May 13, 2012

Kembali Menulis Lagi..^-^

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah ya Allah, kerna dengan limpah kurnianya... dapat lagi bernafas hingga ke hari ini. Semoga Usiaku dari dulu hingga ke hari ini.. adalah semata-mata untuk perjuangan Islam dan RasulNya..insyaAllah..ameen!


Apakhabar sahabat-sahabat teratak Srikandi? Semoga semuanya sihat-sihat belaka deh. Saya minta maaf sudah lama tidak berkongsi sesuatu di sini, dah lama saya tinggalkan ruang dakwah yang masih relevan hingga ke hari ini. Semoga sahabat-sahabat yang lain tidak berhenti berdakwah menggunakan ruang ini. Sebab apa? sebabnya sekarang ini Zaman manusia yang ketagihkan Ilmu. Dan tahap Ilmu setiap manusia adalah berbeza-beza dari segi fizikalnya dan konsepnya. Semoga kita sama-sama dapat kongsikan Ilmu yang kita ada, tidak kira ia berbentuk apa dan maksudnya asalkan ia bermanfaat untuk semua manusia sejagat. InsyaAllah..


Allahumma.. rasa rindu sangat nak menulis kembali. Jadual sem kali ni terlalu padat saya kira, sehinggakan jadual silat setiap hari Selasa & Khamis pun terpaksa saya tangguhkan. Almaklumlah, kerana saya SMPI. hehe Tahukah anda semua apa itu SMPI. SMPI ialah SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM. So, nak jadi guru ni, banyak yang perlu kita ketahui dan pelajari. Kerana apa? Kita bukan sekadar pendidik tapi kita lebih dari itu. Jadi berbanggalah siapa yang bakal jadi pendidik dan Ingin jadi pendidik! InsyaAllah.


Jadi sem ni, jadualnya terlalu pack. Kadang-kadang, kelam kabut nak menyiapkan segala Assigment yang ada. 5 subjek kena siapkan dan hantar pada tarikh yang sama. Macammana tu? ha.. memang serabut dan pening kepala den dibuatnya. hihi. Saya juga seorang Aktivis Mahasiswa. Kadang-kadang bila diberi task, saya terpaksa tolak. Boleh lagi saya tanya dengan seorang sahabat saya ni,


"Boleh ke kalau Aku tolak kerja tu? sebab banyak gile assigment nak disiapkan. Tapi aku rasa berdosa dan bersalah pula sebab tolak keje tu dan pas kat orang lain". 


Dia jawab apa? "weh, ko pun ada hak untuk diri ko jugak. Jangan disebabkan ko nak buat keje Islam ni, Ko lupa tanggungjawab ko sebagai seorang Pelajar. Ko siapkan je dulu assigment ko tu. Kalo ko da settle keje ko, lain cite la".


Masa tu rasa tenang sikit bila kita dengar pendapat sahabat kita. Dan saya mula menyusun balik jadual saya dan cuba settle kan Assigment yang tinggal hanya seminggu lagi nak dihantar. Kita buat yang mudah dulu baru buat yang susah. Dan Alhamdulillah, dah settle semuanya. Semalam pun saya ada program dan dalam masa yang sama, Assigment Kaedah Bahasa Arab kena hantar. Time program tula saya mula Shooting (assigment buat Video mengajar), dan saya try edit sikit-sikit RPH (Rancangan Pelajaran Harian) kumpulan saya. Mujurlah waktu tu, ada seorang kakak ni, bawak broadband.. Subhanallah wa Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat sebab Allah bantu saya waktu tu. Dan dapat jugak hantar Assigment, mujur hantar guna emel je, pastu video pula kena post dalam group di FACEBOOK. Alhamdulillah ya Allah.


Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, Jika kamu membela Agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapa kemenangan) dan meneguh tapak pendirian kamu". (Muhammad ayat 7)


Alhamdulillah tinggal 2 minggu lagi nak exam untuk semester ini. Rasa cuak, takut semua ada. huhu tapi biasalah, saya ni suka relax je. Bila dapat keputusan tu pun relax je. Saya selalu didik jiwa saya, bersangka baik dengan Allah dan cuba lagi untuk lebih baik pada masa akan datang. Bila tak dapat setimpal dengan apa yang kita usahakan , Maknanya Allah nak Uji kita lah tu. Mungkin Allah tak bagi sekarang dan saya percaya suatu hari nanti Allah akan bagi juga. InsyaAllah, Iktiqod kita kepada Allah kena tinggi. Sebab Dia lah yang menghidupkan dan mematikan kita. ALLAHU AKHBAR!.


Oh ye.. Hari ini hari Ibu. Tapi bagi saya, hari-hari adalah hari Ibu. Rasa beruntung dan bersyukur sangat-sangat sebab saya dapat Ibu yang sangat-sangat Sporting, gila-gila, sempoi.. sebab itu anak-anak Ibu semuanya sempoi-sempoi, lawak-lawak dan soleh & solehah.. ameen!hihi

 
 Buah hati Syurga ku..<3

Happy Mother's Day To you Mom's.. you Know you Are, you Number One For ME!^_^

Rasa setakat ini dulu coretan saya di teratak ini. Semoga saya dapat Istiqomah dalam dakwah penulisan di teratak ini. InsyaAllah..ameen!


Srikandi Abi ^_^

12 Jamadil Akhir 1433H
13 Mei 2012
8.15 pm.
Fi Baiti Jannati.