Showing posts with label Problema... Show all posts
Showing posts with label Problema... Show all posts

Demam + Rumah

Hai KamuOrang!

Apa khabar kamu? Aku masih demam dan batuk-batuk ni..aduhai...letih dibuatnya...hujung minggu lepas pun tak dapat nak jenjalan mana-mana..Ari Sabtu sempat pegi usha rumah di taman-taman berdekatan...banyak je rumah yang kosong..tapi takde pulak diletaknya no telefon untuk dihubungi..aduhai! Yang ada no contact rege dia mak ai..tak RM400k ke atas,,ak dapat lah den nak nolong..tak mampulah buat kami suami isteri yang baru nak bernafas hidup ni...

Eh..eh..tetiba aje cari rumah...Oh...buat pengetahuan kamuorang..hujung minggu lepas, tuan rumah baru aje inform kami suami isteri untuk minta kami cari rumah lain. Sebab rumah yang kami sewa sekarang ni akan diduduki oleh anak dia yang baru balik dari oversea..uwaaaa! Macamana ni...barang kami dahlah bapak banyak..Nak kene angkut sebelum raya...Wahai tuan rumah..keluar sebelum raya? Sebelum raya tu bulan puasa tahu...! Sapalah yang larat untuk angkut barang masa bulan puasa! huhuhu... :'(

Disebabkan itu, kami mesti take action sepantas kilat!Mesti cari rumah sewa sebelum bulan puasa...! Alhamdulillah..dah jumpa sebuah dua buah rumah yang ada potensi untuk kami sewa..dengan kata lain under budget kami... :)

Tapi memikirkan susahnya nak berpindah randah..kami suami isteri pun bercadang nak cari rumah untuk dibeli..untuk dijadikan Home Sweet Home kami sekeluarga..yelakan..susah juga kalo asik terus menyewa ni..nak deko deko rumah pun kene pikir 2 3 kali..yela..bukan rumah kita kan..nanti tuan rumah marah pulak.. Disebabkan itu, daripada bayar sewa RM900 sebulan..lebih baik berharta sendiri..tak kesahkah kalo Home Sweet Home kami tu hanya sekangkang kera..yang penting kami tak risau lagi kalo tuan rumah minta kami pindah... :p

Nak dijadikan cita, kami pusing-pusinglah taman hari Sabtu lepas...rumahnya tak dapat tapi pening yang aku dapat..Mungkin aku sendiri pun belum sihat sepenuhnya dari demam..Makin lembiklah dibuatnya..Akhirnya, kami ambil keputusan untuk balik rumah dan meneruskan pemcarian rumah kami via internet saja..Cari-cari di Mudah.my dan iproperty.com... Adalah juga rumah yang under budget kami..insyaAllah..bolehlah di'view' hujung minggu ni.. :) Yeay!

Kalo kamuorang ada contact2 sesiapa yang nak jual rumah under RM300k..silalah bagitau aku yer..TQ! ^_^"

Impian Home Sweet Home

1. Rege yang affordable - ,< RM300k

2. Area: area KL- Keramat, Gombak, Setapak dan yang sewaktu dengannya.. Selayang pun boleh lah

3. Kalo boleh mau rumah atas tanah- teres tapi kalo rege RM300k kat city centre ni mesti dapat townhouse, apartment, kondo @ flat je..Kalo maintainance fee dia affordable bole la..kalo boleh nak yang level rendah sebab papamama aku dah tak larat naik tinggi2..gayat! :p

4. Freehold kalo bole

5. Floor area >1000 sqft


Motip letak gambar mangga harumanis ni? Salahkan buah ni yang menyebabkan aku demam & batuk yang tak kebah2...! Sampai aku makan tak hingat dunia sebab kemanisan dia! sampai terkeluar2 air juice dia..memang terbaik dari kebun! :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

J.O.N.G.O.S

J.O.N.G.O.S------- kerana perkataan inilah menyebabkan aku menerima 1 comment dari sesorang yang hanya dirinya dikenali sebagai encik/puan 'anonymous'.

Komen ape? Erm..comment yang PANAS dan PEDAS di sini sehingga aku rasa selaku pemilik blog mengambil keputusan untuk mendelete sahaja comment tersebut.

Antara isi kandungan comment:

Kenapa panggil suami ko jongos, ko tu pun bukan cantik sangat..sesuailah korang berdua.

DANG! PANG! terpana aku membacanya..

Alahan si tukang comment..janganlah sensitif sangat. Terlebih dahulu aku nak minta maaflah sekiranya post aku boleh mengundang kepada ketidakpuasan hati si tukang comment sehingga menyebabkan beliau menulis comment sedemikian..

Keduanya, si penulis blog sedar diri yang diri dia taklah secantik dan secute adik Irene mahupun adik Fatin Liyana mahupun adik L.O.V.E mahupun adik Liliana Mardiana. Adik-adik pembelog tegar tu..tapi
takde niat pulak di dalam hati yang diri ni cantik..Kan si penulis blog penah tulis sebelum ini..pujian tu biarlah dari orang lain..bukan dari mulut sendiri..itu RIAK namanya..

Kepada si tukang comment juga, sekiranya penulisan aku sebelum-sebelum ini ada berunsur bermegah-megah..ianya hanyalah gurauan atau 'acara syiok sendiri' di dalam penulisan blog sahaja..Tak tergerak hati pun nak merasa megah atau riak..al maklum..aku sedar dan ukur badan sendiri..Tetibe rasa sedih..:P

Isu ke'
jongos'an itu juga telah diexplainkan di dalam post tersebut di mana sekali lagi aku nak tekankan di sini bahawa perkataan JONGOS ialah satu gurau-gurau manja di antara si penulis blog dengan suaminya..Tidak ade kene mengena dengan 'unsur-unsur keseriousan' dalam isu ini..Si Suami juga sudah sedia maklum akan hal ini..

Alahai..tak disangka perkata JONGOS itu boleh menimbulkan isu dan mendatangkan ketidakpuasan hati kepada si pembaca dan si tukang komen..

Sorry ye KamuOrang..saya tak serious pun pasal hal
JONGOS..GURAUAN semata-mata.

Mana ade suami i jongos!..kan hensem..suami i kan Tom Kurus! hikhik

(^__^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah... Part 2

Kalau korang pernah baca post aku yang ini ...aku ada lah wat post LUAHAN PERASAAN EMO kepada seseorang ni..sekarang aku nak cakap syukur ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah kerana dengan izin ALLAH dan bantuan seseorang (memandangkan dia pun ada wat sesi luahan perasaan :p), rasa ketidakpuasan hati aku selama ini dapat disampaikan kepada si empunya diri..Alhamdulillah..bukan aku tak mau cakap sendiri..yela..masing-masing ada cara masing-masing untuk menyampaikan message ketidakpuasan ati tu..mungkin sesetengah orang boleh cakap direct je dengan si empunya badan..mungkin sesetengah orang tak boleh cakap direct...kes aku..aku memang tak mampu bercakap direct sebab aku takut kalau aku cakap direct, ianya akan lebih merumitkan keadaan..yela..aku ni kalo tengah panas, cakap memang keras..ada pulak kalo aku cakap direct, menangis teresak-esak pulak si empunya badan..so, jalan terbaik..diamkan diri..

Niat dihati bukan nak bermusuhan..tapi untuk memperbetulkan keadaan. 'Tidak semua benda yang kita buat, orang lain selesa dan suka. Tidak semua
statement yang kita cakap, orang lain boleh terima dengan hati yang terbuka..lebih-lebih lagi bab-bab hal yang sensitif.. Pendek kata, sebelum bercakap or buat apa-apa pun, cermin diri dan lihat orang-orang sekeliling.. Jangan sampai niat kita disalah ertikan dan membuka pekung di dada.'

Dari sudut hati aku, aku bersyukur sangat-sangat bila hal ini sedikit sebanyak dapat dirungkai..aku harap hal remeh temeh ni tak perlulah dipanjang-panjangkan..masing-masing dah cukup matang nak menilai mana yang baik, mana yang buruk..Yang penting..kita semua perlu berusaha nak memperbaiki kelemahan masing-masing..lagipun hidup ni tidak sepanjang mana, dunia ni pun bukan sebesar mana..'

Alhamdulillah..Semoga Allah mempermudahkan
niat baik ini..


P/s: Kepada seseorang, tak perlu segan ..aku dah lama maafkan sekiranya ada kesalahan dari pihak kamu..Sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik..Kadang-kadang memang kita tak perasan dan tak sengaja..So, jadikan pengajaran kepada semua..

Aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada kawanku yang seorang ini sebab tolong sampaikan bagi pihak aku.. Tq ye.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

K.E.M.B.A.N.G

Bila boring-boring..belek-beleklah gambar aku di FB..terserlah sungguh! melampau sangat! ..aku sudah mengembang dengan jayanya! :( especially pada muka...uwaa...berat badan dh dapat diturunkan seperti berat sebelum ni tapi kenapa muka tak mau turun2 ni..uwaaa...tertekan tengok gambar dan muka sendiri di cermin... korang ada tip2 nak runcingkan muka tak? :'(

ada beza tak muka aku? tang pipi tu.. :(


masa konvo degree..pipi belum naik lg kan..

nak mcm ni..

2bulan sebelum kawen..aku dh start gem...!

tgk pipi tu!

ni lg ketara! radius muka makin besar!

yg ni lebih jelas kan..

Uwaaaaaa...ape perlu buat ni....nak marah suami lah!
asik ajak bini dia makan aje...tetibe... :p
erk.......ker mmg aku dh sedia tembam sebelum kawen lg...kekeke....
(ayat nk sejukkn ati)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

gediks = cute ker, behave= matured?

aku ade lah mendengar bunyi2 langau entah dari mana ntah yang membuat statement begini:

i ni comel..i tak gediks (tp hakikatnya mmg gediks ok!)..thats why i nampak awet muda.. Errk!

and pelik tp benar, bl statement seorang adik (pun sama tak matang mcm dia tu) yang jumpe pun entah bape kali je dijadikan kayu pengukur dia..ckp kononnya aku lebih tua dr member aku sorang tu ..so, setiap kali statement yang sama lah yg diulang.. dia lah yang cute! aku ni nampak tua dr umo aku...hello! sakit ke ko dik non? (kalau nak dicite pasal benda2 yang diluar akal, BANYAK ok)

Dik non, aku ni telah diajar dek family aku untuk jadi perempuan yang behave dengan semua orang..tak mcm ko dik non yang tergedik2s perasan cute tu..simpati wey...orang cute tak mengaku diri tu cute hokey...dia akan menerima pujian dr orang lain.. kesian..don't aspect people give u a compliment..it comes by itself la..(bl selalu sangat mengaku diri dia cute, kawan2 rapat dia pun tpaksalah mengaku die ni cute..kawan kan..)

HAIYOO!bila la mau berubah..dunia pun dh berubah..diri dia tak berubah2..tolooongla..sapelah yang patut sound budak sorang ni..nak biarkan dia hanyut dengan LABU2 nye ker ekh?!

# dh lama cuba bertahan dengan kerenah si dik non sorang ni..orang lain dh sound direct dah..but still..tak berubah2..aish!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akibat Si Bongsu..

Semalam aku pergi jumpa dentist.. Tujuannya untuk buat 'Scaling'. Ini kerana, memang dah due date untuk aku buat scaling untuk tahun ini ..Tapi sebenarnya, last month aku dah visit dentist untuk buat scaling ni..tapi disebabkan Si Bongsu gigi geraham aku ni baru keluar..maka bengkaklah gusi aku ini. So, dentist sarankan untuk aku datang semula bila bengkak gusi aku dah surut..

Then, maka datanglah aku berjumpe dentist semula semalam.. Semuanya macam biasa, ok aje. Aku takde masalah atau fobia untuk jumpe dentist..sebab aku memang dari kecik-kecik lagi memang selalu ada masalah dengan gigi..Gigi tak tersusunlah..Gigi taring keluar pada tempat yang tak sepatutnyalah..gigi berlapislah..Macam-macam lagilah..Even, masa kat sekolah rendah dulu, pernah specialist dentist datang untuk cabutkan gigi aku yang complicated tu. So..pendekkan cerita jumpe doktor tu bukan hal yang mengerunkan pun..I was so close with dentist!! Dasar budak gigi rosak.. (^_*)

Ok..berbalik kepada cerita visit dentist semalam..atas masalah si geraham bongsu aku yang 'tak mau keluar abis'..doktor sarankan aku untuk buat surgery atau pembedahan kecil untuk cabut si bongsu ni..Ini kerana, doktor cakap..gigi ni tak kan tunbuh dengan sempurna sampai bila-bila..So, if aku tak cabut..gusi aku akan sentiasa bengkak dan berdarah.. Paham-paham ajelah kan if dah berdarah dan membengkak..mulut pun akan berbau la..Haiyooo! Tak bengkak pun mulut sudah busuk..ini kan pulak bengkak dan berdarah..huhu..Gerunnn..

Dan kos untuk surgery tu ialah RM500++.. :( Mana mau carik duit?? Adakah duit untung jual tudung di reDuit! reDuit! akan ku jadikan duit untuk membayar surgery Si Bongsu ini...Wargh!! Untung bulan lepas burn bayar deposit kuarters.. Bulan ini untuk gigi pulak ker?? Argh!! Bila mau simpan duit untuk sambung belajar? Bila mau simpan duit untuk kawen? :#

Selain tu , doktor nasihatkan aku untuk buat 'bracing' kerana gigi aku yang tak tersusun..Dan Kosnya RM5,000!! Terima kasih doktor, akan difikirkan kemudian..Banyak tu wo!! Mana mau korek? Aku mane ade duit banyak-banyak.. ( Tak tersusun sangat ker gigi aku ni..atau dentist ni nak paw duit aku? Helo doktor..untung jual tudung aku bukannyer banyak sangat..So, janganlah paw aku!!)

Moral of the story:
Sape-sape yang ade anak-anak kecik..Pleaselah..pleaselah jaga gigi anak-anak korang..Janganlah bagi benda-benda manis dan trylah didik anak-anak suka jaga gigi dan berus gigi lepas makan.. Kerana..kalo tak jaga..akan end up macam Saya!! (aik..macam menyalahkan papamama aku je sebab gigi aku bermasalah sekarang.. :p)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Am I Allergic to Myself?

I have a problem :'(. This problem happened since i'm young but obviouslly detected during my Secondary. My problem is.............

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Every time I cry, my skin on and around my eyes gets all red and swollen and itchy and I get red puffy bumps on them! Gosh! Am I allergic to myself? Haha! I have become allergic to my tears..

I don't know what it is. But every time my tears touch my skin (around my eyes @ eyelid), I get red bumps and they hurt and they are really ugly. I already see the doctors and they gave me some medicine, but it doesn't WORK very well. They gave me some medicine called 'Cortisone Cream'. I also tried petroleum jelly and over-the-counter products, but nothing seems to work. They make my skin even sting!

I already search in the internet to find the cause of my problem and how to overcome it. In the internet, some of them said the problem maybe because of the salt in the tears that irritates the bumps on my eyelid. What i'm going to do?!! My eyes just look like i'm wearing red eyeshadow! (Tapi bagus juga kan..jimat duit haku, tak payah pakai eyeshadow!heh..:).

But it worried me.. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS