-->
Memaparkan catatan dengan label Pawagam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pawagam. Papar semua catatan

4 Okt 2019

Sinopsis Filem Felina Lakonan Raja Ilya

Felina, Filem Melayu, Movie, Malay Movie, Pawagam, Felina Movie, Filem Felina, Sinopsis Filem Felina, Filem Melayu 2019, Filem Seram, Horror Movie, Filem Seram Felina, Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina, Senarai Pelakon Filem Felina, Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar, Poster Filem Felina,
Sinopsis Filem Felina (2019)

Filem Felina sudah pun ditayangkan di pawagam pada 17 Januari 2019 yang lalu dan merupakan filem terawal yang ditayangkan untuk tahun 2019 ini. Antara pelakon filem Felina ini adalah Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar dan ramai lagi. Manakala pengarah filem Felina ini adalah Sandosh Kesavan dan diterbitkan oleh Janu Talkies Sdn Bhd. Selain itu filem Felina ini bergenre seram dan skrip filem ini adalah hasil karya Atiqah Jani. Review - review untuk filem ini kebanyakkannya adalah negatif. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis filem ini dibawah ye..

Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina

Raja Ilya sebagai Felina
Syafiq Jamil sebagai Adam

Nur Qistina Raisah sebagai Qistina

Zaidi Omar sebagai Tok Rawa
Nashra Shah sebagai Ekawati
Kamal Rezuan sebagai Mutalib
Clarence Kuna sebagai Muni
Seha Monica sebagai Suri

Felina, Filem Melayu, Movie, Malay Movie, Pawagam, Felina Movie, Filem Felina, Sinopsis Filem Felina, Filem Melayu 2019, Filem Seram, Horror Movie, Filem Seram Felina, Watak - Watak Pelakon Dalam Filem Felina, Senarai Pelakon Filem Felina, Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Nashra Shah, Clarence Kuna, Seha Monica, Khairul Anuar, Poster Filem Felina,

Adam (Shafiq Jamil) dan Felina (Raja Ilya) sedang menjalani sebuah ekspedisi di dalam hutan tebal. Sepanjang ekspedisi, Adam dan Felina terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran selain harus akur dengan segala pantang larang. Pada suatu malam, sebaik sahaja kembali ke hotel tempat mereka menginap, 2 orang pekerja hotel tiba-tiba menyedari akan perilaku aneh Felina. Adam masih belum dapat meredakan emosinya menyaksikan keadaan Felina yang tidak dapat ditafsirkannya melalui rakaman video yang disaksikannya. 
Demi merungkai jawapan dan menyelamatkan Felina, Adam meminta bantuan Mutalib (Kamal Rezuan) yang menjadi penunjuk jalan sepanjang ekspedisi mereka. Sejak bermulanya ekspidisi, banyak persoalan timbul di antara mereka. Siapakah Qistina (Nur Qistina Raisah)? Siapa pula wanita Jawa yang muncul di antara mereka? Angkara siapakah kejadian aneh yang menimpa mereka? Mampukan Adam menyelamatkan diri dan semua? Atau mungkinkah, "Felina" adalah jawapan kepada persoalan-persoalan mereka?

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,
Read More »

8 Dis 2017

Sinopsis Filem Lebuhraya Ke Neraka

Sinopsis Filem Lebuhraya Ke Neraka, Pelakon Filem Lebuhraya Ke Neraka, Awie, Khir Rahman, Shahrizal Jaszle Miera Leyana, Dazrin Kamarudin, Fatin Syahirah, Pekin Ibrahim, Ending Lebuhraya Ke Neraka, Malay Movie, Filem Melayu, 2017, Filem Arahan Mamat Khalid,
Sinopsis Filem Lebuhraya Ke Neraka (2017)

Filem Lebuhraya Ke Neraka ini telah pun ditayangkan di pawagam pada 4 Mei 2017 yang lalu. Antara Pelakon Filem Lebuhraya Ke Neraka ini adalah Awie, Khir Rahman, Shahrizal Jaszle Miera Leyana, Dazrin Kamarudin, Fatin Syahirah, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Filem Lebuhraya Ke Neraka ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan ianya bergenre Kerohnian dan juga seram. Selain itu filem ini diterbitkan oleh Grand Briliance dan Primeworks Studios. Tak silap aku filem ini dah dihasilkan pada 6 tahun lalu cuma tahun 2017 baru filem ini ditayangkan di pawagam, malah ketika shooting filem ini Miera Leyana, dan lain - lain pelakon masih bergelar pelakon baru lagi, kecuali Awie dan Khir Rahman lah kan sebab mereka pelakon yang berpengalaman. Apa pun memang tak dapat dinafikan yang filem ini penuh dengan pengajaran dan akan buat kita berfikir sejenak selepas menonton filem ini. Latar tempat filem ini memang banyak kat lebuhrayalah kan dan banyak scene - scene di waktu malam berbanding waktu pagi. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye.
Sinopsis Filem Lebuhraya Ke Neraka, Pelakon Filem Lebuhraya Ke Neraka, Awie, Khir Rahman, Shahrizal Jaszle Miera Leyana, Dazrin Kamarudin, Fatin Syahirah, Pekin Ibrahim, Ending Lebuhraya Ke Neraka, Malay Movie, Filem Melayu, 2017, Filem Arahan Mamat Khalid,
Sinopsis Filem Lebuhraya Ke Neraka

"Lebuhraya ke Neraka memaparkan kisah sekumpulan geng motor berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka semua diserang penyakit misteri secara tiba-tiba semasa berhenti di suatu kawasan untuk berehat. Bob (Awie) yang mengetuai konvoi itu tidak mengalami sebarang penyakit misteri seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika Bob sedang mencari bantuan, dia telah terserempak dengan seorang lelaki misteri bernama Tyson (Khir Rahman) yang bersetuju untuk menolongnya. Akan tetapi Bob harus membuat keputusan sama ada dia mahu menyelamatkan rakan-rakannya atau mempertaruhkan nyawa mereka sebagai balasan di atas pertolongan Tyson. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Mampukah Bob menyelamatkan nyawa rakan-rakannya yang diancam Tyson?".
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

21 Okt 2016

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning Lakonan Pekin Ibrahim & Atikah Suhaime

Assalammualaikum..
Filem Volkswagen Kuning telah pun ditayangkan di Pawagam bermula 22 September 2016 yang lalu. Filem seram ni diarahkan oleh Shadan Hashim dan dilakonkan oleh Pekin Ibrahim, Atikah Suhaime, Shahronizam, Azman Hasan, Mak Jah, Aida Othman, Fatin Afeefa serta ramai lagi. Filem Volkswagen Kuning ini diterbitkan oleh MIG dan merupakan filem ke 115 terbitan MIG. Wahh banyak giler filem2 keluaran MIG ni. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

Mengisahkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan tunangnya Sarah (Atikah Suhaime) dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Sebelum sampai ke kampung, Fuad bercadang untuk berhenti makan di sebuah kedai ikan patin yang dikatakan sedap. Mereka menggunakan Waze untuk sampai ke sana tetapi tersesat disebabkan capaian internet tiada. Mereka sampai juga ke kedai tersebut tetapi sudah malam dan tempat yang dikatakan tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Mungkin disebabkan lapar dan ada perasaan yang dipendam oleh Sarah, mereka berdua bergaduh dalam perjalanan. 
Ketika sedang bergaduh itu mereka diganggu oleh Volkswagen Kuning dan menyebabkan mereka terlibat dengan kemalangan. Fuad kemudiannya ditahan di wad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang 'sesuatu' bersamanya. Pak Ayob, bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan itu, telah membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Read More »

25 Ogo 2016

Sinopsis Filem Temuan Takdir

Sinopsis Filem Temuan Takdir

Assalammualaikum..
Filem Temuan Takdir ni dah ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2016 yang lalu dan dilakonkan oleh Zahim Albakri, Vanidah Imran, Ery Zukhairi, Azura Zainal, Amai Kamarudin, Thanuja serta ramai lagi. Filem Temuan Takdir ni bergenre Aksi / Jenayah dan diarahkan oleh Dhyan Vimal, filem ini berkisarkan tentang penyiasatan dan pengorbanan dua anggota polis dalam membanteras jenayah. Filem ini diterbitkan oleh Zazen Design & Production, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Temuan Takdir 

Mengisahkan tentang dua adik-beradik polis yang berdedikasi iaitu ACP Tuan Roslan dan Inspektor Shariff. Misi mereka adalah memburu ‘Mastermind’ di sebalik rompakan sebuah van sekuriti. Penyiasatan mereka membawa ke arah terbongkar kegiatan kumpulan ‘geng’ yang terdiri daripada tiga orang perompak iaitu Omar, Faisal dan Vikram di mana setiap daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi yang menyebabkan rancangan mereka tergendala akibat situasi yang tidak diduga.

Pencarian pihak polis yang semakin intensif berdasarkan petunjuk membawa mereka menghampiri penyelesaian jenayah yang penuh ketamakan ini. Akhirnya, panggilan ‘Takdir’ yang tidak dapat dielak, datang menyeru jua dan setiap manusia perlu menghadapi suratannya. Tuan Roslan harus mengejar masa dalam menyelesaikan misteri kes ini, mencari ‘Mastermind’ yang merancang segala-galanya. Filem ini mengalas takdir yang tersurat buat pasangan adik-beradik ini dan tanggungjawab seorang anggota polis terhadap tugasnya.
Read More »

30 Jul 2016

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Assalammualaikum..
Filem Zack Kapcai adalah filem terbitan MIG Pictures dan telah ditayangkan di pawagam bermula 14 Julai yang lalu. Filem Zack Kapcai ni dibintangi oleh Fad Bocey, Rahim Sepahtu, Shuk SYJ, Julia Marin, Serina Redzuawan, Epy Kodiang, Shafiez dan ramai lagi. Filem ni bergenre komedi aksi dan diarahkan oleh Azaromi Ghozali, Rosli Mohd Taib. Macam lawak jer jalan cerita filem ni hehehe, apapun jom layannn sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Zack Kapcai mengisahkan tentang Raja Kapcai lakonan Rudy (Rahim Sepahtu) yang telah tinggal sejarah apabila gelaran tersebut menyebabkan Rudy bercerai dengan isterinya, Minah (Serina Redzuawan). Rudy telah membawa anaknya Tasha (Julia Marin) jauh daripada kampung manakala Zack (Fad Bocey) tinggal dengan ibunya. Zack juga suka berlumba seperti ayahnya dan telah berlumba dengan sahabat baiknya, Roy (Shuk SYJ) dengan mempertaruhkan motor kesayangan Roy sendiri. Ini menyebabkan hubungan persahabatan antara Zack dan Roy berantakan. 

Pada suatu hari, Zack telah menemui keratan akhbar yang disimpan oleh ibunya mengenai ayahnya sebagai Raja Kapcai. Zack telah memujuk ibunya untuk mencari ayah dan adiknya. Pada mulanya ibunya membantah tetapi akhirnya ibunya bersetuju untuk melepaskan Zack mencari Raja Kapcai. Pada hari Zack ingin ke Kuala Lumpur, motor Roy yang dimenanginya semasa perlumbaan telah dicuri. Maka, ibunya telah mengeluarkan motor lagenda Raja Kapcai untuk digunakan Zack bagi mencari ayahnya.

Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkan Zack mencari Rudy dan Tasha? Bagaimanakah hubungan persahabatan antara Zack dan Roy? Adakah Raja Kapcai akan muncul kembali?
Read More »

25 Jul 2016

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Assalammualaikum..
Filem Anak Mami Nasi Kandaq adalah sebuah filem Komedi yang telah pun ditayangkan di Pawagam pada 6 Julai 2016 (1 Syawal) yang lalu. Filem ini diarahkan oleh Prof Datuk A.Razak Mohaideen dan dilakonkan oleh Qi Razali, Fasha Sandha, Nur Risteena, Ezzaty Abdullah, Maria Farida, Azmir RL, Chik Pak Man Telo, Sheila Mambo dan ramai lagi. Adik Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha turut berlakon dalam filem ini. Filem Anak Mami Nasi Kandaq ini mengisahkan tentang persaingan dalam perniagaan Nasi Kandar antara keluarga Mamu Nizam dan Mami Kalsom. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) seorang pengusaha Restoran Nasi Kandaq Al Basheer seorang duda yang bekerja keras untuk memajukan perniagaannya. Mamu mempunyai kehidupan yang bahagia bersama 5 orang anak perempuannya iaitu Fuziah (Fasha Sandha), Fitri (Nur Risteena), Farah (Ezzaty Abdullah), Fatin (Amylia Nastasha Aziz) dan Fify (Elisya Sandha). Namun perniagaan Mamu Nizam merosot setelah kemunculan gerai Mami Kalsom (Sheila Mambo). Lebih memeningkan Mamu Nizam ialah walaupun Mami Kalsom berniaga tanpa lesen dan keadaan gerainya yang agak kotor, para pelanggan tetap memilih gerai Mami Kalsom. Mamu Nizam yang tertekan mendapatkan khidmat nasihat Mamu Hussin (Azmir Cuit) dan Tuan Akhlak Khan (Azhari Zain). Mamu Hussin mencadangkan Mamu Nizam untuk mengeksploitasi kejelitaan kelima-lima anak perempuannya sebagai tarikan. 
Merisaukan Mamu Nizam ialah kesemua anak perempuannya bersifat manja dan tidak pernah bekerja. Namun kerana terpaksa, Mamu Nizam berjanji kepada anak-anaknya untuk menunaikan apa sahaja impian mereka asalkan mereka sanggup berkhidmat dan menjayakan perniagaan keluarga merekaTernyata taktik perniagaan Mamu Nizam berkesan dan secara langsung menaikkan kemarahan Mami Kalsom. Ada sahaja rancangan jahat Mami Kalsom bagi memusnahkan perniagaan Restoran Nasi Kandar Al-Basheer tetapi semuanya gagal. Kini Mami Kalsom cuba mempergunakan anak lelakinya Farid (Qi Razali) untuk bekerja di Restoran Al-Basheer bagi mencari rahsia kejayaan Restoran Al-Basheer. Mamu Nizam tidak membenarkan pekerja lelaki bekerja di restorannya bagi menjaga anak perempuannya sehingga Farid terpaksa menyamar sebagai seorang wanita bernama Faridah.
Read More »

4 Okt 2015

Filem Pan - Every Legend Has A Beginning

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun tahu dan pernah tengok cite Peter Pan kan sebelum ni. Ni ada filem terbaru Peter Pan yang berkisarkan tentang kisah awal dan permulaan Peter Pan. Kiranya kisah masa die kecik sampai laa die jadi Peter Pan. Filem Pan - Every Legend Has A Beginning ini akan ditayangkan di pawagam bermula 8 Oktober 2015 dan dilakonkan oleh Hugh Jackman, Garrett Hedlund, Rooney Mara, Levi Miller dan ramai lagi. Macam best dan menarik jer filem ni sebab tengok dari trailernyer pun dah gempaq dan best. So jom semua kita layannn trailer filem ni kat bawah k, just klik jer link kat bawah ni untuk korang tonton Trailer cite ni yang best ni.
Sinopsis Pan - Every Legend Has A Beginning

Pan is a new take on JM Barrie’s classical story which we all know and love. The adventure follows the story of an orphan who is spirited away to the magical Neverland where he finds both fun and danger. He also finds his destiny, to become the hero who will forever be known as Peter Pan.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017