Alhamdulillah.. hari ini ana dapat meluangkan masa untuk menghadiri satu majlis/diskusi bersama salah seorang Ulama besar dari Syria,iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti yang telah diadakan di Masjid Azhar KUIS. Beliau merupakan pengarang Kitab Fiqh Sirah yang terkenal dan setahu ana, dalam subjek Aqaid kami di sini juga menggunakan kitabnya yang bertajuk "Keyakinan Hakiki | Kewujudan Maha Pencipta dan Tugas Makhluk Di Alam Semesta |".
Perjalanan dari UM ke KUIS mengambil masa 1 jam lebih kurang..sampai sahaja, diskusi tersebut tlh berlangsung selama 15 minit, lantas kami solat Isyak berjemaah. Setelah itu, kami mendengar ceramahnya. Jika ada ulama-ulama arab yang datang ke negara Malaysia pasti ada yang akan menjadi tukang translatenya. Alhamdulillah kami memahami tapi alangkah indahnya, sekirannya kami pandai bahasa Arab macam depa..huhu
Okeh, tadi Syeikh ada menceritakan tentang seorang hamba Allah yang bernama Malik Bin Dinar. Yang mana lelaki ini adalah seorang kaki judi paling jahat sekali, sampai suatu masa..dimana beliau mengembalikan semula harta yang dicurinya,terpancar raut wajah kegembiraan pada raut wajah si pencuri itu. Beliau mengatakan "Aku berharap kegembiraan yang terpancar diwajahmu diiringi doa keatasku untuk mendapatkan keredhaan Allah". Setelah itu beliau balik dan tidur. Tiba-tiba terbit dalam hatinya bagi menginginkan seorang anak perempuan. Namun,dia yakin tidak siapa yang ingin berkahwin dengannya dengan kejahatan yang telah dilakukan. Lantas dia ambil keputusan untuk membeli seorang hamba perempuan untuk dijadikan seorang Isteri.
Setelah itu, impian beliau untuk memiliki seorang anak perempuan tercapai.dan beliau seronok bermain-main dengan anaknya itu. Ditakdirkan Allah, anaknya Meninggal ketika berumur 2 tahun. Jadi, perangai beliau yang dulu menjadi makin teruk dan melampau. Sehinggalah satu masa, ketika beliau sedang tidur dan bermimpi.(seperti di Akhirat tempatnya) Ada seekor ular mengejarnya dan terus mengejar, tiba-tiba dia terjumpa seorang lelaki seakan baik perwatakannya. Lalu beliau meminta tolong kepada lelaki itu, tetapi lelaki itu berkata "Aku tiada kuasa untuk menolong Engkau" Lantas, beliau berlari lagi untuk menyelamatkan diri. Dan berhenti bila ternampak kain terbentang, dan beliau menyelak kain itu, didalamnya terdapat anaknya yang telah meninggal itu. Dan anak itu, memegang tangannya dan berkata seperti dalam firman Allah yang bermaksud : "Tidakkah sampai masanya orang beriman hatinya menjadi khusyuk mengingati Allah". Sebelum itu, si ayah bertanya kepada si anak : "Siapakah lelaki yang perwatakan baik tetapi tidak mahu menolongku?" Lalu si anak pun jawab : "Itu menunjukkan amalanmu yang sangat sedikit untuk membantu disini".
Lantas, setelah Malik bin Dinar sedar dari lena yang panjang dan mengalami mimpi yang sangat dasyat. Beliau terus berubah dari dulu perangainya yang jahat tetapi kini, beliau menjadi seorang yang soleh dan patuh kepada perintah Allah s.w.t.
Apakah resolusinya disini??
Mari kita fikirkan bersama.. Kenapakah kita dilahirkan ke dunia? untuk apa kita dilahirkan dunia?? Jawapannya ada pada surah Az-Zariyat ayat 56. Cek dalam tafsir dan pahamkan betul-betul ya.
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia sentiasa memberi ruang kepada hambanya yang sentiasa inginkan taubat. Pintu Taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang sentiasa inginkan keampunan daripada Allah. Percayalah, dan bersangka Baiklah dengan Allah... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan Hidayah itu milik Allah. Dia boleh berikan hidayah itu kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Walau sehebat manapun kita sampaikan dakwah, tetapi jika Allah tidak izinkan dia berubah, selagi itu dia tidak akan berubah.. sebab tugas kita hanya menyampai dan berusaha. Yang memberi hidayah itu semuanya kuasa Allah cuma kita diberi pilihan untuk terima ke tidak hidayah Allah itu. Fikir-fikirkanlah ye..:DD
Tamat.
Thanks to Photographer Dr. Asy.
Diskusi beliau diakhiri dengan serangkap doa :-
"Ya Allah berilah hubungan yang baik antara kami denganMU, dan tempatkanlah kami ditempat yang baik, terangilah hati kami dengan cahayaMU". Ameeen!!
Setelah itu dibuka pula kepada sesiapa yg ingin bertanya kan soalan sebelum beliau berangkat pulang. Antara salah satu soalannya ialah (Sekemanya ayat..hee~ =.=).
Erm.. Ungkapan ada menyatakan bahawa "Apabila kita mengenali sesuatu ia akan membawa cinta pada kita". Tetapi bila kita mengatakan kita mencintai Allah, kita still melakukan larangan Allah..
Bicara tambahan Al-Syeikh: (dicopy dari sahabat ana sbb ana tak sempat nak salin.hee~)
i) Sesiapa yang masih makan tetapi tidak merasai makanan itu nikmat daripada Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
ii) Sesiapa yang baring tetapi tidak menginsafi diri akan bangun selepasnya dengan adanya rahmat Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iii) Sesiapa yang memasuki tandas tetapi tidak menginsafi kelenyapan najis-najis pada tubuh badan ( zahir/ batin) adalah disebabkan adanya rahmat daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iv)Sesiapa yang sihat tetapi tidak merasai nikmat kesihatan itu daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
Oklah sekian dahulu entry kali ini. Serikandi mahu study sebab esok ada Exam jam 3 petang! Tiada alasan untuk tidak pergi ke ceramah jika semata-mata kerana untuk mengulangkaji pelajaran. huhu.. Doakan serikandi ye esok.. Exam Pengajian Quran. Moga Allah permudahkan, Allahumma Yassir Wala Tuassir...InsyaAllah ameeenn!!! Doa Kalian amatlah Serikandi Harapan, moga Allah membalas jasa baik kalian..insyaAllah. Jazakallahu Khairan Kasira. ^^,
Wallahu'alam~