-->
Memaparkan catatan dengan label Terbaik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terbaik. Papar semua catatan

5 Jul 2020

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pulau Pinang!

Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand, Volunteers- Faisal Bin Baharom delivers the home-cooked Ayam Brand meals to The Children's Protection Society, Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pulau Pinang, Ayam Brand,
Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pulau Pinang!
Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand

George Town, 30 Jun 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti. Di Pulau Pinang, The Children's Protection Society berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam. Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini. Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!

Faisal Bin Baharom turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut. “Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. The Children's Protection Society telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Apam Cheese Hipster,” jelas Faisal. “Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau. Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan The Children's Protection Society kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.
Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pulau Pinang!  Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand, Ayam Brand #AyamWithYou Food Pantry in The Children's Protection Society,

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Faisal menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir The Children's Protection Society, Puan Magdeline Leong. Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. 

Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau. Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre. Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.
Apam Cheese Hipster cooked by Volunteer Faisal Bin Baharom using Ayam Brand product, Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand,
Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:
📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 

📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 
📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 
📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang
📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 
📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my. 
                                   
Video of the Ayam Brand community pantry campaign
Read More »

18 Jun 2020

The Children's Protection Society Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti George Town

Details of the Ayam Brand community pantry in Penang, Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand,
The Children's Protection Society Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti George Town

George Town, Jun 16, 2020 – Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. Sebagai contoh, di Penang, The Children's Protection Society di Jalan Scotland meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini. “Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir The Children's Protection Society, Puan Magdeline Leong.
 Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand, Food Pantry in The Children's Protection Society Penang,
Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Magdeline Leong. Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.
Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand, Food Pantry in The Children's Protection Society Penang,

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.
Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.
Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand, Food Pantry in The Children's Protection Society Penang,
“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.
Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.
 Details of the Ayam Brand community pantry in Penang, Pantri Komuniti, Kempen Komuniti Penyayang 2020, Ayam Brand, Food Pantry in The Children's Protection Society Penang,
Pantri makanan #AyamWithYou terletak di The Children's Protection Society, No.118-A Jalan Scotland, 10450 Penang Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my
Read More »

11 Jun 2020

Review Drama Korea - He Is Psychometric

Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,

Aku dah lama habis menonton Korean Drama He Is Psychometric ini, tapi baru sekarang ada masa nak buat review drama ni. Drama ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN, drama ini release pada 11 Mac 2019 yang lalu dan tamat episodnya pada 30 April 2019. Antara pelakon drama Korea He Is Psychometric ini adalah Jin Young (GOT7), Shin Ye Eun, Kim Kwon, Kim Da Som, Jeon Mi Sun, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Ko Yoon Jung, Kim Hyo Jin, Park Chul Min dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama The Crowned Clown dan kemudian akan diganti dengan drama Abyss. Awalnya masa menonton episod pertama drama ini aku ingatkan drama ni pasal cinta budak sekolah gitu, sebab banyak scene kat sekolah. Tapi tak sangka lepas - lepas tu jadi best pula drama ini, plus ada banyak scene suspen, plot twist serta banyak juga scene - scene yang menyedihkan gitu. Aku suka tengok bromance antara watak Lee An lakonan Jin Young dengan watak Kang Sung Mo lakonan Kim Kwon, comel giler, tapi tula ianya akan bertukar jadi tragedi di penghujung cerita huhuhu. Selain itu aku juga tak berapa berminat dengan kisah cinta antara Lee An dan Yoon Jae In lakonan Shin Ye Eun tu sebab aku lebih tertarik dengan kisah cinta tak berbalas or tak kesampaian antara Kang Sung Mo dan Eun Ji Soo lakonan Kim Da Som. Bila tengok drama ni korang kena sediakan tisu siap - siap okey sebab ada banyak scene sedih bermula dengan episod 11, 12 dan ke atas.
Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,
Dalam banyak - banyak watak dalam drama He Is Psychometric ni, aku paling suka dengan watak Kang Sung Mo. Watak Kang Sung Mo lakonan Kim Kwon ni sangat misteri okey, banyak rahsia dan sukar untuk jujur sepenuhnya kerana dia ada menyimpan satu rahsia besar dalam hidupnya. Plus wataknya juga antara yang paling kesian sekali, serius sedih drama ni huhu. Drama Korea He Is Psychometric ini mengisahkan mengenai Lee An yang mempunyai kebolehan istimewa dimana setiap kali dia menyentuh seseorang, dia mampu membaca dan melihat memori mereka. Lee An anak yatim piatu setelah ibu bapanya mati dalam kebakaran yang berlaku di tempat mereka. Lee An masih kecil ketika itu dan diselamatkan oleh Kang Sung Mo. Kang Sung Mo ketika itu masih remaja dan Lee An menganggap Kang Sung Mo seperti abangnya sendiri. Namun tak lama kemudian Kang Sung Mo bertindak meninggalkan rumah anak yatim berkenaan dan juga Lee An. Lee An sedih dan kecewa apabila Kang Sung Mo meninggalkannya dan mula membesar menjadi remaja yang bermasalah dan suka memberontak. Kang Sung Mo kini sudah menjadi pendakwaraya dan kembali pada Lee An semula. Lee An gembira dan tinggal bersama dengan Kang Sung Mo. Perangai Lee An juga mula berubah menjadi baik dan Kang Sung Mo juga tahu mengenai kebolehan Psychometric Lee An itu. Lee An boleh melihat memori semua orang kecuali memori Kang Sung Mo.
Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,
Manakala Yoon Jae In pula adalah pelajar baru di sekolah Lee An dan mereka sekelas. Banyak perkara yang berlaku dan akhirnya Yoon Jae In tahu mengenai kebolehan Lee An itu. Yoon Jae In juga menyimpan satu rahsia besar yang cuba disembunyikannya dari orang lain. Yoon Jae In kemudian berhenti sekolah dan menghilangkan diri akibat satu peristiwa. Namun dia bertemu semula dengan Lee An ketika dia sudah bekerja sebagai polis peronda. Lee An juga ingin menjadi polis dan menggunakan kebolehan istimewanya itu. Lee An juga sering membantu Inspektor Eun Ji Soo (Da Som) untuk menyiasat kes - kes yang sukar diselesaikan. Eun Ji Soo rapat dengan Lee An dan dia juga dah lama jatuh hati pada Kang Sung Mo. Namun Kang Sung Mo buat tak tahu saja mengenai hal tersebut, Eun Ji Soo dan Kang Sung Mo banyak bekerjasama dalam menyelesaikan kes - kes jenayah. Dalam banyak - banyak kes yang disiasat mereka, kelihatan Kang Sung Mo begitu obses dengan satu kes yang melibatkan Kang Geun Tae. Manakala Kang Geun Tae juga obses dengan Kang Sung Mo dan berazam akan mencederakan dan membunuh semua orang yang rapat dengan Kang Sung Mo seperti Lee An, Yoon Jae In dan Eun Ji Soo. Apa hubungan Kang Sung Mo dan Kang Geun Tae itu?. 
Korean Drama He Is Psychometric, Drama Korea He Is Psychometric, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Drama Korea He Is Psychometric, Drama Korea Best, Korean Drama He Is Psychometric Poster, Sinopsis Drama Korea He Is Psychometric, Ending Drama Korea He Is Psychometric, Senarai Pelakon - Pelakon Drama Korea He Is Psychometric, Jin Young, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Da Som, Lee Seung Joon, Eom Hyo Seop, Noh Jong Hyun, Drama Korea Best 2019,
Kang Sung Mo juga meminta pertolongan Yoon Jae In untuk membantu Lee An dalam meningkatkan kebolehan Psychometric Lee An itu supaya Lee An dapat membaca dan melihat memori Kang Sung Mo. Setelah Lee An mula dapat melihat sedikit demi sedikit memori Kang Sung Mo itu, kejutan demi kejutan berlaku. Lee An sukar untuk menerima kebenaran yang dilihatnya itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey itu serba sedikit sinopsis drama Korea He Is Psychometric ini. Manakala ending drama Korea He Is Psychometric ini bagi aku ada sad ending dan juga happy ending. Jadi pada yang belum tengok drama ni, bolehlah try tengok nanti sebab best walaupun sedih sikit. Apa pun aku bagi drama ni 8.9/10 bintang gitu.

Jom Baca Ini juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Review dan Sinopsis Drama Korea Psychopath Diary
Read More »

15 Dis 2019

Review Drama Korea Doctor Prisoner

Doctor Prisoner, Dr. Prisoner, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Doctor Prisoner, Korean Drama Doctor Prisoner, Sinopsis Drama Korea Doctor Prisoner, My Favorite Korean Drama 2019, Best Korean Drama 2019, Ending Drama Korea Doctor Prisoner, Doctor Prisoner 2, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, Korean Drama Doctor Prisoner Poster, Ulasan Drama Korea Doctor Prisoner, My Feeling, My Opinion,
Doctor Prisoner - Korean Drama Review

Drama Korea Doctor Prisoner ini disiarkan di channel KBS bermula 20 Mac 2019 yang lalu dan tamat episodnya pada 15 Mei 2019 serta mempunyai 32 episod. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Liver or Die dan kemudian akan digantikan dengan drama Angel's Last Mission : Love. Antara pelakon drama Korea Doctor Prisoner ini adalah Namgoong Min, Kwon Nara, Kim Byung Chul, Choi Won Young, Jin Hee Kyung, Lee Da In, Park Eun Seok, Jang Hyun Sung, Kim Jung Nan, Ryeo Un, Chae Dong Hyun, Lee Min Young, Lee Jun Hyeok dan ramai lagi. Drama Korea Doctor Prisoner ini memang popular dan ramai yang suka menonton drama ini sebab jalan ceritanya best dan suspen gitu walaupun bergenre medical. Aku sebenarnya tak begitu suka menonton drama - drama Korea yang bergenre medical ni, tapi drama Doctor Prisoner ni lain sikit sebab jalan ceritanya sangat best dan lain macam tau hahaha. Siapa yang belum tengok drama ini memang harus tengok okey sebab sangat berbaloi, lakonan para pelakon juga terbaik. Pelakon Kim Byung Chul dan Choi Won Young reunion semula dalam drama ini selepas sukses dengan drama mereka yang terdahulu iaitu drama Sky Castle. Lebih menarik bila 3 pelakon utama drama Doctor Prisoner ini iaitu Namgung Min, Kim Byung Chul dan Choi Won Young merupakan pelakon serba boleh dan biasa membawa watak jahat giler mahu pun watak baik dengan cemerlang sekali.
Doctor Prisoner, Dr. Prisoner, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Doctor Prisoner, Korean Drama Doctor Prisoner, Sinopsis Drama Korea Doctor Prisoner, My Favorite Korean Drama 2019, Best Korean Drama 2019, Ending Drama Korea Doctor Prisoner, Doctor Prisoner 2, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, Korean Drama Doctor Prisoner Poster, Ulasan Drama Korea Doctor Prisoner, My Feeling, My Opinion,
Sebenarnya aku rindu juga juga nak tengok Namgoong Min bawa watak jahat lagi dan dalam drama ini, watak dia sebenarnya baik cuma dia perlu jadi jahat serta bijak untuk membalas dendam. Nampak jugalah sisi gelap wataknya itu, walaupun hakikatnya watak dia memang baik pun. Selain suspen, drama ini ada banyak plot twist gitu, tu yang buat aku bertambah teruja menonton drama ini. Syok tengok permainan Na Yi Je (Namgoong Min) dan Seon Min Sik (Kim Byung Chul) ni yang saling berebut kuasa dan dua - dua tak nak kalah. Bertambah menarik bila tiada kisah cinta dalam drama ini, drama ini memang masuk dalam list aku untuk top 3 my favorite Korean Drama 2019 ni. Scene - scene lawak dalam drama ini banyak datangnya dari watak Oh Jung Hee (Kim Jung Nan) dan pendakwaraya Jung Wi Sik (Jang Hyun Sung). Scene percintaan diorang tu lawak giler dan dalam masa yang sama sweet juga hehe. Watak Lee Jae Hwan lakonan Park Eun Seok tu pun lawak gila especially masa dia duduk dalam penjara tu. Tak sangka wataknya boleh jadi lawak macam tu, sebab di peringkat awal, wataknya sangat annoying okey dan berjaya buat penonton geram dengan wataknya itu. Apa pun aku memang suka tengok perkembangan watak Lee Jae Hwan tu bermula dengan sikapnya yang jahat, kejam dan suka cari pasal tu berubah jadi kelakar dan baik sikit ketika berada di penjara dan mula berubah jadi serius di hujung cerita.
Doctor Prisoner, Dr. Prisoner, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Doctor Prisoner, Korean Drama Doctor Prisoner, Sinopsis Drama Korea Doctor Prisoner, My Favorite Korean Drama 2019, Best Korean Drama 2019, Ending Drama Korea Doctor Prisoner, Doctor Prisoner 2, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, Korean Drama Doctor Prisoner Poster, Ulasan Drama Korea Doctor Prisoner, My Feeling, My Opinion,
Lee Jae Joon lakonan Choi Won Young merupakan watak paling jahat dalam drama ini. Lepas dia jadi baik dalam drama Sky Castle, dia start jadi jahat pula dalam drama ni hehehe. Awalnya aku agak annoying dengan watak Han So Geum lakonan Kwon Nara tu sebab dia acah - acah baik sangat, pastu ambil masa yang lama untuk join team Na Yi Je tu. Seronok juga tengok gelagat Oh Jung Hee yang sentiasa membantu Na Yi Je walaupun kadang - kala dia macam risau juga. Selain itu aku juga suka dengan background muzik drama ini sebab sesuai sangat dengan genre drama macam ni. Korean Drama Doctor Prisoner ini mengisahkan tentang Doktor Na Yi Je yang merupakan seorang doktor yang sangat berkebolehan dan baik dengan semua pesakitnya. Disebabkan satu insiden, Na Yi Je hilang segalanya, lesennya digantung, dia dipenjarakan manakala ibunya yang sakit tidak dapat dibedah dan akhirnya mati. Kematian ibunya telah menyebabkan Na Yi Je menjadi nekad untuk membalas dendam pada semua orang yang bertanggungjawab membuat hidupnya derita. Pertemuan Na Yi Je dengan banduan Oh Jung Hee menjadi langkah pertamanya untuk membalas dendam. Na Yi Je berjaya membebaskan Oh Jung Hee dari penjara. Melalui Oh Jung Hee, Na Yi Je berjaya menjadi ketua doktor di penjara itu dan pembalasan dendamnya bermula. Okey itu serba sedikit sinopsis drama Korea Doctor Prisoner.
Doctor Prisoner, Dr. Prisoner, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Doctor Prisoner, Korean Drama Doctor Prisoner, Sinopsis Drama Korea Doctor Prisoner, My Favorite Korean Drama 2019, Best Korean Drama 2019, Ending Drama Korea Doctor Prisoner, Doctor Prisoner 2, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, Korean Drama Doctor Prisoner Poster, Ulasan Drama Korea Doctor Prisoner, My Feeling, My Opinion,
Manakala Ending drama Korea Doctor Prisoner ini memang happy endinglah kan. Suka pula aku tengok Na Yi Je dan Seon Min Sik boleh bekerjasama gitu, tapi diorang bekerjasama tu demi kepentingan masing - masinglah kan bukan sebab sukarela ke apa ke hehe. Tapi stil seronok tengok diorang boleh bekerjasama walaupun pada mulanya diorang saling bermusuh. Aku tak pasti sama ada drama ini akan ada season kedua atau tidak, tapi kemungkinan tu adalah kan, sebab Namgoong Min pun ada sebut juga pasal musim kedua dalam satu article tu, tapi entahlah kan, hope ada Doctor Prisoner 2 nanti. Apa pun aku bagi 10/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca ini juga ➔ Drama Adellea Sofea Lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz (TV3)

➔ Review Drama Korea - Perfume
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,
Read More »

23 Jul 2019

Korean Drama Memories Of The Alhambra

Memories Of The Alhambra, Korean Drama, Drama Korea 2018 / 2019, K - Drama Memories Of The Alhambra, Drama Korea Memories Of The Alhambra, Sinopsis Drama Korea Memories Of The Alhambra, Review Memories Of The Alhambra, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, Artis Korea, Best Korean Drama, Popular Drama, Sweet, Hyun Bin New Drama, Suspen, Park Shin Hye New Drama, Poster Drama Korea Memories Of The Alhambra, Pelakon Drama Korea Memories Of The Alhambra, Hyun Bin, Park Shin Hye, Park Hoon, Kim Eui Sung, Min Jin Woong, Lee Seung Joon, Han Bo Reum, Park Chan Yeol,
Drama Korea Memories Of The Alhambra

Hari ini just nak buat simple review mengenai satu drama Korea popular yang memang best iaitu Memories Of The Alhambra lakonan Hyun Bin dan Park Shin Hye. Drama ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di chennel TVN bermula 1 Disember 2018 dan tamat episodnya pada 20 Januari 2019. Antara pelakon drama Korea Memories Of The Alhambra ini adalah Hyun Bin, Park Shin Hye, Park Hoon, Kim Eui Sung, Min Jin Woong, Lee Seung Joon, Han Bo Reum, Park Chan Yeol dan ramai lagi. Selain itu Korean Drama Memories Of The Alhambra ini disiarkan bagi menggantikan drama Room No. 9 dan kemudian akan digantikan dengan drama Romance Is A Bomus Book. Pengarah drama ini adalah orang yang sama mengarah drama - drama best seperti Rooftop Prince, Mrs Cop, Stranger, Watcher dan banyak lagi manakala screenwriter drama ini juga turut menjadi screenwriter drama - drama popular seperti W, The Three Musketeers, Nine ; 9 Times Time Travel, Queen In Hyun's Man dan banyak lagi. Aku suka tengok Park Shin Hye cakap dalam bahasa Sepanyol tu, tak nampak kekok langsung, sangat menyakinkan gitu. Gandingan Hyun Bin dan Park Shin Hye sebagai hero dan heroin drama ini juga nampak serasi dan sepadan.
Memories Of The Alhambra, Korean Drama, Drama Korea 2018 / 2019, K - Drama Memories Of The Alhambra, Drama Korea Memories Of The Alhambra, Sinopsis Drama Korea Memories Of The Alhambra, Review Memories Of The Alhambra, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, Artis Korea, Best Korean Drama, Popular Drama, Sweet, Hyun Bin New Drama, Suspen, Park Shin Hye New Drama, Poster Drama Korea Memories Of The Alhambra, Pelakon Drama Korea Memories Of The Alhambra, Hyun Bin, Park Shin Hye, Park Hoon, Kim Eui Sung, Min Jin Woong, Lee Seung Joon, Han Bo Reum, Park Chan Yeol,
Drama Korea Memories Of The Alhambra ini memang best, rugi kalau korang tak tengok lagi, dibarisi pelakon popular, sinematografi yang cantik giler especially bila diorang shooting kat luar negara tu iaitu di Granada, Spain tu. Paling menarik sekali pastilah jalan ceritanya yang unik habis, lain dari yang lain, tak clisye dan terbaik. Drama ni memang sesuai dengan citarasa aku, penuh suspen, sedikit sedih dan ada sedikit kisah cinta gitu. Siapa yang tak tengok drama ni cepat - cepat pergi tengok okey sebab memang best. Kalau ada yang kurang pun pasal drama ni cuma bahagian ending jerla sebab ianya open ending. Scene - scene sedih dalam drama ni memang sedih betul okey, manakala kisah percintaan watak Hyun Bin dan Park Shin Hye dalam drama ini cuma ada sedikit tapi stil nice and sweet. Secara keseluruhannya Korean Drama Memories Of The Alhambra antara drama Korea yang wajib tonton bagi penggemar drama - drama Korea. Aku bagi 10/10 bintang untuk drama ni.
Memories Of The Alhambra, Korean Drama, Drama Korea 2018 / 2019, K - Drama Memories Of The Alhambra, Drama Korea Memories Of The Alhambra, Sinopsis Drama Korea Memories Of The Alhambra, Review Memories Of The Alhambra, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Style, Artis Korea, Best Korean Drama, Popular Drama, Sweet, Hyun Bin New Drama, Suspen, Park Shin Hye New Drama, Poster Drama Korea Memories Of The Alhambra, Pelakon Drama Korea Memories Of The Alhambra, Hyun Bin, Park Shin Hye, Park Hoon, Kim Eui Sung, Min Jin Woong, Lee Seung Joon, Han Bo Reum, Park Chan Yeol,
Sinopsis Drama Korea Memories Of The Alhambra

After receiving an email regarding a groundbreaking AR game about medieval battles in Alhambra, Yoo Jin-woo (Hyun Bin), CEO of an investment company that specializes in optical devices, travels to GranadaSpain to meet the creator of the game, Jung Se-joo (Park Chan-yeol). However, Se-joo is missing and there, he meets his sister Jung Hee-joo (Park Shin-hye), owner of the hostel he stays in and a former guitarist. Both get entangled in a mysterious incidents, and the border between the real world and the AR world built by Se-joo begins to blur..

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

12 Apr 2019

Sinopsis Drama Nur 2 (TV3)

Nur 2, Drama Nur 2, Slot Samarinda, TV3, Drama Popular, Trending, Sinopsis Drama Nur 2, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Nur 2, Drama Arahan Shahrulezad Mohameddin, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Syafiq Kyle New Drama,
Sinopsis Drama Nur 2 Slot Samarinda TV3

Drama Nur 2 sudah pun bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 2 April 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Nur 2 masih mengekalkan pelakon asal drama ini seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan. Drama Nur 2 ini turut diserikan dengan watak - watak baru yang dilakonkan oleh Azar Azmi, Eyra Hazali, Noryati Taib dan ramai lagi. Selain itu drama Nur 2 ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Baru nak masuk episod pertama, drama ini telah pun trending di Twitter, memang popular habis drama ni. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon drama Nur 2 di bawah ini ye.
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam

Azar Azmi sebagai Juita

Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin

Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah

Azhan Rani sebagai Syed Hamadi

Noorkhiriah sebagai Aishah

Atiq Azman sebagai Amirul

Eyra Hazali sebagai Suraya
Noryati Taib sebagai Nekma
Hasrulnizam Osman sebagai Ustaz Yassin
Uchee Fukada sebagai Uchee
Munaa Bella sebagai Ustazah Nurul
Nur 2, Drama Nur 2, Slot Samarinda, TV3, Drama Popular, Trending, Sinopsis Drama Nur 2, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Nur 2, Drama Arahan Shahrulezad Mohameddin, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Syafiq Kyle New Drama,

Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana. Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.
Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. 
Nur 2, Drama Nur 2, Slot Samarinda, TV3, Drama Popular, Trending, Sinopsis Drama Nur 2, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Nur 2, Drama Arahan Shahrulezad Mohameddin, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Syafiq Kyle New Drama,
Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.
Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.
Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu. Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

Lagu Tema / OST Nur 2
➤ Tetap Kamu nyanyian Amylea & Megat
➤ Bimbang nyanyian Marsha
➤ Pudar nyanyian Indah Ruhaila
➤ Dua nyanyian Roman
➤ Cintaku nyanyian Megat
➤ Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea & Kaer Azami

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi

~ Blog Miss Banu Story ~ 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

11 Jan 2019

Top 15 Drama Korea Terbaik 2018

Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, My Choice, Gambar Shin Min Ah, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu

Hari ini aku nak share senarai top 15 drama Korea yang paling aku suka untuk tahun 2018, senarai drama Korea ini adalah berdasarkan pilihan aku semata - mata, tak ada kena mengena dengan blog atau laman web yang lain ye. Macam mana dengan pilihan korang, sama macam aku tak? hehehe. Agak susah juga nak buat entry ini haha sebab nak kena memilih dan juga nak tulis satu - persatu tentang sebab aku suka drama tu dan sedikit sinopsis untuk drama - drama tersebut. Apa tunggu lagi, jom tengok di bawah ini ye..


Pelakon: Do Kyung Soo / D.O (EXO), Nam Ji Hyun, Kim Sun Ho, Cho Seong Ha, Han So Hee dll.
100 Days My Prince, Drama Korea 100 Days My Prince, Cast, Pelakon Drama Korea 100 Days My Prince, Do Kyung Soo / D.O (EXO), Nam Ji Hyun, Kim Sun Ho, Cho Seong Ha, Han So Hee, Sinopsis Drama Korea 100 Days My Prince, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Tempat ke 15 jatuh pada drama 100 Days My Prince yang berlatarbelakangkan zaman Joseon, jalan ceritanya best juga yang mengisahkan tentang putera raja yang hampir dibunuh tapi terselamat dan hilang ingatan. Selepas itu dia memulakan hidup baru sebagai rakyat biasa dan turut berkahwin, walaupun sebenarnya dia sudah mempunyai isteri di Istana. Paling best walaupun dia hilang ingatan tapi perangai mengada - ngadanya dan egonya tak pernah hilang hehe dan buatkan semua orang disekelilingnya menganggap dia bodoh sombong dan ada masalah mental hehe. Episod akhir drama ini turut trending di Twitter. Sila Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

14) - Eulachacha Waikiki / Welcome To Waikiki
Pelakon: Kim Jung Hyun, Lee Yi Kyung, Son Seung Won, Jung In Sun, Go Won Hee dll.
Eulachacha Waikiki, Korean Drama, Drama Korea Welcome To Waikiki, Cast, Pelakon Drama Korea Eulachacha Waikiki, Kim Jung Hyun, Lee Yi Kyung, Son Seung Won, Jung In Sun, Go Won Hee, Review Drama Korea Eulachacha Waikiki, Sinopsis Korean Drama Welcome To Waikiki, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Korean Drama Welcome To Waikiki ini sememangnya popular dan diminati ramai disebabkan jalan ceritanya yang santai dan kelakar habis. Drama ini juga berjaya buat aku ketawa gila - gila terutamanya untuk episod 15 tu hahaha. Khabarnya akan ada season ke 2 nanti, hope semua barisan pelakon drama ini dikekalkan, apa pun memang enjoy menonton drama ini. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Ji Sung, Han Ji Min, Kang Han Na, Jang Seung Jo, Lee Jung Eun dan ramai lagi. 
Familiar Wife, Drama Korea Familiar Wife, Sinopsis Drama Korea Familiar Wife, K - Drama Familiar Wife, Cast, Pelakon Drama Korea Familiar Wife, Ji Sung, Han Ji Min, Kang Han Na, Jang Seung Jo, Lee Jung Eun, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Aku suka dengan jalan cerita The Familiar Wife ni, plus pelakonnya juga hebat - hebat belaka, drama lakonan Ji Sung dan Han Ji Min ni memang harus tonton gitu. Paling menarik bila drama ini ada pengajarannya yang tersendiri mengenai pasangan suami isteri yang harus bertolak - ansur dan tidak mementingkan diri sendiri, jika ingin bahagia. Mengisahkan Cha Joo Hyuk yang tidak bahagia dengan isterinya kerana isterinya sudah berubah dan tidak seperti dulu, malah dia juga takut dengan isterinya sendiri. Cha Joo Hyuk mendapat peluang untuk kembali ke masa lampau dan mengubah sejarah hidupnya. Jadi Cha Joo Hyuk cuba mengubah pilihannya dan menginginkan juniornya Lee Hye Won yang cantik jelita dan diminati ramai menjadi isterinya berbanding Seo Woo Jin yang merupakan isterinya sekarang. Perubahan yang dilakukannya berjaya, tapi siapa sangka ianya akan mendatangkan penyesalan buat Cha Joo Hyuk di kemudian hari. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Kang Ji Hwan, Baek Jin Hee, Gong Myung, In Gyo Jin, Park Sol Mi dan ramai lagi.
Feel Good To Die, Drama Korea Feel Good To Die, Drama Adaptasi Web Comic, Korean Drama, Cast, Sinopsis Drama Korea Feel Good To Die, Pelakon Drama Korea Feel Good To Die, Kang Ji Hwan, Baek Jin Hee, Gong Myung, In Gyo Jin, Park Sol Mi, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Feel Good To Die ini merupakan office drama yang mengisahkan suka duka pekerja di syarikat MW Chicken. Antara drama yang kelakar, sweet dan kadang kala sedikit sedih, Baek Jin Hee dan In Gyo Jin turut menang anugerah menerusi drama ini di KBS Drama Awards 2018 yang lalu, rugi tak layan drama ini hehe. Mengisahkan tentang Baek Jin Sang yang merupakan seorang team leader di bahagian marketing dan dirinya memang dibenci oleh para pekerja yang lain kerana sikapnya yang teruk yang mana dia sering mengkritik semua benda dan semua orang serta cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia juga sentiasa fikir yang dirinya sentiasa betul, sombong dan perasan bagus. Baek Jin Sang dan salah seorang pekerjanya iaitu Lee Roo Da kemudiannya terperangkap dalam time loop dan terpaksa melalui hari yang sama berulang kali. Time Loop ini akan terjadi bila ada orang yang membenci Baek Jin Sang mendoakan kematian Baek Jin Sang dan setelah Baek Jin Sang mati, Lee Roo Da dan Baek Jin Sang akan berada dalam time loop dan Baek Jin Sang hidup semula. Mereka berdua perlu melakukan sesuatu untuk keluar dari time loop itu. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

11) - The Player
Pelakon: Song Seung Heon, Krystal, Lee Si Un, Tae Won Suk, Kim Won Hae dan ramai lagi.
The Player, Drama Korea The Player, Korean Drama, Korean Drama The Player, Sinopsis Drama Korea The Player, Cast, Pelakon Drama Korea The Player, Song Seung Heon, Krystal, Lee Si Un, Tae Won Suk, Kim Won Hae, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Tempat ke 11 milik Korean Drama The Player, drama ini memang best, jalan cerita bergerak laju dan tak ada moment yang membosankan. Mengisahkan tentang seorang penipu yang bijak, seorang driver yang hebat, seorang fighter yang kuat serta seorang hacker yang membentuk 1 kumpulan untuk memerangkap orang kaya yang jahat dan merampas semua wang mereka. Kumpulan ini kemudiannya bekerjasama dengan seorang pendakwaraya yang mementingkan keadilan dan menginginkan kumpulan yang diketuai oleh Kang Ha Ri ini untuk mencari bukti bagi dirinya supaya dia boleh membawa semua orang jahat ini ke muka pengadilan dengan bukti yang kukuh. Walaubagaimanapun Kang Ha Ri ada motifnya yang tersendiri, dimana dia ingin membalas dendam terhadap semua yang terlibat dalam kematian ayahnya yang juga seorang pendakwaraya. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Kwon Yool, Son Eun Seo, An Se Ha dan ramai lagi
Voice 2, Voice Season 2, Drama Korea Voice 2, Korean Drama Voice Season 2, Sinopsis Drama Korea Voice 2, Cast, Pelakon Drama Korea Voice 2, Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Kwon Yool, Son Eun Seo, An Se Ha, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Tak sangka musim kedua drama Voice ini juga best walaupun Jang Hyuk tak berlakon dalam musim ini dan muncul watak baru yang dilakonkan oleh Lee Jin Wook. Rating juga tinggi untuk drama ini dan drama ini mempunyai 12 episod saja dan akan ada Voice season 3 yang akan disiarkan pada tahun 2019 ini. Hanya ada 3 watak dari musim pertama drama Voice dikekalkan untuk musim kedua ini. Mengisahkan tentang Kang Kwon Joo yang terdesak untuk mencari siapa pembunuh yang telah membunuh team leader The Golden Time dan akhirnya terpaksa bekerjasama dengan Do Kang Woo yang merupakan seorang polis yang mempunyai reputasi buruk. Malah Do Kang Woo juga telah digantung tugasnya namun Kang Kwon Joo telah mengajaknya untuk masuk dalam kumpulannya supaya mereka sama - sama dapat mencari pembunuh berkenaan kerana Do Kang Woo juga sangat obses mencari pembunuh berkenaan yang telah memerangkap dirinya dulu. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Lee Je Hoon, Chae Soo Bin, Lee Dong Gun, Kim Ji Soo, Kim Kyung Nam, Lee Soo Kyung, Ro Woon dll.
Where Stars Land, Drama Korea Where Stars Land, Korean Drama, Sinopsis Drama Korea Where Stars Land, Cast, Pelakon Drama Korea Where Stars Land, Lee Je Hoon, Chae Soo Bin, Lee Dong Gun, Kim Ji Soo, Kim Kyung Nam, Lee Soo Kyung, Ro Woon, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Aku suka dengan jalan cerita drama ini yang unik yang memfokuskan tentang suka duka pekerja yang bekerja di Airport. Korean Drama Where Stars Land ini turut menang anugerah Best Drama Award, manakala hero dan heroin drama ini iaitu Lee Je Hoon dan Chae Soo Bin turut menang Best Actor dan Excellent Actress menerusi drama ini dalam 2018 SBS Drama Awards. Mengisahkan Lee Soo Yeon dan Han Yeo Reum yang sama - sama bekerja dalam Passenger Service Team di Airport. Lee Soo Yeon seorang yang misteri dan menyimpan satu rahsia, dia sentiasa menjauhkan diri dari orang lain dan gemar bersendirian berbeza dengan Han Yeo Reum yang suka bercakap, peramah dan suka menolong orang lain dan kerap melakukan kesalahan yang menyebabkan dirinya sering dimarahi oleh orang atasan. Tanpa disangka Lee Soo Yeon jatuh cinta pada Han Yeo Reum namun Lee Soo Yeon juga berat hati untuk berhenti kerja kerana dia ingin dekat dengan Han Yeo Reum tapi rahsianya sudah diketahui ramai orang dan mereka mula ingin tahu tentang kuasa luar biasa yang ada pada Lee Soo Yeon itu. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

8) - Sketch
Pelakon: Rain, Lee Sun Bin, Lee Dong Gun, Jung Jin Young, Lee Sung Joo, Lim Hwa Young dan ramai lagi. 
Sketch, Drama Korea Sketch, Korean Drama, Sinopsis Drama Korea Sketch, Cast, Pelakon Drama Korea Sketch, Rain, Lee Sun Bin, Lee Dong Gun, Jung Jin Young, Lee Sung Joo, Lim Hwa Young, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Antara drama yang menarik, suspen dan mempunyai plot twist yang tidak dijangka gitu, memang layan drama ini walaupun tak ada kisah cinta gitu. Mengisahkan tentang detektif Kang Dong Soo yang kehilangan tunangnya akibat dibunuh. Sebelum kematian tunangnya, dia telah diberitahu tentang tunangnya akan mati pada tiga hari kemudian oleh Yoo Shi Hyun yang mampu melihat masa akan datang, iaitu 3 hari sebelum kejadian. Yoo Shi Hyun akan melukis apa yang dia nampak dan berdasarkan lukisannya itu dia dan kumpulannya akan cuba menangkap pembunuh atau pun menghalang sebarang jenayah dari berlaku. Kang Dong Soo awalnya tidak mempercayai Yoo Shi Hyun namun masih berasa ragu - ragu dan akhirnya mengikut Yoo Shi Hyun untuk mencari pembunuh tersebut sebelum pembunuh tersebut membunuh tunangnya. Namun setelah berusaha, tunangnya tetap mati dan menyebabkan Kang Dong Soo menjadi obses dan nekad untuk membalas dendam dan mencari pembunuh berkenaan. Dalam masa yang sama dia juga turut menyertai kumpulan Yoo Shi Hyun untuk memudahkan pencariannya. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jeon Hye Bin dan ramai lagi.
Life On Mars, Drama Korea Life On Mars, Korean Drama, Sinopsis Drama Korea Life On Mars, Ending Drama Korea Life On Mars, Cast, Pelakon Drama Korea Life On Mars, Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jeon Hye Bin, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Aku memang suka semua drama - drama lakonan Jung Kyung Ho ini, drama ini adalah remake dari drama Inggeris. Mengisahkan tentang Detektif Han Tae Joo yang terlalu mengikut peraturan dan lebih percayakan data berbanding manusia. Ketika mengejar pembunuh bersiri, Han Tae Joo telah dilanggar kereta, kemudian bila dia sedar dia kini berada dalam tahun 1988. Han Tae Joo keliru dan tertekan dia cuba menyelesaikan kes jenayah di tahun 1988 itu untuk cuba pulang ke tahun 2018 semula, berjayakah usaha Han Tae Joo itu?. Antara drama menarik yang memerlukan korang berfikir terutamanya di bahagian endingnya hehe. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Hwang Young Hee, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, Kim Won Hae dan ramai lagi.
Praise Of Death, The Hymn of Death, Drama Korea Praise Of Death, Korean Drama The Hymn of Death, Sinopsis Drama Korea Praise Of Death / The Hymn of Death, Cast, Pelakon Drama Korea Praise Of Death / The Hymn of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Hwang Young Hee, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, Kim Won Hae, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama 6 episod ini sememangnya menarik kerana berdasarkan kisah benar mengenai penyanyi Soprano Korea yang pertama iaitu Yun Sim Deok dan kekasihnya Kim Woo Jin yang mati membunuh diri pada tahun 1926. Drama ini mengisahkan perjalanan hidup mereka bermula dengan pertemuan pertama mereka hinggalah mereka saling jatuh cinta. Malangnya Kim Woo Jin sudah mempunyai isteri namun dia berkahwin disebabkan terpaksa kerana mengikut arahan ayahnya. Manakala Yun Sim Deok pula berasal dari keluarga miskin dan terpaksa menyara ibu bapanya serta adik beradiknya yang bergantung harap padanya. Segala yang berlaku di sekeliling diri mereka menjadi punca tindakan drastik mereka. Lakonan Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun memang terbaik, antara drama tragis yang menyayat hati. Klik tajuk drama ini, untuk baca review okey.

5) - Misty
Pelakon: Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Jin Ki Joo, Go Joon, Ahn Nae Sang dan ramai lagi.
Misty, Drama Korea Misty, Korean Drama Misty, Sinopsis Drama Korea Misty, Cast, Pelakon Drama Korea Misty, Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Jin Ki Joo, Go Joon, Ahn Nae Sang, Ending Drama Korea Misty, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Dah masuk top 5 gitu dan tempat kelima jatuh pada drama Misty, drama ini penuh suspen, ada plot twist dan korang akan tertanya - tanya siapa pembunuh sebenar dalam drama ini. Dilakonkan oleh pelakon yang berpengalaman dan lakonan diorang memang terbaik siap menang anugerah lagi tu. Memang antara drama yang harus tonton oleh penggemar drama Korea. Sinopsis drama Misty ini boleh baca kat sini ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea Misty Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Yoo Young dan ramai lagi.
The Ghost Detective, Drama Korea The Ghost Detective, Korean Drama 2018, Cast, Sinopsis Drama Korea The Ghost Detective (2018), Pelakon Drama Korea The Ghost Detective, Choi Daniel, Park Eun Bin, Lee Ji Ah, Kim Won Hae, Lee Jae Kyoon, Lee Yoo Young, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Seram Thriller ini memang best untuk ditonton sebab sangat suspen, menarik, lagu - lagu soundtrack drama ini juga sedap didengar. Kisah cinta dalam drama ni nice and sweet walaupun tak berapa logik sikit tapi  tetap best. Hantunya cantik tapi auranya menyeramkan hehehe, apa pun aku suka drama ini. Nak baca sinopsis drama ini, boleh klik sini okey ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea The Ghost Detective Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Lee Seung Gi, Cha Seung Won, Oh Yeon Seo, Lee Hong Ki, Jang Gwang, Lee El dan ramai lagi.
A Korean Odyssey, Drama Korea A Korean Odyssey, Korean Drama, Sinopsis Drama Korea A Korean Odyssey, Korean Drama, Ending A Korean Odyssey, Cast, Pelakon Drama Korea A Korean Odyssey, Lee Seung Gi, Cha Seung Won, Oh Yeon Seo, Lee Hong Ki, Jang Gwang, Lee El, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Top 3 dah ni, tempat ketiga jatuh pada drama Korea A Korean Odyssey, aku memang mengikuti semua karya screenwriter drama ini dari dulu lagi, plus aku juga suka semua barisan pelakon drama ini yang digabungkan dari drama - drama lain yang juga hasil karya screenwriter yang sama. Jalan cerita drama ini, kelakar, suspen, sweet semua ada, walaupun aku tak begitu suka dengan ending drama ini, tapi secara keseluruhannya drama A Korean Odyssey ini memang best dan menghiburkan. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Krystal, Lee Kyu Hyung, Jung Hae In, Park Ho San, Jung Woong In, Choi Moo Sung dan ramai lagi.
Prison Playbook, Drama Korea Prison Playbook, Korean Drama, Sinopsis Drama Korea Prison Playbook, Cast, Pelakon Drama Korea Prison Playbook, Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Krystal, Lee Kyu Hyung, Jung Hae In, Park Ho San, Jung Woong In, Choi Moo Sung, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Ikutkan drama A Korean Odyssey dan Prison Playbook ini release pada tahun 2017 tapi drama ini tamat episodnya pada tahun 2018, jadi aku masukkan drama ini dalam list tahun 2018 gitu. Sebab utama tengok drama ini kerana ada Jung Kyung Ho berlakon gitu, tapi bila dah layan drama ini, aku suka semua pelakon yang berlakon dalam drama Prison Playbook ini sebab semuanya best dan kelakar giler. Siapa yang tak tengok drama ini memang rugi sebab enjoy habis dan drama ini memang terbaik dan ratingnya juga tinggi. Aku rindu nak tengok drama ini lagi hehehe. Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.

Pelakon: Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Byun Yo Han, Kim Min Jung, Kim Kap Soo dan ramai lagi.
Mr. Sunshine, Drama Korea Mr. Sunshine, Korean Drama Mr Sunshine, Sinopsis Drama Korea Mr. Sunshine, Cast, Pelakon Drama Korea Mr. Sunshine, ee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Byun Yo Han, Kim Min Jung, Kim Kap Soo, Ending Drama Korea Mr. Sunshine, Top 1, Best Korean Drama 2018 - Mr. Sunshine, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018, Top 15 Drama Korea Terbaik 2018 Pilihan Miss Banu, Best Korean Drama 2018, My Korean Drama List, Top 15 Best Korean Drama Of 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea Terbaik 2018 menjadi milik drama Mr. Sunshine, jalan ceritanya serius, suspen, tragis,sinematografi yang cantik dan indah, sweet love story, bromance yang comel, kelakar, lakonan pelakon juga terbaik, scene sedih memang sedih gilerlahkan especially di bahagian endingnya. Siapa yang tak tengok drama ini, atau tengok sekerat jalan, silalah sambung tengok, mana tau jadi suka dengan drama ini nanti kan, walaupun sedih sikit tapi berbaloi menontonnya. Tambahan lagi pengarah dan screenwriter drama ini adalah orang yang sama mengarah dan menulis skrip untuk drama popular Goblin dan Descendents Of The Sun gitu. 3 perkataan yang seriing disebut dalam drama ini adalah Gun Glory and Sad Ending. Nak baca sinopsis drama ini boleh klik sini ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea Mr. Sunshine Klik tajuk drama ini, untuk baca reviewnya.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017