Adab tidak hanya dimiliki oleh orang Islam. Memang Islam mengajar adab yang sempurna kerana nabi SAW adalah berada pada kemuncak kesempurnaan adab. Namun, berapa ramai orang Islam yang tidak dapat mengamalkan adab mulia yang diterapkan Islam. Hatta, dalam beberapa hal adab, orang Islam dikalahkan oleh orang kafir.
Saya ingin petik satu perkataan yang diungkapkan oleh Abu Jahal , musuh ketat nabi SAW dan antara bapak kafir pada zaman Nabi SAW. Saking ketatnya kekufurannya dan permusuhannya terhadap nabi SAW, dia mati dalam keadaan kafir di medan Badar dan mayatnya jadi penghuni telaga Qulaib!
Namun, Abu Jahal ini telah meninggalkan kepada kita satu cermin sikap bermaruah untuk jadi contoh buat kita. Tatkala dia bersama para 40 orang gangsternya mengepung rumah nabi SAW di malam sebelum hijrahnya baginda, ada kalangan pemuda-pemuda upahan Quraisy itu mencadangkan agar malam itu juga mereka ceroboh masuk ke rumah nabi Muhammad SAW dan membunuhnya.
Namun, Abu Jahal mencegah dan mengungkapkan kata. Kata-kata yang dirakamkan dalam sejarah:
أتريد أن تقول العرب عنا أنا تسورنا الحيطان وهتكنا ستر بنات محمد؟
" Apakah kamu mahu nanti kelak bangsa Arab akan mengatakan bahawa kita ini jenis orang yang memanjat dinding dan memecahkan tirai anak-anak perempuan Muhammad??"
Lihat, begitu maruah Abu Jahal dalam soal adab terhadap memlihara kehormatan wanita. Apakah sebahagian orang Islam lebih hebat daripada Abu Jahal dalam soal ini. Para sekodeng, usahlah mendabik dada bahawa kalian lebih mulia daripada Abu Jahal. Peringatan yang sama perlu dilontarkan kepada para penguatkuasa agama yang kekadang melanggar adab memecahkan pintu-pintu rumah orang atas nama nahi mungkar. Apakah agama membenarkan kita menceroboh batas keaiban seseorang yang tidak dibukakan mereka?
Termasuk akhlak buruk apabila ada orang Islam melakukan kerja-kerja menjatuhkan keaiban orang di media sosial. Diselongkar gambar-gambar memalukan orang lain dan disebarkan di media sosial. Ini kerja yang setanding dengan panjat dinding rumah orang dan merobek aurat anak perempuan nabi Muhammad SAW yang Abu Jahal sendiri tidka sanggup lakukan!
Ada satu lagi perkataan warisan jahiliyyah yang mengkagumkan.Tatkala Nabi menerima para wanita mukminat yang mahu berbai'ah kepada baginda selepas Fathu Makkah, antara akujanji yang nabi mahu mereka terima ialah:
bahawa mereka tidak akan berzina.
ولا يزنين
Hindun bin Utbah, Isteri Abu Sufyan mencelah dengan kata-katanya: