-->
Memaparkan catatan dengan label Malay Movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malay Movie. Papar semua catatan

5 Ogo 2021

Review Filem Hutang 2D (Astro First)


Filem Hutang 2D adalah filem terbaru di Astro First akan mula ditayangkan pada 5 Ogos 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga strim di Astro Go atau On Demand. Bermula dari sebuah lagu Hutang nyanyian kumpulan Floor 88, kini dari lagu dah diangkat menjadi sebuah filem iaitu Hutang 2D. Rasanya satu Malaysia pun tahu menyanyi lagu Hutang ni kan. Lagu ini sangat popular dan mendominasi carta radio dan TV. Malah lirik lagu hutang ini turut menjadi siulan oleh golongan kanak - kanak hingga dewasa. Istimewa buat penonton, Astro Shaw bakal membawakan filem Hutang 2D terbitan Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios terus ke pawagan rumah korang di Astro First. Filem ini bergenre aksi komedi dan merupakan kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati. Terdahulu kumpulan Floor 88 dah ada pengalaman berlakon menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku (2018) dan Tok Moh Talent Agency (2019) yang ditayangkan di Astro Citra.
Selain itu filem ini juga turut menampilkan gabungan penyanyi terkenal tanah air serta pelakon hebat Malaysia antaranya Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Black Hanifah, Fauziah Dato Ahmad Daud, Altimet, Ropie, Wafiy Aan, Coki dan ramai lagi. Movie Hutang 2D ini mendapat dua sentuhan pengarah iaitu Irwan Rauf dan pengarah bersama Eric Fuzi. Pelakon Ropie sebelum ini tampil dalam muzik video lagu Hutang dengan watak seorang yang banyak hutang dan menariknya watak tersebut telah dikembangkan ke dalam filem dan menjadi salah satu konflik di dalam penceritaan filem Hutang 2D ini. So jom tengok sinopsis movie ini beserta watak - watak pelakon dalam filem Hutang 2D di bawah ini okey.

Sinopsis Filem Hutang 2D Lakonan Floor 88, Baby Shima, Black dan ramai lagi.

HUTANG 2D mengisahkan Ayie, seorang pelukis ‘webtoon’ yang kuat berangan dan pengecut mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendamnya pada Shima. Kehadiran dua gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tablet ajaib’ di mana segala lukisannya menjadi hidup. Dengan adanya tablet itu, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

Barisan Pelakon Filem Hutang 2D

Ayie Elham (Floor 88)  sebagai  Ayie
Baby Shima sebagai  Shima
Eric Fuzi (Floor 88) sebagai  Eric
Akram (Floor 88) sebagai  Akram
Falique (Floor 88) sebagai  Falique
Achoi (Floor 88) sebagai  Achoi
Amir (Floor 88) sebagai  Amir
Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sebagai  Mak Ima
Ropie sebagai  Pak Jie
Black Hanifah sebagai Han
Wafiy Aan sebagai Kit
Coki sebagai  Aiman
Altimet sebagai  Gua Mambang

Latar cerita filem ini adalah ketika Malaysia masih bebas dari Covid 19 dan berlatarbelakangkan kawasan perumahan Flat. Seronok tengok susasana flat tu, semua hidup aman damai ja. Antara yang menarik dalam filem ini bila diorang banyak menggunakan kesan khas dan juga komik yang membuatkan filem Hutang 2D ni nampak unik dan lain dari yang lain. Filem ini turut mengangkat isu kekeluargaan dan persahabatan serta sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan masyarakat. Rasanya jarang tengok Black Hanifah ni berlakon, pastu dapat watak jahat pula, tapi watak jahat Black ni ada komedi gitu. Jadi memang lawaklaa. Antara yang menarik juga bila watak utama filem ini iaitu Ayie Floor 88 terpaksa potong rambutnya yang panjang tu. Hari ketiga shooting dia dah kena potong rambut ni. Jadi dalam filem ni korang boleh tengok perubahan rambut Ayie tu hahaha. Seandainya filem Hutang 2D ni mendapat sambutan hangat dari penonton, kemungkinan besar akan ada Hutang 2D Musical pula.
Selain tu aku juga suka scene Ayie bersembang dengan Gua Mambang lakonan Altimet tu, siap Mambang bagi pinjam tablet macam tu jer hehe. Paling best bila Gua Mambang tu sempat bagi pesanan pada Ayie yang mana dalam dunia ni, takde benda yang datang dengan mudah, semua kena usaha, pasang niat dan niat tu kena betul dan usaha, selebihnya serah pada Allah. Mambang tu pun sempat nasihat Ayie lagi suruh hormat ayahnya. Bagi aku watak Baby Shima biasa - biasa saja, mak dia lagi mencuri tumpuan, siap dengan pisaunya, sampai si samseng Si Han dan Kit pun lari. Tablet ajaib yang mambang tu bagi memang ajaib betul bila boleh buat lukisan Ayie dalam tablet tu jadi hidup. Pastu scene ahli - ahli Floor 88 mula muncul tu pun best gak, bila setiap seorang ada kuasa super power. Misalnya si Akram yang boleh menghasilkan cahaya serta pakar pickup line, Achoi pula boleh menghasilkan api serta bijak. Manakala Amir pula boleh tiru suara orang lain, Falique boleh berlari laju dan pantas serta paling lucu. Last sekali adalah Eric yang ganas dan ada kekuatan luar biasa.

