"Kenapa dia dibantu sedangkan dia
bukannya ada IC?", Junaidi, seorang warga kampung Karamunting Laut yang
kutemui menyatakan rasa tidak puas hatinya. Beberapa kaum ibu yang
melepak bersamanya di beranda rumah tepian jambatan kampung itu turut
mengiyakan persoalannya.
" Itu bukan bantuan untuknya, tetapi untuk anak-anak di sini", aku menjelaskan.
"
Kau lihat rumah saya, sudah mahu roboh, itu hari masa pilihanraya YB
Hamzah janji mahu bina rumah baru untuk saya, tapi dia pun tak
menang...", Junaidi mengeluh.
"
Kami dah semak keputusan pilihanraya baru-baru ini, orang kampung lebih
memilih Linda Tsen, sekarang di mana dia? Hanya penduduk kawasan
perumahan yang banyak menyokong YB Hamzah. Kenapa tidak minta bantuan
daripada Datin Linda?", aku menempelak.
" Huh, apa diminta bantuannya, menang sahaja dia sudah pergi luar negara, tidak nampak mukannya lagi", Junaidi mencebir.
Seorang
lelaki separuh baya pula masuk mencelah perbualan kami. Namanya Rumal.
katanya dia bekas tentera yang berhenti awal daripada profesion
tentera. Dia mengaku penyokong kuat pembangkang dan turut menyuarakan
harapan agar rumahnya dibaiki.
Aku
menjelaskan bahawa membaiki rumah orang kampung bukan tugas kami.
Kedatangan kami pada hari itu hanyalah untuk kerja kebajikan mengecat
dinding sekolah rakyat yang disebut "Madraza Untuk Kanak-kanak " yang
dibangunkan oleh Hj. Yasin, warga tanpa IC di situ.
"
Kalau tidak banyak pun, sedikit jadilah...", Rumala masih tidak
berputus asa dan menyatakan hasratnya sambil menunjukkan sekeping kad
calon kepunyaan Hj. Hamzah yang disimpannya sewaktu pilihanraya lalu.
" Insya Allah, lain kali kita bantu...", aku melemparkan senyum pahit.
Warga
kampung yang hanya memikirkan isi perut sendiri. Minta bantuan baiki
rumah sendiri. Merekalah yang menjual undi senilai RM50 atau RM100 pada
musim pilihanraya. Kini, ketika mereka diabaikan sesudah pilihanraya,
kembali menggenggam amarah dan menyimpul tekad untuk menghukum penguasa
leka bila pilihanraya ke-14 tiba kelak.
Aku
mendengar sahaja azam mereka itu tanpa menyimpan harapan. Generasi
mereka sudah lemah untuk menginjakkan tindakan. Hanya sekadar menggetap bibir menyata
dendam dan tekad yang kemudiannya bakal sirna dengan bau not-not yang
ditabur di malam pilihanraya.
Add caption |
Hj. Yasin, pemilik Madraza. |
Sukarelawan bersama Hj. Yasin |
Generasi baru berpalit tahi judi |