Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai takbir British yang berasal daripada luar Kelantan, menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai yang terlalu lambat membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib menemui Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan mengganggap Tuk Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah dibunuh. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
Pemilik Blog

Ust Kama (PerenungLangit)
TAQWIM HIJRI
Waktu Malaysia
WAKTU SOLAT
Rujukan
Khutbah
Download Pelbagai
SUMBER FATWA
Senjata Blogger
Tok Janggut, pejuang atau penderhaka raja?
September 11, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 5:13 PM 1 comments
Labels: kritikan
Merebut Kota Perjuangan
Kerana...
kemerdekaan ini anugerah penjajah
buat anak-anak terdidiknya
kitapun dipaksa melupakan
mereka yang telah berjuang
dalam selengkar masa
dengan lelehan peluh, air mata dan darah
diburu, dipenjara, dibuang negeri dan dibunuh.
Siapa berhasil merebut kota perjuangan
di sanalah dia memacakkan rayahnya
Manakala yang tewas
adalah untuk dilupakan
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:27 AM 0 comments
Labels: Sajak
Kalau bukan pejuang kemerdekaan...
Prof Zainal Kling mewakili kumpulannya yang bernama Majlis Profesor Negara (MPN) dalam sebuah sidang medianya, menegaskan bahawa mereka menafikan tokoh-tokoh Melayu berhaluan kiri berjuang untuk kemerdekaan. Menurutnya, sungguhpun pada awalnya mereka berjuang untuk kemerdekaan daripada pentadbiran British, tetapi disebab agenda politik mereka untuk menubuhkan republik dan bersekongkol dengan komunis, mereka tidak layak dihargai sebagai pejuang kemerdekaan negara.
- Penghulu Dol Said di Naning,
- Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti
- Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong,
- Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak.
- Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang,
- Tok Janggut di Kelantan.
- Raja Mahadi di Selangor.
- Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
- Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah,
- Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak.
- Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah.
- Ibrahim Yaacob, Hassan Manan, Abdul Karim Rashid, Mohd. Isa Mahmud, Ahmad Boestamam, Pak Sako, A. Samad Ismail, Said Zahari, dan ramai pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang berjuang.
- Syed Sheikh Al Hadi, Burhanuddin Helmi, Ust Abu Bakar Al-Bakir dari Hizbul Muslimin dan ramai ulama yang berjuang.
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:06 AM 0 comments
Labels: kritikan
Tauliah bukan buat para da'ei
September 9, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 3:22 PM 0 comments
Perjuangan dan pengkhianatan
September 7, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 7:29 PM 0 comments
Tangkal Azimat dan Ilmu Gagah bukan ajaran Islam
Dicatatkan mengenai Mat Indera, pada 14 Oktober 1952, beliau dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.Pengkhianatan terhadap pejuang tanah air ini merupakan satu pengkhianatan yg teramat besar . Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau.
Demikian kita dihidangkan dengan kisah sejarah mengenai tragedi 13 Mei 1969 di mana menceritakan kehebatan ilmu parang terbang orang Melayu yang membunuh Cina. Bagi orang Melayu yang tidak teliti, mungkin merasa bangga dengan cerita-cerita sebegitu. Ilmu Parang Terbang itu dikatakan khazanah bangsa dan lambang kejaguhan Melayu. Padahal, ia tidak lebih dari penghinaan buat bangsa Melayu.
Mengenai Mat Indera yang dibincangkan ramai orang ini, ia juga merupakan salah satu watak orang dulu yang tidak terlepas daripada gambaran yang ada itu. Sungguhpun dia seorang yang dikatakan beragama, dia seorang yang bergantung kepada tangkal azimat. Dia memiliki ilmu kemegahan duniawi yang hari ini kalau kita bahaskan, akan membawa kita merumuskan penyimpangan daripada ajaran Islam. Ilmu ghaib, kebal dan bermacam-macam ilmu yang pernah dimiliki oleh nenek moyang kita dulu bukannya ilmu Islam pun. Perolehannya pun tidak mengikut lunas Islam.
Cerita mengenai orang beragama di zaman dulu begitulah gambarannya. Hatta, Wali Songo yang merupakan sejumlah da'ie hebat dari Tanah Jawa ditempelkan dengan cerita-cerita "khawariqul 'adah" yang jika diteliti mencurigakan dari segi kesucian akidah dan amalan Islam. Memang begitu yang tumbuh dalam budaya kita. Seorang tokoh yang hebat akan diperhebatkan dengan riwayat kecanggihan ilmunya. Seorang yang mempunyai ilmu yang canggih itu pula akan disempurnakan dengan lebel sebagai tokoh agama, ulama, pelajar pondok, berguru dengan ulama itu dan ini serta sebagainya.
Kalau benar sebagaimana diriwayatkan orang mengenai Mat Indera yang hilang kekuatannya setelah tangkal-tangkalnya berjaya dibuangkan dari tubuhnya, tahulah kita di tahap mana agama panutan Mat Indera. Semoga sebelum matinya dia telah bertaubat meninggalkan semua kekusutan dalam beragama itu.
Rasulullah SAW bersabda:
Posted by PERENUNG LANGIT at 1:12 AM 1 comments
"Wira Sebenar"
September 4, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 11:54 PM 0 comments
Labels: kritikan
KHUTBAH JUMUAT: Istiqamah Sesudah Ramadhan
September 2, 2011Petikan khutbah Jumuat hari ini:
Teks penuh Khutbah boleh didapati di sini: Istiqamah Sesudah Ramadhan
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:50 AM 0 comments
Labels: Khutbah