Oct 27, 2012

Srikandi Abi Kembali ^_^

Bismillah Walhamdulillah..

Allahu Akbar.. Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar..
Laaila haillahu Wallahu Akhbar..
Allahu Akhbar Walillahil hamd..

Subhanallah.. sudah 3 hari kita menyambut Hari raya AidilAdha.. Jadi, tak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha, Kullu Am wa entum bikher.. InsyaAllah.

Allahu Akhbar, bila kita singkapkan kembali Sejarah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail.. Allahumma. Saya tak dapat nak bayangkan, begitu besar pengorbanan mereka kepada Allah Ta'ala. Bayangkanlah sahabat-sahabat, seorang bapa nak sembelih anaknya, dan si anak pula redha bila mana dapat tahu itu adalah perintah dari Allah Ta'ala. Allahu Akhbar!

Alhamdulillah, hingga hari ini. Kita dapat menikmati pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Subhanallah.. setiap peristiwa itu pasti ada hikmahnya dan pasti ada kisahnya. Yang mana, ia menjadi tauladan buat kita makhluk sekelian alam.

Kini, srikandi kembali lagi. ^_^ (Walhal, ntah ke berapa kali ntah kembali. hee...)

Hampir Setahun tidak Update blog ni.. Mungkin kerana 'Terlampau Sibuk' atau 'Malas', Wallahu'alam. Semoga Allah redha, itu je yang saya harapkan.

Sudah ramai yang bertanya, kemanakah saya menghilang? Emel pun tidak berbalas. Allahumma.. Asifah jiddan. Maaf sangat-sangat. Saya cuba untuk mencari ruang dan peluang untuk mengisi minat serta hobi saya selama ini. Tapi sengaja saya sibukkan diri saya, agar hati saya terjaga dan tidak terlalu memikirkan hal-hal dunia. Walaupun seketika itu, saya melayan juga 'kerenah' dunia kerana saya hanya manusia biasa.. yang tidak mampu melawan 'kerenah' dunia yang sukakan makan, sukakan berfacebook dan sebagainya.

InsyaAllah, semoga Allah redha dengan setiap langkah kita. Cuma, berdoalah selalu kepada Allah s.w.t. setiap detik, setiap saat. Hatta sebelum nak tidur sehinggalah ke dalam mimpi. Allah itu sentiasa ada. ^_^

Sekian dahulu entry saya kali ini. Taqabbalahu minna waminkum..

Wallahu'alam.


Srikandi Abi ^_^
11 Zulhijjah 1433H
12.15 a.m.
Fi Baiti Jannati.

No comments: