Pemilik Blog

Ust Kama (PerenungLangit)
TAQWIM HIJRI
Waktu Malaysia
WAKTU SOLAT
Rujukan
Khutbah
Download Pelbagai
SUMBER FATWA
Senjata Blogger
Al-Nadhar bin Al-Harith-Cedikiawan Malang
April 28, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 9:21 AM 2 comments
Labels: Tafsir
Mengapa bermimpi bulan turun ke riba?
April 27, 2010Orang-orang jahil banyak disesatkan oleh guru-guru ajaran sesat yang memukau pengikutnya dengan perkara luar biasa. Guru silat kebatinan lebih diminati daripada guru silat olahraga. Bomoh-bomoh masih dikerumumuni orang untuk menyelesaikan pelbagai persoalan. Ketika sakit kerana kayap, ada kalangan yang lebih suka memilih bomoh berbanding jumpa doktor sebab dr beri ubat sedangkan bomoh cuma hembus. Ajaib. Sewaktu benda milik sendiri hilang, ada yang lebih suka bertemu tukang tuduh agarkan barang yang hilang dapat ditemukan semua. Tukang tuduh cuma perlu menyusun formasi tertentu bilah-bilah lidi atau membilang-bilang jarinya untuk mengatakan tempat beradanya barang hilang itu. Ajaib.
Dari perkara yang berkaitan kehidupan harian, sehinggalah hal-hal ibadat dan taqarrub, kebergantungan kepada keajaiban terus berlagsung.
Ada orang berzikir untuk merasai kejaiban pada hatinya. Hati yang disucikan dengan zikir diharap dapat menyuluh kemajhulan malakut. Ada yang suka bangun solat malam kerana terdorong mahu melihat keajaiban dalam hidupnya. Razeki murah, wajah berseri dan kalamnya ditaati. Terdapat tanggapan salah tentang kewalian apabila wali Allah dikaitkan dengan keajaiban. Seseorang yang berada dalam 2 tempat berasingan dalam satu masa dikatakan sebagai wali Allah. Seseorang yang mengatakan sesuatu lalu terjadi apa yang dikatakan, dikatakan wali Allah. Banyak orang dikatakan wali Allah semasa hidupnya kerana kemampuannya menimbulkan khawariqul 'adah!.
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:49 AM 0 comments
Labels: pengajaran
Tariqat Qadiriyyah-Naqsyabandiyyah.
Posted by PERENUNG LANGIT at 1:03 AM 1 comments
Labels: Catatan (Lokasi)
Lebih Baik Merasa Berdosa
April 19, 2010" Saya sudah insaf dan memohon keampunan Tuhan...", demikian Mstar melaporkan Zaid Ibrahim, calon PKR bagi pilihanraya Kecil Ulu Selangor sebagai berkata berhubung dengan dakwaan bahawa dia pernah menjadi peminum arak tegar.
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:07 AM 3 comments
Labels: Pendapat
Kelajuan Internet Malaysia Memalukan
April 16, 2010Melihat kedudukan kelajuan internet negara kita Malaysia, aku merasa sungguh terhina dan dipermainkan oleh syarikat TM. Inikah jalur Lebar yang sering dibanggakan?Apa yang boleh dibanggakan dengan kelajuan serendah itu? Cubalah bayangkan bagaimanalah rasanya berada di sebiah negara seperti Korea yang kelajuan downloadnya adalah 20.70 mbs/s (20.70 Megabite setiap saat). Bandingkan dengan apa yang TM berikan kepada kita. 1.87 Mbs/s.
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:39 PM 1 comments
Labels: kritikan
Ada Barzakh Antara Lautan
April 11, 2010Apabila Allah berfirman dalam Al-Quran:
Posted by PERENUNG LANGIT at 3:13 PM 1 comments
Labels: renungan
Islam Sebagai Cara Hidup
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:32 AM 1 comments
Labels: kritikan
Ulama jahat tidak diselamatkan
April 10, 2010
Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.
Renungkan sebuah firman Allah SWT:
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:52 AM 1 comments
Labels: Tafsir
Renungan Subuh (090410)
April 9, 2010Hidup ini tidak lama. Cuma umpama sepagi atau keparuh hari. Allah berfirman:
Posted by PERENUNG LANGIT at 6:15 AM 0 comments
Labels: renungan
Islam, Satu Malaysia & Perkasa
April 6, 2010Islam memberi ruang untuk kebebasa agama tetapi tidak menggalakkan penganutnya untuk menggalakkan dan menyumburkan amalan keagamaan penganut agama lain.
Mengambil jalan sederhana, aku menegaskan bahawa konsep satu Malaysia membabi buta adalah salah. Satu Malaysia dalam wajah pluralisma adalah ditolak. Satu Malaysia hendaklah dilihat berdasarkan cermin islam sebagai agama yang satu-satunya diterima di sisi Allah SWT.
Kepelbagaian adalah fitrah manusia. Kepelbagaian tidak boleh dipadamkan dengan konsep ciptaan manusia. Namun. kepelbagaian bukan alasan untuk manusia bergaduh. Banyak cara untuk menyatukan manusia dan sememangnya rakyat Malaysia hidup bersatu sebelum pun Satu Malaysia kumandangkan. Krisis-krisis antara kaum yang terjadi sebelum ini adalah angkara manusia yang berkepentingan yang sering menjadi batu api atau suka mengapi-apikan sentimen tidak bertempat.
Kewujudan PERKASA yang menjadikan sentimen pribumi sebagai agenda perjuangan adalah satu contoh kelompok orang yang membakar kepelbagaian menjadi api permusuhan. Bagi mereka yang mendokong idea Satu Malaysia tidak munasabah bermain gendang persilatan PERKASA. Islam di atas Satu Malaysia. Mungkin Satu Malaysia boleh dinilai positif pada beberapa ideanya tetapi tidak pada kesemuanya. Satu Malaysia dalam kerangka ideanya yang mendokong pluralisme agama adalah tidak boleh diterima. Mereka yang sering mendewakan demokrasi pun mahu agar demokrasi diamalkan bukan dalam erti kebebasan mutlak, maka demikian pula Satu Malaysia. Demokrasi perlu dicerminkan kepada keberadaan kita sebagai hamba Allah di samping maslahah-maslahah lain. Maka...demikian Satu Malaysia.
Sementara PERKASA, ia sama sekali tidak cocok dengan Satu Malaysia dalam kerangka ideanya yang manapun. Dengan Islam, PERKASA lebih lagi tidak punya tempat.
Sampai waktu...berkuburlah. Islam akan terus kekal berdiri menongkah zaman!
Posted by PERENUNG LANGIT at 1:56 PM 1 comments
Labels: Ulasan
Terkenang Masa Lalu: Ahmad Najmi
April 4, 2010Sebenarnya, sewaktu zaman pengajianku, banyak sekali siri demonstrasi. Pantang ada isu, para mahasiswa dan mahasiswi akan bangkit berdemostrasi di masjid dan juga simpang jalan. Mahasiswa zamanku itu, agresif dan responsif.
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:01 PM 0 comments
Labels: Nostalgia
Renungan Subuh (040410)
Posted by PERENUNG LANGIT at 7:37 AM 0 comments
Labels: renungan
TAHNIKLAH ANAKMU...
April 3, 2010Ketika Asma' binti Abu Bakar mengandungkan Abdullah bin Zubair, beliau telah berhijrah meninggalkan Makkah. Kandungannya waktu itu sudah mencapai umur sembilan bulan. Beliau berhenti di Quba' dan di sanalah Abdullah dilahirkan. Setelah itu, puteranya itu dibawa bertemu Rasulullah SAW. Rasulullah meminta agar buah tamar dibawakan kepadanya. Buah tamar tersebut dikunyah dan kemudian dimasukkan ke dalam mulut putera Asma' itu. Baginda membaca doa buatnya dan Allah memberi barakat kepada nya. Kelahiran Abdullah dicatat sebagai kelahiran pertama selepas hijrah dan ia mengembirakan orang-orang Islam kerana ia membatalkan omongan Yahudi yang mendakwa orang-orang Islam tidak akan melahirkan anak kerana telah disihir oleh Yahudi.
Pada zaman Rasululullah SAW, para sahabat selalu membawa anak-anak yang baru lahir kepada Rasulullah untuk ditahnik dan mendapat berkat daripada baginda. Mengambil berkat daripada Rasulullah adalah wajar kerana baginda adalah manusia pilihan Allah yang dibekali dengan keberkatan. Sebahagian ulama menolak konsep mengambil berkat terhadap individu selain Rasulullah SAW. Dengan kata lain, nas-nas yang membuktikan amalan tabarruk dengan Rasulullah SAW daripada para sahabat, adalah khusus untuk Rasululah SAW sahaja.
Maka, dalam soal tahnik, tidak perlu lagi mencari orang lain sebagaimana para sahabat mencari Rasulullah SAW. Cukuplah ia dilakukan oleh ibu atau bapanya sendiri.
Namun sebahagian kalangan orang Islam lebih selesa menyerahkan urusan tahnik kepada orang-orang yang dikenal soleh dalam masyarakat.
Apa yang penting, dalam amalan tahnik sebagai sunnah ialah menyerapkan rasa manis buah tamar ke dalam pori-pori mulut bayi dan membiarkan ia ditelan. Kalau tiada tamar, maka boleh juga apa sahaja yang manis seperti madu atau gula. Bertahnik dengan bahan-bahan lain seperti garam, asam jawa dan air zamzam yang terdapat dalam amalan tradisi masyarakat Melayu adalah tidak punya asas sunnah.
Kajian sains moden telah membuktikan rahsia kelebihan tahnik dengan makanan yang manis. Antara lain ia mengaktifkan sistem penghadaman seorang anak yang baru lahir sehingga kesediaannya menerima susu ibu berada pada tahap yang baik dan memperkuatkan sistem penghadapamnya. Rasa manis itu sendiri sebenarnya akan membentuk satu psikologi positif buat anak tersebut.
Nabi melakukan tahnik dan kemudian berdoa. Tidak warad apakah doa yang nabi ucapkan. Tentunya doa untuk kebaikan anak tersebut.
Sebahgian orang menyarankan agar dibacakan ayat surah Al-Insyirah pada jari dan kemudian mencalitkan kurma yang sudah dikunyah ke jari itu lalu di masukkan jari itu ke dalam mulut bayi sambil membacakan ayat Al-Quran berikut:
Setelah itu berdoa untuk bayi tersebut dengan apa-apa doa yang sesuai.
Posted by PERENUNG LANGIT at 5:26 PM 1 comments
Labels: catatan