Hari ini aku dapat membuat access. Alhamdulillah.
Pemilik Blog
TAQWIM HIJRI
Waktu Malaysia
WAKTU SOLAT
Rujukan
Khutbah
Download Pelbagai
SUMBER FATWA
Senjata Blogger
Perpustakaan Desa Kg. Datuk
December 7, 2009Hari ini aku dapat membuat access. Alhamdulillah.
Posted by PERENUNG LANGIT at 2:47 PM 0 comments
Labels: Catatan (Lokasi)
Bulan dan bintang
November 21, 2009
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:42 AM 0 comments
Labels: Puisi
Filem 2012
November 19, 2009Posted by PERENUNG LANGIT at 2:20 PM 0 comments
Labels: Pendapat
Wali Allah
"Saya bukan mufti...soalan itu kena tanya kepada mufti".
Setelah itu, wali Allah menjadi Tuhan, Pemuda Bani Tamim, Sohibuz Zaman dan Rasul bangsa Melayu. Maka, hendaklah kita beriktisod dalam meneyebarkan dakwaan kewalian. Ketua kepada segala wali Allah adalah Rasul Muhammad SAW. Tidak ada seorang manusia beriman yang layak disultankan dengan gelaran "Sultanul Auliya" di atas sahabat nabi yang terutama, Abu Bakar As-Siddik, apa lagi di atas nabi Muhammad SAW. Para wali berada di bawah para nabi. Sesiapa yang mendakwa jalan para wali dan jalan para nabi berbeza sebagai berbezanya syariat dan haqiqat, itulah jalan kesufian sesat yang direkayasa oleh syaitan.
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:54 AM 0 comments
Labels: Nostalgia
Tajdid Perjuangan
November 8, 2009Posted by PERENUNG LANGIT at 7:52 AM 3 comments
Labels: Pendapat
Percekcokan dalam Jema'ah.
November 6, 2009Posted by PERENUNG LANGIT at 11:18 PM 0 comments
Labels: Tafsir
Manusia umpama ikan keli
November 5, 2009Posted by PERENUNG LANGIT at 6:22 AM 0 comments
Labels: Pendapat
Agama bukan cetusan akal dan warisan nenek moyang!
November 4, 2009Pertama, agama tidak boleh didirikan berasaskan logik dan andaian. Agama hendaklah berpijak kepada dalil sama ada dari Al-Quran maupun hadis nabi. Amalan orang tua-tua bukan hujah sekalipun amalan orang tua-tua itu adalah amalan para agamawan masa lalu. Kuncinya terletak kepada dalil Al-Quran maupun hadis. Kedua, amalan tersebut tidak pernah dibuat oleh Nabi, para sahabat dan salafussoleh. Tidak ada dalil yang boleh dipertanggungjawabkan untuk mengharuskannya. Kalau hanya berdasarkan logik manusia diazankan ketika dilahirkan,maka sayugia diazankan ketika dihantarkan, itu cara sandaran yang tidak boleh diterima. Akal dan logik bukan sandaran dalam beragama. Amalan nenek moyang juga bukan sandaran.
Aku bukan penentang tahlil. Aku pergi ke jemputan tahlil. Namun,aku tidak menguatamakan tahlil berbanding solat berjemaah. Kalau ada usrah dan jemputan tahlil dalam satu masa, aku utamakan usrah. Kalau buat tahlil selepas solat maghrib di rumah si mati, aku tak akan pergi. Aku tak suka duduk beramai-ramai sambil geleng kepala kiri kanan mengucapkan kalimah tayyibah sedangkan waktu itu azan sudah dilaungkan dan orang lain sedang menunaikan solat berjema'ah. Majlis tahlil itu kecil sekali dan kehadiranku adalah untuk tujuan dakwah dan persaudaraan. Jika tiada maksud dakwah dan persaudaraan, tiadalah aku suka menghadirkan diri.
Malam jumaat aku baca yasin di surau. Kekadang aku pulang dan tak baca yasin malam Jumaat. Baca yasin bukan wajib buatku. Kekadang solat subuh aku tak baca doa qunut. Dalam banyak keadaan, aku baca doa qunut. Pernah, tatkala jadi imam, aku terlupa doa qunut. Terlupa juga sujud sahwi. Ada makmum bertanya. "Apalah kiranya solat subuh kita pagi ini ustaz?". Kataku, solat subuh kita, insya Allah sempurna. Tiada kurang apa pun. Qunut bukan masalah. Tapi, aku selalu mengingatkan diriku agar berqunut. Aku ingin mengambil iktibar dari amalan imam Syafie ketika mengimamkan jemaah solat subuh di depan pengikut mazhab Abu Hanifah.
Padaku, inilah pandangan moderat dalam beragama. Moderat ertinya wasatiyyah. Wasatiyyah adalah sebaik-baik jalan. Kita tidak semberono membid'ahkan semua perkara. Sebagaimana kita dilarang semberono dalam berpegang kepada sesuatu perkara agama, kita juga dilarang semberono menolak sesuatu amalan. Dalam menetapkan sesuatu perkara, kita melihat kepada dalil dan hujjah yang diberikan. Jika masing-masing punya dalil dan hujjah, kita lihat kepada keperluan dan tuntutan dakwah dalam masyarakat.
Kita...membujur lalu melintang patah.
Lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan lagu perjuangan. Kita tidak harus muzabzab. Biar kita tegak kukuh laksana gunung kinabalu yang menggapai awan itu!
Posted by PERENUNG LANGIT at 11:22 AM 0 comments
Labels: Pendapat
Tauliah..
November 2, 2009Kawanku itu suruh aku minta tauliah tetapi aku tidak mengambil peduali cadangannya. Mungkin kerana aku tidak rasa perlu kerana aku bukan tinggal di negeri Kedah. Aku tinggal di negeri Sabah. Di Sabah persoalan tauliah tidak dipentingkan sangat. Sekurang-kurangnya sehingga aku menulis ini, aku belum pernah mendengar seorang ustaz dihalang menyampaikan kuliah kalau tidak ada tauliah. Kalau mahu semua ustaz ada tauliah, tak dapatlah mengajar di sekolah-sekolah. Biar semua sekolah lumpuh daripada pendidikan Islam sebab guru-guru agamanya gagal mendapatkan tauliah.
"Kalau pihak JAIS tahu kamu sokong 100% jangan mimpilah nak dapat tauliah...", lanjutku.
Masa aku baru habis belajar universiti, datukkku telah meninggal. Menjadi kebiasaan orang kampungku pergi berjumpa tuan guru minta bacakan Quran dan tahlil untuk si mati. Bapaku juga melakukan hal yang sama untuk datukku. Aku melihat beberapa not wang beralih tangan setelah tuan guru itu mengatakan kos baca Quran dan tahlil adalah sekian banyak.Aku bertanya bapaku, apakah dalilnya semua amalan ini. Jawapan simplistik bapaku, itu adalah amalan yang diajarkan oleh tok-tok guru. Itu sahaja sandarannya. Tok guru adalah orang yang lebih pandai agama dari kita. Aku tidak suka terima itu sebagai sandaran. Aku perlukan hujah dan dalil.
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:38 AM 0 comments
Labels: komentar isu
Khutbah Jumuat: Pendusta-pendusta yang mengaku nabi.
October 30, 2009Ketika aku minta dia menerangkan ciri-ciri ajaran tersebut, dia menyebutkan tentang zikir yang diamalkan sangat berat dan dia belum mampu menunaikannya. Pada satu tahap, murid-murid akan duduk atas kain putih bagi berbai'ah kepada gurunya. Pemuda itu, katanya belum ke tahap itu. Katanya, gurunya mendakwa pernah naik sehingga langit ketujuh. Pengikut ajaran itu memakai pakaian yang berbeza warna mengikut hari tertentu. Mengenai solat lima waktu, katanya sejauh pemerhatiannya, gurunya tidaklah mendirikan solat lima waktu. Dia cuma solat pada hari tertentu sahaja. Katanya, hari khamis sahaja.
Aku memberikannya nombor talifonku sebagai rujukan perbincangan jika diperlukan. Mudahannya dia tidak hanyut jauh dalam ajaran seumpama itu.
Posted by PERENUNG LANGIT at 2:45 PM 0 comments
Labels: Khutbah
Liut Lalang
October 29, 2009Pada hari itu, dia bercakap tentang perjuangan. Jemarinya digenggam dalam penumbuk yang menjulang ke udara. Suaranya penuh semangat, penuh wibawa. Berpatah arang berkerat rotan. Membujur lalu melintang patah. Biar putih tulang jangan putih mata. Biar mati bergalang tanah, namun perjuangan diteruskan jua. Seribu satu kata semangat membakar jiwa keluar bergema depan ribuan khalayak. Sungguh mempersona sekalian rakyat marhaen .
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:52 PM 0 comments
Labels: kritikan
Kain pelikat pula berdiri!
October 28, 2009Posted by PERENUNG LANGIT at 2:52 PM 2 comments
Labels: kritikan
Wahai pemimpinku
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:40 AM 1 comments
Labels: nasihat