..hikhikhik..lecturer bagi balik awal..utk study di rumah..preparation exam Isnin nanti..ahahaha..study ker? Tet! Sibuk basuh baju..sebab esok mau jalan2 cari pasal..kekeke..

Tadi ada terbaca satu post dari blogger cun jelita kebaboom! adik Liyana Mardiana pasal Mask pilihan hati... Patutlah dia jelita dan kebaboom..sape2 nak jelita kebaboon..jom lari2 pegi Watson, Gurdian, SKII atau ape2 la..untuk beli mask dan pakai sebelum tido..aku pun mau try la nanti..Mana tau, dapat kulit selicin adik Liyana Mardiana ala-ala Marimar tu.. :p

KamuOrang penah dengar tak pasal Ampoule? Kalo kamuorang tak pernah dengar, ampoules ni kan ialah sejenis cecair macam essence yang digunakan untuk memperbaiki kulit muka..Maybe orang melayu tak familiar dengan ampoules ni..Ampoules ni sangat familiar dengan orang-orang cina, korea dan jepun (patutlah muka diorang licin aje). Fungsinya ada pelbagai..ada yang untuk hilangkan jerawat, tegangkan kulit, cerahkan kulit, hilangkan bintik-bintik hitam dan macam-macam lagi berkenaan dengan masalah kulit..Ampoules ni pun ada bermacam-macam jenama dan selalunya boleh bertahan 3-14 hari sebotol..Tapi kalo nak cepat berkesan..1 botol sekali pakai ..Harga pun berlainan mengikut jenis dan keberkesanannya...

Kalau kamuorang nak tau, aku pertama kali tau pasal ampoules ni masa aku buat pre wedding-outdoor tahun lepas. Makeup Artist ni pakaikan aku ampoule, tujuannya supaya makeup aku tahan lama even berpanas di luar..make up pun tak retak..Flawless jek...Aku pun dapat terasa, bila pakai ampoules tu..muka tak rase macam pakai make up pun..ringan aje rase..Serious..Malah, Si Make up Artist ni cadangkan aku untuk pakai ampoules ni 2 bulan before majlis untuk nampak kesan yang lebih ketara.. Ermm...memandangkan mase tu budget ketat..al maklum..nak kawen duit pun dah nyawa-nyawa ikan..aku just beli ampoules tu untuk digunakan mase nak makeup berinai, nikah dan bersanding aja...Memang terasa sangat perbezaannya..makeup aku masa berinai, nikah dan bersanding even tebal tak rase tebal pun..Pastu tak retak pun even pakai sampai kul 5!

Selain Makeup Artist Classic Bridal ni yang cadangkan aku pakai ampoules.. Salon Kecantikan MayFair pun gunakan ampoules untuk facial diorang..Aku ada buat facial beberapa kali di Mayfair..dan after kawen (disebabkan hormon yang tak stabil), jerawat mencanak-canak kat muka ni..diorang pun cadangkan aku buat facial plus tambah ampoules memandangkan muka aku ada masalah kulit yang tak sekata dan acne..Tapi kat Mayfair ampoules dia sedikit mahal compare dengan yang aku beli dengan Makeup Artist tu..RM50 compare than Rm30 dari makeup artist classic bridal..Mayfair kan!


Ni la Ampoules..Collagen Ampoules

Kalau kamuorang berminat, bolehla view kat Beauty711.com ni..Ada jual ampoules dengan hanya RM20 jek..Boleh mix the ampoules tau! ada berbagai jenis mengikut jenis kulit dan masalah..bukan jual ampoules je..ada banyak lagi barangan kecantikan yang dijual kat sini,,Oh..senangnya bershopping online..click..click..siap! :)

Jom shopping online!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan TAR itu HEAVEN for SHOPPING

KamuOrang ada baca tak pasal post aku yang ini. Pasal aku dah ketaq lutut nak bershopping sakan tu walaupun duit taklah sebanyak mana pun.. Even duit cume tinggal nyawa-nyawa ikan, tangan ni masih berani mengelik-ngelik online shop yang ada..tak kesahlah di FB mahupun di blog-blog..Sanggup tu aku meng'blog hopping' disebabkan sindrom ketaq lutut aku tu..memang sah demam..memang tak dapat diselamatkan..Ubatnya cuma satu..iaitu SHOPPING!..ngehngehngeh...

Kalo kamuOrang nak tau, antara shopping blog online yang menarik perhatian aku ialah di sini. Banyak lagi sebenarnya online shopping blog yang aku suka jengah..tapi nanti-nantilah aku bagi link ye..Memandangkan aku sudah ketandusan baju dan seluar untuk jalan-jalan..aku pun usha-ushalah baju-baju di sini.. Antara yang menarik perhatian ialah:



Simple je..yang penting..xperlu iron..kekeke

Yang ini pun smart..wane khakis..

Rege dalam RM40-RM45 sehelai!

Nak dipendekkan cerita, kami suami isteri menemani papamama dan makcik-makcikku ke Sogo dan Jalan TAR. Sendat dan padatnya Sogo di hujung minggu, ditambah lagi dengan cuti panjang sempena Labour Day..Semua orang berpusu-pusu nak mendermakan duit diaOrang di Sogo. hehehe..Aku cuma dapat belikan T-shirt dan kemeja untuk suami terchenta..

Selepas diaOrang dah selesai berwindow shopping di Sogo, kitaOrang melintas jalan menyusuri kedai-kedai di Jalan TAR pulak..Korang tau tak apa yang aku dapat? Aku dapat beli seluar-seluar di atas dengan rege yang jauh lebih murah..dengan hanya
RM10-RM15 sehelai! Berbaloi-baloi!

Seronok gila dapat beli barang murah! Bukan tu aje..kami anak dan emak memborong 7 helai inner kualiti baik berbagai warna yang mana regenya hanya RM12 sehelai..Selalunya kat mana-mana kedai yang aku usha..rege standard Rm15 sehelai..kat JB lagila kan..So, aku rase berbaloi-baloi la beli kat sini..Senyum sampai ke telinga la aku bila dapat beli barang murah..heee..

ok bye! nanti lah sambung..en suami dah tunggu di bawah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS