Showing posts with label Kami. Show all posts
Showing posts with label Kami. Show all posts

Setahun Sudah!

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Syukur pada Allah S.W.T..
Atas nikmat kebahagiaan kami suami isteri..

Usia Perkahwinan kami yang sudah 1 TAHUN!
Sekejap je rasanya...
Rasanya macam baru se
malam lepas kami menikah..Auwww!
Macam baru je duk sibuk-sibuk cari barang hantaran, pilih bridal, buat photoshoot kawen...
Aik! Dah setahun rupanya! Cepat sungguh masa berlalu..

Walaupun masih rasa macam pengantin baru...Weee..
Usia perkahwinan ni sedikit sebanyak
sebagai kayu pengukur bagi menilai sejaoh mana tanggungjawab sebagai suami isteri dah kami jalani..
Dah cukup sempurna ke tanggungjawab ku, dah cukup sempurna ke tanggungjawab pasangan kita?
Ada keluhan idak? Pasangan kita happy idak dengan kita?
Sejaoh mana kebaikan yang kita dah jalankan..atau lebih banyak buruknya dr baiknya?

Pada aku,
Inilah juga tujuan hari ulangtahun perkahwinan ini diperingati,
Untuk menilai dan dinilai,
Bukan oleh partner kita saja, tapi orang-orang yg ada dikeliling kita,
Ada peningkatan hidup ke idak? Atau makin merundum je nampaknya.. :p

Pada aku, perkahwinan adalah..
Untuk saling m
enghargai dan dihargai,
Untuk saling memperbaiki dan membimbing,
Untuk saling berkongsi miskin dan kaya,
Untuk saling berkongsi sihat dan sakit,
Untuk saling berkongsi sedih dan gembira,
Untuk saling menyokong dan disokong,

Pada aku,
Lebih Nikmat kalau diri sendiri dan pasangan dapat merasainya,
Ianya tak perlu diwar-warkan/mempamer-pamerkan pada semua orang,
Cukuplah hanya sedang-sedang, sekurang-kurangnya orang tak jelek,
Hati orang pun dapat dijaga, :)

Apa sambutan menyam
but Anniversary Pertama kami?
Sebetulnya banyak je rancangan, tapi..
Memandangkan kesibukan berpindah ofis, kesibukan persiapan majlis kawen abangku nan sorang tu,
Ditambah dengan empunya badan pun tak berapa sihat,
Kami suami isteri hanya menyambutnya di rumah,
Cukup dengan pelukan erat dan kucupan mesra..Auww!
Kebetulan jugak anniversary kami ngam-ngam terkena pada malam Maal Hijrah..
Kami sambut dengan bacaan yasin dan doa awal tahun je..Mohon ditambah keberkatan dalam
hidup
(Boleh dikira double celebration la kan :p)

Hadiah?
Kesian...
Tiada hadiah spesifik tuk suami tercinta,
Tapi..
Untuk isteri.
.sudah semestinya!
Atas niat janji si suami yang pemurah.. ngeee.. :P
Dapatlah hadiah yang dah dijanjikan suami semasa di malam pertama perkahwinan kami...
Terima kasih abang! (Kebetulan si suami dapat bonus, kalau idak, belum tentu juga :p)
Alhamdulillah..


Kejam?
Kejam sungguh si isteri,
Langsung tiada hadiah?
Ye..si isteri mmg kejam selalu..si suami juga sudah terbiasa.. :p
Tapi insyaAllah..
Kalo ada rezeki tak kemana... <3


Aik? Kenapa ayat post kali ni skema amat!
Entah, maybe si isteri nak bodek si suami untuk pg holiday kot! :p

Semoga ikatan janji pd Allah ni kekal bahagia hingga ke akhirat..Amiin!
Semoga kami suami isteri dapat menjalani hari-hari mendatang dengan lebih diberkati dan matang...Amiiin!


Saya sayang suami saya! :p

Sambung nanti!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 more weeks till our 1st anniversary

^_^

Wa....cepatnya masa berlalu...dah masuk setahun dah perkahwinan aku dan en suami.. :)

Alhamdulillah, syukur atas kurniaan kebahgiaan selama ini..harap2 bertambah bahagia di masa akan datang :p

Nak bagi hadiah apa ek sempena celebrate 1st Anniversary tuk si suami? Ada idea tak... erm.. ke tak payah hadiah? hikhikhik..

Doakan kami kekal hingga ke akhirat ye! ^_^" Amiin...

Harap-harap ada hadiah dari Allah juga untuk kami suami isteri nanti.. Berusaha dan berdoa! Yosh! Toink..toink!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umah kami nan satu


Nak cite jugak pasal housewarming cum Open house kecil-kecilan. Kalau kamuorang tak tau, kami suami isteri baru je pindah umah baru kami. 2 3 hari sebelum raya puasa aritu. Hehehe.. time-time puasa kami angkut barang...Gila drastic! Tapi umah baru kami ni tak la besar mana..ciput-ciput je saiznya. Cukuplah untuk kami memulakan idup kami suami isteri dan anak-anak kami nanti. ( Bila nak mengandung ni..adoi)

Macamana boleh tetibe je nak beli rumah ni? Citenya begini, sedang sedap-sedap melayar bahtera rumah tangga yang baru dibina..ceewah..tetiba kami diinformkan oleh Tuan Rumah tuk keluar dari umah sewa..Uwaa.. katanya anaknya yang baru balik dari oversea nak duduk umah yang kami sewa ni...So, kami diberi notice 2 bulan (iaitu selepas raya puasa) tuk berpindah.

Wah! Apa lagi..macam cacing kepanasan la ktorang..tak senang duduk dibuatnya. Memikirkan nak cari rumah sewa lain plus nak mem’packing’ barang tuk pindah..pastu nak unpack lagi..Dah la barang mak ai..banyak bebenor!

Pikir punya pikir, pas dinasihat dek parents both family, kami pun decide nak cari rumah terus..tapi at the same time tetap cari umah sewa juga... yela, kalo sewa rumah..takut pulak kene dihalau keluar lagi..makin hari, barang makin bertambah..kan susah dibuatnya!

Cari punya cari, google punya google..ada la beberapa rumah yang kami usha untuk dibeli or disewa.. Ciri-ciri rumah pilihan (cheewah):

1. Bawah RM300k

2. Kalo boleh nak umah teres & freehold

3. Paling penting area dekat-dekat city dan tak jauh dr tempat kerja kami suami isteri

Cari punya cari..terjumpalah satu buah umah ni yang menarik hati kami berdua..tapi tak dapatlah umah teres coz kalo umah teres confirm rege dia above rm300k kalo area2 city centre. Kalo dapat murah pun, confirm banyak yang perlu direnovate..duit lagi tu! Tak mampulah tuk kami yang serba serbi kurang ni.. :p Kenelah kami ukur bajet kami yang ada..huhuhu

After dibincang-bincang dan dikira-kira, kami pun setuju lah nak beli terus umah satu ni.. Bukan senang jugak rupanya nak beli rumah ni ye..Nak cari bank loan yang leh bagi best interest & loan, nak nego harga dengan owner, nak deal dengan lawyer..nak cari 10% deposit lagi..adoyai! al maklum, semuanya serba serbi ad hoc..nak korek duit celah mana kan..huhuhu

Tapi berkat pecah tabung dan kerja keras en suami aku yang hensem tahap Tom Kurus (tipu!), Alhamdulillah..dapatlah jugak dikumpulkan duit tuk umah nan satu tu.. Bukan senang tau! Meleleh jugaklah airmata semata-mata nak mencarikan duit yang tak berapa ado! Bak kata orang tua, adat suami isteri, susah senang bersama..kan? walaupun sebenarnya bini suami aku tu dah give up setengah jalan..susah rupanya nak beli rumah ek... huhuhu..

Selepas proses lebih kurang 2bulan pasal umah yang satu tu, akhirnya dapatlah kami memiliki umah nan satu tu..walaupun rumah ciput.. Alhamdulillah...Akhirnya! Yeay!

Bole tak nak sambung cite nanti...sibuk pasal audit kat opis ni..bye!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papa John Pizza

Hai Kamuorang!

Semalam aku dan suami makan di Papa John Jusco Wangsa Maju. View2 blog si pemblog tegar si didi dudu..jadi teringin mau makan Papa John Pizza juga...


Haruslah ada gambar camwhore si suami isteri

View Papa John Jusco Wangsa Maju..Service tip top! 10% maa service charge...pengsan!

ok..kita bukak menu dulu ..

