-->
Memaparkan catatan dengan label Kisah Benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Benar. Papar semua catatan

26 Mac 2021

Girl In The Basement Movie Review

Girl In The Basement, Girl In The Basement Movie, Girl In The Basement Real Story, Girl In The Basement Elisabeth Fritzl, Movie Review Girl In The Basement, Sinopsis Penuh Movie Girl In The Basement, Girl In The Basement Movie Cast, Girl In The Basement Movie Poster,

Tertarik untuk tengok movie ni, tajuk movie ni je dah nampak best kan, bertambah menarik bila movie Girl In The Basement ini adalah berdasarkan kisah benar iaitu mengenai kisah Elisabeth Fritzl di Austria. memang sedih tengok movie ni, terpikir macam manalah Elisabeth Fritzl in real life hadap segala benda tu semua. Antara pelakon movie Girl In The Basement ini adalah Stefanie Scott, Judd Nelson, Joely Fisher, Emily Topper, Jake Etheridge, Emma Myers, Braxton Bjer, Jake Nuttall dan ramai lagi. Movie ni release pada 27 February 2021 dan diarahkan oleh Elisabeth Rohm. Bila tengok movie ni memang akan kesian dengan nasib Sara yang dikurung oleh ayah kandungnya sendiri iaitu Don di bilik bawah tanah selama 20 tahun lamanya. Tapi tu dalam movie, kalau korang baca girl in the basement 2021 real story punya lagi kesian dan ngeri. Sebab dalam movie ni diorang ada ubah sikit - sikit kan. 
Girl In The Basement, Girl In The Basement Movie, Girl In The Basement Real Story, Girl In The Basement Elisabeth Fritzl, Movie Review Girl In The Basement, Sinopsis Penuh Movie Girl In The Basement, Girl In The Basement Movie Cast,
Scene yang paling giler mestilah scene ketika Sara dikurung di basement tu, bukan sehari dua dia dikurung tapi bertahun - tahun, sampai beranak semua, anak bapa dia sendiri. Bapa dia rogol dia okey, anak pulak bukan sorang dua, sampai 4 pulak tu. Kalau yang real story punya anak dia sampai 7 kot. Lagi tragis bila mak dan kakak Sara ni tak sedar langsung yang Sara sebenarnya ada kat ruang bawah tanah umah diorang je selama bertahun - tahun. Mak dia punya lah mencari Sara merata tempat kerana menyangka Sara hilang atau kena culik ke apa ke kan, rupanya kena kidnap dengan ayah kandung sendiri. Sara ni awalnya macam remaja biasa yang lain, cuma bezanya dia ni kuat melawan ayahnya yang suka mengongkong hidupnya tu. 

Berbeza dengan kakaknya Amy yang lebih mendengar kata ayahnya. Mak diorang ni pula iaitu Irene macam tersepit kat tengah - tengah antara suami dan anak. Apa pun jom tengok sinopsis lengkap movie Girl In The Basement kat bawah ini okey..
Girl In The Basement, Girl In The Basement Movie, Girl In The Basement Real Story, Girl In The Basement Elisabeth Fritzl, Movie Review Girl In The Basement, Sinopsis Penuh Movie Girl In The Basement, Girl In The Basement Movie Cast,
Sinopsis Penuh Movie Girl In The Basement

Mengisahkan Sara yang merupakan remaja yang ceria yang mempunyai kekasih bernama Christofer. Sara berasa terseksa dengan sikap ayahnya iaitu Don yang suka mengongkong dirinya. Sara mengimpikan ingin hidup bebas dan lari daripada rumah ketika dia sudah berusia 18 tahun nanti, Sara berkongsi impiannya itu dengan ibu dan kakaknya, namun hal tersebut telah didengari oleh ayahnya Don. Lalu Don mula mengubah suai ruangan basement rumah mereka untuk memberi pengajaran pada Sara tentang sikapnya selama ini. Ketika usia Sara hampir 18 tahun, Don telah mengurung Sara di basement rumah mereka. Disebabkan ruangan basement itu kalis bunyi, tiada sesiapa yang mendengar jeritan Sara. Ibu sara iaitu Irene dan kakak Sara iaitu Amy menyangkakan Sara hilang lalu cuba mencarinya dan turut membuat laporan polis. 
Girl In The Basement, Girl In The Basement Movie, Girl In The Basement Real Story, Girl In The Basement Elisabeth Fritzl, Movie Review Girl In The Basement, Sinopsis Penuh Movie Girl In The Basement, Girl In The Basement Movie Cast,
Manakala Don pula berbohong dan menipu kekasih Sara iaitu Christofer yang kononnya Sara telah lari daripada rumah dengan lelaki lain bernama Steve. Don pula sering mengunjungi Sara di basement dan merogol Sara sehingga Sara melahirkan 4 orang anak bernama Marie, Michael dan Thomas. Manakala anak terakhirnya mati setelah dilahirkan, ketika Thomas dilahirkan Sara merayu pada Don agar Don membawa Thomas keatas untuk dipelihara oleh ibunya Irene. Ketika Don diberhentikan kerja, dia berasakan dirinya sudah tidak mampu untuk membela Sara dan anak - anaknya lalu cuba untuk membunuh Sara dan anak - anaknya namun tidak berjaya. Ketika anak Sara iaitu Marie dan Michael sudah remaja, Sara bertindak untuk menceritakan hal sebenarnya mengenai Don. Don adalah datuk dan juga bapa pada Marie dan Michael, Don juga adalah ayah pada Sara. 

Sejak dari itu anak - anak Sara mula memahami situasi ibu mereka dan cuba melindungi Sara daripada Don. Keadaan makin teruk bila anak sulung Sara iaitu Marie sakit teruk dan tidak boleh bernafas, Sara merayu pada Don agar membawa Marie ke hospital. Awalnya Don ingin membiarkan Marie mati tapi disebabkan rayuan Sara, Don mengalah dan membawa Marie dan Sara ke hospital. Apa yang berlaku seterusnya?. Ending movie Girl In The Basement ini memang happy endinglah kan, tapi kalau korang nak tahu real story mengenai kisah sebenar Girl In The Basement Elisabeth Fritzl, bolehlah klik link - link di bawah okey..

Read More »

29 Dis 2020

Review Filem Kamar Seksa (2017)

Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Poster Filem Kamar Seksa,
Review Filem Kamar Seksa Lakonan Sazzy Falak dan Noorkhiriah (2017)

Okey hari ini nak buat review filem Melayu yang bertajuk Kamar Seksa, filem Kamar Seksa ini release pada 20 April 2017 yang lalu. Antara pelakon filem Kamar Seksa ini adalah Sazzy Falak, Noorkhiriah, Ieda Moin dan Aiyuni Hashim. Manakala pengarah filem ini adalah M. Suurya dan diedarkan oleh Genius Parade Sdn Bhd. Filem Kamar Seksa ini mengisahkan tentang kehidupan 2 wanita di sebuah pangsapuri. Kiranya dalam filem ini ada 2 cerita yang berlainan, satu cerita mengisahkan tentang Kathy / Kitty atau nama sebenarnya Khatijah lakonan Sazzy Falak yang menjalani kehidupan songsang sebagai seorang perempuan (Lesbian). Kathy mempunyai seorang kekasih yang dilakonkan oleh Ieda Moin. Masalah Kathy bermula apabila seorang demi seorang pembantu rumahnya sering cabut lari kerana tak tahan dengan perangai Kathy. Namun pada suatu hari Kathy mendapat satu pembantu rumah baru yang berasal dari Indonesia bernama Mona lakonan Aiyuni Hashim. Mona sering didera secara fizikal mahu pun mental oleh Kathy. Telefon bimbit Mona sengaja dicuri oleh Kathy supaya Mona tak dapat berhubung dengan sesiapa. Kathy juga tak memberi makan pada Mona, apa yang boleh dilakukan Mona hanya menjamah sisa makanan lebihan Kathy yang dibuang di dalam tong sampah. Mona juga tak dapat keluar daripada rumah, sebaliknya hanya mampu menjerit meminta pertolongan jiran - jiran semasa Kathy tak ada di rumah. Namun jiran - jiran disitu tidak mempedulikannya sebaliknya mengadu pada Kathy tentang pembantu rumahnya yang sering bising - bising. 
Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Sazzy Falak Movie,
Selepas itu Kathy mula marah dan memukul Mona dengan teruk sekali. Manakala kekasih Kathy pula membenci dan cemburu pada Mona kerana yakin Kathy suka pada Mona. Kisah kedua pula adalah mengenai kehidupan Nur lakonan Noorkhiriah yang merupakan seorang isteri yang baik dan taat pada suaminya. Walaupun suaminya pemalas, pemabuk, cemburu buta dan sering memukulnya, Nur tetap setia. Nur yang terpaksa bekerja dan menyara kehidupan mereka kerana suaminya tidak mahu bekerja dan mahu kan Nur memberikannya duit setiap waktu. Walaupun dilayan sedemikian rupa Nur tetap sabar dan mengikut kata suaminya. Okey tu serba sedikit sinopsis filem Kamar Seksa ini. Latar tempat filem ini banyak di dalam rumahlah kan, di pangsapuri, cuma aku tak pasti sama ada Kathy dan Nur ni jiran dan duduk dalam satu pangsapuri yang sama atau pun lain - lain pangsapuri. Apa yang aku suka mengenai filem Kamar Seksa ini adalah barisan pelakonnya, semuanya best - best. Sazzy Falak dan Noorkhiriah kot, dua - dua pernah menang anugerah kot. Misalnya Sazzy Falak adalah bekas pemenang pelakon pembantu wanita terbaik Festival Filem Malaysia ke -19. Manakala Noorkhiriah pula memang dah banyak menang anugerah sebelum ini sama ada dalam kategori terbaik mahu pun popular. Jadi lakonan mereka dalam movie Kamar Seksa ni memang terbaik okey. Bagi aku untuk kisah pertama tu mengenai cerita Kathy tu, pengarah filem ini memang berani untuk explore isu kehidupan songsang ni semua. Sebab memang tak dapat dinafikan hal ini memang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini.
Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Noorkhiriah Movie,
Manakala untuk kisah kedua tu mengenai kisah Nur tu bagi aku agak cliche / klise sikit sebab dah selalu dipaparkan dalam drama di TV mahu pun filem. Awalnya aku mengharapkan supaya watak Nur dan Kathy akan ada perkaitan, mahu pun akan bertembung / bertemu antara satu sama lain. Tapi tak ada pun, kiranya ianya memang dua kisah berbeza dan kedua - dua watak ni memang tak ada kaitan langsung antara satu sama lain. Selain itu aku agak pelik gak bila Kathy sibuk nak ada pembantu rumah, sedangkan rumahnya tu taklah besar mana, kecil je kot, kerja rumah pun mungkin tak adalah banyak sangat pun. Plus kerja Kathy hanya dinyatakan sebagai freelancer saja dan tak tahu Kathy ni kerja apa sebenarnya. Kalaulah dalam filem ini ada mention tentang kerjaya Kathy tu, so penonton tak adalah pelik sangat kalau Kathy ni ada pembantu rumah sebab berkemampuan ke apa ke. Atau pun mungkin Kathy ada niat lain nak pembantu rumah tu kan. Bila tengok watak Nur ni, alahai lemah - lembutnya, redha dan pasrah gitu sikapnya. Selain itu dalam filem ini memang pelakon tak ramai dan hampir semua perempuan. Malah suami Nur pun tak ditunjukkan mukanya, hanya nampak tangan dan badan serta dengar suara saja. Jalan cerita filem ini pun memang straight to the point, tak ada berbelit - belit. Lepas tunjuk konflik terus endingnya dah nampak akibat dan kesannya. Ending filem ini juga simple dan boleh dijangka. 
Review Filem Kamar Seksa, Movie Review Kamar Seksa, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Ulasan Filem Kamar Seksa, Pelakon - Pelakon Filem Kamar Seksa,
Apa pun memang kesian dengan watak Mona tu, sedih tengok dia kelaparan dan terpaksa selongkar tong sampah. Mona tu memang trauma dan takut betul dengan Kathy. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6/10 bintang untuk movie Kamar Seksa ini. Kalau korang berminat nak tonton filem Kamar Seksa ini, korang boleh tonton di https://kinidia.com/. KiniDia adalah sebuah website Video-On-Demand yang menayangkan filem buatan Malaysia secara online. 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly (TV3)
Read More »

30 Jun 2019

Review Drama Korea - The Hymn Of Death

The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
The Hymn Of Death - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat review drama Korea The Hymn Of Death / Praise Of Death, drama ni boleh dikategorikan sebagai special drama sebab hanya ada 6 episod saja dan disiarkan di channel SBS. Korean Drama The Hymn Of Death ni release pada 27 November 2018 dan tamat episodnya pada 4 Disember 2018 yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Korea Where Stars Land dan kemudian akan digantikan dengan drama My Strange Hero. Antara pelakon drama Korea The Hymn Of Death ini adalah Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob dan ramai lagi. Drama ini berdasarkan kisah benar okey, iaitu mengenai Korea's first soprano singer Yun Sim Deok dan kekasihnya Kim Woo Jin. Kisah mereka berdua ni memang famous, dah banyak difilemkan tapi tulah drama ini berakhir dengan tragedi okey, sad ending gitu. Latar masa drama ini adalah sekitar tahun 1920 hingga 1926 ketika Jepun masih menjajah Joseon / Korea lagi. Gandingan Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun memang dinanti - nantikan dan keserasian mereka juga terbaik gitu. Rasanya kedua - dua mereka ni berjaya membawakan watak Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin dengan berkesan sekali. Sedih tengok percintaan mereka yang terhalang tu. Bila tengok senarai pelakon drama ni dah macam reunion drama While You Were Sleeping pula sebab ada Lee Jong Suk, Kim Won Hae dan Lee Sang Yeob. Cuma watak Lee Sang Yeob dalam drama The Hymn Of Death ni tak banyaklah sebab dia just cameo je. 
The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
Lebih menarik bila sajak / puisi dan kata - kata dari Kim Woo Jin sebenar turut diselitkan dalam drama ni di scene - scene tertentu dan membuatkan drama ini lebih best dan juga sedih. Aku sebenarnya agak geram dengan bapa dan isteri Kim Woo Jin yang tak pernah cuba untuk faham minat Kim Woo Jin lakonan Lee Jong Suk yang suka menulis tu. Tapi isteri Kim Woo Jin tu pun kesian juga sebab ada suami macam Kim Woo Jin yang tak mencintainya langsung, kahwin pun sebab terpaksa. Zaman dulu - dulu isteri tak boleh nak minta cerai so kena hadaplah dapat suami macam tu. Isteri Kim Woo Jin ni just buat dan dengar arahan bapa mertuanya saja. Bapa Kim Woo Jin lagilah teruk, dia betul - betul halang minat Kim Woo Jin tu, sedangkan Kim Woo Jin dah ikut semua cakap dia dah. Aku suka scene ketika Kim Woo Jin benar - benar luahkan rasa hati dia kat bapa dia tu, tapi bapa dia buat - buat tak faham. Manakala Yun Sim Deok pula terpaksa berkorban dan mendahulukan keluarganya dari keinginannya sendiri. Selain itu aku juga suka dengan wardrobe dan pakaian yang dipakai oleh para pelakon drama ni, sebab semuanya cantik - cantik belaka terutamanya untuk watak Yun Sim Deok yang dilakonkan oleh Shin Hye Sun. Tapi bila fikir balik Yun Sim Deok dan keluarganya sangat miskin tapi pakaian dia lawa - lawalah pulak hehehe. Mungkin sebab dia penyanyi kan, banyak buat show, jadi kena cari jugalah baju lawa - lawa tu kan. 
The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
Selain itu kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kisah Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin ke atau nak tengok gambar real diorang ke, korang boleh search je kat internet tu, banyak cerita yang keluar. Nak lagi best search je kat Youtube untuk dengar nyanyian Yun Sim Deok yang real untuk lagu terakhir yang dirakamkannya di Jepun sebelum dia akhirnya membunuh diri, seram pula bila dengar lagu terakhir nyanyiannya tu. Aku suka dengan suasana tahun 1920an yang digambarkan dalam drama ni, nampak macam betul - betul tahun 1920an. Best layan drama ni walaupun jalan ceritanya sedih, plus episodnya juga tak panjang. Aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ni. Aku share juga sedikit sinopsis drama Korea The Hymn Of Death di bawah ini..
The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin berkenalan ketika mereka sama - sama belajar di Jepun, mereka berdua turut terlibat dalam teater dan membuatkan mereka menjadi semakin rapat. Kim Woo Jin dan Yun Sim Deok sama - sama jatuh cinta namun terpaksa melupakan cinta mereka apabila Yun Sim Deok akhirnya tahu yang Kim Woo Jin itu suami orang. Selama 5 tahun mereka membuat haluan masing - masing, namun ketika Yun Sim Deok membuat persembahan di sebuah pentas besar, dia mengharapkan agar Kim Woo Jin menepati janjinya dulu untuk datang melihat persembahannya. Akhirnya Kim Woo Jin benar - benar datang dan mereka akhirnya bertemu semula dan menjadi rapat. Dalam masa yang sama Yun Sim Deok pula didesak oleh keluarganya untuk berkahwin dengan orang kaya. Kim Woo Jin awalnya masih bermain tarik tali untuk meluahkan cintanya pada Yun Sim Deok akhirnya menyuruh Yun Sim Deok menolak lamaran orang kaya itu.
The Hymn Of Death, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Hymn Of Death, Drama Korea The Hymn Of Death, Review Drama Korea The Hymn Of Death By Miss Banu, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Lee Jong Suk and Shin Hye Sun Drama, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Hymn Of Death, Ending Drama Korea The Hymn Of Death, Sad Ending, Korean Drama 2018, Cast, Pelakon Drama Korea The Hymn Of Death, Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Kim Myung Soo, Park Sun Im, Kim Won Hae, Ko Bo Gyeol, Shin Jae Ha, Lee Sang Yeob, My Favorite Drama, My Feeling, My Opinion, Berdasarkan Kisah Benar,
 Mereka berdua akhirnya menjadi kekasih, namun bahagia mereka sekejap saja bila ayah Kim Woo Jin dapat tahu yang K.Woo Jin ada affair dengan perempuan lain. Kim Woo Jin stress dengan sikap ayahnya keluar dari rumah tersebut, manakala Yun Sim Deok pula tertekan dengan fitnah yang melanda dirinya, apabila dia dituduh jual diri pada orang kaya yang telah setuju untuk sponsor pendidikan adik  - adiknya. Fitnah tersebut benar - benar menjejaskan kariernya, dia dipandang serong oleh masyarakat. Kerajaan Jepun juga turut memaksa Yun Sim Deok untuk berkhidmat dengan mereka dengan menjadi penyanyi tetap majlis - majlis yang dianjurkan mereka. 

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Two Cops

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

19 Mac 2018

Sinopsis Telemovie Tulus Cinta (Cerekarama TV3)

Telemovie Tulus Cinta, Telefilem, Cerekarama, TV3, Cinta, Diinspirasikan Dari Kisah Benar, Pelakon Telemovie Tulus Cinta, Elizad Sharifuddin, Amar Asyraf, Puteri Aishah, Shuhanty Hanafiah, Halim Radzi, Jay Iswazir, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Badrul Muhayat, DFKL2018,
Sinopsis Telemovie Tulus Cinta - Cerekarama TV3

Telefilem Tulus Cinta telah pun disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 17 Mac yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Tulus Cinta ini adalah Elizad Sharifuddin, Amar Asyraf, Puteri Aishah, Shuhanty Hanafiah, Halim Radzi, Jay Iswazir, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Badrul Muhayat dan ramai lagi. Telemovie Tulus Cinta ini diinspirasikan daripada kisah benar dan merupakan telemovie khas sempena DFKL 2018 nanti. Pengarah telemovie ini adalah Ellie Suriaty Omar dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Kalau dah Elizad yang berlakon pastilah best telemovie ini kan, plus wataknya juga berat iaitu sebagai Maira yang merupakan pesakit Leukemia. Scene Elizad mengamuk dengan Azim tu memang terbaik, penuh emosi gitu. Walaupun jalan cerita drama ini agak sedih, tapi endingnya happy endinglah juga kan. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Tulus Cinta di bawah ini yer, selamat membaca okey.

Sinopsis Telefilem Tulus Cinta - Cerekarama TV3

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, itulah nasib Maira yang merupakan seorang pesakit leukemia yang ditakdirkan untuk bertemu dengan Azim, sehingga mereka manjadi kawan baik. Azim sentiasa menemani Maira di hospital ketika kesihatannya kritikal. Walaubagaimanapun Azim sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Hana, malah mereka juga bakal berkahwin tak lama lagi. Hana juga sangat setia dengan Azim dan telah lama menunggu Azim untuk mereka berkahwin. Namun Hana mula curiga dengan tingkah laku Azim yang berubah, malah Azim juga sering menghilangkan diri dan susah untuk dihubungi. Akhirnya Hana mendapat tahu bahawa Azim dan Maira semakin akrab, lalu Hana bertindak untuk pergi berjumpa dengan Maira sendiri dan menyuruh Maira supaya tidak menggangu Azim lagi. Maira amat terkejut mendengar pengakuan Hana itu yang mengaku dirinya adalah kekasih Azim. Maira kemudiannya marah dan mengamuk dengan Azim kerana merasakan dirinya sengaja dipermainkan oleh Azim. Azim mengaku cintakan Maira namun tidak dapat melepaskan Hana pergi dari hidupnya, dia inginkan Maira menjadi cinta hatinya yang kedua. Pengakuan Azim itu membuatkan Maira bertambah marah dan meninggalkan Azim. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Siapakan pilihan Azim?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu,
Read More »

13 Feb 2018

Review Manjhi : The Mountain Man - Bollywood Movie

Manjhi : The Mountain Man, 2015, Bollywood Movie, Filem, Hindi Movie, Filem Hindustan, Manjhi Review, Review By Miss Banu, Bollywood Movie Review, Based On True Story, Filem Berdasarkan Kisah Benar, Dashrath Manjhi, The Man Who Broke A Mountain For Love, Pelakon, Manjhi Cast, Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi, Biopic, Biografi, Cinta, India, Poster Filem Manjhi,
Review Bollywood Movie - Manjhi : The Mountain Man (2015)

Hari ini aku nak buat Review Filem Hindustan pula hehehe, actually sebelum ini, aku tak pernah tahu pun pasal kewujudan filem Manjhi ini. Baru beberapa hari lepas, aku ada baca pasal kisah benar mengenai Dashrath Manjhi di Twitter dan baru aku tahu ada movie yang dibuat berdasarkan kisah hidup Dashrath Manjhi ini dengan taglines movie tersebut adalah The Man Who Broke A Mountain For Love. Jadi disebabkan aku memang suka menonton filem yang berdasarkan kisah benar, jadi mestilah aku akan tengok movie ini kan. Filem Manjhi ini diarahkan oleh Ketan Mehta serta release pada 21 Ogos 2015 dan bergenre Drama, Adventure & Biografi. Antara Pelakon Filem Manjhi : The Mountain Man ini adalah Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi dan ramai lagi. Filem ini seboleh mungkin cuba menunjukkan kisah hidup Dashrath Manjhi yang berasal dari kawasan kampung terpencil di India yang struggle untuk mencari duit dan juga makanan. Diorang memang miskin betul, plus ketua kampung pula jahat gila. Walaubagaimanapun memang sweet tengok kisah cinta D.Manjhi ini dengan isterinya Phaguniya, walaupun miskin diorang hidup bahagia.
Manjhi : The Mountain Man, 2015, Bollywood Movie, Filem, Hindi Movie, Filem Hindustan, Manjhi Review, Review By Miss Banu, Bollywood Movie Review, Based On True Story, Filem Berdasarkan Kisah Benar, Dashrath Manjhi, The Man Who Broke A Mountain For Love, Pelakon, Manjhi Cast, Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi, Biopic, Biografi, Cinta, India,
Konflik dalam filem ini bermula selepas isterinya mati dan Dashrath Manjhi menyalahkan gunung besar yang berada di kampungnya itu menjadi penyebab kematian isterinya yang tercinta. Kampung mereka ini memang kawasan paling terpencil, tiada jalan raya, cuma ada gunung besar saja, jadi kalau nak ke bandar memang sangat susah sebab penduduk kampung perlu mendaki gunung tersebut terlebih dahulu untuk ke mana -mana. Malah kalau ada kecemasan seperti sakit dan sebagainya perlu mendaki gunung itu juga. Rata - rata penduduk kampung itu juga memang miskin gila dan kebanyakan mereka adalah hamba pada ketua kampung sebab berasal dari kasta yang paling rendah. Seluruh penduduk kampung tiada motor apatah lagi kereta, hanya ketua kampung saja yang kaya dan mempunyai kenderaan di kampung itu, tapi dia langsung tidak mempedulikan penduduk kampung yang lain, sebaliknya membiarkan saja penduduk kampung itu mati tanpa menolong mereka. Manakala menteri pun hanya akan datang ke kampung tersebut jika tiba musim pilihanraya saja. Apa pun aku suka dengan kepercayaan dan kegigihan Dashrath Manjhi yang luar biasa, dia melakukan sesuatu yang luar biasa walaupun ramai yang memperlekehkan usahanya itu dan menganggapnya sebagai orang gila dan hasil dari usahanya itu juga memang luar biasa serta memberi kebaikan dan manfaat pada orang lain.
Manjhi : The Mountain Man, 2015, Bollywood Movie, Filem, Hindi Movie, Filem Hindustan, Manjhi Review, Review By Miss Banu, Bollywood Movie Review, Based On True Story, Filem Berdasarkan Kisah Benar, Dashrath Manjhi, The Man Who Broke A Mountain For Love, Pelakon, Manjhi Cast, Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi, Biopic, Biografi, Cinta, India,
Isterinya Phaguniya ketika mengandung anak kedua telah terjatuh dari gunung besar berkenaan, ketika mendakinya untuk membawakan makanan pada suaminya yang bekerja. Disebabkan agak lewat menghantar isterinya ke hospital kerana terpaksa mendaki gunung berkenaan terlebih dahulu, isterinya Phaguniya akhirnya mati ketika melahirkan anak perempuan mereka. Akibat marah dan kehilangan isteri tersayang, Dashrath Manjhi telah membakar gunung berkenaan dan mula menganggap gunung berkenaan adalah musuhnya. Dashrath Manjhi di bantu oleh ayahnya untuk menjaga 2 anak - anaknya itu, manakala D.Manjhi akan fokus untuk mengukir dan membuat jalan melalui gunung tersebut seorang diri dengan hanya menggunakan tukul dan pahat saja. Dia tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama dengannya sebab itu dia tekun membuat jalan, memecahkan segala batu - batu untuk membuat jalan seorang diri selama 22 tahun, tanpa mengenal erti penat, lelah dan tidak mudah putus asa, selain bekerja keras siang dan malam. Wow 22 tahun tu, bukan satu jangka masa yang singkat kan, tapi Dashrath Manjhi tetap tekun dan percaya dengan apa yang dilakukannya. Paling sedih ada juga yang nak mengambil kesempatan atas usaha ikhlas yang dilakukannya itu.
Manjhi : The Mountain Man, 2015, Bollywood Movie, Filem, Hindi Movie, Filem Hindustan, Manjhi Review, Review By Miss Banu, Bollywood Movie Review, Based On True Story, Filem Berdasarkan Kisah Benar, Dashrath Manjhi, The Man Who Broke A Mountain For Love, Pelakon, Manjhi Cast, Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi, Biopic, Biografi, Cinta, India,
Ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba menipu Dashrath Manjhi mengenai bantuan kerajaan yang dia dapat untuk membuat jalan berkenaan. Duit tersebut disonglap disebabkan sikap Dashrant yang mudah percaya orang lain kerana dia tidak berpelajaran serta buta huruf. Kemudian bermula pula cabaran baru pada dirinya dan pelbagai halangan lain yang terpaksa ditempuhinya sampai ada ketikanya dia mula putus asa tapi cuba mengumpul semangatnya semula untuk terus berjuang dan tanpa menyangka ada kejutan yang dia terima di penghujung cerita. Aku tak naklah bagi spoiler kan, kalau nak tahu apa cabaran dan kejutan tersebut kenalah tengok filem ini nanti kan. Malah Rating IMDb untuk filem ini juga agak tinggi iaitu 8.1/10 gitu. Secara keseluruhannya bagi yang suka menonton filem biografi dan juga berdasarkan kisah benar haruslah layan movie ini nanti dan aku bagi 7.5 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Feb 2018

Telemovie Adakah Aku Bersalah - Cerekarama TV3

Telemovie Adakah Aku Bersalah, Telefilem, Cerekarama, TV3, Berdasarkan Kisah Benar, Pelakon Telemovie Adakah Aku Bersalah, Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Wilma Muhammad, Oktovia Manrose, Shah Jazle, 2018, Sinopsis, Poligami,
Telemovie Adakah Aku Bersalah - Cerekarama TV3

Sempat juga aku menonton Telefilem Adakah Aku Bersalah yang disiarkan di Slot Cerekarama pada Sabtu lepas. Dikatakan telemovie ini berdasarkan kisah benar dan Pelakon Telemovie Adakah Aku Bersalah ini adalah Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Wilma Muhammad, Oktovia Manrose, Shah Jazle dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Selain itu, telemovie ini juga disiarkan bersempena DFKL2018. Rasanya ini kali pertama aku melihat Farah Nabilah membawa watak jahat iaitu sebagai isteri kedua dan menganiaya isteri pertama serta anak - anaknya. Memang berkesan lakonan Farah Nabilah itu, sampai berjaya buat aku marah dengan wataknya itu. 

Cuma yang tak leh blah tu, macam manalah isteri pertama tu boleh bersabar sampai macam tu sekali, sampai aku pun stress dengan perangai isteri pertama yang selalu mengalah, lembik dan terima je apa pun. Tak pasal - pasal jadi geram juga dengan isteri pertama yang terlampau baik tu. Ending Telemovie Adakah Aku Bersalah itu agak sad ending juga. Memang jawapan pada tajuk telemovie ini adalah ye, memang watak bapa dan suami dalam drama ini bersalah, disebabkan dia dan juga isteri keduanya itu, seluruh keluarganya musnah. Apa pun drama ini memang ada pengajarannya, tambahan lagi drama ini berdasarkan kisah benar kan. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

3 Okt 2017

Queen For Seven Days - Korean Drama Review

Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Review Drama Korea - Queen For Seven Days

Assalammualaikum..
Hari ini tibalah giliran Drama Korea Queen For Seven Days untuk direviewkan, kalau tengok dari tajuk drama ini saja dah mampu buat penonton tertarik untuk menonton drama ini. Drama 20 episod ini mula disiarkan pada 31 Mei yang lalu dan tamat pada 3 Ogos 2017. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Queen Of Mystery dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Manhole. Antara Pelakon Drama Queen For Seven Days ini terdiri daripada Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang dan ramai lagi. Pelakon Lee Jin Wook telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam drama ini namun akhirnya dia menolak dan kemudian watak ini menjadi milik Yeon Woo Jin. Drama Queen For Seven Days ini turut mengambil latar masa yang sama dengan Drama Rebel : Thief Who Stole The People, dimana kedua - dua drama ini menceritakan tentang kisah Raja yang kejam. Walaupun ada persamaan, tapi jalan cerita kedua - dua drama ini agak berbeza kerana dalam drama Rebel : Thief Who Stole The People, menceritakan tentang kisah Hong Gil Dong dan pemberontakkannya menentang raja yang kejam namun dalam drama Queen For Seven Days ini mengisahkan tentang hubungan adik - beradik, perebutan takhta dan juga kisah cinta putera Jinsung dan Lady Shin. 
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Lebih menarik lagi drama ini diinspirasikan dari kisah benar dan lebih memfokuskan tentang kisah Lady Shin yang terperangkap di tengah - tengah antara raja yang kejam dan juga cinta hatinya yang merupakan adik kepada raja yang ingin membalas dendam dan menegakkan keadilan. Kalau korang tengok dari tajuk drama ini pun korang dah boleh teka yang Lady Shin sempat merasa menjadi Queen selama 7 hari saja sebelum gelarannya ditarik balik dan keluar dari istana. Lee Dong Gun berjaya membawa watak Raja (Lee Young) yang kejam dengan sangat baik sekali, kadang - kadang memang geram dengan wataknya itu, tapi bila tengok episod akhir drama ini, rasa kesian pula dengan raja tu. Selain itu aku juga rasa menyampah juga dengan watak Shin Chae Kyung yang lambat betul nak sedar tentang personaliti Raja Lee Young yang sangat kejam tu, walaupun niat Chae Kyung baik nak mendamaikan dua beradik tapi cara dia tu tak betul dan akhirnya menyukarkan Lee Yeok untuk bertindak. Perhubungan adik beradik yang dingin antara Lee Young dan Lee Youk itu semestinya disebabkan bapa mereka. Lee Youk ketika remaja sangatlah adorable, nampak sangat dia setia dan sayang pada abangnya tu, tapi Lee Young ni pula sentiasa berasa terancam dengan kehadiran Lee Yeok di istana kerana dia yakin Lee Youk boleh merampas takhtanya itu. Sikap abangnya tu akhirnya benar - benar merubah Lee Youk.
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu, Queen For 7 Days,
Selain itu aku juga geram dengan sikap bapa Shin Chae Kyung iaitu Shin Soo Geum yang sangat setia gila - gila pada raja tapi raja tu tak menghargai pun kesetiannya itu. Sampai dia sanggup mengorbankan nyawanya pada raja, sampai Mak Chae Kyung pun mati sekali, kesian pada Chae Kyung yang tak pasal - pasal jadi anak yatim piatu dah. Sedangkan pada waktu itu, bapa Chae Kyung ada pilihan untuk duduk saja di rumah sebab ada pemberontakan berlaku dan raja akan digulingkan, tapi dia stil degil nak keluar dari rumah. Watak jahat dalam drama ini ada 2 orang, kedua - duanya adalah menteri, aku yakin pasti ramai yang geram betul dengan menteri jahat ini. Awalnya aku ingatkan ada sorang saja menteri jahat ni, tak sangka yang menteri kedua lebih jahat. Nasiblah menteri jahat berkenaan dapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan diorang. Semua scene yang melibatkan watak Lee Yeok (lakonan Yeon Woo Jin) dan watak Lee Young (lakonan Lee Dong Gun) memang sentiasa menarik dan suspen. Terutamanya apabila kedua - dua watak ini saling bergaduh dan berlawan memang sangat suspen dan mendebarkan gitu. Lagu tema / OST Queen For Seven Days ini juga agak best.
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Ending Drama Queen For Seven Days ini agak menyedihkan jugalah bagi aku sebab Shin Chae Kyung terpaksa berpisah dengan suaminya Lee Yeok buat sementara waktu. Bertambah sedih apabila Chae Kyung tidak dapat menjadi permaisuri kerana dikatakan anak pemberontak. Cuma agak mengelirukan juga endingnya sebab Lee Yeok seperti bermimpi apabila ada scene - scene dia hidup bahagia dengan Chae Kyung. Secara keseluruhannya, drama ini memang seronok ditonton, walaupun endingnya macam sedih juga tapi masih okeylah juga. Apa pun aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

14 Mei 2017

Sinopsis Telemovie Ana Anak Ibu (Astro Citra)

Sinopsis Telemovie Ana Anak Ibu (Astro Citra), Senarai Pelakon Ana Anak Ibu, Pelakon, Umie Aida, Puteri Balqis, Khir Rahman, Fauziah Nawi, Aryanna Alyssa, Hazama,
Sinopsis Telemovie Ana Anak Ibu (Astro Citra)

Assalammualakum..
Sempena hari Ibu, Astro akan menyiarkan satu telemovie khas yang bertajuk Ana Anak Ibu yang akan disiarkan pada 13 Mei ini di Astro Citra dan Mustika HD. Telefilem Ana Anak Ibu dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Umie Aida, Puteri Balqis, Khir Rahman, Fauziah Nawi, Aryanna Alyssa dan ramai lagi. Kelihatan Hazama juga turut membuat kemunculan khas dalam telemovie ini dan telemovie Ana Anak Ibu ini diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd & Tangerine Pictures Sdn Bhd. Nampak macam sedih telemovie ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye..

Sinopsis Telemovie Ana Anak Ibu

Diinspirasikan daripada kisah benar yang menyentuh perasaan, kisah seorang kanak-kanak yang bernama Ana yang mengidap penyakit barah tahap 4. Menyedari masa yang Ana ada sudah tidak lama, Jannah cuba untuk memenuhi permintaan terakhir anaknya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Apakah permintaan anaknya itu?
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,
Read More »

4 Mei 2017

Review Filem Sarbjit (Bollywood Movie)

Review Filem Sarbjit Lakonan Aishwarya Rai, Randeep Hooda, Richa Chadda, Poster Filem Sarbjit (2016), Kisah Benar, Kisah Sedih, Tragis, Tragedi, Politik, Sejarah,
Review Filem Sarbjit Lakonan Aishwarya Rai

Assalammualaikum..
Sudah lama aku nak buat Review tentang filem Bollywood yang bertajuk Sarbjit ini, baru sekarang aku berkesempatan nak buat review filem ini. Awalnya aku ingatkan jalan cerita filem ini biasa - biasa saja, tapi bila dah menontonnya, filem ini memang terbaik, woww dan sangat tragis dan sedih tau! huhuhu. Jalan cerita filem Sarbjit ini memang boleh buat korang terpaku, terkesima, terkejut, sedih dan juga marah, ini ditambah lagi bila filem Sarbjit ini dibuat berdasarkan kisah benar iaitu mengenai kisah Sarbjit yang ditahan dan diseksa di penjara Pakistan kerana disangka perisik dari India yang bernama Ranjit Singh. Walaupun Sarbjit tidak bersalah namun dia terpaksa meringkuk di penjara Pakistan selama 22 tahun. Paling tragis, sampai ke akhir hayatnya dia terseksa dan tidak dapat pulang semula ke tanah airnya untuk bersama dengan keluarganya. Filem Sarbjit ini turut menunjukkan perjuangan kakak Sarbjit yang bernama Dalbir Kaur lakonan Aishwarya Rai yang menuntut keadilan untuk adiknya itu. Aku rekomenkan filem Sarbjit ini untuk korang tengok, sebab memang best dan sedih. Kena sedia tisu banyak - banyak bagi yang kaki menangis tu ye. Aku rasa lakonan Aishwarya Rai dalam filem ini memang paling terbaik dalam kerjaya lakonannya setakat ini. Sifat dan personaliti Aishwarya Rai yang tegas bila bercakap tu memang sesuai dengan watak Dalbir Kaur itu. Malah kakak Sarbjit yang sebenar turut memantau perjalanan watak dan juga jalan cerita filem ini.
Keluarga Sarbjit, Kakak Sarbjit, Isteri dan 2 anak perempuan Sarbjit,
Lakonan Randeep Hooda sebagai Sarbjit juga sangat terbaik dan meyakinkan sekali, lakonan dia ketika scene di dalam penjara tu memang tragis betullah, kesian dan sedih tengok Sarbjit masa ini. Randeep Hooda memang terkenal sebagi pelakon berbakat besar di Bollywood. Aku mula mengenali dan kagum dengan lakonan Randeep Hooda ini sejak dari filem Highway dan Filem Kick bersama Salman Khan tu. Amitabh Bachchan turut memuji lakonan Randeep Hooda dalam filem ini. Selain itu kesian dan sedih tengok kakak Sarbjit itu iaitu Dalbir Kaur yang terpaksa berhempas pulas meminta pertolongan dari ramai orang bermula dari orang biasa sampailah ke Perdana Menteri India sendiri untuk membantu membebaskan adiknya itu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Dalbir untuk membebaskan abangnya, dan hal ini memakan masa bertahun - tahun lamanya, dari Dalbir tu muda sampailah dah berusia, tapi dia masih tak berputus asa untuk cuba membebaskan adik kesayangannya itu. Malah anak bongsu Sarbjit juga tidak begitu ingat muka bapanya sendiri kerana dah lama tak berjumpa, ini ditambah lagi dia masih kecil ketika Sarbjit dipenjarakan. Apa pun aku suka tengok hubungan adik beradik yang rapat antara Sarbjit dan Dalbir. Manakala Isteri Sarbjit iaitu Sukhpreet lakonan Richa Chadda nampak lebih tenang dan memendam perasaan sedihnya itu. Aku suka scene ketika Sukhpreet cuba memberi semangat pada Dalbir yang ketika itu berasa terlalu kecewa dan putus asa tentang pembebasan Sarbjit yang tak jadi tu.

Ini juga adalah kali pertama Aishwarya Rai bergandingan dengan Randeep Hooda sebagai hero dan heroin, walaubagaimanapun mereka menjadi adik beradik dan bukannya kekasih dalam filem ini. Filem Sarbjit ini juga di banned di pakistan kerana dikatakan anti pakistan, Selain itu, dikatakan juga keadaan Sarbjit di dalam penjara sangat teruk, apa yang dipaparkan dalam filem ini hanyalah 50 peratus dari apa yang dia lalui, ini bermakna, realitinya keadaan Sarbjit jauh lebih teruk dan terseksa. Scene ketika Dalbir, Sukhpreet dan dua anak perempuan Sarbjit datang melawat Sarbjit buat pertama kalinya setelah bertahun tidak berjumpa itu memang sedih habis. Layanan pihak penjara terhadap keluarga Sarbjit juga agak teruk, pendek katanya memang sedih habislah scene ini. Selain itu scene ketika Sarbjit diserang oleh banduan lain dalam penjara itu pun sedih sebab selepas itu Sarbjit dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius dan dia koma lalu mati. Keluarga Sarbjit sempat melawat Sarbjit sekejap di hospital, sebelum dipaksa untuk pergi, memang sedih sangat masa ni. Ending Filem Sarbjit ini memang tragis dan sedihlah kan apabila impian Sarbjit untuk pulang ke tanah airnya tidak kesampaian semasa dia masih hidup. Bila dia mati pada tahun 2013, baru mayatnya dipulangkan ke India. Memang aku agak emosi ketika menonton filem ini hahaha. Di bawah ini aku sertakan sinopsis filem ini  serta trailer filem ini. Korang tengok trailer je, dah boleh rasa filem ini memang terbaik okey hehehe. Aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Selamat Menonton bagi yang nak menonton filem ini nanti.
Aishwarya Rai Bersama Dengan Dalbir Kaur Yang Sebenar, Dalbir Kaur Kakak Sarbjit Singh,
Aishwarya Rai Bersama Dengan Dalbir Kaur Yang Sebenar

Sinopsis Filem Sarbjit

Sarbjit Singh merupakan seorang petani dan hidup bahagia bersama dengan isterinya, 2 anak perempuannya, ayahnya dan juga kakaknya Dalbir Kaur. Pada suatu hari sekitar tahun 1990, Sarbjit telah mabuk lalu secara tidak sengaja telah melintas dan memasuki sempadan Pakistan tanpa dia sedari. Pada tahun 1990 sempadan antara India dan Pakistan hanya ditandakan menggunakan batu dan bukannya pagar besi. Hal ini telah menyebabkan Sarbjit ditangkap kerana telah menceroboh dan mereka juga menuduh Sarbjit adalah perisik India yang dikenali sebagai Ranjit Singh yang telah mengebom beberapa tempat di Pakistan. Sarbjit tidak mengaku yang dirinya adalah Ranjit dan kemudiannya dirinya diseksa berbulan - bulan sebelum mendapat peluang untuk menghantar surat pada keluarganya bagi memaklumkan tentang hal yang sebenarnya. Dalbir melakukan pelbagai cara untuk cuba membebaskan adiknya itu atau pun sekurang - kurangnya dapat melawat adiknya itu di penjara. Selepas bertahun - tahun berlalu, hanya pada tahun 2012 selepas 22 tahun Sarbjit dipenjarakan baru keluarga Sarbjit dibenarkan datang untuk melawatnya di penjara. Walaubagaimanapun pada tahun 2013 Sarbjit mati di hospital Pakistan selepas diserang oleh banduan disitu. Setelah Sarbjit tiada, Dalbir Kaur tidak putus asa dan berhasrat ingin menunaikan hasrat terakhir Sarbjit. Kalau korang nak tahu apa hasrat terakhirnya itu, korang kena tengoklah filem ini nanti ye. Korang juga boleh cuba baca artikel ini untuk korang lebih mendalami cerita sebenar tentang apa yang berlaku pada Sarbjit dan Dalbir Kaur itu ➔ 11 Shocking Facts Sarabjit Singh’s Real Sister Dalbir Kaur Told Us!!..

Trailer Sarbjit (2016) Bollywood Movie
My Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017