Paling tak sangka bila Tablet tu habis bateri lain pulak jadi, kalau nak tahu apa jadi kenalah tengok filem ni nanti okey. Dekat - dekat nak ending tu Ayie sempat berduet sekejap dengan Baby Shima lagu Yang Benar tu. Sedap pulak bila diorang berduet lagu slow ala - ala balada tu. Selalu nyanyi lagu rancak je kan. Aku memang teringin nak tengok Baby Shima nyanyi lagu balada, mana tau kot dapat berduet dengan Floor 88 lagi ke kan selepas lagu Roadblock Hatiku dan lagu raya tu. Sejujurnya aku tak begitu suka filem - filem genre aksi ni, tapi dalam filem ni semua scene - scene aksi tu kira okeylaa, tak terlalu banyak sangat. Di tambah dengan komedi lagi, kira syoklah nak tonton. Jalan cerita filem Hutang 2D ni memang santai je, just layan dan tak perlu nak fikir banyak. Cuma scene yang Han dan Kit dok culik perempuan - perempuan muda kat flat tu macam tak perlu saja, patut fokus dengan isu hutang Pak Jie saja. OST filem Hutang 2D ni haruslah best kan, semestinya lagu Hutang tu kena ada, serta lagu baru diorang yang lain. Tapi filem ini tak dinafikan memang menghiburkan, jadi secara keseluruhannya aku bagi 6.8/10 bintang untuk movie ini.

Official Trailer Hutang 2D

Read More »

4 Ogo 2021

Dari Lagu Diangkat Ke Filem Hutang 2D Di Astro First

Filem Hutang 2D, Hutang 2D Movie, Poster Filem Hutang 2D, Info dan Sinopsis Filem Hutang 2D, Pelakon - Pelakon Filem Hutang 2D, Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Wafiy, Altimet,

Filem HUTANG 2D
“Kisah Seorang Pelukis Komik Web Amatur Yang Menemui Sebuah Tablet Ajaib Yang Merealisasikan Impian nya”

Satu percaturan yang berani dan luar biasa apabila penerbit filem HUTANG 2D, Arie Zaharie  memilih genre aksi  komedi yang dikatakan kurang menarik minat penonton. 
Berbekalkan kepada keyakinan yang penonton tempatan mahukan kelainan, Arie tidak menjadikan tanggapan itu sebagai  halangan untuk menerbitkannya. 
HUTANG 2D adalah filem terbitan bersama Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios dan Datuk Jamil Baharom. 

Arie Zaharie berkata,  idea asal filem ini datang dari Silentkaiju Studio dan mreka tertarik dengan idea untuk mengangkat lagu Hutang yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
” Memandangkan bait-bait lirik yang menggunakan gaya bahasa sarkastik dan membawa kisah tersendiri lalu kami cuba mengembangkan elemen serta mesej lagu tersebut ke dalam bentuk penceritaan dan kemudian dijadikah sebuah filem.

“Malah, pihak kami juga berusaha membawa kelainan menerusi HUTANG 2D dengan menyajikan penonton dengan konsep menarik. Tahniah buat barisan pelakon, terutamanya kumpulan Floor 88 yang berjaya membawa sisi lain menerusi filem ini.” katanya.

HUTANG 2D mendapat sentuhan dua pengarah iaitu Irwan Rauf dan Eric Fauzi Floor 88. Filem ini menampilkan lakonan hebat Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Altimet, Coki dan  penampilan khas Fauziah Dato Ahmad Daud AMN (Ogy).
Penampilan mereka bukan sahaja dapat memeriahkan perjalanan filem ini, malah mereka mewarnai HUTANG 2D dengan pelbagai plot dalam filem ini dan watak masing-masing.
Filem Hutang 2D, Hutang 2D Movie, Poster Filem Hutang 2D, Info dan Sinopsis Filem Hutang 2D, Pelakon - Pelakon Filem Hutang 2D, Kumpulan Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Wafiy, Altimet,
Penggambaran HUTANG 2D dilakukan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor, pada Julai 2020 iaitu ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.
Menurut Arie Zaharie, keseluruhan kos penggambaran 10 hari itu menelan belanja sebanyak RM300,000. 

 “Ketika penggambaran dijalankan, negara berdepan dengan situasi pandemik Covid-19, Penggambaran yang dilakukan di kawasan perumahan flat sememangnya mencabar terutama  dalam tempoh pandemik.  
“Pasukan produksi terpaksa menjalankan proses kawalan SOP yang ketat di set penggambaran. Rumah perlu sentiasa disanitasi, memeriksa dan mencatat catat suhu kru dan pelakon. 

”Kru wajib memakai pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga penjarakan ketika penggambaran dijalankan. Mereka juga terpaksa menjaga keselamatan kerana suasana di kawasan perumahan flat yang ramai orang.” ujarnya.
Kata Arie Zaharie, hubungan kru dan pelakon sangat rapat kerana mereka sentiasa berbincang sepanjang proses penggambaran.

”Tiada masalah bekerja dengan semua pelakon kerana mereka sangat bagus, profesional dan memberikan komitment yang cukup bagus. Masing-masing membuat persediaan watak sejak awal dan lakonan mereka sangat bersahaja,” katanya.

Jelas, Arie Zaharie lagi, beliau berharap HUTANG 2D dapat memberi keterujaan kepada penonton dan mencipta kejayaan seperti filem-filem terdahulu yang pernah mengangkat lagu-lagu terkenal sebagai latar kepada jalan cerita.

Beliau juga amat berterimakasih kepada pihak pengurusan flat dan penduduk setempat yang memberikan sepenuh kerjasama sepanjang lapan hari kru dan pelakon ’berkampung’ di sana. 

“Cabaran besar adalah babak untuk menggelapkan lampu seluruh blok rumah flat ketika babak “blackout” yang mendapat kerjasama baik daripada setiap penduduk di situ yang membenarkan lampu di rumah mereka ditutup serentak selain kerjasama ketua pengurusan flat yang berurusan dengan pihak TNB untuk membantu menjayakan babak tersebut.” ujarnya. 

Sementara itu, Irwan Rauf berkata, HUTANG 2D sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan segenap lapisan masyarakat. 
”Saya sangat berharap, filem ini dapat menghiburkan penonton tambahan dalam keadaan negara yang sedang bertungkus lumus ’melawan Covid-19 .dan sekali gus ia dapat meredakan tekanan orang ramai yang terpaksa ’berkurung’ di rumah. 

”Semoga filem ini dapat meredakan kerisauan dan mengeratkan silaturahim keluarga dengan menonton bersama-sama,” katanya.
Eric Fauzi juga menyimpan harapan sama agar filem ini dapat diterima ramai dan penonton terhibur. 

“Di saat negara dan rakyat sedang berduka dan tertekan akibat Covid-19, filem ini sedikit sebanyak boleh membantu menghilangkan tekanan perasaan. HUTANG 2D adalah filem komedi ringan yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan lapisan masyarakat,” katanya.

Sinopsis Filem Hutang 2D

HUTANG 2D mengisahkan Ayie, seorang pelukis ‘webtoon’ yang kuat berangan dan pengecut mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendamnya pada Shima. Kehadiran dua gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tablet ajaib’ di mana segala lukisannya menjadi hidup. Dengan adanya tablet itu, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

HUTANG 2D akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 Ogos 2021 dan untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga distrim di Astro Go atau On Demand.

Barisan Pelakon Filem Hutang 2D

Ayie Elham (Floor 88)  sbg  Ayie
Baby Shima sbg  Shima
Eric Fuzi (Floor 88) sbg  Eric
Akram (Floor 88) sbg  Akram
Falique (Floor 88) sbg  Falique
Achoi (Floor 88) sbg  Achoi
Amir (Floor 88) sbg  Amir
Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sbg  Mak Ima
Ropie sbg  Pak Jie
Black Hanifah sbg Han
Wafiy Aan sbg Kit
Coki sbg  Aiman
Altimet sbg  Gua Mambang
Read More »

29 Dis 2020

Review Filem Kamar Seksa (2017)

Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Poster Filem Kamar Seksa,
Review Filem Kamar Seksa Lakonan Sazzy Falak dan Noorkhiriah (2017)

Okey hari ini nak buat review filem Melayu yang bertajuk Kamar Seksa, filem Kamar Seksa ini release pada 20 April 2017 yang lalu. Antara pelakon filem Kamar Seksa ini adalah Sazzy Falak, Noorkhiriah, Ieda Moin dan Aiyuni Hashim. Manakala pengarah filem ini adalah M. Suurya dan diedarkan oleh Genius Parade Sdn Bhd. Filem Kamar Seksa ini mengisahkan tentang kehidupan 2 wanita di sebuah pangsapuri. Kiranya dalam filem ini ada 2 cerita yang berlainan, satu cerita mengisahkan tentang Kathy / Kitty atau nama sebenarnya Khatijah lakonan Sazzy Falak yang menjalani kehidupan songsang sebagai seorang perempuan (Lesbian). Kathy mempunyai seorang kekasih yang dilakonkan oleh Ieda Moin. Masalah Kathy bermula apabila seorang demi seorang pembantu rumahnya sering cabut lari kerana tak tahan dengan perangai Kathy. Namun pada suatu hari Kathy mendapat satu pembantu rumah baru yang berasal dari Indonesia bernama Mona lakonan Aiyuni Hashim. Mona sering didera secara fizikal mahu pun mental oleh Kathy. Telefon bimbit Mona sengaja dicuri oleh Kathy supaya Mona tak dapat berhubung dengan sesiapa. Kathy juga tak memberi makan pada Mona, apa yang boleh dilakukan Mona hanya menjamah sisa makanan lebihan Kathy yang dibuang di dalam tong sampah. Mona juga tak dapat keluar daripada rumah, sebaliknya hanya mampu menjerit meminta pertolongan jiran - jiran semasa Kathy tak ada di rumah. Namun jiran - jiran disitu tidak mempedulikannya sebaliknya mengadu pada Kathy tentang pembantu rumahnya yang sering bising - bising. 
Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Sazzy Falak Movie,
Selepas itu Kathy mula marah dan memukul Mona dengan teruk sekali. Manakala kekasih Kathy pula membenci dan cemburu pada Mona kerana yakin Kathy suka pada Mona. Kisah kedua pula adalah mengenai kehidupan Nur lakonan Noorkhiriah yang merupakan seorang isteri yang baik dan taat pada suaminya. Walaupun suaminya pemalas, pemabuk, cemburu buta dan sering memukulnya, Nur tetap setia. Nur yang terpaksa bekerja dan menyara kehidupan mereka kerana suaminya tidak mahu bekerja dan mahu kan Nur memberikannya duit setiap waktu. Walaupun dilayan sedemikian rupa Nur tetap sabar dan mengikut kata suaminya. Okey tu serba sedikit sinopsis filem Kamar Seksa ini. Latar tempat filem ini banyak di dalam rumahlah kan, di pangsapuri, cuma aku tak pasti sama ada Kathy dan Nur ni jiran dan duduk dalam satu pangsapuri yang sama atau pun lain - lain pangsapuri. Apa yang aku suka mengenai filem Kamar Seksa ini adalah barisan pelakonnya, semuanya best - best. Sazzy Falak dan Noorkhiriah kot, dua - dua pernah menang anugerah kot. Misalnya Sazzy Falak adalah bekas pemenang pelakon pembantu wanita terbaik Festival Filem Malaysia ke -19. Manakala Noorkhiriah pula memang dah banyak menang anugerah sebelum ini sama ada dalam kategori terbaik mahu pun popular. Jadi lakonan mereka dalam movie Kamar Seksa ni memang terbaik okey. Bagi aku untuk kisah pertama tu mengenai cerita Kathy tu, pengarah filem ini memang berani untuk explore isu kehidupan songsang ni semua. Sebab memang tak dapat dinafikan hal ini memang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini.
Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Noorkhiriah Movie,
Manakala untuk kisah kedua tu mengenai kisah Nur tu bagi aku agak cliche / klise sikit sebab dah selalu dipaparkan dalam drama di TV mahu pun filem. Awalnya aku mengharapkan supaya watak Nur dan Kathy akan ada perkaitan, mahu pun akan bertembung / bertemu antara satu sama lain. Tapi tak ada pun, kiranya ianya memang dua kisah berbeza dan kedua - dua watak ni memang tak ada kaitan langsung antara satu sama lain. Selain itu aku agak pelik gak bila Kathy sibuk nak ada pembantu rumah, sedangkan rumahnya tu taklah besar mana, kecil je kot, kerja rumah pun mungkin tak adalah banyak sangat pun. Plus kerja Kathy hanya dinyatakan sebagai freelancer saja dan tak tahu Kathy ni kerja apa sebenarnya. Kalaulah dalam filem ini ada mention tentang kerjaya Kathy tu, so penonton tak adalah pelik sangat kalau Kathy ni ada pembantu rumah sebab berkemampuan ke apa ke. Atau pun mungkin Kathy ada niat lain nak pembantu rumah tu kan. Bila tengok watak Nur ni, alahai lemah - lembutnya, redha dan pasrah gitu sikapnya. Selain itu dalam filem ini memang pelakon tak ramai dan hampir semua perempuan. Malah suami Nur pun tak ditunjukkan mukanya, hanya nampak tangan dan badan serta dengar suara saja. Jalan cerita filem ini pun memang straight to the point, tak ada berbelit - belit. Lepas tunjuk konflik terus endingnya dah nampak akibat dan kesannya. Ending filem ini juga simple dan boleh dijangka. 
Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Pelakon - Pelakon Filem Kamar Seksa,
Apa pun memang kesian dengan watak Mona tu, sedih tengok dia kelaparan dan terpaksa selongkar tong sampah. Mona tu memang trauma dan takut betul dengan Kathy. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6/10 bintang untuk movie Kamar Seksa ini. Kalau korang berminat nak tonton filem Kamar Seksa ini, korang boleh tonton di https://kinidia.com/. KiniDia adalah sebuah website Video-On-Demand yang menayangkan filem buatan Malaysia secara online. 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly (TV3)
Read More »