Green tea utk aku, earl tea utk suami

Kami pesan..Super papa's+ bbq chicken pizza 9'', papa's special pasta, wedges

bbq pizza

Super papa's pizza

Total= Rm50.50 ..Hah..amik ko! Tapi memang berbaloi...sedap! Pada aku lebih sedap dari Pizza Hut..Jom try!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Hai kamuOrang...!

Selamat Hari Selasa...hikhik...harini baru masuk opis selepas seminggu berkursus di INTAN Bukit Kiara... :)

Hati aku berbunga-bunga..Syukur Ya ALLAH..semoga ianya berterusan...Amin..

Nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kamuOrang yang mengingati Birthdayku dan KamuOrang yang sudi Wish dan doakan benda yang baik-baik untukku..Terima Kasih Banyak-banyak..

SAYANG KamuOrang Semua...meh kiss sikit...Mmmmmmmuaaaah! :) (bukan senang nak dapat ciuman sayang dan manja dari aku tau!)

Kat sini aku nak wish juga TQ sangat-sangat kepada papamama yang telah 'melahirkan' aku ke dunia ini..

Kepada mama------> Terima kasih sangat2 sebab telah melahirkan aku dan sentiasa menyokong aku walaupun banyak sangat benda yang anak mama buat yang menyusahkan family..hihihi..(kalo kamuorang takpaham..xpe..)

Ucapan dari mama bila aku call -----> "Selamat Hari Lahir ..Awak tau x, mama baru je dengan ceramah pasal sambut hari lahir ..ustaz tu kata..kalo anak kita punye birthday..sepatutnya anak yang perlu wish kat mama dia..anak perlu celebrate mama dia sebab mama dia yang penat lelah menyabung nyawa nak melahirkan dia arini...Anak dia yang kene celbrate mama dia tau...
Awak paham kan maksud mama..? Sambung lagi..Mama nak awak happy je lepas ni..taknak lagi sedih-sedih..paham? (sedihnyer bila mama cakap mcmni)..Awak dah kawen.. :( kene jaga kesihatan..ajak syam jalan2..g makan aiskrim ke..ape ke.."

Errk..! Saya amat paham mama..paham sesangat! Maksudnya mama yang patut terima hadiah dari saya ye..sebab melahirkan saya arini? Baik! Hadiah nanti saya bagi...hahaha..Thats my mama..always! sebab tulah
saya sayang sangat kat mama saya..Pelik tapi Benar..hahahha..Thank u mama..!


Kepada papa--------> Terima kasih sangat-sangat sebab sentiasa bagi semangat kat anak papa untuk sentiasa yakin dengan keputusan bekerja di Gomen..u are my idol in Work!

Kat sini aku nak tulis apa SMS wish dari papa:

" Askum. Slmt Harilahir
anda.Semoga hidup anda diberkati ALLAH SWT.Jadilah anak yang solehah. Taat perintahNYA, Kasih kedua ibubapamu dan adik beradikmu dan taat kpd suamimu. Buang sifat2 negatif yang anda ada."- kekeke..gila formal ayat papa aku wish birthday aku kelmarin...Takpe papa..walaupun skema..i tetap love u!hikhikhik...

Thank u juga pada mak mertuaku yang wish via FB (mak mertua versi modern)..! :)

Kepada adik beradikku..abang-abangku, kakak-kakakku, anak sedaraku, dan semua sedara mara..

Tak lupa..yang paling penting..Kepada suamiku yang jongos..ops!.Terima kasih for everything..For the cake, for the present :), for the nasi Hakim sek 7 kuah campur, and for the ABC Pegaga sek 2 and for jalan-jalan ! But the most priceless is for the warm hugs and kisses wish.........auwww.. :p Gediks sudah!


Late celebration with hubby (al maklum, hubby sibuk nak g kenduri kawen yang Siti Nurhaliza attend..aku xmo ikut..malas!)


Mini ice-cream cake from BAskin Robbins. Dah potong baru nak amik gambar..hehehe...

Vanilla Strawberry Ice-Cream cake..Yum.yum..but still tak abis!Sudah lewat malam..


Thank You Semua...!

28 years old in 28th May 2011..

Its that suweeet! :p



"Umur biar nampak legend..hati harus rasa muda maa.."




Present from En suami... (^_*)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah..Aku bersyukur atas nikmatMu Ya Allah!

Assalamualaikum dan hai kamuorang...

Watpe di cuti umum..duk umah aje ke..atau jalan2 cari pasal?

Hari ni banyak juga aktiviti ku..

Pertama sekali..ade wat checkup klinik..checkup pasal rahimku dan pasal masalah miss period aku yg dah masuk 10 hari.. Kami suami isteri decide untuk wat checkup di klinik naluri wangsa maju atas cadangan makcik ana kami..dia penah bersalin kt sana..klinik ni klinik ibu dan anak..doktor pun doktor perempuan.. Kami sampai di klinik jam 8.30pagi memandangkan klinik ni dekat sangat dengan rumah kami..dan kononnya kami mau dapatkam appoinment yang paling awal..hehe..bole? Tapi doktor kamaria datang kul 9.30 pulok! Terpaksalah kami menunggu..perot pulak lapar..tak sempat sarapan di rumah..nk datang awal punya pasal..hikhik..

Kul 9.30pagi..doktor pun sampai..sharp ok! Maybe rumah dia pun dekat kot ;p..kami dapat no giliran yang ke-2 sebab ade couple yang dah wat appointment lebih awal dari kami..hikhik..masuk je bilik doktor..citcat citcat apa yang patut..doktor pun scan perut..pastu amik urine utk check pregnant ke tak.. Pas scan, doktor cakap minta aku datang semula seminggu dari sekarang kalau period tak datang lagi.. Doktor kamaria juge cakap posisi rahim aku kalo ditengok dari scanner tadi NORMAL..tak senget atau terbalik! Alhamdulillah..syukur pada Allah! Lega rasanya.. Walaupun keputusan pregnancy test tadi -'ve..at least ada harapan baru untuk kami suami isteri.. ;) Senyum sampai belakang telinga...huhuhu.

Doktor kamaria cakap if dalam seminggu still xperiod dan hpt masih -'ve..doktor akan bagi ubat untuk lancarkan period..maybe hormon dalam badan aku belum stabil selepas early misscarriage last month.. Harap2 takde pape yang membahayakan atau penyakit lain dalam badan aku ni..

Pas checkup..kami vroom terus ke ikea..untuk sarapan plus lunch sekali. . Meatball..fish &chip..chicken wings..daim cake..pergh..memang sedap pada kami yang memang sedang kelaparan..

Paa makan..kami cuci mata ke the curve pulak..banyak betul sale! 50~70% tau! Kami tak beli paoe sebab sudah keeeriiiing...hahaha..pas peken tutti fruty..kami pun vroom pulang! Hari ni aktiviti jalan2 yang best sebab kepala terasa ringan pas dengat keputusan scan pagi tadi..

Malam pulak..aku masak! Ala..simple2 aja..sayur buncis goreng,sambal tumis ikan bilis, kari ayam mak mertuaku yang hanya dihangatkan dan kari daging mak mertuaku yang juga hanya dihangatkan...makan berempat..walaupun masak tak sedap mana pun..tetap selera sebab hati GUMBIRA! ;)

Alhamdulillah...
Published with Blogger-droid v1.6.7
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hair Style yang Mana? Part II

Hai KamuOrang..ceh! Bajet ramai lah yang membaca blog aku ni.. Sementara menunggu report eSPKB diloading ni..meh aku cer cite pasal Hair Style pilihan mengikut keputusan undian..ce ce ceh..macamlah ramai yang undi pun..tak kesahlah nyah..yang penting ado! At least keputusan hairstyle i disokong dek kengkawan blogger semua..

Mengikut keputusan dari undian berikut, Keputusannya ialah...


/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


Tadaaa! Hair Style Keira Knightley!


Aku pun suka dengan pilihan KamuOrang semua...

TQ ye sebab tolong mengundi!

Dan last week, aku dan suami pun pergilah ke Salon rambut untuk meredeem apa yg telah dijanjikan..

Tempatnya:

Redz Salon & Spa
Shiseido Professional
35, Platinum Walk, Jalan Langkawi, Setapak, KL
012-2888 436
(Hint: Berhadapan dengan Danau Kota Uptown @ Belakang Eon Bank)

Atau

Di 3A, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, 53300 KL

Untuk sesi potong rambut, cuci, rebonding, treatment 9 steps by using all Shiseido products plus blow ~ range dalam
RM250-RM350. (with 50% discount of treatment hair)

Overall pada aku service dia sangat bagus..cepat, teliti dan mesra. Stylish dia pun professional dan cepat. Dan yang penting diaOrang menggunakan product yang bagus..harap2 tahan lama la kan..Selain tu, sebelum diaOrang buat ape2..DiaOrang akan scan rambut kita dengan menggunakan alat khas untuk check keadaan rambut dan kulit kepala kita secara FREE of CHARGE..Dia bagi consultation free untuk mereka-mereka yang mengalami masalah rambut contohnya rambut gugur, kelemumur dan lain-lain..

So, sapa-sapa yang mau pergi..boleh la ke alamat di atas ye..

Meh kita layan gambar kami otw ke tempat kejadian meh...


Gambar wajib syiok sendiri. Camwhore awwuuu

Si suami isteri yg suka bergambor!

Eh! Mana gambar hasilnya?

Ops! Sorry KamuOrang.. tak boleh dipaparkan di sini..

KamuOrang tengok lah gambar si minah Keira Knightley..Sebijik macam tu hah..cuma panjang sikit la dr si minah cun tu..stylish tu kata sayang kalo potong banyak sangat kalo nak rebonding... Hehehe..tapi aku tak lah cun macam si Keira Knightley tu..i LAGI CUN..ngehngehngeh...Perasantan lah ko EiKyN..!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit rupanya urut tradisional

Hai KamuOrang, selamat hari Khamis..kamu orang puasa ke harini? Saya dah masuk hari ke-2 insyaAllah.. nak membayar puasa tahun lepas.. 7 days to go! Chiayok! Ciayok! Dasar EiKyN..dah nak dekat bulan Syawal baru nak terhegeh-hegeh berhempas pulas bayar puasa. InsyaAllah...Good luck juga pada opismateku si Mama Glam turut berpuasa harini.. 26 days to go bebeh! Penangan beranak dan berpantang di bulan puasa tahun lepas..kekeke..moga-moga tahun ni baby u tak 'terkeluar' awal..kalo tidak..Good Luck in advance for the next year ye.. :P

Ok KamuOrang, semalam selepas berbuka puasa aku dan suami pergi berurut tradisional di Wangsa Maju. Nama dia Kak Long, kawan kepada makcik kami Makcik Ana. Ini kali pertama aku berurut tradisional. Sebelum ni, pernah buat Balinese Massage aje..Aku ingatkan sama aje rasanya..Rupa-Rupanya..Sakit woo! Gila sakit..Seyes!

Mula-mula macam biasalah, sampai aje ke kedai Kak Long ni, dia mintak aku tukar baju..sambil-sambil tu dia tanya la sikit-sikit..tujuan kami datang berurut tradisional harini..Aku pun ceritalah kes aku tu..yela, apa-apa pun dugaan yang kita terima..kita mestilah cuba untuk berubat.Tak kiralah samada cara tradisional atau moden..Yang penting kita USAHA kan.. So, salah satu usaha kami ialah dengan berurut. X)

Berbalik pada cerita aku, pas tukar baju. Aku diminta baring di katil..Kak Long pun start dengan melumur badanku dengan minyak aromaterapy..Pastu dia start urut dari kaki..Mak ai! Sakit betullah..mengeranglah jugak aku..tak dapat nak cover.. Rasa macam dia gune pisau..Tajam betul..Tapi aku tengok dia urut cool je..takde la tekan kuat-kuat..pakai hujung jari je..Tapi sakit dia...kus semangat! Sampai ke urat kepala sakitnya..

Kata Kak Long, urat di kaki aku keras sangat, tegang. Ini menandakan ada masalah berkenaan dengan rahim aku..Kak Long cakap jugak yang badan aku memang banyak sangat angin..hehehe..sampai Kak Long nak terkentut-kentut masa dia tengah urutkan aku..Angin aku di 'transfer' ke badan dia..Nasib-nasib.. Sharing is caring kan..Lepas dia urut bahagian kaki, dia urut pulak bahagian perut tapi untuk bahagian ni dia tak urut banyak sangat sebab dia kata memandangkan aku baru 1st time berurut, jadi dia tak boleh nak urut banyak-banyak sangat kat bahagian ni..Takut demam urat katanya. Kak Long urut dari kaki..ke kepala dan pergi ke kaki semula..

Seluruh badan diurut..kira-kira 2 jam jugaklah. Lama jugaklah bagi aku yang tak tahan sakit..terasa macam 5 jam! hehehe..Kak Long kata badan aku keras..kene rajin berurut..sebab banyak sangat angin dalam badan.. Patutlah aku selalu kentut! Abis si suami kene bom setiap malam..hikhikhik..Alasan!

Abis aje sesi berurut, rasa lega sangat badan ni..ringan aje..InsyaAllah..kene datang lagi berurut selepas ni..Kak Long kata berurut juga boleh buat kita awet muda! So apalagi kamuOrang.. pegila berurut.. :)

# Si EiKyN kene pantang makan makanan sejuk selepas ini untuk kurangkan angin dalam badan
# Si EiKyN juga perlu simpan sebahagian duit bulanannya sikit untuk sesi mengurut sebab bukan murah ye rege upah mengurut di KL.
# Si EiKyN dan suami takkan putus asa berusaha untuk mendapatkan chenta hati kami..KamuOrang doakan kami juga ye..
# Usaha usaha usaha..yang penting kita dah usaha.. :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mak belalang ~muka kecik cermin mata besor

Saje je nk post blog via Samsung galaxy s aku yg super hebat ni..hehehe..dah lama tak gune sbb bagi chan kat en suami guna.


Ok...aku otw nak pg wat facial yg dah lama ditangguhkan..bui..bui..:-)
Published with Blogger-droid v1.6.7
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila dah bergaduh macam hanjing! Mulalah serba salah..Syurga di bawah keredhaan Suami la EiKyN oi!


Tajuk pun dah menjelaskan cerita..Uwaaa..
Sorry abang..Saya memang degil dan tak bersyukur.. :'(





Sorry abang, sebab tampal gambar jongos abang juge kat sini.. :p

I'm Sorry!

Sebab bergaduh macam hanjing, nanti-nantilah aku cite..(kalo xmalu la nak share)..rasa bersalah pun tak hilang lagi..tapi tetap susah nak say sorry bila depan-depan..Ko memang degil, EiKyN!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeay..mari berjoget!

Yeay yeay..mari bercaca...bersimba..!

Jing de ge Jing..Jing de ge Jing..yuhuuu....

Happy! Happy! Happy! Lutut tak Ketaq lagi..mari menari..!

Yeay..TQ suamiku!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KetaQ Lutut...

wowowoh! ketaq lutut wey..ketaq lutut aku..


bukan sebab jumpe hantu..weh..weh..bukan..bukan..bukan sebab aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)..(motip nak ckp pasal APC kenapa..syhh..diam! jangan kepoh..ko tak layak nak dapat APC la eikyn oi...)..bukan ye..bukan..


aku ketaq lutut
SEBAB.....




AKU DAH RINDU GILAK NAK BERSHOPPING SAMPAI LEBAM!!





Rasa macam dah lama gilak tak membeli belah..wooo..mcm skema je guna ayat 'membeli belah'....Terliur nak beli kasut baru, handbeg baru, baju baru, kain ela, nak tukar frame cermin mata lah...pendek kata..memang pandai betol cari pasal..

Mana-mana pun boleh cari pasal...buka FB pun sempat usha2 baju yang jual kat online..ape nak jadi ni...aish! Semua benda nampak sungguh menghairahkan... Sapa nak pinjamkan saya duit..bagi sy 'chan' pegi shopping..duit saya dah tinggal habuk la sekarang..wuwuwuw.. ada sapa nak sedekah tak...plis..plis... (^__^)




# Perbualan suami isteri di hujung minggu:

Isteri: Abg, saya rasa macam dah lama sangat sy tak bershopping sakan..macam dah addicted la nk bershopping... (dengan nada simpati)

Suami: Sayang nak shopping apa? Kesian la sayang abg.. ( ni skrip betol2 tau..suami sy memang selalu kesiankan bini dia)

Isteri: Saya teringin nak beli kasut baru, handbeg baru, baju baru..boringla asik pakai baju yang sama aje..nk tukar spek baru...bla..bla..bla.. ( isteri list down ape yg dia teringinkan..dengan HARAPAN)

Suami: A'ah la yang, abg pun sama..rasa dah lama kan kita tak gi shopping..shopping baju keje abg..seluar keje..asik pakai baju yang sama aje..boring kan..seluar pun macam tak jumpe..macam banyak ilang aje...perfume abg pun dah nak abis..

Isteri: ERK!!!! (PUTUS HARAPAN bini dia..ingatkan nak paw suami dia..nak minta sponsor..RUPA-RUPANYA...nasib..nasib..inilah nasib bila laki bini KAKI SHOPPING..tak dapatlah nak mohon belas ihsan sponsor si suami..sebab suami dia pun dah kayap dan kaki shopping!)


NASIB KO LAH EiKyN!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MiMpI KeHILANGaN

Dua malam berturut-turut aku bermimpi....Kalo nak tau, aku bukan jenis orang yang selalu bermimpi. Selalunya bila letak kepala kat bantal...Zzzzz...selamat dah. Tapi sejak insiden yang lepas..aku mimpi..


Mimpi 1:

Mengambarkan aku dan suami di suatu taman permainan yang besar dan cantik..(ala-ala kat Universal Studia Singapore tapi scene dia macam kat tepi pantai)...banyak sangat permainan kanak-kanak dan budak-budak..biasalah..sinonim taman permainan dengan budak-budak kan..

Masa tu macam situasi aku si Eikyn yang sedikit mewah dari sekarang yg tak mewah ni..kami bukan berdua je tapi kami ber 5..AKU, SUAMI, AMIRUL (anak angkat sepupuku) 11 tahun, ZAFRAN dan ADZIM (anak kakakku, 10 dan 2 tahun)...

Dalam mimpi tu mengambarkan macam seolah-olah mereka ni anak angkat kami... Mula-mula, kami macam happy aje jalan-jalan kat taman tu..tapi TIBA-TIBA...

Anak-anak kami ni hilang sekelip mata disebalik orang-orang yang ramai..Kedudukan kami dengan anak-anak tu tak jauh pun tapi aku tak dapat nak kejar diorang...Nampak dari jauh aje diorang pandang dan lambai aku..Dengan sekelip mata diorang hilang dari pandangan kami...

Aku makin cuak! Suami bergegas amik kereta untuk cari diorang yang hilang...Cari punya cari..tak jumpa-jumpa..Lebih-lebih lagi kat taman yang besar sangat..Kami tak putus asa..cuba cari kat tempat ramai budak-budak...Still tak jumpa...Stop sana sini..masuk taman sini..masuk kedai..semua tak jumpa! Aku dah menangis...anak angkat pun boleh hilang! Down! But still..suami aku masih cool lagi...

At the end, aku terbangun dari tido tanpa berjumpa anak-anak aku yang hilang...! Bangun tido..sambung nangis macam dalam mimpi tadi.. :'(

YA ALLAH..petunjuk apa yang KAU nak berikan padaku.. :'(

Mimpi 2:

Mimpi yang singkat. Aku mimpi aku pinjam anak opismateku aka partner si Aimee. Kami bawak dia ke JJ Au2 Setiawangsa..Kami bertiga jalan-jalan, main-main seolah-olah dia dah rapat dengan kami..(real life taklah rapat mana pun)..dengan mulut ramah dia..dengan manjanya dia dengan en suami, siap pelok2 dan cium pipi...Rasa seronok walaupun pinjam anak orang...

At the end, aku terjaga. Apa pulak maksudnya.. :(

Mimpi 3:

Kali ni bukan aku yang bermimpi..tapi kawan lama aku di sekolah menengah..dia ada komen di FB kawan aku pagi tadi...

Semalam Aku mimpi 3 orang kawan kita..Aku mimpi Batu (kawan kami yang masih bujang) bagi aku sampul surat sambil tersenyum-senyum, pastu aku nampak Topo (kawan kami yang baru dapat baby ke-2) bagi aku sampul surat tapi muka dia macam blur2..pastu aku nampak muka ekin kecik (akulah yang dimaksudkan) bagi aku sampul surat jugak tapi bila ekin kecik passkan sampul surat tu kat aku...dia menangis meraung-raung..tak paham aku mimpi mlm tadi... :'(



Apa pulak maksudnya... :'(
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS