Showing posts with label Merayau-rayau. Show all posts
Showing posts with label Merayau-rayau. Show all posts

Cameron Highland yg TAk Sejuk Pun..

Ahad lepas, kami suami isteri, pegi ke Cameron Highland. Sebenarnya dah lama sangat nak ke Cameron..tangguh punya tangguh..akhirnya menjadi juga trip kami ke sana. Kali ini kami bawa sekali papamama dan abg no-5 memandangkan diorang semua tak pernah ke Cameron. Excited sungguh! Berbekalkan bihun goreng (cheewah)...vroom kami mendaki ke Cameron jam 8pagi . sampai di puncak hampir-hampir pukul 11pagi.. Tempat pertama yang kami singgah ialah Strawberry Farm..kat tempat ni kitorang dapat petik sendiri strawberry di ladang..untuk entry 5 orang + 1kg strawberry..kami kene bayar RM40. Erm..mahal x? Ok la kot..sebab nak feeling petik strawberry punye pasal..kat dalam ladang ni pun kitorang leh makan strawberry sampai kenyang! ye..sampai masing-masing sedawa kekenyangan makan buah strawberry..haha..ala..banyak mana pun tekak ni dapat telan strawberry tu..lebih-lebih lagi kami ni tekak sambal belacan.. :p

Tapi pada aku, bestla pengalaman memetik strawberry ni..yela..nak tunggu peluang ke oversea..bila la pulak kan..Cameron pun jadilah..Cuma keciwa sikit sebab tak rasa sejuk pun bila berada di sana..erm..tak la sejuk sampai berasap-asap mulut bl bercakap..just rasa dingin sikit2 je...senang cite, tak yah susah2 bawak baju sejuk! tak guna pun.... en suami pun dah pesan tak perlu bawak baju sejuk..tak sejuk pun..memandangkan isteri dia degil..heh..hampeh! simpan dalam kereta ajela... :p

Lepas ke aktiviti memetik buah, kami pun duduk2 sekejap sambil menikmati strawberry ice cream, strawberry yogurt dan cendawan rebus..SEDAP!! takde gambar ice cream pulak..tak sempat, dah kene ngap... :p

P/s: abaikan jerawat yang kuar mencanak2 dimuka aku tu ekh..xde masa lah nak edit..sorry :p

sambil petik sambil makan sampai kenyang!

Gambar wajib..selfcaption..

excited!

nyum..nyum!

mengiurkan si merah itu!

Destinasi seterusnya kitorang ke Pasar apa ntah..tak ingatla pulak nama dia..tempat ni jual sayuran, buahan, bunga2, dan pokok2 yang ada di Cameron.. Paling seronok tentulah mama, sebab dapat memborong!..harga pun oklah..taklah mahal sangat, taklah murah sangat..standard la tempat tumpuan orang kan..kat sini juga ade jual keychains, fridge magnets dan barang2 servenior..

mama mintak bargain bunga ala-ala rambut negro tu...dapat 4btg RM20 :p

BArgain-bargain!

Yeay! dapat beli penutup telinga pink!

Lepas selesai memborong sayur dan buah, kami pegi ke ladang teh Bharat...cantik betul pemandangan..sempatlah berposing-posing sekejap ala-ala hindustan kat ladang teh ni sebelum kitorang duk rehat2 sambil menghirup teh panas yang bermacam-macam jenis..Ada teh coklat, teh papermint, teh halia madu dan teh float (letak ice cream vanilla). Kami order 1 set scones..ala2 muffin yang disapu dengan butter, cream dan jem strawberry..RM12 untuk 2 biji..mahalkan..tapi takpelah..nak rasa punya pasal..

:)

Papamama

Sempoi!

Kami

Lepas ke Ladang Teh BHARAT, kami ke Cactus Farm..(kalau tak silap lah nama dia..hehe)..kat sini pun mama seronok memborong pokok. Pokok kat sini cantik2 dan murah-murah..berbanding harga di KL ..1 pokok kat KL regenya RM30 kat sini cuma RM10 aje! Bukan main seronok mama memborong..nasib baik kami bawak Hilux..kalau bawak kete comel kami tu..tak dapat ler... aku cuma beli cactus je untuk diletakkan kat opis tapi malangnya papa dah terbuang! uwaaaaa...takde rezeki..hukhuk...takpe, InsyaAllah Mei nanti rombongan cik enon akan ke sana lagi..harus beli semula cactus tu.. :)


Cactus Farm

:p

Selesai memborong pokok, kitorang pun beransur nak turun...itu pun dah pukul 5..otw turun, kami singgah beli petai dan makan durian D24 di tepi jalan..Murah aje petai kat sini..RM8 untuk 12 papan..hehe..memandangkan papa dan suamiku HANTU PETAI..diorang beli la 2 tangkai..cukuplahkan..sapa mulut busuk..kene tido bawah! :P kejam isteri dia kan..Durian pun murah jugak kat sana, sebiji rege dia dalam RM3-RM5 je..tak kira kilo2 pun, just estimate ikut saiz je..! Sedap betul! Memang berbaloi-baloi! :)

Kitorang sampai KL dalam kul 9mlm..semua kepenatan tapi kami semua seronok! Yeay! Cameron Highland..we will come again on May!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karambunai Vs Pulau Perhentian

Dilema..dilema..yang mana satu kitorang harus pegi...Karambunai, KK atau Pulau Perhentian?

Nak dijadikan cite, aku dah book tiket Air Asia RM0 sen tahun lepas ke Kota Kinabalu (berangan nak ke Karambunai) untuk Mac 2011 dan Tawau (berangan nak ke Pulau Sipadan atau Mabul) untuk April 2011.. Tapi malangnya, en suami tetiba je ada urusan kerja dan dia terpaksa ke Pulau Perhentian untuk collect data di site.. Huwaaaa! Keciwanya akak!! :'(

Memandangkan bajet bulan ni pun dah ter'overspent' di Cameron Highland hujung minggu lepas, en. suami pun mengajak 'bini dia yang emo sebab nak sangat pegi ke Karambunai tapi sang laki ade keje' ikut sama ke Pulau Perhentian. Yela, sambil-sambil en. suami bekerja bolehlah kami suami isteri berhanimum lagi yang entah yang keberapa kali ntah.. :p Best ker Pulau Perhentian? Atau Karambunai lagi best? Uwaa... Sebenarnya boleh aje kalo mau pergi ke dua-dua tempat, tapi memikirkan kos bershopping, kos hotel dan kos sewa kete ke KK tu..erm...boleh jadi bankrupsi kami nanti...Kalau di Pulau Perhentian, semuanya ditanggung bereh sebab en. suami dapat claim dan sangat familiar dengan pulau perhentian..Tapi yang penting..kat Pulau Perhentian tak dapat SHOPPING!!!! Uwaaaa... :p

Sang isteri yang kuar jerawat mencanak-canak tengah berpikir-pikir samada nak biarkan tiket ke KK burn sewenang-wenangnya atau pujuk juga sang suami ke Karambunai? Apalah aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Perhentian...Aish!


Nexus Resort Karambunai...Dapat tak pegi.. :(

Macam kat bali la..

Betol ke Pulau Perhentian cantik macam ni..?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ice Room OOO Ice Room

Last week, sepupu aku kawen kat Sepang..alang-alang dah sampai sana, ajaklah en suami pergi ke Ice Room kat NIlai tu hah..teringin nak makan ice cream yang berbagai jenis kat sana..Memandangkan aku macam tak sempat nak pegi ari Sabtu, masa majlis kawen tu..aku pun ajak en suami pegi esok harinyer.. dengan harapan dapatlah kali ni...

Firstly, pg umah makcik dulu sebab nak jumpe mama yang nak lek JB. Pas duduk2..kami pun gerak balik...Pusing punye pusing...tak sampai2..rupa2nyer laki aku sesat daa...Argh! Last2 aku naik hangin! ajak balik! awatlah ikut jalan yang tak pernah lalu ni! hiss hish..kembang kempit idung aku! ape lagi..tarik muka la bini dia yang teringin nak ke ice room.. sampai ke rumah tarik muka!

Menyampah!Cube kalo aku mengandung..hujung dunia sanggup kan! :(

Dalam mimpi aje la... :( (credit dr meaningfool blog)

green..

Terliur... :(
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ke Bandung Kita

Yehuuuuuuuuuuuuuuuuu...(^______^)

Saya Mau pegi Bandung Ogos ini!!

Sangat Excited!! Tak Pernah pergi luar negara lagi..Kesiankan aku..huhu

Tengah usha-usha hotel murah dan tempat-tempat shopping yang bakal dilawat..Wah! Bestnyer..

Ye..ye! Ke Bandung Kita!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taiping..

Last week aku pegi ke Taiping..At last, sampai jugak aku ke Taiping. 1st time sampai Taiping..kesian kan. Ini pun atas jemputan perkahwinan adik kepada kawan aku..Kak Lin. Aktiviti yang dibuat:

9.00am: Bertolak dari AU5C menuju ke komuter Bank Negara nak fetch Siti CPK.

9.30am: Sampai Bank Negara, tapi Siti tak dapat join coz sakit gigi. Bertolak menuju ke Taiping but otw ke Taiping, stop dulu ke Rawang dan umah baru Auntie Sukma kat Antara Gapi. Travelling yang relax-relax and sempoi..

12.00noon: Stop kat R&R Sg Perak for lunch.

1.00pm: Sampai di Hotel Legend Inn, Taiping. Check-in dan zzzzz..tido sebab penat..

4.30pm: Kuar jalan-jalan carik makan..Pekena Cendol the best in Taiping dan mee udang besar punyer dan sate perot,sate daging dan sate ayam. Jalan-jalan ke Tasik Taiping dan Zoo Negara. Tak dapat jalan banyak sebab hujan.

7.30pm: Siap-siap for dinner kenduri kahwin.

11.00pm: Majlis selesai dan tido.

8.00 am: Bertolak balik dan singah-singah beli buah.

Ok













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orkid..

Kat MAHA ini jugak ada pameran bunga orkid. Cantik-cantik..Ada yang biasa dilihat dan ada juga yang pelik atau mungkin dikacukkan. Entahla..tapi yang penting cantik sangat!..Semasa kami mengunjungi booth orkid..taukeh bunga tu memberi kami bunga orkid secara percuma!Bestnyer..Banyak lak tu..Hehe..
Aku dan Ayin di pameran Orkid
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAHA 2008

Aku berkunjung ke MAHA 2008 di UPM pada hari terakhir pameran. Fuh!ramai sungguh pengunjung..'jam' dari awal pagi.Berderet-deret kenderaan masuk ke UPM. Bas-bas pun beratur panjang. Aktiviti 2tahun sekali ini tidak dilepaskan oleh orang ramai. Aku kebetulan mengikut 'roomate' aku Nor yang ada menjual produk RnD di sana, Chip Labu yang menang Gold di IID07/08 di UiTM. Terdapat 5 dewan besar yang mempamerkan produk dari hasil tempatan. Hampir kesemua dewan dipenuhi dengan orang yg berpusu-pusu mengunjungi 'booth'. Panas..pening..adoi..tapi seronok! kerana barulah aku tau sebenarnya rakyat Malaysia ni ada potensi dalam bidang perniagaan dan pertanian.Banyak produk-produk baru yang dipamerkan. Yang menarik perhatian aku ialah antaranya ialah frozen nugget dibuat daripada buah-buahan tempatan, ubat batuk roll-on dan banyak lagi yang lain.

Hari terakhir MAHA ini juga merupakan hari lelongan produk oleh peniaga. Riuh-rendah dengan suara peniaga untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan mereka..
Ramainya orang..
Roomate dengan product RnD nyer..Pumpkin Chips
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS