Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Makanan bercampur lemak babi

July 25, 2009

"Selesma babi sedang menjadi ancaman kepada penduduk dunia hari ini...", kataku dalam perhimpunan pagi itu di depan murid-murid.
"H1N1 ustaz...", salah seorang murid menjeritkan nama yang dipopularkan oleh media.
"Tidak, namanya selesma babilah tu...", tegasku.

Selesma yang yang mulanya dikenali dengan nama selesma babi telah dipopularkan sebagai H1N1. Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan rakyat bahawa nama penyakit yang satu itu adalah influenza H1N1. Bukan selesma babi. Alasan murni yang diberikan ialah agar rakyat tidak memandang ringan penyakit tersebut kerana ia akan menyerang sesiapa sahaja sekalipun yang bukan makan babi.

Dalam satu kesempatan, aku bertanya kepada para pelajar dalam perhimpunan RMT tentang siapa di antara mereka yang sudah makan babi. Tidak seorang pun yang mengaku makan babi. Sememangnya babi adalah binatang yang paling dijauhi oleh orang Islam. Dari kalangan tua hatta kanak-kanak sekolah rendah menganggap babi adalah haiwan najis berat dan amat fobia sekali.

"Anda semua sudah makan babi...", tukasku mencabar.
"Isy...mana ada ustaz...", seorang murid perempuan yang agak matang membantah.
"Awak pernah makan coklat cardbury?", tanyaku.

" Saya suka makannya ustaz...", seorang murid perempuan lain mencelah.
" Coklat tersebut mengandungi lemak babi...", ujarku.

Aku telah membuat semakan terhadap coklat yang diimport itu. Ia mengandungi kod lemak babi.

"Anda pernah makan kek pandan atau kek coklat Apollo? London Swiss Roll?",lanjutku lagu.


Kegelisahan mula terpancar dari wajah mereka.

"Siapa yang pernah makan, bermakna dia pernah makan makanan yang ada lemak babi!", aku menjelaskan secara muktamad." Justeru tiada siapa antara kamu semua boleh rasa selamat daripada selesma babi",

"Mana ustaz tahu ada lemak babi?", seorang murid menyoal.

"Ustaz ada kod-kod yang mewakili lemak babi....kalau kamu semua ingin tahu, semak di belakang setiap bungkusan makanan yang kamu beli...jika ada kod tersebut, bermakna ia ada lemak babi",

Esoknya aku menampalkan senarai kod tersebut yang aku petik adaripada artikal Dr M. Amjad Khan dari Institut Penyelidikan Perubatan, USA.

Berikut adalah kod-kod lemak babi yang sering ditemui tercatat pada bungkusan makanan, khususnya yang diimport dari luar negara.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

Aku memberikan tugasan kepada murid-murid untuk mencari bungkusan makanan yang mengandungi kod tersebut. Pada hari seterusnya aku menerima banyak sekali aduan murdi-muridku tentang makanan yang mereka makan hari-hari tetapi mengandungi kod lemak babi.

"Berdosakan kami ustaz?", dalam keresahan kerana dikelilingi makanan bercampur lemak babi, mereka bertanya.

"Jika kita tidak tahu, kita tak berdosa....tetapi makanan itu bakal menggelapkan hati kamu...lalu kamu menjadi orang yang degil, sukar menerima nasihat dan juga pelajaran...", aku menerangkan efek yang timbul daripada memakan makanan seumpama itu.

"Tapi...ada yang mempunyai logo halal...", luah seorang murid.

"Logo halal boleh dipalsukan....kita wajib menyelidiki kalau kita ada caranya untuk memastikan ketulinan halalnya....kod yang ustaz berikan itu adalah bekalan buat kamu....", nasihatku buat mereka.

Sesungguhnya babi menjadi ancaman besar kepada orang beriman. Musuh-musuh orang beriman sentiasa mencari jalan untuk menindas ismah orang beriman. Alangkah sukarnya menjaga makanan. Semoga Allah memberikan kita semua kekuatan.




Selesma Babi

July 15, 2009

Aku jarang baca email yang sampai ke dalam imboxku. Kebanyakannya aku delete sahaja kerana terlalu banyak. Tapi email ini aku terbaca dan menarik untuk diambil dan disimpan di blog buat renungan dalam usaha memahami isu yang hangat diperkatakan dewasa ini. Isu selesma babi.


Babi mampu menyimpan virus influenza sesuai bagi manusia dan yang lain sesuai bagi burung, membenarkan virus bagi bertukar-tukar gen dan menghasilkan jenis pandemik.

Selsema Babi merujuk kepada influenza (demam selsema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia).

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan kinzir, terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya tersebar dari manusia pada manusia. Jenis yang bertanggung jawab bagi wabak Selsema Babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.[2]

Pada manusia, simptom selsema babi adalah serupa dengan influenza dan penyakit seperti influenza secara umum.

Pengelasan

Jenis SIV yang diasingkan sehingga kini telah dikelaskan samaada sebagai virus influenza C atau satu dari pelbagai sub jenis genus virus influenza A.[3]

Influenza A

Selsema Babi diketahui disebabkan oleh influenza A sub-jenis H1N1,[4] H1N2,[4] H3N1,[5] H3N2,[4] and H2N3.[6]

Pada babi, tiga virus influenza A subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar disekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, sub-jenis H1N1 khusus tersebar luas dikalangan populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selsema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).[7]

Interaksi dengan H5N1

Virus influenza burung H3N2 adalah endemik bagi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan strain variasi baru.[8] Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia.[9] H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift.[10] In August 2004, researchers in China found H5N1 in pigs.[11]

Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selsema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negetif.[12][13]


Bagaimana ia menjangkiti manusia

Wabak selsema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Tanda dan simptom


Simptom utama bagi selsema babi pada manusia.[14]

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selsema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selsema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selsema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selsema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selsema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selsema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).[16]

Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .

Pathofisiologi

Virus influenza mengikat melalui hemagglutinin pada gula asid sialik pada permukaan sel epithelial; biasanya pada hidung, tekak dan paru-paru mamalia dan usus kecil pada burung (Tahap 1 pada rajah jangkitan).[17]

Selsema babi pada manusia

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.[18] Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa.[19] Kajian ini antara lain membentuk cadangan bahawa mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti menjadi tumpuan bagi peningkatan pemantauan kesihatan awam.[18] Wabak selsema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subtaip H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis endemik pada babi, dan juga influenza burung.[20]

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selsema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan.[21] Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.[22] Selsema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.[23]

Selsema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat.[24] Vaksin bagi selsema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selsema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.[25]

Sejarah

Pada 5 Februari 1976, tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat menyatakan dirinya letih dan lemah dan mati keesokannya. Doktor mengesahkan kematian berpunca daripada virus babi sebagaimana tahun 1918 akibat pandemik selesema. Presiden Gerald Ford diminta mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin. Namun rancangan suntikan itu dibatalkan.

Pada Ogos 20, 2007 wabak selesema babi menyerang Nueva Ecija dan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada 1968 ,virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia .[26]

Laporan WHO 2009

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 nyawa mati akibat virus H1N1 ini, yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar wabak sejagat. Sekurang-kurangnya 81 mati akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati itu memiliki versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema, dipercayai jenis sama.

Jangan jadi lebih sesat daripada haiwan ternakan

July 10, 2009

Ini adalah bahan untuk pembentangan tafsir yang dikemukakan dalam usrah DPPKS pada malam ini.




وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آَذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai”.

Ramai Manusia dan jin Ke dalam neraka!

Allah mengatakan bahawa Dialah yang telah menciptakan untuk diisikan ke dalam neraka jahannam ramai dari kalangan manusia dan jin.

Imam Ibnu Kathir menyebutkan dalam tafsirnya, apabila Allah menghendaki menciptakan sesuatu makhluknya, Dia telah mengetahui ke arah manakah mahkluknya itu akan beramal, lalu dituliskan dalam kitab yang ada di sisinya keadaan makhluk tersebut 50 ribu tahun sebelum terciptanya langit dan bumi ini.

Disebutkan dalam hadis bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إن الله قدر مقادير الخلق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة وكان عرشه على الماء

“Sesungguhnya Allah mentakdirkan takdir-takdir kejadian 50 ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi dan adalah arasynya diatas air”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain riwayat daripada Ai’shah bahawa nabi telah dijemput menghadiri jenazah seorang bayi dari kalangan anak-anak orang ansar lalu aku (Aishah) berkata:

“Ya Rasulullah,alangkah beruntungnya dia!dia menjadi burung kecil di antara burung-burung kecil syurga. Dia tidak pernah mengamalkan kejahatan dan tidak sempat melakukannya”.

Maka jawab Rasululah SAW:

أو غير ذلك يا عائشة إن الله خلق الجنة وخلق لها أهلاً وهم في أصلاب آبائهم, وخلق النار وخلق لها أهلاً وهم في أصلاب آبائهم

“Ataupun selain itu ya Aishah!Sesungguhnya Allah telah menciptakan syurga dan menciptakan baginya ahli-ahlinya padahal mereka masih lagi dalam tulang-tulang sulbi bapa-bapa mereka. Dan Allah telah menciptakan neraka dan menciptakan juga ahli-ahlinya sedangkan mereka masih dalam tulang-tulang sulbi bapa-bapa mereka”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Disebutkan dalamSoheh Bukhari dan Muslim sebuah hadis riwayat Ibn Mas’ud R.A bahawa Rasulullah Saw telah bersabda:

ثم يبعث الله إليه الملك فيؤمر بأربع كلمات فيكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أم سعيد

“Kemudian diutuskan oleh Allah kepadanya (janin dalam kandungan ibunya) dan diperintahkan empat kalimat (perkara) lalu ditulislah tentang razekinya, ajalnya,amalnya dan kesudahanya (bahagia atau celaka=syurga atau neraka)”

Telah disebutkan dalam sebuah hadis yang lain bahawa apabila Allah mengeluarkan zuriat Adam dari sulbinya lalu menjadikannya dua golongan iaitu golongan kanan dan golongan kiri lalu Dia berkata:

Mereka (Golongan kanan) adalah untuk diisikan ke syurga dan aku tidak peduli. Dan mereka pula(Golongan kiri) untuk diisikan ke neraka dan aku tidak peduli.”

Hadis-hadis seumpama ini banyak dan para ulama telah membincangkan secara panjang lebar mengenai persoalan Qadar ini.

Ada hati tetapi tak boleh memahami, ada mata tidak boleh melihat dan ada telinga tak boleh mendengar!

لهم قلوب لا يفقهون بها ولهم أعين لا يبصرون بها ولهم آذان لا يسمعون بها

Orang-orang yang bakal dihumbankan ke dalam neraka itu adalah mereka yang diberikan Allah hati buat memahami ayat-ayat Allah,tetapi mereka tidak menggunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah.Malah ada pula yang menentang Allah. Mereka menjadi degil dan enggan tunduk kepada perintah dan peraturan Allah. Allah kurniakan mereka mata dan telinga buat melihat dan mendengar ayat keterangan Allah namun mereka membutakan mata dan memekakkan telinga. Lalu mereka terus berada dalam kegelapan dan tidak mendapat hidayah.

Allah berfirman dalam al-Quran, banyak ayat yang maksudnya sama seperti ayat di atas:

· وجعلنا لهم سمعاً وأبصاراً وأفئدة فما أغنى عنهم سمعهم ولا أبصارهم ولا أفئدتهم من شيء إذ كانوا يجحدون بآيات الله

· صم بكم عمي فهم لا يرجعون

· صم بكم عمي فهم لا يعقلون

· ولو علم الله فيهم خيراً لأسمعهم ولو أسمعهم لتولوا وهم معرضون

· فإنها لا تعمى الأبصار ولكن تعمى القلوب التي في الصدور

· ومن يعش عن ذكر الرحمن نقيض له شيطاناً فهو له قرين * وإنهم ليصدونهم عن السبيل ويحسبون أنهم مهتدون

Mereka umpama haiwan ternak, malah lebih hina lagi!

أولئك كالأنعام بل هم أضل!

Mereka adalah seperti ternakan!Hidup hanya makan rumput. Hati,mata dan telinganya bukan ada guna untuknya. Bila tuannya memanggilnya dia tidak faham apa-apapun. Tuannya tidak mendengar pula jawapan balas ternakannya itu. Namun, berbanding manusia yang tidak mendapat hidayah ini, ternakan lebih mulia kekrana adakalanya ternakan tahu mengikut arahan tuannya jika dilatih.

Justeru, jika manusia itu mentaati Allah,dia lebih mulia dari malaikat. Namun,jika dia menderhakai Allah,dia lebih hina dari ternakan yang sudah sedia hina.