4 Okt 2019

Sinopsis Filem Felina Lakonan Raja Ilya

Felina, Filem Melayu, Movie, Malay Movie, Pawagam, Felina Movie, Filem Felina, Sinopsis Filem Felina, Filem Melayu 2019, Filem Seram, Horror Movie, Filem Seram Felina, Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina, Senarai Pelakon Filem Felina, Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar, Poster Filem Felina,
Sinopsis Filem Felina (2019)

Filem Felina sudah pun ditayangkan di pawagam pada 17 Januari 2019 yang lalu dan merupakan filem terawal yang ditayangkan untuk tahun 2019 ini. Antara pelakon filem Felina ini adalah Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar dan ramai lagi. Manakala pengarah filem Felina ini adalah Sandosh Kesavan dan diterbitkan oleh Janu Talkies Sdn Bhd. Selain itu filem Felina ini bergenre seram dan skrip filem ini adalah hasil karya Atiqah Jani. Review - review untuk filem ini kebanyakkannya adalah negatif. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis filem ini dibawah ye..

Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina

Raja Ilya sebagai Felina
Syafiq Jamil sebagai Adam

Nur Qistina Raisah sebagai Qistina

Zaidi Omar sebagai Tok Rawa
Nashra Shah sebagai Ekawati
Kamal Rezuan sebagai Mutalib
Clarence Kuna sebagai Muni
Seha Monica sebagai Suri

Felina, Filem Melayu, Movie, Malay Movie, Pawagam, Felina Movie, Filem Felina, Sinopsis Filem Felina, Filem Melayu 2019, Filem Seram, Horror Movie, Filem Seram Felina, Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina, Senarai Pelakon Filem Felina, Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar, Poster Filem Felina,

Adam (Shafiq Jamil) dan Felina (Raja Ilya) sedang menjalani sebuah ekspedisi di dalam hutan tebal. Sepanjang ekspedisi, Adam dan Felina terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran selain harus akur dengan segala pantang larang. Pada suatu malam, sebaik sahaja kembali ke hotel tempat mereka menginap, 2 orang pekerja hotel tiba-tiba menyedari akan perilaku aneh Felina. Adam masih belum dapat meredakan emosinya menyaksikan keadaan Felina yang tidak dapat ditafsirkannya melalui rakaman video yang disaksikannya. 
Demi merungkai jawapan dan menyelamatkan Felina, Adam meminta bantuan Mutalib (Kamal Rezuan) yang menjadi penunjuk jalan sepanjang ekspedisi mereka. Sejak bermulanya ekspidisi, banyak persoalan timbul di antara mereka. Siapakah Qistina (Nur Qistina Raisah)? Siapa pula wanita Jawa yang muncul di antara mereka? Angkara siapakah kejadian aneh yang menimpa mereka? Mampukan Adam menyelamatkan diri dan semua? Atau mungkinkah, "Felina" adalah jawapan kepada persoalan-persoalan mereka?

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

21 Sep 2018

Sinopsis Filem Pulang 2018

Pulang, Pulang The Movie, Movie, Filem, Malay Movie, Filem Melayu, Filem Pulang, Sinopsis Filem Pulang, Diinspirasi Dari Kisah Benar, Kisah Kelasi Kapal Era 1940-an, Poster Pulang, Pulang Cast, Pelakon Filem Pulang, Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Alvin Wong, Dato Jalaluddin Hassan, Juliana Evans, Dato Rahim Razali, Aida Khalida, Syazuwan Hassan, Sherry Al Jeffry, 2018, OST Filem Pulang, Watak Pelakon,
Sinopsis dan Pelakon Filem Pulang 2018

Filem Pulang telah pun ditayangkan di pawagam pada 26 Julai 2018 yang lalu dan diarahkan oleh Kabir Bhatia. Antara pelakon filem Pulang ini adalah Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Alvin Wong, Dato Jalaluddin Hassan, Juliana Evans, Dato Rahim Razali, Aida Khalida, Syazuwan Hassan, Sherry Al Jeffry dan ramai lagi. Selain itu filem Pulang ini diinspirasikan dari satu kisah benar seorang kelasi kapal pada 1940-an, Idea asal filem ini telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar yang mana ia berdasarkan dari satu peristiwa sebenar. Pulang akan dimuatkan dengan unsur-unsur dramatik dan turut menampilkan kisah yang pastinya cukup tragis dalam era yang berbeza, ia turut menampilkan era penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Filem Pulang ini diterbitkan oleh Primeworks Studios dan berdurasi 120 minit. Sebuah novel adaptasi filem Pulang telah dikeluarkan dan ditulis oleh novelis Lily Haslina Nasir. Manakala lagu tema filem Pulang / OST Filem Pulang telah dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan tajuk lagu tema filem ini adalah Layarlah Kembali. 

Watak Pelakon Filem Pulang
  • Remy Ishak sebagai Othman
  • Puteri Aishah sebagai Che Thom
  • Azrel Ismail sebagai Omar
  • Erwin Dawson sebagai Ahmad
  • Juliana Evans sebagai Alia
  • Jalaluddin Hassan sebagai Omar (50an)
  • Rahim Razali sebagai Jamil (90an)
  • Aida Khalida sebagai Jaybah
  • Syazuwan Hassan sebagai Cikgu Hassan
  • Alvin Wong sebagai Lum
  • Sherry Al Jeffry sebagai Thom (70an)
  • Shahidan Abdullah sebagai Omar (11 tahun)
  • Iman Haidar sebagai Omar (6 tahun)
  • Winnie Thye sebagai Mamasan


Berlatar belakangkan tahun 1940-an, Othman, seorang kelasi kapal yang ingin mengubah nasib dan kehidupan keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke merata dunia. Sebelum berlayar, dia telah berjanji yang dia akan pulang dengan membawa kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelaki mereka, Omar. Dengan penuh kesabaran, isterinya akur dengan kepergiannya dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun. (Filem Pulang berjaya memungut kutipan sebanyak RM1.8 juta ketika ditayangkan di pawagam).
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

9 Sep 2018

Sinopsis Filem Blok 404 (2018)

Blok 404, Filem Blok 404, Movie Blok 404, Filem Melayu, Malay Movie, Sinopsis Filem Blok 404, VCD Telemovie Blok 404, Remake Telefilem Blok 404 Versi VCD, Filem 2018, Poster Blok 404, Blok 404 Cast, Pelakon Filem Blok 404, Zamarul Hisham, Raja Azrey, Boy Iman, Nur Risteena, Amar Ashraf, Aedy Ashraf, Nadia Brian, Fasha Sandha, Adrea Abdullah, Kamal Adli, Kilafairy, Taufiq Hanafi, Kisah Seram, Thriller, Guest House 404, Watak Dalam Filem Blok 404, Review Filem Blok 404, Blog Miss Banu Story,
Sinopsis Filem Blok 404 (2018)

Filem Blok 404 ini telah pun ditayangkan di pawagam pada 28 Jun 2018 yang lalu dan merupakan remake pada telemovie Blok 404 versi VCD dan sangat popular pada tahun 2002. Walaubagaimanapun jalan cerita versi filem ini tidak sama dengan versi telemovie tapi masih mengekalkan beberapa pelakon asal Blok 404 ini. Antara pelakon filem Blok 404 ini adalah Zamarul Hisham, Raja Azrey, Boy Iman, Nur Risteena, Amar Ashraf, Aedy Ashraf, Nadia Brian, Fasha Sandha, Adrea Abdullah, Kamal Adli, Kilafairy, Taufiq Hanafi dan ramai lagi. Manakala pengarah untuk filem Blok 404 ini adalah Azma Aizal Yusoof, walaubagaimanapun pelakon asal telemovie Blok 404 iaitu Nabila Huda tidak dapat berlakon dalam versi filem ini kerana jadual lakonannya yang terlalu padat. 

Ketika zaman VCD dulu, telemovie Blok 404 dan juga Kem 505 memang sangat famous gitu. Aku juga ada memiliki banyak koleksi VCD telemovie pelbagai genre yang banyak dikeluarkan di pasaran ketika itu. Tapi sekarang entah ke mana tercampaknya semua VCD tu hahahaha. Ikutkan selain Blok 404 dan Kem 505 ada banyak lagi telemovie versi VCD yang mempunyai jalan cerita yang menarik, kreatif dan bergenre thriller seram tapi aku tak ingat tajuk dia dah hahaha. Berbalik pada movie ini, aku dah tengok dah movie ini, tapi rasa macam kurang something. Maybe tak cukup suspen or kejutan dan penonton dapat meneka dari awal siapa pembunuh tu. Tapi ada plot twist sikit untuk watak Misha (lakonan Nur Risteena)Apa pun jom tengok sinopsis filem Blok 404 ini di bawah ye.
Blok 404, Filem Blok 404, Movie Blok 404, Filem Melayu, Malay Movie, Sinopsis Filem Blok 404, VCD Telemovie Blok 404, Remake Telefilem Blok 404 Versi VCD, Filem 2018, Poster Blok 404, Blok 404 Cast, Pelakon Filem Blok 404, Zamarul Hisham, Raja Azrey, Boy Iman, Nur Risteena, Amar Ashraf, Aedy Ashraf, Nadia Brian, Fasha Sandha, Adrea Abdullah, Kamal Adli, Kilafairy, Taufiq Hanafi, Kisah Seram, Thriller, Guest House 404, Watak Dalam Filem Blok 404, Review Filem Blok 404, Blog Miss Banu Story,
Sinopsis Filem Blok 404 

Tiga orang sahabat dalam pengembaraan terindah bagi melepaskan tekanan. Mereka adalah Zul (Boy Iman), Intan (Nadia Brian) dan Hairi (Amar Ashraf), yang masing-masing mahu lari daripada masalah yang melanda. Intan dan Hairi juga pasangan terkenal di media sosial yang berdepan dengan masalah hubungan cinta yang kian rapuh juga, hubungan mereka semakin. Lalu kembara mereka ke sebuah lokasi pelancongan di selatan tanah air diharap dapat memperbaiki hubungan mereka termasuk di laman sosial. Dibawa juga bantuan rakan baik yang juga dianggap sebagai seorang ‘pengaman’ hubungan terbabit. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turun berjalan untuk dapatkan bantuan. Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404 dan berasakan mungkin boleh dapatkan bantuan di situ. Misha (Risteena) pula seorang pekerja yang baru memulakan tugasnya di Guesthouse 404, dan setiap gerak langkahnya dibantu oleh pengurus guesthouse terbabit, yang senang dipanggil Wan (Raja Azrey). Walaupun agak lambat menyelesaikan tugasnya namun dia sentiasa cuba untuk lakukan yang terbaik. Termasuk berdepan dengan pelanggan yang sangat menyakitkan hati seperti Gina (Adrea Abdullah). Gina adalah seorang pelajar yang datang ke Guesthouse untuk dapatkan ketenangan, namun agak kecewa apabila tiada lelaki yang boleh ‘menjamu’ matanya di rumah tamu terbabit. 
Blok 404, Filem Blok 404, Movie Blok 404, Filem Melayu, Malay Movie, Sinopsis Filem Blok 404, VCD Telemovie Blok 404, Remake Telefilem Blok 404 Versi VCD, Filem 2018, Poster Blok 404, Blok 404 Cast, Pelakon Filem Blok 404, Zamarul Hisham, Raja Azrey, Boy Iman, Nur Risteena, Amar Ashraf, Aedy Ashraf, Nadia Brian, Fasha Sandha, Adrea Abdullah, Kamal Adli, Kilafairy, Taufiq Hanafi, Kisah Seram, Thriller, Guest House 404, Watak Dalam Filem Blok 404, Review Filem Blok 404, Blog Miss Banu Story,
Yang ada hanyalah Duan (Aedy Ashraf), seorang pemuda misteri yang pendiam dan banyak memerhatikan keadaan saja. Duan ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi semakan mengenai lokasi terbabit, namun dirinya yang sangat mudah merasakan sesuatu yang tidak kena, menyebabkan dirinya sentiasa tak senang duduk. Wan sudah beberapa tahun menjaga Guesthouse 404, bersama pekerja terbaiknya iaitu Husin (Zamarul Hisham) yang dianggap sebagai senior. Wan sudah boleh merasai kehadiran Misha tidak disukai oleh Husin namun dia perlukan pekerja wanita untuk membantu urusan kerjanya di situ. Lokasi rumah tamu yang terpencil dan di tepi sungai ditambah pula dengan ketenangan dekorasi di situ menjanjikan ketenangan pada sesiapa yang ada di situ. Zul, Intan dan Hairi yang melangkah ke rumah tamu itu pun jadi terpana. Rumah tamu itu turut mengamalkan konsep ‘disconnect to connect’ yang membawa maksud tiada kemudahan internet dan line telefon. Yang ada hanyalah alam untuk diterokai. Di saat itulah Zul terserempak dengan Gina yang sangat perlukan perhatian lelaki, dan terus mula saling menggoda. Majlis BBQ istimewa mula menanti semua yang ada di rumah tamu itu. Masing-masing bergembira saat itu. Misha bertambah takut apabila Duan memberitahu rumah tamu ini ada sisi gelapnya. Bagi pasangan sensasi media sosial, Hairi dan Intan, malam itu mereka mahu mulakan sesuatu yang baru. Bagaimanapun dijadikan cerita Intan ternampak mesej Hairi curang dengan gadis lain dan dia rasakan itulah peluang terakhirnya untuk tidak lagi bersamanya. Pelbagai cerita aneh mula terjadi ketika itu. Apakah yang terjadi sebenarnya?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

16 Jul 2018

Sinopsis Filem KL Special Force

KL Special Force, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem KL Special Force, KL Special Force Movie, Sinopsis KL Special Force, 2018, Aksi, Polis, Lasak, KL Special Force Cast, Pelakon Filem KL Special Force, Fattah Amin, Rosyam Noor, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Basyah, Shaharuddin Tambi, Esma Denial, Puteri Balqi, Sabrina Ali, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla Hogan, Poster, Kutipan 12 Juta,
Sinopsis Filem KL Special Force

Filem KL Special Force telah pun ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2018 yang lalu. Antara pelakon filem KL Special Force ini adalah Fattah Amin, Rosyam Noor, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Basyah, Shaharuddin Tambi, Esma Denial, Puteri Balqi, Sabrina Ali, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla Hogan dan ramai lagi. Filem yang bergenre aksi ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Production, Damofa Productions dan Viper Studios. Ramai penonton yang memuji dan memberi komen / ulasan yang positif mengenai filem KL Special Force ini dan filem KL Special Force ini juga berjaya meraih kutipan sebanyak RM12.1 juta dalam masa 4 minggu tayangan. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye. 

Sinopsis Filem KL Special Force (2018)
Mengisahkan tentang sekumpulan unit khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh DSP Roslan (Rosyam Nor) yang berusaha untuk menumpaskan sekumpulan mafia yang diketuai oleh Asyraff (Syamsul Yusof). Kumpulan mafia yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis.
Seorang pegawai polis muda bernama Insp/D. Zulkilfli (Fattah Amin) yang berjiwa besar diserapkan dalam unit khas JSJ untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syak wasangka diantara Roslan dan Zul.
Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar dengan isterinya, Diana (Sabrina Ali), mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Amirah (Puteri Balqis). Zul juga mengalami masalah yang sama dengan tunangnya Mia (Tania Hudson) yang merupakan anak kepada pemilik Bank Damofa iaitu Dato' Mior (Mahmud Ali Basha). Sebuah rahsia bakal terbongkar apabila geng Anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato' Mior. Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis? Apakah rahsia tersebut?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

11 Apr 2018

Sinopsis Filem Dukun

Dukun, Filem Dukun, Dukun : Akhirnya Kita Bertemu, 2007, 2018, Malay Movie, Filem Melayu, Sinopsis Dukun, Ending Filem Dukun, Box Office, Dukun Cast, Pelakon Filem Dukun, Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan, Allahyarham Ramli Hassan, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Jason Chong, Adlin Aman Ramli,
Sinopsis Filem Dukun 

Filem Dukun yang telah sekian lama dinantikan sejak tahun 2007 akhirnya ditayangkan di pawagam bermula 5 April 2018 yang lalu. Selepas 12 tahun barulah filem Dukun ditayangkan di pawagam dan sambutan penonton terhadap filem ini juga cukup baik. Filem Dukun ini telah mengutip RM6.2 juta dalam 4 hari pertama tayangan mengatasi rekod filem Abang Long Fadil 2 (2017) yang mengutip RM5 juta dalam 5 hari pertama tayangan. Walaupun filem ini sudah lama diperam dan filemnya juga dah bocor di internet, namun Jalan cerita yang mantap serta dibarisi dengan pelakon gred A membuatkan penonton teruja untuk menonton filem ini di pawagam. Disamping itu, semua penonton juga ingin tahu kesudahan / penamat cerita dan ending filem Dukun yang hanya boleh diketahui jika korang menonton di pawagam. 

Tagline filem ini pun bertukar dari Aku Takkan Mati kepada Akhirnya Kita Bertemu dan tagline baru tersebut memang sangat sesuai gitu. Antara Pelakon Filem Dukun ini adalah Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan, Allahyarham Ramli Hassan, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Jason Chong, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi. Filem Dukun ini juga merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Dain Said diikuti filem Bunohan dan InterchangeAku ingat lagi sekitar tahun 2007, aku dan kawan - kawan aku ada terlihat trailer filem Dukun di pawagam dan kami semua tak sabar nak menonton filem ini bila ditayangkan kelak. Namun tunggu punya tunggu filem ini tak juga keluar2, tak sangka lepas 12 tahun baru filem ni release, wah lama betul kan. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye.

Sinopsis Filem Dukun

Mengisahkan tentang Karim (lakonan Faizal Hussein), seorang peguam yang sedang bergelut dengan kerjayanya akibat kemurungan dan gangguan emosi berikutan kehilangan orang yang tersayang iaitu isterinya, Sara (lakonan Avaa Vanja) dan anak perempuannya, Nadia (lakonan Elyana). Dalam masa yang sama, Karim telah ditawarkan peluang untuk menjadi peguam kepada seorang OKT (Orang Kena Tuduh) bernama Diana Dahlan (lakonan Datin Seri Umie Aida), yang berjanji akan mencari anaknya. Diana yang merupakan seorang penyanyi kelab malam, telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan. 

Pihak polis telah terjumpa mayat di rumahnya yang disyaki dari aktiviti ilmu hitam yang diamalkan untuk kekal cantik dan berkuasa. Diana dikatakan seorang dukun yang mempunyai tongkat sakti dari suku kaum Batak. Melalui proses perbicaraan dan penyiasatan yang dilakukan oleh ASP Talib (lakonan Namron); sisi ilmu hitam Diana terungkai satu demi satu. DUKUN merupakan sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan ada darah yang tumpah dalam mengejar kesemuanya.

Sinopsis Di atas credit to Mangga Media..
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

7 Mac 2018

Sinopsis Filem Makrifat Cinta

Filem Makrifat Cinta, Malay Movie, Filem Melayu, 2018, Makrifat Cinta Synopsis, Makrifat Cinta Cast, Pelakon Filem Makrifat Cinta, Syamsul Yusof, Nora Danish, Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Dato Aznil Haji Nawawi, Sabrina Ali, Poster Filem Makrifat Cinta, Pelakon Terkenal,
Sinopsis Filem Makrifat Cinta

Filem Makrifat Cinta telah ditayangkan di pawagam pada 1 Februari 2018 yang lalu, ada ramai pelakon terkenal yang membintangi filem ini. Antara Pelakon Filem Makrifat Cinta ini adalah Syamsul Yusof, Nora Danish, Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Dato Aznil Haji Nawawi, Sabrina Ali dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Kamal G dan diterbitkan oleh Dhananwoodd Films Sdn Bhd. Kalau tengok dari jalan cerita filem Makrifat Cinta ini, memang nampak menarik filem ni, tambahan lagi ianya diilhamkan daripada kisah benar gitu, apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye. Selamat Membaca okey.

Sinopsis Fulem Makrifat Cinta

Mahathir (lakonan Syamsul Yusof) merupakan seorang lelaki biasa luar bandar, dari sebuah keluarga yang kurang berada. Namun begitu, keinginannya untuk menjadi seorang yang kaya bertaraf jutawan membezakan mahathir dengan lelaki lain. Manusia tidak boleh lari daripada masalah hidup tetapi jika hidup menjadi masalah, bagaimana? Kehidupan Mahathir mengelilingi isterinya, Zara (lakonan Nabila Huda) yang menjadi punca masalahnya. Ini adalah kerana Zara seorang wanita yang menyukai kekayaan dan mempunyai pembiayaan yang tinggi kerana gaya hidupnya. Aisha (lakonan Puteri Balqis), satu satunya anak Mahathir merupakan kekuatannya semasa dalam masalah dan kesusahan. Pendapatan Mahathir yang sedikit menyebabkan dia kurang mampu menaggung keluarganya, lagi lagi isterinya yang suka berbelanja tinggi. Keadaan menjadi sangat susah buatnya. Tatkala waktu susahnya ini, Mahathir secara tidak sengaja telah berjumpa dengan Sofea (lakonan Nora Danish) yang merupakan kawan sekolahnya. 
Filem Makrifat Cinta, Malay Movie, Filem Melayu, 2018, Makrifat Cinta Synopsis, Makrifat Cinta Cast, Pelakon Filem Makrifat Cinta, Syamsul Yusof, Nora Danish, Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Dato Aznil Haji Nawawi, Sabrina Ali, Poster Filem Makrifat Cinta, Pelakon Terkenal,
Perjumpaan sejenak mereka telah bertumbuh dengan cepat dan ikhlas menjadi kasih sayang. Zara, yang merupakan isteri Mahathir mulai syak wasangka dan meninggalkan Mahathir. Walaupun begitu, Zara masih berasa tidak puas hati dengan Mahathir dan meminta adiknya, Rizal (lakonan Adi Putra) untuk membalas dendam. Tanpa disedari, keadaan menjadi lebih parah. Pada waktu yang sama, anak Mahathir, Aisha mula menyukai dan mengasihi Sofea. Ini kelihatan semasa Sofea menziarahinya, Aisha kelihatan sangat gembira. Selain daripada itu, galakan Sofea memberi kekuatan kepada Mahathir untuk menghabiskan rekaan aplikasinya. Dengan penjualan aplikasisi ini, Mahathir dijangka menjadi seorang jutawan serta merta. Apa yang hebatnya aplikasi ini? Adakah begitu senang menjadi seorang jutawan? Apakah halangan halangan untuk menjadi kaya? Adakah kawan semata mata atau cinta yang berputik antara Mahathir dan Sofea? Apakah rencana balas dendam Zara? Setelah mengharungi semua dugaan dugaan ini, adakah Mahathir masih dapat mencapai cita citanya itu?
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,
Read More »

7 Feb 2018

Sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat

Filem Bukan Cinta Malaikat, Filem Melayu, Movie, Filem, Malay Movie, Sinopsis Bukan Cinta Malaikat, Pelakon Indonesia, Pelakon Malaysia, Cinta, Sweet, Pelakon Filem Bukan Cinta Malaikat, Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim, Donita, Dewi Irawan, Dynas Mokhtar, Afida Es, 2018, Poster Filem,
Sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat Lakonan Nora Danish

Filem Bukan Cinta Malaikat sudah pun ditayangkan di pawagam pada 25 Januari 2018 yang lalu. Walaubagaimanapun filem ini sudah pun ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu pada iaitu Julai 2017, malah filem ini turut menggabungkan pelakon Malaysia dan juga pelakon Indonesia. Antara Pelakon Filem Bukan Cinta Malaikat ini adalah Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim, Donita, Dewi Irawan, Dynas Mokhtar, Afida Es, dan ramai lagi. Filem ini bergenre drama dan diarahkan oleh Aziz M. Osman. Filem ini turut shooting di lokasi - lokasi menarik di Madinah, Jeddah, Indonesia dan juga Malaysia serta diilhamkan dari kisah benar. Jalan cerita filem ini nampak menarik dan aku juga suka dengan poster filem ni sebab nampak cantik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat di bawah ini, selamat membaca okey..

Sinopsis Filem Bukan Cinta Malaikat

Filem Bukan Cinta Malaikat, Filem Melayu, Movie, Filem, Malay Movie, Sinopsis Bukan Cinta Malaikat, Pelakon Indonesia, Pelakon Malaysia, Cinta, Sweet, Pelakon Filem Bukan Cinta Malaikat, Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim, Donita, Dewi Irawan, Dynas Mokhtar, Afida Es, 2018,















Apa yang bakal berlaku seterusnya?  sinopsis di atas credit to URTV
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

19 Jan 2018

Sinopsis Filem Busker

Busker, Filem Busker, Filem Tahun 2018, Filem Melayu, Malay Movie, Pemuzik Jalanan, Muzik, Sinopsis Busker, OST Busker, Poster Filem Busker, Sinopsis Busker, Pelakon - Pelakon Filem Busker, Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Cameo, MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge), Altimate,
Sinopsis Filem Busker Lakonan Hafeez Mikail & Daiyan Trisha

Filem Busker adalah filem pembuka tirai untuk tahun 2018 ini, ianya sudah ditayangkan di pawagam bermula 11 Januari 2018 yang lalu. Antara Pelakon - Pelakon Filem Busker ini adalah Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan dan ramai lagi. Manakala MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimate membuat kemunculan istimewa dalam filem ini. Filem Busker ini menampilkan barisan pelakon muda yang berbakat sesuai dengan genre filem ini iaitu remaja, romantik dan dihiasi dengan 21 lagu menarik yang terdiri daripada lagu baru dan juga lagu khas untuk filem ini. Selain itu, Filem Busker ini mempunyai keunikan tersendiri kerana fokus utamanya adalah kelompok busker yang jarang dipertontonkan di layar perak.

Filem Busker ini diarahkan oleh Syed Khairul Fariz dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Astro Shaw Sdn Bhd. Manakala Lagu Tema / OST Filem Busker ini bertajuk Atma Jiwa Nyanyian Simfoni Dalam Poket. Memang nampak menarik juga filem ini kan, Apa pun jom tengok sinopsis ringkas filem ini di bawah ye.
Busker, Filem Busker, Filem Tahun 2018, Filem Melayu, Malay Movie, Pemuzik Jalanan, Muzik, Sinopsis Busker, OST Busker, Poster Filem Busker, Sinopsis Busker, Pelakon - Pelakon Filem Busker, Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Cameo, MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge), Altimate,
Sinopsis Filem Busker (2018)

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi.  Kisah pada mulanya berkisarkan tentang Adil dan Vera  yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama untuk tugasan akademik di kolej dan mula menjadi rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel. Vera mencadangkan untuk Adil menyertai pertandingan Busker supaya dapat memenangi hati Mel semula. Tetapi disebabkan mereka sering meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil. Manakala Adil pula berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Adil akan kembali kepada Mel, dan adakah cinta Vera bertepuk sebelah tangan?.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017